Thursday, December 30, 2010

HARAPANKU TINGGAL DUA INCI.. T~T

beberapa hari sebelum balik USM, gigi geraham rasa berdenyut-denyut. sakit la pulak. tapi wat dono jr dulu. then dah start sakit gila-gila, aku pun posing la depan cermin. nak tengok pe yang sakit sgt kt gusi ujung ni.fokus punya fokus.... AHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

ADA GIGI BARU NAK KELUAR DARI GUSI LA WEH!

YES! rasa dewasa gile time tu. dulu masa sekolah rendah, ada dengar kawan-kawan cite pasal gigi bongsu. dowang cakap askit gile kalau gigi tu nak keluar. time tu aku baru darjah Dua. 8 tahun. kawan-kawan cakap umur 18 tahun dan keatas baru gigi tu tumbuh. fuhh lega, ada 10tahun lagi. aku paling benci sakit gigi tapi suka jumpak doktor gigi sebab doktor gigi yang datang sekolah aku buat annual check hensem. ok berbalik kpd sakit gigi tu, tiap-tiap tahun aku fikir camne la kan kalau gigi bongsu tu tumbuh nanti. abah aku dulu sampai MC sebab gigi tu nak tumbuh. gile la! aku da cuak gile time tu. skang aku dah 19tahun.lagi 2 bulan dah nak masuk 20tahun. tiba saatnya gigi tu nak tumbuh,dan aku dah bersedia!

ye ke?

tak.. huhu sakit weh~ seksa gila nak makan. pastu kalau dah datang sakit tu,mula la mood x tentu hala.nak marah ada,nak nangis ada. memang gangguan emosi gile la.

aku cite kt ayie. dye pun cite la pengalaman dye masa gigi tu nak tumbuh dulu.masa MUET plak tu.memang seksa. tapi lepas g klinik,sedap je dye bantai KFC. xleh nak kata pe la kan. kalau dah kaki makan, memang selamanya kaki makan. then cite plak kat sape tah lupa plak.huhu. beliau cakap, kalau gigi tu dah tumbuh, dah x leh tinggi dah.

haaaa??????? DAH TAK BOLEH TINGGI???


masa tu dunia aku dah gelap...gelap gulita tiada cahaya dah... perkataan tak boleh tinggi tu betol-betol meragut jantung aku. aku dah x boleh tinggi? mak...along dah x boleh tinggi.. sob3~~

tapi aku cuba berfikiran positif. baru 1 je nak tumbuh, ada lagi 3 tempat kosong yang belum tumbuh. 1 gigi = 1 inci. so aku ada lagi 3 inci ketinggian yang boleh ditambah. 

amaran: ni teori aku semata-mata. xde kajian saintifik yg mengatakan keterlewatan pertumbuhan sebatang gigi bongsu menandakan masih boleh tinggi. dan kadar pertumbuhan gigi bongsu tidak berkadar langsung dengan ketinggi. tapi aku tetap berpegang pada teori gila aku tu. 

xpe lin..baru 1 je tumbuh,,lg 3 kosong kan,,3 inci lagi harapan yg tinggal untuk tambah ketinggian..

aku bermonolog dalaman utk menyedapkan hati..

khamis,30 Disember 2010, 7.00pagi

aku bangun gosok gigi.then rasa sakit gile kt gusi geraham atas. check punya check.. hah???!!!!

lagi 1 gigi nak kuar!


isk3... maka angan-angan nak tambah lagi 3 inci terhapus begitu sahaja.. dengan kekosongan lagi 2 gigi blom kuar,maka....

harapanku tinggal dua inci sahaja lagi..




Tuesday, December 28, 2010

AYAQ TAK DAK WEY! ~~

Sebelum start cuti sem lagi aku da baca kat FB,post pasal ketiadaan air diseantero Pulau Pinang pulau mutiara ni. 28/12/2010. Selasa. Dalam hati- ahh demn~! baru bukak sem kot! Takkan tak mandi g kelas?? Ahh macam x biasa! eh? bukan3!! memang x biasa~~~  lalalalala~


Then sehari sebelum balik USM, baca lagi kt internet pasal takdak air tu. ahh still on i see. ahha! bleh la jadikan alasan lambat balik USM,air xde la katakan~ then lightning strikes. mendenye,umah aku pun kat Penang. Sama je la tak dak ayaq gak.Hampeh~ Patut la family aku lari g Cameron Highland tiba-tiba.huh! macam takdak umah kat Kulim kan. Whatever pun, aku terpaksa balik USM jugak. Camni la budak2,masa kat USM malas nak balik rumah. Dah balik rumah,boring cuti panjang. Bila cuti da nk habeh, menggedik plak dah takmau balik USM. Malas nak layan~

Then semalam,ok start la kecoh-kecoh pasal xde air kat USM. Selain status kat FB pasal menang bolasepak,status kedua terhangat adalah pasal air xde la. So aku pun,terpengaruh dengan rakan sebaya, buat la preparation jugak. Cadang nak korek telaga tapi takut terkorek kubur sendiri plak. T~T
 
So,empty kan baldi dari baju-baju dan segala yang ada dalam baldi tu.Nak tadah air la katakan.
Disebabkan air start xde pukul 7 pagi, so plan ank mandi sebelum subuh.malam sebelum tido, set jam 5.15 pagi nak bangun mandi. huh semangat! Then tido. Pukul 4.45 pagi terjaga. Semangat kan?
Tapi cam bese, zzzzzzzzzzzzzz balik~~ Xpe tunggu alarm bunyik la..kesian alarm tu dah prepare nak gerak aku pukul 5.15 pagi kan~

5.15pagi: berkumandang lagu XXX (xleh gitaw nanti kena claim copyright~). tengok jam henfon,hurmm baru 5.15pagi..cam awal sangat la pulak nak mandi..sejuk nih! postpone!


next  5 minutes, alarm bunyi lagi. postpone lagi.dan lagi. dan lagi . dan lagi. sampai alarm tu x bunyi dah. dah sejam dye asyik bunyi -cancel, bunyi-cancel. beliau dah fed-up mungkin. 6.15pagi~ ok la g mandi la. roomate ak pun dah bangun nak mandi. bilik air full pulak. memanaskan diri dalam selimut dulu la camtu. then basuh muka. sejuk! ok semayang dulu baru mandi.lepas semayang,dapat mesej ada org dah mandi.ahh tergugat!aku wanita patut aku lagi awal.tanpa fikir panjang, trus gi mandi.

lama aku bermastautin dalam bilik air: mandinya kejap je. pikir nak mandi ke x yg lama. sejuk bai~!
selepas berjaya mandi,terketar-ketar aku layan FB. then pkul 8 g toilet.

AYAQ ADA LA!


vavi~ terlupa USM ada tangki air. sekian.

hargai air. tanpa air siapalah kita.

p/s: pasni kalau air xde,aku datang usm je tumpang mandi,basuh baju.

Wednesday, December 22, 2010

SAYA NAK JADI PRINCESS!!

Princess boleh pakai baju cantik-cantik..

Princess pakai tiara atas kepala. Cantik, bling-bling gitu~..

Princess kaya sebab ayah dye Raja. Nak apa pun semua dapat. Senang je hidup..

Princess cantik,semua orang suka..
beliau cantik!




Princess tah payah buat kerja berat-berat. Dye ada banyak pembantu..Kadang-kadang ada Princess yang ada Fairygodmother. Hayun je tongkat sakti dye, nahhh~~ Semua jadi kenyataan~

oh ibu peri sakti! hihi~
Princess itu..Princess ini.. Senang cakap kalau jadi Princess,semua cantik dimata. Semua senang. Semua terjaga. Hidup senang-lenang, tak payah bersusah-susah nak sesuatu,kawen pun dengan Prince Charming. Wow! ( nada Dr. Chong)~

Kalau tanya budak-budak perempuan,mesti ramai berangan nak jadi Princess. Mesti punya la berangan nak jadi Princess. Lepas tu suka tengok Disney Channel sebab Disney banyak buat cerita tentang Princess. Cinderella la, Sleeping Beauty la, Snow White la, Beauty And The Beast la, etc,etc.
Semua pakai baju cantik-cantik. Semua baik-baik sopan santun,lemah gemalai. Semua kaya-kaya. Semua ada Prince Charming masing-masing. Wahhh~~ (muka gatal~).


Aku dulu kecik-kecik nak jadi Princess apa?

Tak pun. Betol,aku tak nak jadi Princess. Tapi aku nak jadi Power Rangers la,Kamen Rider la, Ultraman, Spiderman la sebab dowang ni ada superpower! Lagi hebat dari Princess. Dowang ni boleh selamatkan dunia.
see?siap bleh angkat rasaksa lagi!

