Wednesday, May 18, 2011

PEEL PEGAWAI KERAJAAN PUKUL 3.30PTG

Salam. Simple je nak cite, pasal pengalaman aku kat Pejabat Pos tadi. Pukul 3.30 petang, ramai gilos orang yang nak pos surat. Tu je yang aku taw bila masuk pejabat pos. Aha!

Aku pegi dengan Rina, nak renew lesen yang dah sebulan lebih mati. Kalau mayat, dah busuk benor dah. Terok betol. Rina plak nak daftar pengundi. Kami citizen yang bertanggungjawab kan?

Macam biasa beratur sebab dalam banyak-banyak kaunter, 1 je yang bukak. Hampeh betol. Bila dah 1 ja bukak, muka makcik kaunter tu pun apa lagi, sememeh je la. Senyum tak apa pun tak. Nasib baik aku truly Malaysian so aku faham la peel orang kerja kerajaan ni. Yela dowang tak dibayar untuk senyum.



Makcik Kaunter berwajah ketat


Bila sampai turn kami, macam biasa kami malu-malu. Aku nak cakap nak daftar mengundi tapi Rina g cakap nak renew lesen. Bagus sangat la kembar dua org ni. Aku cakap kat hang, hang cakap kat aku. Lepas tu makcik tu dengan muka ketat,

" Lesen dulu."


Erkk! Siyes muka takdok perasaan. sekali lagi nasib baik truly Malaysian, so aku faham bila pegawai kerajaan layan customer muka takdak perasaan. Lepas makcik tu kletuk kletak renew lesen aku, sementara tunggu print, laminate, dia tanya sapa nak daftar mengundi. Rina angkat tangan. * Gila menipu.Mana ada orang angkat tangan dalam pejabat pos*

Makcik tu tengok pelik. Rupanya dia terkonfius kami dua. Yela renew lesen aku , IC tahun 91, tak layak daftar mengundi lagi. Yang nak daftar, Rina. Aha! Takpa makcik, kami dah biasa sangat dah orang tertukar macam ni. Belakang aku sorang auntie Cina. Aku bahasakan auntie tu Coco Lee. Tiba-tiba dia tanya aku,



Auntie Coco Lee: "Lu lenew (renew) lesen sini blapa (berapa) kena bayar?"

Aku: " RM32 ja auntie. Extra RM2 dari JPJ.."

Auntie Coco Lee: " Waa manyak untong woo.. Extra RM2 tak payah belatur (beratur) panjang-panjang,manyak cepat lagi.."

Aku: " Itu la auntie gojes *bodek* .. Cepat.."



Lepas tu Auntie Coco Lee tanya soalan killer kat makcik kaunter tu ;


Auntie Coco Lee : " Kaunter manyak, lu satu olang (orang) saja ka kilija (kerja) ? "



Hoh sudah! Auntie Coco Lee, saya baru puji you gojes, you sudah keluar soalan yang bisa membunuh semangat seorang pegawai kerajaan ! Aku tengok muka makcik kaunter tu dah semacam. Sensitif woo bila kau kena kerja sorang. Petang pulak tu. Kalau tak kerja boleh tengok drama Filipina kat TV3 tu, apa benda tah tajuk dia, Mermaid ke Mermar ntah.



Makcik Kaunter : "Mereka semua cuti. Sakit."
*Jawab acuh tak acuh*

Auntie Coco Lee: " Semua sakit ka? Ni makan dulian (durian) manyak la ni terus sakit.."

Hnnssfff!! Aku tahan kembang kempis hidung. Sudah Auntie Coco Lee, sudah! Jangan ganggu emosi Makcik Kaunter lagi! Aku pun menambah la dengan harapan nak jaga hati Makcik Kaunter.Mana taw dapat diskaun renew lesen. Huhu..

Aku: " Musim hujan lagi Auntie.. Itu orang ramai sakit.."
* Dengan harapan Makcik Kaunter rasa dia gagah dan kuat,tak jatuh sakit masa hujan. Oh makcik,diskaun..diskaun..*

Auntie Coco Lee: " Ini dulian ni,makan manyak.. Hari tu aa, wa pegi Tesco, aiyakk dulian manyak mulah (murah) oo! 1 kilo RM3.90 .. Wa beli, isi manyak halus..Manyak sedap!"



Aku mula malas nak sambung. Auntie Coco Lee ni, isk3.. Makcik tu muka tengah ketat macam terpaksa kerja tu. Huhu.. 

Tapi, ku sangka bakal dapat diskaun, tapi impian hancur ditengah jalan. Makcik Kaunter tu dengar Auntie Coco Lee cite pasal durian, terus berubah ekspresi muka beliau!


akhirnya makcik Kaunter berwajah ceria kembali. terima kasih Auntie Coco Lee!



Makcik Kaunter: " Durian RM3.90?? Uih, murah sangat tuh! Kat mana you beli tuh? "
*Bersinar-sinar mata makcik tu*

Auntie Coco Lee: " Tesco maa.. Manyak sedap woo! Wa balik celita (cerita) sama olang, habis semua pigi (pergi) beli..Hahaha!"


*Potpet-potpet-potpet.............*



Aku tengok Rina, Rina tengok aku. Akhirnya Makcik Kaunter tu insaf  kembali ceria dan bersemangat bekerja. 

Pengajaran yang aku dapat, everything happens for a reason. Mungkin Auntie Coco Lee tu seperti Fairygodmother Makcik Kaunter tu yang berjaya menaikkan semangat beliau untuk bekerja lebih gigih. Huh! Syirik! Mana ada Fairygodmother!

Tu pengajaran merapu. Pengajaran yang sebenarnya is jangan set kan minda kita, pegawai kerajaan semua ketat je muka bila bekerja. Mereka mungkin tension, bosan *yela member satu ofis MC tinggal dia sorang ja* , runsing fikir anak kat rumah dan macam-macam lagi.  

Jadilah macam Auntie Coco Lee. Beliau menceriakan Makcik Kaunter yang muka seketat-ketat alam.


Dan..

Aku taw dah kalau nak tarik perhatian pekerja kerajaan ni, cite pasal DURIAN!

ZzzzZzzzZzzz~~

3 comments:

pena said...

hehe..

cerita tentang durian pun boleh buat org happy..

SaYaLiYaNaSaiDi said...

ahaha tu la. sungguh tak sangka..
makcik tu trus senyum wt keje. gile lah.hehe..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

pejabat pos usm selalu buka kaunter sket...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...