Sunday, May 22, 2011

KENGERIAN DI MESIN ATM

Pagi-pagi pukul 6 dah terkejut bangun dari tido. Useless punya mesin apa benda ntah kat bawah blok Tekun ni. Bunyi tiap-tiap malam, kuat pulak tuh! Aku tengah mimpi ngeri taw tak?! Mimpi apa yang jadi semalam kat Bank Islam USM. Isk3~~

Semalam lepas round RST aku pergi Bank Islam kat Bakti Permai tu dengan harapan boleh withdraw duit. Asyik makan biskut ja, tak boleh tahan weh. Lapaq! Aku mengalami sindrom kad bank asyik kena reject ja walaupun try dengan bank lain. Sudahlah duit nak habis, kad pulak masalah. Tak understanding betol.

Sampai dekat ATM tu, aku sorang ja. Lega tak payah beratur. Bila turun dari motor, ada sorang lelaki dalam 30an tiba-tiba datang dengan motor, pusing-pusing kat bank tu. Aku buat bodoh je la. Bila dah masuk dalam bank tu, dia parking motor betol-betol belakang motor aku. Aku ingat dia nak ambik duit jugak tapi dia duduk ja atas moto.

Dengan lafaz Bismillah,aku masukkan kad bank. Humang aih! Reject! Aku try lagi dan lagi dan lagi, last-last tu lama gila takdak respond. Aku dah cuak takut kena telan. Lama sangat tunggu mesin tu proses kad, aku pandang-pandang luar. Lelaki tu still ada and the ngeriest (ngeri-est) part is dia tak lepas pandang aku kat dalam bank tu. At first aku fikir maybe kebetulan tapi kali kedua,ketiga pun dia dok tengok lagi. Aku pusing sebelah, mana taw ada Puteri Bunian or anything kat sebelah aku. Yela dah nak malam ,aku pulak sorang masa tu. Takdak apa pun. Lepas tu lelaki tu senyum. Pervert gila senyum! Cuak! Dah la berhelmet. Takkan terpengaruh dengan simbah asid jugak kot. Jangan la dok buat pasal~~

Masa tu aku rasa nak tendang ja mesin ATM tu. Cepat sikit boleh tak?! Aku nak blah ja dari situ. Aku tak kesah sorang-sorang macam tu dengan orang lain tapi bila aku dah kesah, it is something. Tak sempat nak tendang mesin tu, boleh withdraw. Lega baq ang! Tapi aku takot nak keluar. Mana la guard hensem yang selalu jaga ATM ni?? Time ni jugak la dia hilang!

Aku buat-buat check balance pulak. Punggak! Lagi tak senang duduk bila tengok baki akaun sendiri. Aku sangat menggelabah bila akaun aku kurang dari 4 angka. Aaarghhh! Takpa Lin takpa, nanti elaun NRIC masok topup balik money loss tu. Aku pandang luar, tak blah lagi lelaki tu. Senyum lagi. Maki hamun aku dalam hati. Lepas tu tiba-tiba ada orang call dia. Masa dia tengah ralit jawab call aku keluar cepat-cepat keluar. Start motor, dia dengar, terus dia cepat-cepat nak letak fon. Nasib baik la aku naik skuter, guna starter ja. Kalau la motor aku jenis kena guna tendangan kuda baru boleh start, memang naya~

Dan nasib baik jugak aku bukan jenis berhemah sangat bawak motor. Kalau la dah biasa nak pusing motor pun terhegeh-hegeh, memang gelap masa depan la hari tu. Tak sempat dia nak dekat aku dah rempit blah dari situ.


Aku tak taw apa niat lelaki tu tapi memang menakutkan. Sangat-sangat menakutkan okay sampai aku mimpi lagi masa tidur tadi! Kat bank pulak tu. Bukan nak bersangka buruk tapi zaman sekarang ni, memang kena berhati-hati.

Nasib baik tak jadi apa-apa. Pengajaran jugak untuk aku. Kena marah sebab keluar sorang-sorang.Tak boleh selalu keluar sorang-sorang sangat, kena berteman tambah-tambah dekat-dekat nak malam. Aku malas nak mengajak orang sebab kalau boleh buat sendiri kenapa nak menyusahkan orang. Tapi tu lah, benda kalau nak jadi. Pengajaran untuk semua okay!

Berhati-hati di mesin ATM.

Hujan. Camna nak pegi keje ni?

ZzzzZzzzZzzz~~~

5 comments:

Cik Atiqah Shaharin said...

ngeri!

SaYaLiYaNaSaiDi said...

memang! sampai sekaranng dok ingat lagi.
:(

ezimah said...

duit dlm bank sy ade 1 angka je...lalala

pena said...

ish..

ngeri dengar..
bahaya tu, dah la sorang2x..

SaYaLiYaNaSaiDi said...

mmg sgt bahaya..
T~T
menyesal.huhu.. tp alhamdulillah selamat.. pheww!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...