Princess dalam cite Disney tu, lemah. Selalu kena tunggu Prince Charming datang selamatkan, baru boleh hidup bahagia. Kalau sampai tua tak de sape-sape datang selamatkan? Kerepot la kau sorang-sorang. Haha!

Jom merepek pasal Prince Charming plak. Kalau sebut je Prince Charming,mesti muka mau hensem tahap paling karma, anak raja yang hebat, kaya-raya, gentleman dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.Kan? Korang nak Prince Charming camne? 

Yang tampan gile babas? Sampai perasan hensem?
sori,mak i xberkenan la.
Tak nak~~ Aku tak suka lelaki perasan hensem. Nanti tengok cermin lagi lama dari aku. Cehh~!

Then,yang gagah pastu datang naik kuda ala-ala romantik gitu?
wee naik kuda! gallop! or,..galok?

atau yang penah kena sumpah dengan nenek kebayan pastu needs true love kiss utk pulih?
putera katak! prince naveen! oh oh melayu pun ada la! putera ammar!
eh,huduh plak katak ni! nak yang comey sket lah!
haa...baru la de feel sket nak kiss. gulp~!!
Kecik-kecik dulu aku suka main dengan katak. Aku tangkap,then simpan dalam periuk nasik. Makcik aku bukak,terus pengsan. Terkejut! Bukan katak biasa naa..Katak bukit bai~ Besor oo! Mungkinkah putera katak jodohku? Pfffttt~!! Xnak kiss katak. Geli makk~~

Abeh tu? Nak yang camne?

Haha! Mak aku pernah cakap dulu.Carik yang biasa-biasa je la.Anak raja nanti jenuh nak berprotokol plak.Betol jugak.Nanti nak buat blog pun kena skema-skema. Ramai plak unfollow nanti.buhsan~!
Kalau dapat yang kaya-raya pun, kaya duit sendiri ke? Pehhh~!! Pedih ayat mak den! Mak cakap,setakat berlagak tayang harta mak bapak, nak buat pe. Campak kat tempat xde pe ,tengok bleh hidup ke x. haha! Tepat sekali mummy! Then mak cakap, pastikan bleh bawak teman shopping, tak kedekut. Thihihihi~~ Kan ? Kan?

Bagi aku, tak payah anak raja la nak jadi Prince Charming untuk seseorang. Ordinary man pun bleh jadi a perfect Prince Charming.

Actually, a best man is a man who is a good LISTENER, a perfect SHOULDER-TO-CRY-ON, and a superb LAUGH-MAKER. Kan?

Berbalik kepada Princess, tak perlu nak jadi Princess la kalau nak hidup yang sempurna.Tak de mende yang sempurna pun kan? Belajar berdikari. Belajar terima hakikat hidup sendiri sebab x selamanya kita akan ada peneman kat sebelah. Belajar jadi kuat terima musibah dan dugaan dalam hidup. Dan ayat-ayat ni ditujukan khas untuk diri sendiri.Hihi~ Tapi jangan sampai melawan hakikat yang wanita memerlukan lelaki dalam hidup.Kita boleh berdikari tetapi dalam apa jua keadaan, tetap kena ingat yangg wanita tetap berada dibelakang lelaki.Tetap perlu dipimpin lelaki.



Sebab tu aku tak nak jadi Princess.Sebab tu aku lagi berangan nak jadi superhero yang ada superpower. Kalau aku jadi Princess, komform ke ada Prince Charming nak datang selamatkan aku kalau aku dalam kesusahan? Kalau ada, best la.Kalau tak de? Nak tunggu sampai mati ke baru keluar dari masalah tu? Jeng jeng jeng!

Tapi kalau ada anak raja masuk meminang?

Anggap itu rezeki.lalala~~

NOBODY IS IMMORTAL: move on,LIYANA!

 " Nanti kalau result SPM elok, tokwan hantaq p belajaq kat Mesir,buat doktor.mau?"


Arwah Tokwan cakap masa kami tengah sembang-sembang satu petang lepas aku habis SPM.I was his favourite grandchild. Manja. Selalu mengusik Tokwan. Selalu kena usik dengan Tokwan. Tiap-tiap pagi sebelum Tokwan pergi pasar, Tokwan mesti tanya,:
"Nana nak makan apa hari ni?"

Kalau aku cakap nak udang galah besar-besar sekalipun,kalau tak dapat hari ni, esok lusa mesti Tokwan cari jugak sampai dapat. Tokwan call sana-sini tanya ada tak udang? Kadang-kadang Tokwan naik bas,pergi bandar semata-mata nak beli apa kami nak.Satu petang, Tokwan tengah untangled tali yang tengah berserabut,berselirat. Aku p kacau. Tokwan marah. Aku merajuk sebab Tokwan x pernah marah aku. Tapi lepas tu Tokwan pujuk balik. Tokwan marah sebab dye nak cepat,takut nanti maghrib tak sempat. Tali tu dye nak buat tanda tapak rumah kat tanah seberang jalan tu. Tokwan nak bagi tanah tu kat abah dengan mak. Tokwan suruh mak dan abah buat rumah kat situ. Tanah Tokwan bagi,jangan risau. Tokwan suruh tinggal dekat dengan dye. Tokwan cakap,Tokwan tak sabar nak duduk rumah baru.Lepas tu Tokwan suruh buat toilet besar-besar.Tokwan cakap senang kalau ada apa-apa. Toilet tu penting,semua orang guna. Aku senyum je. Macam-macam la Tokwan ni.Hehe.

Then result SPM keluar. Alhamdulillah, aku dapat 12 A. Orang paling seronok- Tokwan la! Tokwan cakap Tokwan bangga dapat cucu macam aku. Pandai,boleh la nanti jadi doktor,rawat Tokwan. Aku jawab kat Tokwan:

" tak mau la jadi doktor,bukan boleh rawat family sendiri pun Tokwan oii..nak belah isi sikit pun terketaq-ketaq taw. Nak kawen je la Tokwan.Haha!"  Aku melawak dengan Tokwan. Tokwan cakap kalau kawen pun dye boleh tanggung. Hehe..Tokwan..Tokwan..

2 bulan lepas tu, malam, Tokwan cakap dye sakit.Tokwan suruh telefon abah, bawa dye pegi hospital.Tapi abah baru balik dari kursus. Tak sampai rumah lagi. Abah cakap tunggu kejap,nanti dye sampai rumah kami kat Kulim,dye datang kampung.Tak lama,10 minit dah sampai sebab dekat.Kulim ke Junjong.10 minit je.Then malam tu jugak kami ke hospital. Tokwan suruh aku ikut,jaga dye. Masa sampai,Tokwan cakap dye nak masuk bahagian kecemasan.Aku dengan abah try uruskan tapi sorang doktor tu marah.Dye cakap teruk la kalau sakit perut sikit pun nak masuk kecemasan.Ramai lagi yang lagi teruk.Tak pe,aku cakap slow-slow dengan Tokwan.Tokwan pun tunggu.Bila dah sampai turn,doktor datang keluar jumpa kami.Doktor cakap,Tokwan kena tahan kat wad.Sakit Tokwan teruk.Time tu jugak aku jeling doktor lagi sorang yang marah-marah kami tadi. Terdiam doktor tu.
Malam tu,aku stay kat hospital dengan abah.Sebab Tokwan duduk dalam wad lelaki,abah je boleh masuk tunggu.Aku? Aku lepak kat foyer hospital dengan sepupu.

Then sampai masa,Tokwan kena bedah. Sebelum mula operation,sorang nurse keluar.
"Sape nama Nana kat sini?" . Aku la tu.Terkejut jugak tiba-tiba nurse panggil.
"Ni, Tokwan bagi suruh simpan.." . Nurse tu bagi envelope kecil dengan satu buku nota.Aku simpan,tak bukak pun.Then the operation started.Masa tu ramai sedara mara kat luar bilik bedah.Semua tengah berdebar-debar.Beberapa jam lepas tu,doktor keluar.Arabic.He spoke English so aku nak dengar la apa jadi kat Tokwan tapi sepupu-sepupu and pakcik-pakcik aku dah keliling doktor tu.Aku plak pendek.Terlompat-lompat kat belakang dowang,nak dengar jugak. Pembedahan Tokwan berjaya. Apendix. And Tokwan dah sets record.Pembedahan pertama apendix untuk 80tahun keatas yang berjaya. Amin.. Tapi..

Doktor tu cakap,masa bedah dowang discover sakit sebenar Tokwan.HEMATOMA.Ketulan darah dalam usus.Hope?Doktor tu x berani cakap.Sebab dye cakap,nak sentuh darah tu pun x berani.Kalau pecah,akan berlaku pendarahan dalaman.So,Tokwan just stay dalam ICU. Tokwan koma. Masa aku masuk tengok Tokwan dalam ICU,darah meleleh dari telinga,hidung.mulut..Aku mampu lap je.Aku tanya nurse,camne nak hentikan darah ni? Nurse x cakap pape.Dye tengok je aku.Xpe,aku faham.

