Thursday, March 31, 2011

ATOMIC FREQUENCY VERSUS NESCAFE

Tak tidoq lagi? Dah pukul 4 pagi oii~~

Hey, saya remaja okay~! Malam masih muda!
*Esok test,tak study apa lagi weh!*

Yes,inilah akibatnya tak study awal-awal. Takpe,dah biasa. No pain no gain.
Ah,merepek!

Tengah-tengah bahagia study subjek kegemaran ramai Statistical Mechanics a.k.a ZCT 207, tiba-tiba teringat something.

I drank Nescafe ice just now @ Gee Tomyam. Disengajakan atas sebab nak stay-up dan study.

Dan diketahui ramai, aku sangat alergik dengan Nescafe atau lebih tepat, kafein.

Ada orang yang bila makan gula, jadi gila energetik tak tentu arah. Aku mengalami nasib yang sama dengan Nescafe. 

Gila,memang gila. Kalau aku minum Nescafe, memang secara tiba-tiba atom-atom yang membina tubuh badan ini akan bergetar dengan frekuensi yang maha dasyat.Lebih dari kebiasaan. Membuatkan aku sangat energetik dan lalok dan separa gila. Serius. Aku boleh berjaga dan gelak sorang-sorang tanpa paksaan umum.

Kalau kereta bergerak laju dengan RON97, aku pulak mampu mencapai energy yang hampir sama bila diisi dengan Nescafe. 

Senang cakap gila energetik la kalau minum Nescafe. Bagus kan? Tapi bahaya sebab aku tak tahan dengan kafein. Sangat tak tahan. Boleh lalok. it is like it boosts me up and in the same time, it drowns me. Wah ayat~ Grammar kelaut!

Tapi uniknya malam ni, aku melakukan aktiviti seekstrem terjun tebing tinggi denagan meminum Nescafe tetapi tidak mengalami simpton separa gila seperti kebiasaan. Adakah badan aku sudah imun dengan efek kafein? Atau semut merah yang gigit aku pagi tadi telah memberi aku satu kuasa superhero ala-ala Spiderman? 


Super Semut Merah?


Geli la aku dengar. Tak komersial langsung nama.
=,="


Tapi,hey! Rasa hebat dengan Nescafe Gee Tomyam tadi. Tak mengantuk , otak berputar ligat tanpa merasa kesan karat dan dakwat pen free NRIC2010 mengalir laju tanpa gangguan.


Malam ini surga dunia.


Dan aku menikmatinya bersama nota Dr Lim SC.


Tiada lagi yang aku harapkan dalam hidup selepas ini.


* Salah Nescafe Gee Tomyam atau nota Dr Lim SC aku jadi begini?*

Monday, March 28, 2011

ZAMAN KECIK-KECIK DULU. HAHA!

" Ha! ha!  Hampa cakap 'aku'! Kami habaq kat mak kami! Hampa bedosa.. Tak tau.."


Hehe.Haha. Hahahahahahahahahahahahahahaha!!!!

Ingat lagi tak dulu masa kecik-kecik? Hehe aku ingat. Setiap kali teringat mesti tergelak sorang-sorang. Ayat kat atas ni antara ayat femes yang selalu dengar masa kecik-kecik dulu.

Dulu mana boleh bahasakan diri 'aku',mesti berdosa. Sebab aku tu kasar. Orang-orang besar je boleh guna. Hehe.

Lepas tu kalau nak ejek-ejek nama, mesti ejek/sakat guna nama benda lain yang dekat-dekat dengan nama betul tu. Contohnya;

Kalau nama Wan Atikah contohnya, mesti nak tukar jadi Tok Wan. Hehe.
Kalau nama Nabhan, mesti ejek Nabihun. Ni adik aku kena. Hehe.
Macam-macam la kan ejek-ejek sakat-sakat nama orang. Kadng-kadang sampai gaduh-gaduh sebab marah nama sendiri kena ejek.

Paling aku nak tergelak is kalau terhantuk kepala, mesti kena repeat/ulang tayang/rewind balik sebab nanti lupa la apa la. Aku dah lupa alasan lagi satu tapi komform menarik dan tak masuk akal sebab aku pun tak caye dulu. Lepas tu lagi satu aku pun lupa tapi kalau jadi, kena ketuk dagu dua kali untuk pulihkan keadaan konon-kononnya. Hehe.

