Tuesday, December 28, 2010

AYAQ TAK DAK WEY! ~~

Sebelum start cuti sem lagi aku da baca kat FB,post pasal ketiadaan air diseantero Pulau Pinang pulau mutiara ni. 28/12/2010. Selasa. Dalam hati- ahh demn~! baru bukak sem kot! Takkan tak mandi g kelas?? Ahh macam x biasa! eh? bukan3!! memang x biasa~~~  lalalalala~


Then sehari sebelum balik USM, baca lagi kt internet pasal takdak air tu. ahh still on i see. ahha! bleh la jadikan alasan lambat balik USM,air xde la katakan~ then lightning strikes. mendenye,umah aku pun kat Penang. Sama je la tak dak ayaq gak.Hampeh~ Patut la family aku lari g Cameron Highland tiba-tiba.huh! macam takdak umah kat Kulim kan. Whatever pun, aku terpaksa balik USM jugak. Camni la budak2,masa kat USM malas nak balik rumah. Dah balik rumah,boring cuti panjang. Bila cuti da nk habeh, menggedik plak dah takmau balik USM. Malas nak layan~

Then semalam,ok start la kecoh-kecoh pasal xde air kat USM. Selain status kat FB pasal menang bolasepak,status kedua terhangat adalah pasal air xde la. So aku pun,terpengaruh dengan rakan sebaya, buat la preparation jugak. Cadang nak korek telaga tapi takut terkorek kubur sendiri plak. T~T
 
So,empty kan baldi dari baju-baju dan segala yang ada dalam baldi tu.Nak tadah air la katakan.
Disebabkan air start xde pukul 7 pagi, so plan ank mandi sebelum subuh.malam sebelum tido, set jam 5.15 pagi nak bangun mandi. huh semangat! Then tido. Pukul 4.45 pagi terjaga. Semangat kan?
Tapi cam bese, zzzzzzzzzzzzzz balik~~ Xpe tunggu alarm bunyik la..kesian alarm tu dah prepare nak gerak aku pukul 5.15 pagi kan~

5.15pagi: berkumandang lagu XXX (xleh gitaw nanti kena claim copyright~). tengok jam henfon,hurmm baru 5.15pagi..cam awal sangat la pulak nak mandi..sejuk nih! postpone!


next  5 minutes, alarm bunyi lagi. postpone lagi.dan lagi. dan lagi . dan lagi. sampai alarm tu x bunyi dah. dah sejam dye asyik bunyi -cancel, bunyi-cancel. beliau dah fed-up mungkin. 6.15pagi~ ok la g mandi la. roomate ak pun dah bangun nak mandi. bilik air full pulak. memanaskan diri dalam selimut dulu la camtu. then basuh muka. sejuk! ok semayang dulu baru mandi.lepas semayang,dapat mesej ada org dah mandi.ahh tergugat!aku wanita patut aku lagi awal.tanpa fikir panjang, trus gi mandi.

lama aku bermastautin dalam bilik air: mandinya kejap je. pikir nak mandi ke x yg lama. sejuk bai~!
selepas berjaya mandi,terketar-ketar aku layan FB. then pkul 8 g toilet.

AYAQ ADA LA!


vavi~ terlupa USM ada tangki air. sekian.

hargai air. tanpa air siapalah kita.

p/s: pasni kalau air xde,aku datang usm je tumpang mandi,basuh baju.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...