Tak boleh lama dalam ICU,ada timing.So dah cukup 10minit,aku keluar. Tinggal mak dalam tu. Mak baru sampai dari KL.Meeting.Betol-betol aku keluar,baru nak duduk,mak keluar panggil abah and adik beradik mak yang lain.Lepas tu,semua keluar.Mak nangis.Pakcik dah geleng kepala.Kami semua dah faham.Tokwan dah xdak.Time tu aku rasa dunia aku dah runtuh.Semua gelap.Dah xde pape yang tinggal untuk aku.Tok dah rebah..Tapi aku x menangis.Sebab aku susah menangis depan orang ramai kalau aku sedih.Tapi,Tuhan je tawu dalam hati aku.macam kena hiris dengan razor blade..


its worse than this..

Dah beberapa hari Tokwan meninggal, baru mak cerita apa yang ada dalam envelope and buku nota yang Tokwan bagi kat aku tu.Dalam envelope tu,ada cash RM5k. Buku nota tu pulak,senarai harta Tokwan- tanah,hutang orang kat Tokwan dll. Semua terkejut Tokwan bagi aku yang pegang.Tokwan memang percaya kat aku sangat-sangat.Tokwan memang sayang kat aku sangat-sangat.Hilang Tokwan,setahun untuk aku recover balik.
Been thru depression.

menangis? tiap-tiap malam sebelum tidur.and setiap kali i'm alone.macam sekarang.
 

rasa nak mati pun ada.

 Dan aku tak buat Medic eventho aku dapat buat medic kat Mesir. Aku x fly.Aku pilih matrik.Dari Hayat,aku tukar Fizik. Aku tak nak jadi doktor sebab aku dah tak sempat nak rawat Tokwan.Aku give up.Ntahlah.

Setahun lepas tu aku berjaya recovered.Then Acik plak sakit.Breast cancer and bone cancer. Acik kakak mak aku. Makcik yang paling rapat dengan aku.Macam Tokwan,aku selalu mengusik Acik.Macam-macam aku buat dengan Acik.macam kawan instead of my aunt.Acik spoting.Tiap kali Acik kena pegi hospital,Acik mesti ajak aku teman.Acik xde anak.So aku ni Acik treats macam anak Acik sendiri. Banyak tahun jugak Acik sakit.Hakikatnya,Acik x gitaw kat orang lain sakit sebenar Acik.Acik just gitaw dye ada breast cancer.Balik dari hospital,Acik cerita kat aku dari A sampai Z sakit sebenar Acik.Hanya Acik,hubby dye,aku,doktor dan Tuhan je tawu.Dan aku simpan sakit sebenar Acik sampai sekarang.Sebab tu je kenangan yang tinggal antara aku dengan Acik.

Masa Acik tengah sakit teruk,Acik bisik kat aku:
" Along jadi la doktor, boleh rawat Acik nanti..Doktor kat hospital ni kasar-kasar..Sakit.."

Tuhan je tawu apa aku rasa time tu.I cant be a doctor.I'm not even a health bussiness student. Aku cakap kat Acik,aku x belajar medik.

"Xpa,Along jadi la apa pun. Buat jasa dengan orang.Tu je.."

Thats it.Shes gone.Malam jumaat jugak Acik meninggal.Macam arwah Tokwan dulu.Orang cakap meninggal malam jumaat @ hari jumaat ni bagus.Alhamdulillah.Semalaman aku teman jenazah Acik sebab kebumi esok pagi.Sorang-sorang aku teman jenazah Acik.Makcik-makcik tanya,tak takut ka? Hurmm..Masa tu aku ak teman Acik ja walaupun dye dah x nampak aku tengah teman dye.Still,it took me almost a year to recover.

My lost doesnt stop there.Masa minggu test 1 sem lepas,beberapa minit sebelum ambik test Vektor,mak call. They were on their way to Selama.Nenek dah meninggal. Time tu jugak aku rasa nak collapse. Aku nak balik Selama tapi abah x bagi sebab abah tawu aku tengah minggu test.So i just stay.Energy? Dah xde.Tapi hidup kena terus.Hurmm..

Jumaat pagi,hari terakhir kelas dalam sem 3 ni.Pukul 8.40am abah call.Tok meninggal.

Again.
I lost the one that i love so fucking DAMN much.10minit aku tergamam.Then baru aku boleh text Ayie and told him bout my lost.Then,call Fareez.Please,hantar aku balik rumah.

Emma,Naim,Ayie,Fareez: Thanks sebab teman aku kat rumah,masa kebumi etc.


Thats it.Until now,i still sit in my own pool of tears.





 Another year to recover perhaps?
I'm so tired of being here, suppressed by all my childish fears
saya terlalu penat berada disini, dengan rasa takut seperti kanak-kanak.

 And if you have to leave, I wish that you would just leave
dan jika kamu perlu pergi, saya harap kamu akan terus pergi.

Your presence still lingers here and it won't leave me alone
saya masih dapat merasakan kehadiran kamu,dan ia tidak mahu meninggalkan saya.

These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
luka ini seperti tidak mahu sembuh,pedih ini terlalu nyata.

There's just too much that time cannot erase
terlalu banyak sehingga masa tidak dapat memadamnya.

When you cried, I'd wipe away all of your tears
 bila kamu menangis,saya menyeka semua air mata tangismu.

When you'd scream, I'd fight away all of your fears

bila kamu menjerit,saya melawan semua ketakutanmu.




I'm bound by the life you left behind
saya terikat dengan hidup yang kamu tinggalkan.



I've tried so hard to tell myself that you're gone
saya telah mencuba terlalu kuat,meyakinkan diri sendiri yang kamu telah tiada.

But though you're still with me, I've been alone all along
tapi fikiran tentangmu masih bersama saya,dan saya sebenarnya keseorangan selama ini..

But you still have all of me...

damn.
love,
Liyana.

Tuesday, December 21, 2010

KENAPA ASTRONOMI?


KENAPA ASTRONOMI?
sebab subjek yang baru dan menarik.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab kami dapat buat benda-benda baru yang ramai x tahu contohnya pasang teleskop,tahu nama-nama objek langit sekilas pandang je,baring atas padang kawad.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab kami nak bukak mata dan minda rakyat Malaysia tentang ilmu ni dan buka mata masyarakat luar yang Malaysian student pun boleh buat.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab tengah-tengah malam orang tido,kami still tengok langit.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab barang eksperiment kami jauh gile, bulan,bintang,komet,meteors. so xde sape boleh rosakkan kalau dengki.hihi.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab Dr Chong sangat baik dan best dan ikhlas memberi ilmu tak kira bangsa.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab astronomi ni benda baru dalam masyarakat kita terutama pelajar sekolah so bila kami bawa astronomi kepada mereka, sangat happy tengok mereka teruja dan bersemangat.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab Kelab Astronomi dapat banyak jemputan sana sini buat outreach dan aktiviti. sambil sebarkan ilmu sambil makan angin. weeee~~

KENAPA ASTRONOMI?
sebab bila belajar astronomi, banyak lagi benda yang besar dan hebat diluar sana yang membuatkan kita rasa sangat kecil.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab astronomi menjadi salah satu wadah untuk kita kenal siapa diri kita dan dimana sebenarnya kedudukan kita di alam semesta ni.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab bila dah tawu kedudukan dan siapa diri kita, kita akan kembali sujud dan taat kepada yang paling berkuasa dalam alam semesta ini.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab bila dah belajar benda-benda diluar alam yang kita nampak ni, kita akan merasakan betapa agungnya kekuasaan Tuhan yang dapat mencipta alam semesta yang serba kompleks dan maha besar ini.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab budak-budak astronomi semua baik-baik. kelakar-kelakar. kami satu FAMILI.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab kalau sape-sape ahli kelab jadi astronout, boleh mintak topi astronout dye sebab visor topi tu dibuat dari emas utk menghalang cahaya matahari. kayo la kalau dapat.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab bila pegi sanasini, kami lebih berdikari dalam hidup.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab dah pegi sanasini ,jumpak macam-macam jenis orang, kami lebih kenal dunia luar dan erti susah-senang hidup.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab banyak jumpak orang luar dan kami deal sendiri, kami dah terdedah dengan pelbagai kerenah orang tak kira usia.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab untuk buat orang minat dan buka mata dengan bidang serba baru ni,kami perlu usaha lebih dan komunikasi perlu bagus.secara tak lansung meningkatkan skill komunikasi kami.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab kami perlu jadi tak malu nak berhadapan dengan orang sanasini maka self esteem dan keyakinan kami depan public bertambah.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab orang minat tapi xde platform nak ekspresikan minat mereka jadi kami berbangga bila orang puji dan sokong usaha kami.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab senang nak famous.