Lagi satu bab hantu. Haha! Belum cite aku dah nak gelak. Siyesly zaman budak-budak la paling taksub dengan cite-cite hantu ni kan. Jangan nak tipu la,aku dulu pun penah jadi budak-budak. Pantang ada rumah kosong,berhantu. Benda itu ini bergerak sendiri,hantu buat. Lalu bawah pokok besar, dengar la macam-macam bunyi. Komform hantu walaupun bunyi monyet. Lepas tu angkut geng ramai-ramai nak pergi siasat. Tak sempat sampai tempat kejadian, dah semua lari berterabur,takut punya pasal. Hehe..



Kalau bab dalam kelas, lelaki tak boleh duduk sebelah pompuan. Malu! Kalau duduk jugak, mesti timbul skandal. "Ooo hang suka xxx tu kan..Sebab tu hang duduk sebelah dia..". Hehe.



Tak pun,kalau budak lelaki datang rumah @ call sebab tanya kerja sekolah, fuhh! Mau nak pengsan sebab malu dan perasan orang suka dia. Haha! Kira pantang lah! Tapi aku tak sangat sebab memang dari kecik main dengan lelaki. Kan~~ Sampai nak jadi lelaki masa kecik-kecik dulu.Elyas Nazery, kalau tak jadi gay la ada sekarang. Haha!


Dulu ada kawan-kawan aku suka propa gila kalau bercerita. Biasa la budak-budak kan, fikir aku dalam hati. Macam dulu tu aku bukan budak-budak ja. Kalau cerita, mesti mulut muncung-muncung,mata penuh keyakinan. Hehe. Story kena hebat dan mantap dan meyakinkan.Haha nak gelak lagi. Selalu dengar cite pasal

"Abah kami kan, kuat oo! Semua orang takot dengan Abah kami.. Haaa hampa pun mesti takut kalau jumpak Abah kami.. Abah kami hebat oo.."

Kadang-kadang

"Wey hampa tau dak pakcik belakang rumah kami tu, dia hebat oo. Dia boleh bertukaq jadi Superhero wey.. Hebat oo.."

Hahaha! Lepas tu mesti yang mendengar cerita tu muka tak puas hati. Balik rumah, sibuk mengarang cite yang lagi hebat nak menunjuk balik kat kawan tadi tu. Hehe.


Yang ni aku sendiri buat. Tulis surat rahsia dengan kawan-kawan. Hehe. Padahal meja sebelah-sebelah. Nak cakap pape secret mesti passing-passing surat. Konon rahsia tapi kalau boleh nak orang lain nampak. Bila orang nampak lepas tu dowang tanya, mula la nak berahsia-rahsia sampai tarik muka. Saja kan nak tarik perhatian. Haha budak-budak.. Time surat -menyurat ni mesti antara geng sendiri. Rahsia sangat la konon kan.Fuhh dulu masa budak-budak semangat assabiyah memang tinggi!
:P



Hehe. Fikir-fikir balik comel la budak-budak buat macam ni. Hehe.

Aku dulu pun budak-budak.

*Sebenarnya nak cakap aku dulu pun comel.*

Sunday, March 27, 2011

HOT HOTTY GUYS AS HUSBAND. PERLUKAH?

"Aww he is so cute I could die! "

Pergi la mati,tak kisah pun. Tetibe kan. 


Hot guy. Or, hot guys. Whatever. I don't care.

As a girl,i do admit yang perempuan ni suka lelaki yang hot sangat~, cool selalu, jenis tak kesah lantak apa nak jadi. Sebab? Lelaki-lelaki sebegitu nampak sungguh macho dan hot dan cool sekali. Dan mungkin lelaki juga rasa mereka hot sebegitu. Benarkah?

Aku tak tawu, aku bukan lelaki.


Selalunya budak-budak sekolah la kan gedik sangat bila tengok lelaki hot atau bajet hot. Serius tak tipu. Aku pun budak sekolah gak dulu. Kalau la ada lelaki yang konon tak layan perempuan, hensem-hensem, muka tak kesah tak gentleman lansung, yang tu la jadi pujaan setiap gadis. Sebab lelaki-lelaki sebegitu nampak cool dan hot. Dan sangat digilai.

