Saturday, December 11, 2010

FROM ASTRONOMY TO MELAKA: the untold story [ part I ]

..yang u nak pegi Melaka x?

a phone call from Rina masa tengah rilek2 kat umah lepas exam.

uhh? Melaka? Planetarium Melaka? bukan x jadi ke lepas si GoDie tu banyak sangat songeh?

..yee..kita pegi dengan effort sendiri..

yes! akhirnya boleh jugak aku jumpak saintis-saintis dari NASA. macam tak percaya + mimpi jadi kenyataan dapat jumpa dengan mereka-mereka itu. ye kepada sesiapa yang tahu apa itu astronomi,pasti akan tergedik-gedik nak jumpak dengan NASA.contohnya: AKU .hehe.

tukar plan untuk cuti.cadang nak balik USM untuk pembentangan proposal NRIC je.then sambung holiday sambil belajar ke Melaka lah! yeehaaa! ok.cukup dengan mukadimah.

jumaat,11.30pm : stesyen bas sungai nibong, penang.

total semua: 10 orang. al-kisahnya hafiz dan kotak-kotak ajaib kelab astronomi bertolak pukul 11.00pm naik bas berlainan.tapi dengan aral melintang dan blur-blur,beliau terlepas la pulak bas.haha! maka terpaksa la beli tiket bas baru.rugi rm45.. tapi kami bertolak pergi dan sampai bersama-sama.oh indahnya ukhwah yang terjalin! (gila~)

dari mula bas bertolak,suara yang x henti-henti bercakap adalah.. cuba teka sape? haha mesti la Dr. Chong! semangat sungguh beliau x henti-henti bercakap tentang astronomi dan keindahannya.even aku dan syima yang duduk di seat belakang pun still boleh dengar apa Dr. C cakap.hehe.he is so sweet,kan? then pukul bape tah,

zzzzzzzzzzzzz~~

tertido.sampai la pukul 5pagi,bas sampai ke destinasi. Melaka Sentral. dari pukul 5 pagi kami lepak kat situ sampai pukul 11pagi.kenapa? first,tunggu Daim dtg dari Segamat  with love.then tunggu Emma dan Fareez dari KL.xpe.sabar tu separuh dari iman.lepak McD dan yg plg best,lepak tepi longkang kat stesyen bas tu.indah je.pfftt~~!!
muka-muka hepi baru sampai Melaka.ya,muka xmandi lebih tepat.

bila semua dah sampai,dengan 3 kereta sewa dan 1 kereta Robin Lee ,student astrofizik kat Australia (hebat!) ,kami bertolak pegi Pusat Falak Al-Khawarizmi.

ni la gambar pusat falak nye. besar,terbesar di Malaysia.yes,hebat! rasa nak keje kat sini pun ada.ok cukup] berangan.balik pada crita.sampai je kat sini,kami lepak-lepak kat lobi dulu sementara tunggu pengarah pusat falak ni.then berpindah plak port lepak.kat bilik VIP.woot2! ada ekon.haha gile.dalam bilik tu ada 2 teleskop yang sangat la chantek dan menawan.tapi....kecewa!
eyepiece tinggi sangat.aku x sampai nak tengok.sob3~~ masa lepak dengan penuh kekecewaan tu satu benda je dalam otak aku.NAK MANDI. ye,aku belum mandi since bertolak dari Penang.dan yang pasti bukan aku sorang je meronta-ronta nak mandi.huhu.
lepas tangkap gambar sana-sini,kami bertolak plak ke Planetarium.pulak dah, kona sana kona sini sesat sana sesat sini,dalam pukul xx.xx (aku lupa,huhu) sampai la kami kat sana. Planetarium Melaka.
meh tgk gambar jugak.

Planetarium Melaka.i teruja u!




masa nak masuk,ramai gile budak2 tengah beratur tggu tiket.kalau x silap rm10 kot harga tiket tapi kami masuk free.lalala jangan jeles adik-adik,kami masuk dulu~hihi..Sam Gibbs jemput kami depan pintu masuk planetarium.then kami terus ke bilik seminar untuk mendengar ceramah Nat Gopalswamy (ni nama FB dye) tentang galaxy.
Gopalswamy.hehe.

kemudian kami dibawa ke pejabat saintis-saintis NASA dan kat sini la kami dapat special dan private explaination tentang pendidikan NASA dari Kristen.siyes aku sangat suka Kristen,saintis mikrobiologi NASA.dye tersangat la kelakar dan sempoi.masa majlis penutup pun dye lepak dengan kitorang je atas tangga planetarium.sempoi abeh.tengah-tengah khusyuk dengar Kristen potpet-potpet,tiba-tiba ada benda hentam pintu pejabat.arghhhhhh terkejut makk! hehe..ada astronout tersesat dlm planetarium.hihi.Sam datang mengacau dengan kostum astronout.uhh teringin nak pakai lah!
lepas abeh ceramah Kristen,kitorang berjalan-jalanlah dalam planetarium tu.lepak sana lepak sini tengok itu tengok ini.