KENAPA ASTRONOMI?
sebab Dr Chong selalu pesan, DONT JUST TALK, DO IT!

dan..
KENAPA ASTRONOMI?
sebab saya ada mereka!
Dr. C,kaktini,daim,ayie,syima,amir,naim,wan,fareez,hafiz,ckin,emma,rina,hamzah,kak pah.

i lebiu olls!


Monday, December 20, 2010

When Favourite Song Comes True-I Have Got A Crush On You

How glad the many millions
Of Toms and Dicks and Williams
Would be
To capture me

But you had such persistence
You wore down my resistance
I fell
And it was swell

You're my big and brave and handsome Romeo
How I won you I shall never never know
It's not that you're attractive
But oh my heart grew active
When you came into view

I've got a crush on you, sweetie pie
All the day and nighttime, hear me sigh
I never had the least notion
That I could fall with so much emotion

Could you coo
Could you care
For a cunning cottage that we could share
The world will pardon my mush
Cause I've got a crush, my baby, on you


 
Sweet song,isnt it? The  lyric is so damn sweet, straight forward, honest and once again, sweet! This is my Favourite song,ever. Pertama kali dengar lagu ni dalam movie English yang aku lupa tajuk. arghhh!! camne leh lupa ni? haha! yang aku ingat, Ryan Reynold,ex-husband Scarlett Johanson. ha!ha ! ingat dah! muvie tu tajuknya Definitely,Maybe. yes!

uhh hensem!

A sweet movie tapi aku x nak explain pasal movie tu in this entry. Focus on the song.the lyric. once again,damn sweet kan?kan? tu je la yang aku bleh describe kan. its about a man yang susah nak jatuh cinta.susah nak tackle. then comes a woman, ordinary woman but with extra-ordinary attraction ,wore down the man's resistance. berjaya cairkan hati the eligible bachelor tu. then they make promises this and that, and perhaps,live happily ever afta.


one happy face


haha! happy lah bila dengar lagu ni. this song is a dream comes true. thats it.
zzzZZZzzz~~

Sunday, December 19, 2010

METAFIZIK vs FIZIK

Meta-bahasa merupakan salan satu aspek dalam bahasa.Meta-math pun satu cabang dalam matematik.METAFIZIK? macam sedap je kan bunyi.macam hebat pun ada.macam susah pun ada.macam-macam ada. first time aku dengar perkataan Metafizik masa sekolah rendah,kalau x silap la.aku ingatkan salah satu subjek fizik yang abah aku mengajar kat sekolah tu.dalam kereta otw nak g mana ntah,aku tanya.


"abah,metafizik tu belajar apa?"

berkerut orang tua tu.hehe.mencari explaination paling simple untuk budak sekolah kot.

"meta tu maknanya sebelum.fizik plak,sesuatu yang nampak.nature.so metafizik secara simplenya, sebelum sesuatu.disebalik.apa yang ada disebalik sesuatu.metafizik ni kalau study tinggi-tinggi,bahaya Along.sebab paling tinggi adalah macam mana organisasi universe ni bermula.siapa Tuhan."

xde la abah aku bagi ayat camni.aku olah nak bagi sedap je.aku buat-buat faham je la time tu tapi tertarik dengan statement "metafizik ni kalau study tinggi-tinggi,bahaya along." Aku ni lagi orang larang,lagi tergedik-gedik nak tawu.lagi nak explore.masa sekolah rendah dulu kawan-kawan cakap bawah dewan bekas kubur Jepun.ada hantu Jepun kat bawah dewan tu,jangan pegi main sorang-sorang.time rehat aku pegi tunggu nak tengok ada hantu ke x.haha.

berbalik kepada Metafizik,bagi aku metafizik ni sangat menarik.dari apa yang aku Googled, Philosophies secara tradisionalnya bermula dengan metafizik.metafizik ni macam satu teori asas yang meng'organise'kan alam semesta. Metafizik selalunya menjawab soalan :

"apakah nature kepada sesuatu realiti?"

menarik,kan? meta dalam bahasa Greek bermaksud over. disebalik. macam bila kita melompat melepasi sebatang kayu contohnya,kita akan dapat tengok dan discover benda yang ada disebalik batang kayu tu. Dikatakan metafizik ni bermula dari Aristotle, philosopher terkenal kurun terdahulu.kalau diteliti,hasil kerja Aristotle tidak semuanya berdasarkan teori.kita kena discover sesuatu yang ada disebalik karya-karya beliau.
aristotle


metafizik bukan fizik.bukan sains yang ada explaination yang rigid dan penuh teori.metafizik menjangkaui sifat semulajadi sesuatu.metafizik boleh membuatkan kita berfikir tentang the "true nature" of something.bagi aku jikalau sains menjawab persoalan "kenapa sesuatu terjadi?", metafizik menjawab "kenapa dan apa relevennya sesuatu itu terjadi?". ala-ala mencari essence kepada sesuatu kejadian.


jujurnya aku x tawu nak explain apa dah pasal metafizik ni.yang pasti,aku suka metafizik.abah pesan hati-hati dengan metafizik.jangan sampai melawan nature of beings.jangan sampai mencabar kuasa tuhan.jangan sampai hilang agama sebab minat.sebab tu aku belajar fizik.sebab tu aku belajar agama.fizik boleh explain sesuatu kejadian secara teori.secara saintifik.agama memberi kita landasan dalam hidup.agama memperingatkan kita tentang kekuasaan tuhan dalam pelbagai aspek kehidupan.gabungan agama,fizik akan menghasilkan metafizik yang sangat hebat dan indah.

will search and write more bout the nature of physics yang tanpa kita sedar atau tidak,ada dalam kehidupan seharian kita.


* giggles.aku suka metafizik! haha! *

Iron Maiden: FLIGHT OF ICARUS in Me

As the Sun breaks above the ground
An old man stands on the hill
As the ground warms to the first rays of light
A birdsong shatters the still

His eyes are ablaze

See the madman in his gaze

Fly, on your way, like an eagle

Fly as high as the Sun
On your way, like an eagle
Fly, touch the Sun

Now the crowd breaks and a young boy appears

Looks the old man in the eye
As he spreads his wings and shouts at the crowd
In the name of God my father I'll fly

His eyes seem so glazed

As he flies on the wings of a dream
Now he knows his father betrayed
Now his wings turn to ashes to ashes his grave

Fly, on your way, like an eagle

Fly as high as the Sun
On your way, like an eagle
Fly, touch the Sun

Fly, on your way, like an eagle

Fly as high as the Sun
On your way, like an eagle
Fly as high as the Sun
On your way, like an eagle
Fly, touch the Sun
On your way, like an eagle, fly

Fly as high as the Sun

hari-hari aku dengar lagu ni.betol, xtipu.lagu Iron Maiden. Flight of Icarus.dulu aku sukasuki je dengar.ntah apa-apa la si Ripper Owens ni terjerit-jerit melalak menyanyi.mak aku selalu marah dengar lagu ntahhapehape camni.thehehehe.. anak abah..abah aku dulu mat rocks.haha.tapi boleh je jadi physicist dengar lagu-lagu camni. =P

dulu bila faham sikit BI, aku interprete lagu ni sbg lagu pembakar semangat. 
Fly as high as the Sun,on your way like an eagle.
kan?kan? ayat ni macam suruh kita fight for our dream.ala-ala kejar impian,berusaha untuk berjaya dalam hidup. tadi separa sedar (cewah~), aku google maksud lagu ni. baca kat Wikipedia.erkk!! lain lah maksudnya!