Tu dulu la. Sanggup gila bayang sorang-sorang dengan lelaki takleh buat suami macam tu. Bodoh,bodoh. Sekarang ni dah besar panjang tak tinggi ni, i no longer judge a guy based on his degree of hotness or machoness. Mak cakap carik yang dia tawu apa itu tanggungjawab. Biar takda rupa asalkan ada akal boleh fikir untuk masa depan dia dan orang lain. Kalau dah dapat yang macam sekarang ni,kira bonus berganda-ganda la mak ye. Hehe~

Fikirkan je la, kalau la gedik-gedik sangat dengan lelaki yang konon hot dan cool dan macho sebab tak respek wanita, tak fikir pasal orang lain, fikir diri dia ja, konon hensem tengok orang jeling-jeling ja, apa manfaat dia kat korang dimasa hadapan nanti? Berapa ramai kawan aku makan hati dapat pakwe hensem,hot jenis tak fikir orang lain sebab pakwe dowang pun buat hot dengan dowang sendiri. Tu baru sikit. Fikir la dah kawen,ada anak nanti. Ntah macam mana la perangainya. Bertanggungjawabkah? Lalalala~

Biar orang cakap lelaki tu nerd, ah konon gentleman la kan tolong orang selalu, terlalu baik la apa la, tapi fikirkan la bila mereka sebegitu jadi suami korang. Tak ke bahagia isteri dilayan macam permaisuri? Bahagia ke kalau suami dok bajet hot selalu sampai isteri makan hati hot sorang-sorang?

I am just saying. I am just saying. Tak bermaksud pun nak cetuskan Perang Gender pertama dunia. Oppss~!



Tido lah. Esok macam malas ja. Nasib nasib~

Saturday, March 26, 2011

SPM: gagal lulus jatuh bangun

Aku masuk tadika umur 6 tahun.
Kemudian masuk sekolah rendah SK Junjong dekat dengan kampung aku, lagi tepat, jalan depan sikit ja dari rumah Tokwan aku dulu. Darjah 1,2,3,5,6 aku kat sana. Darjah 4 takdak. Tak suka sebab kelas darjah 4 tingkat 4. Tinggi beb,mau kurus aku. So aku protes taknak masuk darjah 4, terus masuk darjah 5. Alhamdulillah permohonan pengecualian kredit aku diluluskan so takyah masuk darjah 4.

Lepas tu masuk sekolah menengah SMK Sultan Badlishah. Antara sekolah tip top la kat Kedah. Kira aku tip top jugak la masuk sekolah tu. Perasan tahap gaban. Sampai PMR aku lepak kat sekolah tu. Lepak je tak study. Budak paling banyak ponteng kelas rasanya. Aku tak tau la kenapa aku alergik sangat dengan kelas dan belajar. Alergik! Alergik! Dan alergik tu berlanjutan sampai sekarang. No komen. Cikgu jarang marah aku ponteng sebab aku comel.Ala-ala macam " OMG she is so cute I could die!" . Gila bayang sorang-sorang. Bukan macam tu ye adik-adik. Nak jadi kaki ponteng bermaruah kena ada taktik sendiri. Kena pandai cover. Aku bukan jenis ponteng suruh orang sign. Sendiri tanggung apa kau buat. Ponteng tapi result kena meleleh bai~ Pandai-pandai la adjust otak tu.

Habeh la kalau pengetua baca blog aku ni. Ajar anak-anak bangsa ponteng kelas. 
Alasan? 

"Ada orang hack blog saya."
Lalalalalala~


Lepas PMR tukar sekolah. SMK Junjong. Sekolah biasa ja tetapi mempunyai guru-guru yang luar biasa. Lebih dari 20 orang guru disana merupakan Guru Pakar. penulis buku rujukan, Guru Cemerlang dan sebagainya. Famous-famous dan hebat-hebat belaka. Ramai pelajar yang tak tawu.Kalau la mereka-mereka students ini tawu cikgu-cikgu depa hebat.........

Aku SPM ambik kat SMKJ ni la. Sekolah kampung ja oii sampai ada orang pernah cakap kat aku:


"Bodoh la hang ni Liyana. Dok sekolah top elok-elok,tukaq sekolah macam tu."

Terluka hatiku. Siyes. Tapi tak kesah la.. Yang penting bila ada spotcheck,handfon aku selamat sebab lari-lari masuk bilik guru,sorok dalam laci mak aku. Oppss~!! 