pendapat aku secara personal, event ni bagus,membuka mata dan minda rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak dalam bidang astronomi.yela aku sendiri pun student astronomi,mesti la suka lagi bangga bila ada pihak yang menyokong astronomi.tapi sayangnya,pengurusan tak berapa mantap.pameran bagus tapi aku tengok orang ramai sekadar berhenti ambik gambar je.snap sana,snap sini.info x baca pun.then akak-akak dan abang-abang faci pun tak berapa nak reti sangat bab astronomi.yela bukan student astronomi.semua pelajar-pelajar kejuruteraan Utem.bila Dr. C trick soalan sikit,ternganga tak boleh jawab.aku tak salahkan dorang.dah dorang bukan student astronomi,mana la nak reti sangat.kalau letak aku dekat pameran Biologi contohnya,boleh jadi tunggul jela kat situ tersengeh-sengeh.x reti apa.sikit-sikit lari g toilet.haha!
platform dah ada,budak-budak yang datang pun excited tengok matahari,bulan,planet,bintang,galaksi bagai tapi sekadar tengok gambar,video.apa yang dorang dapat? input dah bagus.output? habuk~ bagi aku benda yang baru macam astronomi ni perlukan lebih explaination yang lebih simple.macam kajian abah aku dulu untuk PPSMI.sains dan matematik lebih senang difahami dalam bahasa ibunda sendiri sebab explaination adalah lebih mudah.lebih dekat dihati la macam TV9 tu.


after that kami dibawa plak ke Planetarium show.tawu x planetarium show tu apa? meh nak cite sket.planetarium show tu adalah pertunjukan digital tentang alam semesta.macam wayang la cuma xde couple seat.haha.seat planetarium show tu memang cosy gile.seat dye pelik sket.xpelik pun saje propa sket.seat wayang tapi dibaringkan.so view kitorang dalam planetarium show tu adalah 360degree.best wa cakap lu~Dr. Chong kat sebelah aku punya la terpegun,teruja dan ter apa lagi aku pun xtaw nak cakap dah masa show tentangkejadian sistem suria kita ni.pastu Fareez kat seblah kanan aku marah sebab aku dgn Dr. Chong bising.hehe. then abeh show,kitorang dapat free tour ke bilik kawalan planetarium show.memang best.dan yang pasti,aku x faham pun fungsi-fungsi dalam tu.hehe.planetarium show tu berharga RM5j. 5j ye bukan 5ringgit.part yang paling best?kami dapat 2 planetarium shows free hari tu.hehe.tuah x mandi mungkin.haha! ye,aku masih belom mandi walaupun dah pukul 6ptg.huhu.

lepas tu cadang nak balik rumah sewa,mandi sebab malam ada public stargazing.tapi memandangkan dah lewat,maka niat terpaksa ditunda.huhu x mandi lagi wey dah malam~sabor je la.masa public stargazing,baru aku tawu saintis-saintis NASA pun xreti baca starchart.hehe.kami ajar dorang then ajar pulak student-student Utem dan segala umat manusia yang join stargazing malam tu.memang best walaupun xnampak bintang.Planet Musytari je terang bersinar  sorang-sorang kat atas,kesian~dan macam biasa,glowsticks la yang jadi rebutan ramai.nak tergelak aku tengok orang dewasa yang excited mengalahkan kanak-kanak.pss,ni la bestnya aktiviti kelab astronomi,boleh tengok orang dewasa jadi perangai kebudak-budakan.tu tak bawa soap bubble lagi tu.

lepas tu majlis penutup pulak.sangat tak formal dan sangat la sempoi.majlis penyerahan sijil kepada saintis-saintis dan faci-faci dari Utem.macam yang aku cerita kat atas,Kristen cuma lepak atas tangga planetarium dengan kitorang.kitorang ajar dye cakap Melayu and ajak dye masuk rumah hantu tapi dye xnak.dye takot nanti terkencing dalam umah hantu tu!haha! then Kristen tanya pasal shawl.dye cakap cantik and suruh Kak Tini ajar cara nak pakai shawl.oh oh bagus3~

kelab astronomi bersama kristen. uhh daim!


tengah-tengah bagi sijil,tiba-tiba hantu-hantu dari rumah hantu keluar jenjalan ambik angin kat luar.then Kristen cakap this is the first time i saw ghosts crush a closing ceremony! omg this is so exciting!
apa aku jawab?
only in Malaysia u'll see this,Kristen.
ahakss!

lepas habis majlis penutup,kami bergedik-gedik pulak kat bas yang nak bawa saintis-saintis NASA balik ke hotel dowang. plan nak hijack bas tu.culik saintis-saintis tu then mintak wang tebusan kat kerajaan Amerika.fuhh bayangkan berapa million boleh dapat! kaya la Kelab Astronomi lepas ni.tapi tiba-tiba dapat hidayah, niat pun dibatalkan.cuma bergambar je dengan bas posing maut sana sini,then bergambar lagi dengan semua saintis-saintis NASa dalam bas.

begitulah serba sedikit ye tuan-tuan dan puan-puan tentang hari pertama kitorang di Planetarium Melaka.sangat best dan pastinya,sesi paling banyak adalah sesi bergambar.sampai habis bateri kamera aku.biasalah,Kelab kami kan gila gambar.lalala~

then kami semua bertolak balik ke rumah sewa kat Taman Cheng.uhh,dengan yakinnya Fareez drive kereta lead the way lepas kami kehilangan Dr. Chong kat roundabout.drive punya drive,dah nak sampai PD.ahaha sesat rupanya! pengalaman..pengalaman..apa jadi dalam kereta,aku xnak cite. nak tawu tanya Emma.pfffttt~!!
pukul bape ntah baru sampai rumah sewa.lega giler sebab?

AKU BOLEH MANDI!

haha! tadaaa~

p/s: tunggu cite 2nd day pulak. kalau nk tgk gambar lagi http://www.facebook.com/album.php?id=100000341917191&aid=33973 . lambat la nk upload cni.bil broadband xbayar lagi.haha!
to be continue~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...