          Rupanya lagu ni based on Greek myth,Icarus the Phoenix.
ICARUS the phoenix.ni gmbr dalam DOTA.kaki DOTA tawu la binatang ni~

Icarus ni kena penjara dengan ayah dye Daedalus dalam Labyrinth on Crete. Sebab nak melarikan diri, dowang lekatkan sayap dowang dengan lilin.. Then terbanglah mereka keluar dari Crete tu.si Icarus ni shout :


In the name of God my father I'll fly
aku suka gile part ni sebab dalam lagu ni,Owens jerit sedap gile.hehe. Tapi,Icarus ni x dengar cakap ayah dye.ayah dye cakap jangan terbang dekat dengan matahari tapi Icarus xnak ambik pot.last-last lilin tu cair sebab panas sangat.jatuh ke dalam laut si Icarus dan mati.kesian kesian kesian~ 

theme lagu ni: allegory of teenage rebellion against adult authority. remaja yang suka melawan cakap orang tua.rebellious.memang sesuai dengan jiwa remaja yang suka memberontak.remaja zaman sekarang memang suka memberontak.marah sikit,nak lari keluar rumah.mak ayah x faham jiwa remaja.mak ayah mengongkong.xfaham jiwa muda.
           aku dulu pun camni gak.akal pendek lagi tapi xde la lari dari rumah.selalu kena marah jugak sebab ketegaq orang utara cakap.degil.nak ikut kepala sendiri je.akal pendek lagi la katakan.x fikir jauh lagi.sekarang kalau teringat,nak gelak ada la. fikir-fikir balik,remaja memang camni kan.nak bebas.nak ikut kepala sendiri.susah nk terima teguran orang-orang tua.kita anggap dowang x faham jiwa muda. xde style lah! pastu melawan. sampai de yang lari dari rumah.abah selalu bising hal ni. kami adik-beradik pun selalu je kena marah sebab bising la,malas la,menyemak la,berkira buat keje la.pastu abah mula la marah.mak cakap abah bertazkirah.hehe.at least x berleter mak oii.haha!
          teringat lagi abah cakap dulu,anak dara ni senang nak didik tapi susah nak jaga.bela lembu sekandang lagi senang. bila dah besar sket,dah ada boyfriend, laki tu la yang betul segala.BF la yang faham jiwa kita.BF la yang tahu segala pasal kita.memahami.understanding.dia la dunia kita.segalanya dia.tanpa dia,malam memelukku,sepi menemaniku.fuhh jiwang plak ayat. lepas tu mula la nak lari dengan jantan tu. ni abah cakap. pedih gilos ayat ni.
          then abah sambung tazkirah lagi. alasan,mak abah x faham jiwa muda. mak abah x spoting.x understanding. padahal dari kecik sapa yang bela ? sapa yang didik? sapa yang bagi makan? laki yang baru kenal bape hari tu la faham semua,taw semua. yang mak bapak bela dari kecik ni x faham la konon.
          pehhhh!! sungguh pedih tapi betul,kan? cuba fikir balik. dari kecik kot mak abah kita yang bela,jaga. dowang sebenarnya lagi faham apa yang terbaik untuk kita. mother knows best,father knows best.they know best for us. abah cakap dye x marah berkawan, tapi kena pandai jaga diri.masa tengok berita dulu kes lari dari rumah,aku saje tanya mak:

"mak,kalau kami lari dari umah,mak sedih nangis-nangis cam makcik ni x rayu anak pulang?"

mak jawab:

" nak lari sangat,lari la.nak tengok sket berapa lama bleh hidup kat luar tu. yg kat dalam tu pun mak abah belikan,ada hati nak larik.ceh~!! p la lari, mak boleh buat anak baru.no hal.."

adoii kena sebijik! haha! lepas tu kelmarin,kes remaja hilang. abah pun wat la ulasan beliau. pastu sindir-sindir, anak dara aku pun kalau kena marah,lari la kot.....

dengan pantas daku menyangkal:

"oh tidak tidak tidak! along x sebodoh tu..kalau lari,sape nak bayar bil broadband along? sape nak bawa g shopping? sape nak jadi bank bergerak? sape? sape? rugi la mak abah oii kalau along lari dari rumah..sikit punya senang hidup kt rumah,gile pe nak g lari menyusahkan diri.."

"ceh..p la lari."  

mak terus malas nak layan. hahaha!! kan dah kena balik~ 1-1 !

tapi betul kan? rugi la lari dari rumah!

Saturday, December 18, 2010

SPM: paper BM penulisan in memory

semalam otw balik Selama,Perak,acik tanya mak.
"SPM x habeh lagi ke Kak Zah?"
mak jawab 20hb paper last.
pehhh,macam biasa la otak aku yang rajin sangat teringat benda-benda lama ni,teringat pulak zaman SPM dulu.
dalam banyak-banyak paper,aku paling cuak paper BM penulisan. orang lain cuak Kimia,Add Math,Fizik,Sejarah dan paper-paper pembunuh bersiri yang lain.tapi aku cuak BM penulisan.kenapa?

sebab aku dah buat karangan cerita yang mengutuk,menyindir pemimpin.

kwang kwang kwang.. padan muka kan dah cuak sorang-sorang.
aku takut karangan aku kena banned. kena masuk mahkamah ke. kena pulak pemeriksa tu orang kuat politik kerajaan,mati gua bai~~ orang selalu pesan buat karangan elok-elok,jaga tulisan sebab takut mood pemeriksa x elok,baru lepas gaduh dgn pasangan ke,anak meragam ke,peserta AF kegemaran terkeluar ke..emosi beliau terganggu.hakikatnya masa marking paper,AF mana start lagi.ceh! menipu tak bertempat.ok fine aku yang tambah-tambah sendiri.

sepanjang nak tunggu result keluar,hatiku gelisah resah merana menangis sendirian.aku tanya seseorang.kalau karangan kita mengutuk pihak kerajaan,macam mana? pehh beliau jawab susah nak skor tu.mana boleh lawan kerajaan.ahh sudah! kalau gagal BM,gagal SPM weh walaupun subjek lain straight As!
perasaan takut aku makin meluap-luap.brrrrrrrrrrrrr~~

apa yang aku tulis sampai takut sangat?

sape-sape yang still ingat soalan SPM tahun 2007,soalan no 5.soalan cerita.orang cakap soalan tu nak tolong student lemah je.budak-budak pandai x jawab soalan cerita cereka tu.tapi aku g jawab yang tu.sebab aku ada idea.idea jahat plak tu.mengutuk mengata.soalan tu pasal seseorang yang menyesal dengan apa yang dye dah buat dulu.member aku jawab dye buat sorang pompuan yang menyesal terhanyut dalam arus keseronokan dunia.jadi pompuan simpanan la.pe la.wow! sungguh klise.
aku buat pasal pemimpin yang x amanah.x amanah dengan tugas beliau.last-last dah tua baru nak menyesal.camtu je kan.nak takut mende?
nahhhhhhhhhh~~ ni sikit-sikit karangan aku buat yang aku ingat...

               Beliau merenung ke luar tingkap.Merenung pokok beringin yang berdiri tegak merendang,seusia dengannya.Mata beliau terpaku kepada kulit pokok beringin.Bergerutu.Berkedut-kedut.Kasar kalau disentuh.Seperti kulitnya.Kasar.Kedut seribu.Selari dengan usianya.Terkenang dosa lama.Ya,dulu beliaulah pemimpin terulung negara.Suaranya gegak gempita melaungkan pembangunan.Bak guruh berdentum dilangit suaranya disambut dengan sorak-sorai rakyat jelata yang terasa mereka dilindungi dan telah memilih pemimpin yang terbaik dari calon-calon yang ada.Ini pilihan tepat! Tersenyum kroni-kroni beliau disebalik tabir.


~~~~~~~(ni mukadimah yang aku ingat sikit-sikit)~~~~~~~

                Datang si Suhaimi, pemimpin parti politik pemuda yang ingin menegakkan agama ALLAH dalam pemerintahan negara.Datangnya Suhaimi yang beliau sapa mesra dengan panggilan Mie sudah beliau ketahui.Isi perbincangan Suhaimi pun sudah beliau ketahui.Sudah beliau jelek untuk mendengar.Agama,agama,agama.Hukum itu yang benar di sisi ALLAH.Hukum itu wajib kita laksanakan.Siapa kita untuk menggubal hukum sendiri? Kemudian kertas kerja bantahan dan cadangan  menutup kilang arak,judi,kasino dan sebagainya.Rezeki haram katanya.Tidak diredhai Tuhan.
Hahaha! Gelak beliau sendirian di dalam hati.Kolotnya pemikiran pemuda ini.Tidak berjiwa besar,tidak berjiwa moden.Belajar sehingga ke London,tetapi hal ini yang beliau perjuangkan untuk negara? Namun begitu,beliau tetap mendengar luahan hati Suhaimi.Cadangan Suhaimi.Pemimpin yang baik haruslah mendengar semua masalah dan cadangan rakyat.Pemimpin berjiwa rakyat.Luaran sahaja.Dalaman,aku hanya fikir tembolok aku dan kroni-kroniku.