Kata-kata tu jadik macam semangat yang membuatkan aku bersemangat untuk semangat.

Ok je SPM aku dok kat sekolah tu. Rilek je sapu 12A.Wah riaknya nada~~ Skang ni Tuhan bayaq cash taw cik Liyana! Pengajaran disini, sekolah kampung atau bandar atau top atau bottom (oppss! salah pulak~) , sama ja. Yang penting pakai otak kat kepala atau otak kat kepala lutut. Tutttttttttttttttt....


Ahh sudah. Aku nak cite pasal lepas SPM. Tapi dah panjang lebar plak dah cite sebelum SPM ni.

Kepada adik-adik yang screw your SPM tu, rilek.Panas punggung tu memang,kecuali yang memang tak heran dah result macam ha ha ha teeetttttttt pun. Tapi caye la, akalu pandai pilih jalan dan tak pilih jalan hitam, memang boleh berjaya. Yang gempak masa SPM pun boleh kantoi masa kat Matrik or kat Universiti *terasa*.

Member akak (akak u olls~) ada je tak lulus SPM. Lepas tu beliau berniaga char koey tiew kat KL. Aleh-aleh gaji bersih 7k sebulan. Meleleh hingus akak dengar beliau cite taw. JPA pun sponsor aku 5k ja 1 sem. Mak,nak bukak gerai char koey tiew gak la. Huhu.
Tapi semangat dan minat kena tinggi la baru boleh berjaya. Then,masak kena sedap la. Kalau tak, bukan 7k sebulan, 7 minit berniaga dah kena tutup gerai.

Ada jugak sorang genius tu. Memang genius habeh tapi lepas SPM, sebab genius sangat so dye derhaka dengan mak ayah dye. Last-last sekarang jual roti canai je. Haa caye tak? Aku pun tak taw la, abah aku yang cite dulu. Caye je la dah abah aku yang cite. Nanti aku pulak jual roti canai. Huhu.
So in the nutshell, Liyana is nut. Gile.   =,="

*serius! serius! we are talking bout FUTURE dude! I mean, beb!*

Kesimpulannya, jatuh hari ini bukan bermakna lumpuh selamanya. Kadang-kadang untuk melangkah dengan lebih jauh atau melompat,kita perlu undur kebelakang sedikit,kan?

Gile tak caya aku boleh bagi ayat motivasi macam nih!
JOM MASUK USM!
nescaya jadilah kamu semua seperti saya.

 


Monday, March 21, 2011

HARI ASTRONOMI USM 2011

Time sekarang ni aku tengah jadi librarian kat Pusat Sumber School Of Physics.

Dok kat kaunter, jaga buku rekod keluar masuk segala thesis, soalan pastyear, dan jurnal-jurnal penulisan pensyarah-pensyarah atau pelajar PhD Fizik. Dari pukul 2petang tadi aku duduk membaca gosip pasal Ana Raffali yang membawa nama bapanya sambil mengadap muka abang bilik depan meja aku ni. Sambil-sambil berdedikasi jaga kaunter,mata juga perlukan supplement tambahan. Hehe..

Bukan hal ini yang menjadi pilihan untuk aku menulis blog dipetang hari begini tetapi HARI ASTRONOMI USM 2011 yang bakal berlansung dalam masa dua,tiga hari lagi. OMG! OMG! OMG!


Aku teruja! Betol tak tipu..


Kenapa HARI ASTRONOMI USM ni diadakan? Aku ingat lagi kata-kata Kak Tini,our club presiden:

"Sebelum sidang ni berakhir,kita kena tinggalkan satu impak kepada pelajar USM sendiri. Kita banyak outreach kat luar tapi kurang dekat dengan pelajar USM sendiri.."

Ala-ala bomoh dalam rumah tak nampak, dicari bomoh dari Indonesia bertagline

"Aku ini orang Indonesia.Kalu enggak penuh ilmu didada,enggak sampey ke Terusan Suez!" 
*pastu fire mumia. nampak sangat menipu~*


Takpun macam Ayu Raudhah kawen tapi aku still carik gambar janda hot Rozita Che Wan dalam gambar kawen Ayu. 

Merepek punya perumpamaan. Hampeh. Sebenarnya ala-ala berkelab sambil clubbing.Hampeh jugak.