~~~~~~(trrrr..over x?huhu.mana la den x cuak!)~~~~~~

               30 minit menaiki helikopter,sampailah beliau ke perkampungan Melayu yang terletak agak jauh di pedalaman.Kurang pembangunan.Masih benar-benar kampung.Ketibaan helikopter beliau disambut meriah dengan ketibaan ramai penduduk kampung tidak kira tua atau muda.Kanak-kanak tersenyum melihat beliau.Al-maklumlah,pemimpin nombor satu negara sanggup datang ke tempat mereka yang serba kekurangan ini.Ya,inilah pemimpin yang benar-benar pemimpin.Pemimpin yang bakal mengubah masa depan mereka.Pasti.
               Beliau bersalaman dengan semua penduduk kampung.Disambut tangan kotor mereka,disapa mesra.Senyuman tidak lekang dari mulut beliau.Namun di dalam hati,sumpah seranah tidak sudah-sudah.Kotor!Jelek!

~~~~~~( bhahahahaha~~mengutuk~!)~~~~~~

               Sedar dari pengsan di kampung tempoh hari,beliau sudah terbaring di atas katil hospital.Ditemani deruman penghawa dingin,beliau terkebil-kebil keseorangan.Teringat mimpi selama tidur tiga hari dikatil hospital.Hidupnya umpama diputar semula dalam mimpi itu.Mimpi ngeri.Setiap kejahatan yang beliau lakukan,namanya pasti diseru oleh seseorang.Tidak pasti siapa.Biarpun beliau mencari di setiap sudut,setiap inci yang ada namun si pemanggil namanya tetap tidak kelihatan.Akhirnya beliau bermimpi akan kematiannya.Setiap pelusuk negara menangisi pemergian beliau yang tidak akan kembali lagi.Negara telah kehilangan seorang pemimpin yang terbaik.Isteri beliau Datin N menangis bengkak matanya.Tersedu-sedan diwawancara pemberita.Namun begitu dalam kesedihan,beliau terdengar gelak tawa sekumpulan manusia.Oh,kroni-kroni aku dulu! tidakkah mereka bersedih dengan kehilangan aku? Mengapa mereka tertawa?
               "Orang tua keparat itu sudah tiada.Tua tidak sedarkan diri.Sekarang kita berkuasa!"

               Hakikat dunia politik,bisik hatinya.Dipergunakan dan mempergunakan.Kemudian dalam kesedihan dan kebingungan beliau diheret ke satu tempat dipenuhi jutaan umat manusia.Semuanya berbogel tanpa seurat benang membaluti tubuh.Beliau kebingungan melihat mereka berjalan dengan pelbagai gaya.Ada yang melompat,ada yang bergolek.Ada juga yang kaki keatas,berjalan menggunakan tangan.Pelik.Kemudian beliau membelek tubuhnya sendiri.MasyaALLAH! Sama seperti manusia-manusia yang lain.Berbogel tanpa sehelai pakaian dibatang tubuh beliau.Beliau mencari-cari sut pakaian jenama luar negara yang sering beliau pakai namun hampa.Malu bukan kepalang,seorang pemimpin disegani ramai tidak berpakaian ditengah-tengah lautan manusia!