She was right. Who is she? Definitely bukan Rozita Che Wan atau Lisa Surihani yang tengah hot sekarang tapi presiden kelab kami la,Kak Tini. Kita kena tinggalkan impak kepada orang-orang yang dekat dengan kita jugak. Baru la hot dalam luar. Kan~~

So dengan rasminya,terhasillah HARI ASTRONOMI USM 2011, bertempat di Foyer Pusat Sumber Hamzah Sendut I pada 23 dan 24 Mac 2011. Macam-macam ada.

1.Pameran astrolab
2. Info astronomi & astrofoto



3. Cerapan matahari dan cerapan bintang




4. Bengkel pelancaran roket air
5. Giant soap bubble
6. Jam matahari
7. Handmade glob
8. Star-chart reading
9. Tayangan video
10. Jualan cenderahati
11. T-shirt astronomi, KUIZ, dan macam-macam lagi.. nantikan tentatif penuh HARI ASTRONOMI USM. JUMPA DI SANA!!
Haa kantoi kan aku copy paste dari wall event ni kat Facebook.Hoho. Datang lah. Setahun sekali je ada. Definitely lagi berbaloi dan best dari cite panas pakaian Miera Liyana tu. Sebab Dr Chong lagi hot dari minah tu.
PROMOTION DENGAN BANNER TAGGED PICTURE FB
 DATANG OII!!

ahh!! Ada CUPCAKES ASTRONOMI jugak!! Limited Edition gitu~

Ok sambung buat report. Huhu ~ 

Saturday, March 19, 2011

OPPSSS!! SORRY~

Saturday 19th March 2011, 9.03pm:

I was watching Natalie's videos on CommunityChannel (kalau guna USM Secure/ HotSiput takyah tekan link ni). Suddenly, my stomach sang me a song. So tanpa membuang masa aku turun ke kafe desasiswa Restu dan Saujana, lantas membeli pecal ayam makcik indon tu. Sedap wa cakap lu~~

Masa beli tu ada sorang minah ni, sampai dulu sebelum aku. Beliau pun mintak pecal ayam gak tapi nak bahagian dada je. Meleps u olls~! Dada tu~

i cant believe i actually googled this 'dada ayam' image! haha!


Tapi sayangnya bahagian atas paha je yang ada. Wow. Atas paha. Hehehe.

Demn otak kotor! !@#$%^&*

Sudah Liyana,sudah! Oleh sebab bahagian idaman beliau takde, minah tu terus cancel. Nak ikan pulak. Menggoreng la akak indon tu kat belakang. Tertunggu-tunggu la aku kat depan kaunter tu. Kejap muka senget kiri, kejap kanan, kejap muncung-muncung mulut sorang-sorang. Tapi jangan risau aku tak dendam pun kat minah tu.. Kebebasan memilih nak makan apa. Kan~~~~~


Lepas dah dapat pecal ayam tu, macam biasa pusing kanan nak balik bilik. In my blurness i forgot myself. Apa punya ayat la kan. But its real. Blur-blur jalan, hampir terlanggar rak air mineral kedai Uncle Joe. Guess what? I said:

Oppss! Sorry!


It is me. I always say sorry when I bumped into people no matter whether she bumps into me first or not. And it was so unlucky,there was a girl ( I can't remember whether it was the ' saya nak dada ayam je' girl or other girl) beside me and when she heard me said " Oppss! Sorry! " to a mineral water rack, she gave me this suspicious look:



It was like 

" What on Earth is this girl thinking??  Apologised to a mineral water rack? Is she retarded or what? Bla3.."


Oh you broke my heart~  She really looked at me very-very-very suspiciously! Nak je kan aku cakap masa tu:

" Hey, I have secret power ,you see~ I can talk to mineral water rack. Cool,hah?" *one eyebrow raise*


Heh. 

Secret power konon. Blah la Lynn! Hahaha! Padahal berangan masa berjalan.

Dulu aku pernah terlanggar tiang masa berjalan nak balik dari sekolah. Langgar tiang u olls~! Cool x?

gedebuk!langgar tiang.huhu


Ceh~ Berangan tak habis-habis sampai langgar tiang! Terus aku buat-buat tengah hafal formula Math. Konon kusyuk hafal formula sampai terlanggar tiang padahal tengah usya senior prektis bola kat padang. Lalalala~



But seriously, it is weird right? Seeing someone apologise to a mineral water rack. It is just like, " Erhhhh~ WTF? Rak air tu tak rasa sakit pun Cik Liyana oii!"