~~~~~( thehehe..time ni n dah klise..~)~~~~~~

               Masih merenung pokok beringin tua dihalaman rumahnya, beliau menangis sendirian.Tiada lagi kroni-kroni politik yang selama ini menyanjung dan mengangkat dirinya tinggi sehingga lupa bumi dipijak.Tinggallah beliau seorang diti dalam percaturan politik hidupnya sendiri.Rasa kesal dan insaf sahaja yang menemani,selain isterinya yang juga telah berkedut,kerepot sama sepertinya.Percaturan politiknya silap.Politik kotornya silap.Sangkanya politik tidak mungkin berjaya jikalau bersih.Politik dan agama tidak mungkin sehaluan.Selari,tidak akan bertemu seperti garisan berserenjang.Politik Pak Hussin Onn yang sempat tungging terbalik diatas tikar sejadah walaupun politik zamannya penuh bergolak dengan penjajah dipandang rendah.Politik Suhaimi yang ingin berlandaskan agama juga ditertawakan.

~~~~~~~~~~dah la kot sikit-sikit.haha.aku pun dah lupa banyak point dalam esei SPM aku dulu.tapi Alhamdulillah, gundah gulana aku terjawab dengan keputusan A1.perghhh wa lega gile bai!! 

wondering..sape la pemeriksa ketas aku kan.

Friday, December 17, 2010

LOVE ANTHEM : ||| x sangka aku jiwang |||

i love it when i told you the brightest star on the sky is Sirius,
and you said i am your brightest star ever;

i love it when you called me at  2a.m,
to acompany me watching shooting stars;

i love it when i complained 'bout my look,
and you said i am beautiful enough for you;

i love it when we had to walk all the way back to your place,
because you left your starchart eventho i've reminded you many-many times;

i love it when you suddenly whispered "i love you",
while we were waiting for bus after watching movie;


i love it when we walked together one night,
and suddenly you just shout "i love you!";

i love it when you didn't understand something,
your face is blurred and confused;

i love it when you understand something,
you will smile and giggles and laugh like a child;

i love it when we walked round and round without any destination,
because i was by your side;

and i love everything you do,
because i just love YOU!
haha.=P

p/s: demn~!! x sangka aku jiwang!

Thursday, December 16, 2010

RELATIVITY: makes imperfect perfect

hari tu aku ada tulis pasal FIZIK: bukan sekadar teori dalam Facebook.kenapa Facebook? kenapa bukan dalam blog? diskriminasikah? haha xde2. Facebook senang sket boleh tag-tag.then kalau aku masukkan dalam blog,aku akan mengarang x ingat dunia.biasalah,Liyana.kaki mengarang.

so now aku nak fokus 1 teori ja. RELATIVITY.bila dah ada pemfokusan,boleh la expand panjang-panjang.thehehe..

Relativity ni teori Albert Einstein.i idolise him.dari kecik lagi asyik dengar nama Einstein dari abah.dari telinga turun ke hati.terus suka dengan teori-teori beliau.suka je,nak jawab dalam exam hampeh jugak.berbalik kepada relativity, relativity bermaksud keadaan yang bergantung kepada frame of reference (FOR). simple words: lain tempat,lain pandangan. ala-ala lain padang lain belalang la. ye ke? ye kot.pun boley~ how Einstein simplelises (err ntah btol ke x pkataan ni) relativity:

simple relativity.hihi~


For me,relativity works best when observing people.setiap orang mempunyai FOR yang tersendiri kerana masing-masing meletakkan diri mereka dalam keadaan yang dikawal spacetime sendiri.aku anggap spacetime manusia adalah minda mereka sendiri.punya pemikiran sendiri.punya pandangan tersendiri. kalau Einstein simplekan relativity dalam kehidupan macam tu,ni versi aku pulak:

kalau kawan suka kat pakwe orang, mesti kau support suruh dye fight for him.
kalau pompuan lain suka pakwe kawan kau,mesti kau cakap pompuan tu gedik muka x malu.

bagi aku camni la relativity.bila kita dalam keadaan pertama,kita fikir macam ni. tapi bila keadaan berubah,lain pulak kita fikir.keadaan adalah FOR kita.dua kali aku ulang pasal keadaan dan FOR.penegasan ni.hidup manusia memang bergantung kepada keadaa.seperti mana space time berubah mengikut FOR,macam tu jugak la pemikiran dan rasionalisme minda manusia berfikir.berubah mengikut keadaan.

bagi aku,hidup manusia bergerak kerana situasi.hidup manusia berwarna-warni pun sebab adanya situasi.situasi sana situasi sini.dalam konteks relativiti aku ni,situasi adalah relatif.situasi tidak mempunyai satu nilai yang absolute.berubah-rubah.contoh pertama,pergaduhan atau perselisihan pendapat.

bila dua puak dah bergaduh,pastinya berpunca dari perselisihan pendapat.kau salah,aku yang betul.kau hampeh,aku yang benar segala yang benar.persetankan pendapat si polan itu.semua mesti ikut kepala otak aku.bagi aku orang macam ni memang dah jatuh tersungkur ditelan space time dye sendiri.macam cahaya ditelan black hole.susah dah nak escape.kena ada satu anti-gravity yang sangat kuat untuk sedarkan dye balik.susah susah susah.selain terlalu taksub dengan space time sendiri,dalam pergaduhan jugak la kita boleh melihat perubahan dari satu FOR kepada FOR yang lain.xfaham? meh nak bagi contoh.

          masa baik,semua benda setuju.berada dalam FOR yang sama.tapi bila berselisih,FOR berpecah.yang dulu setuju,terus x setuju.yang dulu suka,terus benci menyampah meluap-luap.sorang bergerak melalui +ve paksi x, sorang lagi -ve paksi x.dah xnak bertemu lansung dah.

lepas tu dah nama pun dalam FOR masing-masing,mesti la nak tegakkan FOR dan space time sendiri.macam yang aku tulis tadi,bila dah rasa kepala sendiri je betul,susah la.walaupun belajar tinggi-tinggi dan sedar setiap orang punya persepsi dan pendapat masing-masing,tetapi tetap x nak mengalah.tetap xnak consider keadaan orang lain.FOR sendiri,kita je tawu.minda sendiri,kita je tawu.
so consoder la kalau orang ada buat salah dengan kita.mereka ada FOR mereka sendiri.punya pemikiran sendiri.dan semestinya tidak dapat membaca pemikiran kita.apa kita x suka,apa kita nak.tambah-tambah yang mempunyai FOR penuh misterius.cuma mengharapkan orang memahami FOR beliau tetapi tidak menghiraukan FOR pihak lain.panas.panas.

kalaulah semua orang faham.kalaulah semua orang consider setiap orang punya FOR dan space time tersendiri,dunia akan jadi lebih baik.kenapa? kerana semua orang sedar dan mengambil kira perasaan dan pemikiran pihak lain.kenapa mereka melakukan kesalahan?kenapa mereka tersakiti hati kita? kerana mereka bukan berada dalam FOR kita.simple word,kita faham situasi mereka.mereka faham situasi kita.give and take.saling memahami.saling memaafkan.then our world will be a better place.

sebab tu la aku kata,relativity makes imperfect,perfect.

HANTARAN: ribu-riban

Bulan Disember. musim cuti sekolah. bulan paling heaven masa kecik-kecik dulu sebab keje skolah xde.then katun banyak kat TV.bleh layan Kamen Rider, Power Rangers, Ultraman dan superhero hensem yang sewaktu dengannya tanpa gangguan.thehehe..tapi kadang-kadang kena pegi sidai kain.huhu.

Disember ni bukan budak-budak sekolah je seronok tak bertepian.love birds pun sama.bakal-bakal pengantin baru.bulan Disember ni bulan kahwin.kecik-kecik dulu rajin la ngikut arwah tok pegi kenduri kawen.nak tengok pengantin.suka tengok baju pengantin.lawa.lepas tu dapat bunga telur.kumpul banyak-banyak boleh guna time aku plak kawen nanti.haha kedekut syial~ lepas tu kadang-kadang berangan aku pulak yang kawen.ceh~

bila cakap pasal kawen,part paling best adalah hantaran.aku suka tengok hantaran kawen gak dulu.senang cakap pasal kawen semua aku suka.hantaran ni macam-macam jenis de.macam-macam style.lawa-lawa plak tu dowang gubah.kejap duit jadi bunga.kejap coklat jadi rama-rama.kejap kain pelikat jadi kapal Titanic.pertembungan dua budaya.ahaha.fuhh,gile kreatif la senang cakap.nak je aku songlap satu bawa balik simpan kat rumah.
lagi best pasal duit hantaran.uuuu mau ribu-riban kan.bestnya kawen dapat duit banyak.haha.dari pe yang aku lihat,orang kita ni suka letak duit hantaran tinggi-tinggi.sampai de orang cakap nak jual anak.uhh ye ke?lagi satu,sape lagi tinggi hantaran dye lagi hebat.pulak dah.

penah jadi kat kampung aku.satu grup bukan jejaka atau erti kata yang lagi senang,makcik-makcik bersembang.aku pun curik-curik la dengar.ni yang best bila selalu tolong orang masak.di samping menaikkan saham sebagai menantu pilihan,aku boleh dengar makcik-makcik ni mengumpat mengata.then aku publishkan dalam blog bagi semua orang baca.haha.glemer la makcik-makcik tu pasni. ok back to the story. makcik-makcik tu bercerita pasal hantaran. anak orang tu RM2000 je. eh eh,anak si XXX tu,hantaran RM 7000 padahal belajar takat SPM je.keje pun keje kilang je.pastu sorang lagi menyambung, :hantaran kami mahal lagi..:
eceh~ RM7000 dan seringgit mungkin? daaaa~

sumpah best gile time dengar mereka-mereka ini bercerita sampai muncung mulut-mulut.ekspresi muka toksah cakap la.senget sana,berkerut sini.memang semangat abeh la. time tu aku sekolah lagi.x bape ambik pot pasal kawen-kawen ni.konon la kan.haha.terfikir jugak,kenapa hantaran nak mahal-mahal? kenapa nak menunjuk-nunjuk bape hantaran dapat? ribu je kot.bukan juta pun.pas tu semua orang dapat je kot duit hantaran time kawen.nak bising-bising apa de hal?
pastu aku tengok artis-artis kawen.perghhh hantaran puluh-puluh ribu, ratus-ratus ribu hengget pun ada.mak aii banyak tu! best gilo isteri dowang dapat duit banyak-banyak camtu. xpun kawen dengan datuk-datuk kaya.dapat jugak duit hantaran banyak-banyak.heaven! tapi?
bape kerat je yang kekal..kawen letak harga tinggi-tinggi tapi lepas tu cerai berai.tunggang langgang.ustaz aku cakap dulu,kawen hantaran tinggi-tinggi ni belum tentu menjamin kebahagiaan.sebenarnya moderate marriage lagi berkekalan sebab dilandaskan dengan keikhlasan.amin..

then tengok pulak jenis-jenis hantaran yang diberi.kalau zaman dulu-dulu,bagi gula.garam.bahan-bahan untuk kesinambungan hidup.then maju sket,bagi benda macam-macam.sekarang? fuhh..hantaran iPhone,netbook,laptop,kasut jenama itu ini.PDA,handfon canggih manggih.sesuai dengan zaman moden la katakan.mengikut peredaran masa dan zaman.meminjam kata-kata Kak Siti, :
hantaran akak nanti 3 dulang je x nak banyak-banyak. 1 dulang kunci kete.kete pun mini je.mini apa? Mini Cooper. dulang kedua,geran tanah. dulang ketiga, kunci rumah.
hebat la Kak Siti! haha!

hantaran masa depan? ntahlah.pendapat aku,kalau harga gula,minyak,tepung semakin naik, mungkin masa hadapan hantaran kahwin mintak benda-benda tu je.haha.makin mahal la katakan.dari kau bagi aku iPhone baik kau beli gula kat aku.thehehehe~~

hantaran aku?

wah tiba-tiba besar kan.siap bold lagi kaler merah.hehe. xnak banyak-banyak jugak rasanya.RASANYA.boleh bertukar fikiran disaat-saat akhir.hehe.
duit hantaran,mak uruskan. aku nak TELESKOP, lagi afdhal kalau dapat balai cerap 1.

lalalalala~~

Saturday, December 11, 2010

FROM ASTRONOMY TO MELAKA: the untold story [ part I ]

..yang u nak pegi Melaka x?

a phone call from Rina masa tengah rilek2 kat umah lepas exam.

uhh? Melaka? Planetarium Melaka? bukan x jadi ke lepas si GoDie tu banyak sangat songeh?

..yee..kita pegi dengan effort sendiri..

yes! akhirnya boleh jugak aku jumpak saintis-saintis dari NASA. macam tak percaya + mimpi jadi kenyataan dapat jumpa dengan mereka-mereka itu. ye kepada sesiapa yang tahu apa itu astronomi,pasti akan tergedik-gedik nak jumpak dengan NASA.contohnya: AKU .hehe.

tukar plan untuk cuti.cadang nak balik USM untuk pembentangan proposal NRIC je.then sambung holiday sambil belajar ke Melaka lah! yeehaaa! ok.cukup dengan mukadimah.

jumaat,11.30pm : stesyen bas sungai nibong, penang.

total semua: 10 orang. al-kisahnya hafiz dan kotak-kotak ajaib kelab astronomi bertolak pukul 11.00pm naik bas berlainan.tapi dengan aral melintang dan blur-blur,beliau terlepas la pulak bas.haha! maka terpaksa la beli tiket bas baru.rugi rm45.. tapi kami bertolak pergi dan sampai bersama-sama.oh indahnya ukhwah yang terjalin! (gila~)

dari mula bas bertolak,suara yang x henti-henti bercakap adalah.. cuba teka sape? haha mesti la Dr. Chong! semangat sungguh beliau x henti-henti bercakap tentang astronomi dan keindahannya.even aku dan syima yang duduk di seat belakang pun still boleh dengar apa Dr. C cakap.hehe.he is so sweet,kan? then pukul bape tah,

zzzzzzzzzzzzz~~

tertido.sampai la pukul 5pagi,bas sampai ke destinasi. Melaka Sentral. dari pukul 5 pagi kami lepak kat situ sampai pukul 11pagi.kenapa? first,tunggu Daim dtg dari Segamat  with love.then tunggu Emma dan Fareez dari KL.xpe.sabar tu separuh dari iman.lepak McD dan yg plg best,lepak tepi longkang kat stesyen bas tu.indah je.pfftt~~!!
muka-muka hepi baru sampai Melaka.ya,muka xmandi lebih tepat.

bila semua dah sampai,dengan 3 kereta sewa dan 1 kereta Robin Lee ,student astrofizik kat Australia (hebat!) ,kami bertolak pegi Pusat Falak Al-Khawarizmi.

ni la gambar pusat falak nye. besar,terbesar di Malaysia.yes,hebat! rasa nak keje kat sini pun ada.ok cukup] berangan.balik pada crita.sampai je kat sini,kami lepak-lepak kat lobi dulu sementara tunggu pengarah pusat falak ni.then berpindah plak port lepak.kat bilik VIP.woot2! ada ekon.haha gile.dalam bilik tu ada 2 teleskop yang sangat la chantek dan menawan.tapi....kecewa!
eyepiece tinggi sangat.aku x sampai nak tengok.sob3~~ masa lepak dengan penuh kekecewaan tu satu benda je dalam otak aku.NAK MANDI. ye,aku belum mandi since bertolak dari Penang.dan yang pasti bukan aku sorang je meronta-ronta nak mandi.huhu.
lepas tangkap gambar sana-sini,kami bertolak plak ke Planetarium.pulak dah, kona sana kona sini sesat sana sesat sini,dalam pukul xx.xx (aku lupa,huhu) sampai la kami kat sana. Planetarium Melaka.
meh tgk gambar jugak.

Planetarium Melaka.i teruja u!




masa nak masuk,ramai gile budak2 tengah beratur tggu tiket.kalau x silap rm10 kot harga tiket tapi kami masuk free.lalala jangan jeles adik-adik,kami masuk dulu~hihi..Sam Gibbs jemput kami depan pintu masuk planetarium.then kami terus ke bilik seminar untuk mendengar ceramah Nat Gopalswamy (ni nama FB dye) tentang galaxy.
Gopalswamy.hehe.

kemudian kami dibawa ke pejabat saintis-saintis NASA dan kat sini la kami dapat special dan private explaination tentang pendidikan NASA dari Kristen.siyes aku sangat suka Kristen,saintis mikrobiologi NASA.dye tersangat la kelakar dan sempoi.masa majlis penutup pun dye lepak dengan kitorang je atas tangga planetarium.sempoi abeh.tengah-tengah khusyuk dengar Kristen potpet-potpet,tiba-tiba ada benda hentam pintu pejabat.arghhhhhh terkejut makk! hehe..ada astronout tersesat dlm planetarium.hihi.Sam datang mengacau dengan kostum astronout.uhh teringin nak pakai lah!
lepas abeh ceramah Kristen,kitorang berjalan-jalanlah dalam planetarium tu.lepak sana lepak sini tengok itu tengok ini.

pendapat aku secara personal, event ni bagus,membuka mata dan minda rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak dalam bidang astronomi.yela aku sendiri pun student astronomi,mesti la suka lagi bangga bila ada pihak yang menyokong astronomi.tapi sayangnya,pengurusan tak berapa mantap.pameran bagus tapi aku tengok orang ramai sekadar berhenti ambik gambar je.snap sana,snap sini.info x baca pun.then akak-akak dan abang-abang faci pun tak berapa nak reti sangat bab astronomi.yela bukan student astronomi.semua pelajar-pelajar kejuruteraan Utem.bila Dr. C trick soalan sikit,ternganga tak boleh jawab.aku tak salahkan dorang.dah dorang bukan student astronomi,mana la nak reti sangat.kalau letak aku dekat pameran Biologi contohnya,boleh jadi tunggul jela kat situ tersengeh-sengeh.x reti apa.sikit-sikit lari g toilet.haha!
platform dah ada,budak-budak yang datang pun excited tengok matahari,bulan,planet,bintang,galaksi bagai tapi sekadar tengok gambar,video.apa yang dorang dapat? input dah bagus.output? habuk~ bagi aku benda yang baru macam astronomi ni perlukan lebih explaination yang lebih simple.macam kajian abah aku dulu untuk PPSMI.sains dan matematik lebih senang difahami dalam bahasa ibunda sendiri sebab explaination adalah lebih mudah.lebih dekat dihati la macam TV9 tu.


after that kami dibawa plak ke Planetarium show.tawu x planetarium show tu apa? meh nak cite sket.planetarium show tu adalah pertunjukan digital tentang alam semesta.macam wayang la cuma xde couple seat.haha.seat planetarium show tu memang cosy gile.seat dye pelik sket.xpelik pun saje propa sket.seat wayang tapi dibaringkan.so view kitorang dalam planetarium show tu adalah 360degree.best wa cakap lu~Dr. Chong kat sebelah aku punya la terpegun,teruja dan ter apa lagi aku pun xtaw nak cakap dah masa show tentangkejadian sistem suria kita ni.pastu Fareez kat seblah kanan aku marah sebab aku dgn Dr. Chong bising.hehe. then abeh show,kitorang dapat free tour ke bilik kawalan planetarium show.memang best.dan yang pasti,aku x faham pun fungsi-fungsi dalam tu.hehe.planetarium show tu berharga RM5j. 5j ye bukan 5ringgit.part yang paling best?kami dapat 2 planetarium shows free hari tu.hehe.tuah x mandi mungkin.haha! ye,aku masih belom mandi walaupun dah pukul 6ptg.huhu.

lepas tu cadang nak balik rumah sewa,mandi sebab malam ada public stargazing.tapi memandangkan dah lewat,maka niat terpaksa ditunda.huhu x mandi lagi wey dah malam~sabor je la.masa public stargazing,baru aku tawu saintis-saintis NASA pun xreti baca starchart.hehe.kami ajar dorang then ajar pulak student-student Utem dan segala umat manusia yang join stargazing malam tu.memang best walaupun xnampak bintang.Planet Musytari je terang bersinar  sorang-sorang kat atas,kesian~dan macam biasa,glowsticks la yang jadi rebutan ramai.nak tergelak aku tengok orang dewasa yang excited mengalahkan kanak-kanak.pss,ni la bestnya aktiviti kelab astronomi,boleh tengok orang dewasa jadi perangai kebudak-budakan.tu tak bawa soap bubble lagi tu.

lepas tu majlis penutup pulak.sangat tak formal dan sangat la sempoi.majlis penyerahan sijil kepada saintis-saintis dan faci-faci dari Utem.macam yang aku cerita kat atas,Kristen cuma lepak atas tangga planetarium dengan kitorang.kitorang ajar dye cakap Melayu and ajak dye masuk rumah hantu tapi dye xnak.dye takot nanti terkencing dalam umah hantu tu!haha! then Kristen tanya pasal shawl.dye cakap cantik and suruh Kak Tini ajar cara nak pakai shawl.oh oh bagus3~

kelab astronomi bersama kristen. uhh daim!


tengah-tengah bagi sijil,tiba-tiba hantu-hantu dari rumah hantu keluar jenjalan ambik angin kat luar.then Kristen cakap this is the first time i saw ghosts crush a closing ceremony! omg this is so exciting!
apa aku jawab?
only in Malaysia u'll see this,Kristen.
ahakss!

lepas habis majlis penutup,kami bergedik-gedik pulak kat bas yang nak bawa saintis-saintis NASA balik ke hotel dowang. plan nak hijack bas tu.culik saintis-saintis tu then mintak wang tebusan kat kerajaan Amerika.fuhh bayangkan berapa million boleh dapat! kaya la Kelab Astronomi lepas ni.tapi tiba-tiba dapat hidayah, niat pun dibatalkan.cuma bergambar je dengan bas posing maut sana sini,then bergambar lagi dengan semua saintis-saintis NASa dalam bas.

begitulah serba sedikit ye tuan-tuan dan puan-puan tentang hari pertama kitorang di Planetarium Melaka.sangat best dan pastinya,sesi paling banyak adalah sesi bergambar.sampai habis bateri kamera aku.biasalah,Kelab kami kan gila gambar.lalala~

then kami semua bertolak balik ke rumah sewa kat Taman Cheng.uhh,dengan yakinnya Fareez drive kereta lead the way lepas kami kehilangan Dr. Chong kat roundabout.drive punya drive,dah nak sampai PD.ahaha sesat rupanya! pengalaman..pengalaman..apa jadi dalam kereta,aku xnak cite. nak tawu tanya Emma.pfffttt~!!
pukul bape ntah baru sampai rumah sewa.lega giler sebab?

AKU BOLEH MANDI!

haha! tadaaa~

p/s: tunggu cite 2nd day pulak. kalau nk tgk gambar lagi http://www.facebook.com/album.php?id=100000341917191&aid=33973 . lambat la nk upload cni.bil broadband xbayar lagi.haha!
to be continue~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...