Its true. Tapi nak buat macam mana, memang dah terbiasa cakap SORRY kalau terlanggar apa-apa.



Hey, this apologise thing makes me look innocent, don't I?

:P

Friday, March 11, 2011

PAMPERS vs LAMPIN

Dulu lampin. Sekarang pampers.

Zaman sekarang tak ramai dah yang pakaikan anak mereka dengan lamoin kan. Susah la nak kena basuh, I wanita bekerjaya tao~ Pampers sudah. Pakai buang. Easy go. Lagipun pampers cantik ada gambar itu ini. Comel je bila anak I pakai.

Pampers itu ini padahal aku nak cakap pasal politik.

Tapi kenapa Pampers dan Lampin?

Sebab bagi aku, politik ni macam pampers.

Awal-awal sebelum pakai, putih bersih suci je.

Bila dah pakai lama-lama kotor jugak. Terpalit dengan hancing kencing la, busuk najis la.

Terkencing terberak terkincit ter itu-ini.

Last-last kena tukar jugak. Tak boleh pakai lama-lama nanti baby kena ruam, sakit kulit dsb. Memudaratkan si pemakai.

Macam tu jugak la politik. Awal-awal suci la jugak. Perjuangan itu ini nak diperjuangkan. Tapi lama-lama, kotor jugak walaupun sedikit. Susah la untuk pampers kekal putih suci selamanya. Sedikit mesti terpalit kekotoran. Lepas tu kena la tukar politician yang baru. Tukar politik baru. Tukar kepada yang konon suci bersih.

Ada member aku cakap, kenapa pampers? Kenapa bukan lampin a.k.a?


Zaman sekarang,orang guna pampers ja. Tak guna lampin dah. Kalau guna pun maybe sedikit. Sesuai la dengan politik sekarang. Pampers senang nak beli dan pakai kalau ada duit. Macam tu la politik sekarang. ada duit semua jalan. Lampin tu mungkin politik zaman dahulu. Bagi aku zaman Merong Mahawangsa. Sebab kalau lampin kotor, boleh dibasuh dan dipakai semula. Macam politik dulu. Sangat setia pada Raja dan kalau tersasar dari landasan politik, boleh lagi 'dibasuh' .

Beza la dahulu dan sekarang.

Pampers dan lampin.

Tak setuju?

Aku punya suka la, blog aku~

Along, what is FUCK?

Mubin Hensem: "Along, what is FUCK?"


Liyana Macho: "Mana Mubin dapat perkataan ni?"


Mubin Hensem: "Tadi ronda-ronda dengan Angah, nampak ada tulis kat dinding tepi jalan.."




Sapa tulis,ngaku cepat!!!!! Aku nak sekeh-sekeh kepala sampai hilang ingatan! Biar tak ingat dah cara-cara makan nasik, dan ingat dia warganegara Somalia! Huh!

Marah nih!Marah!

Aku still marah walaupun kejadian ni jadi lebih kurang tiga tahun lepas. Tiba-tiba ter-emo malam ni kan. Tiga tahun lepas takde blog lagi sebab tu aku tulis dalam blog tiga tahun selepas peristiwa ni berlaku. Tiga tahun lepas kejadian tu berlaku maknanya hari ni la. Hari ni la anniversary ketiga kejadian tu berlaku. Kalau ada baby masa kejadian tu berlaku mesti lagi dua tahun dah masuk tadika. Ok sudah. Ni nak start melalut la ni.

Tu la namanya vandalisme.
Conteng-conteng dinding. 

Sepak-sepak tong sampah. 
Tarik-tarik wayar telefon awam. 

Tendang-tendang bangku taman.

Lekat-lekat stiker "Belia Benci Polis" kat bus stop.
Lari-lari sambil menyanyi kat taman bunga..

Eh,yang last tu babak dalam cite Saripah Aini dgn Broery Marantika.


Lupakan kisah Saripah dan Broery. Aku pantang dan pelik sungguh la. Kenapa la nak tulis perkataan itu-itu besar gedabak kat dinding atau dimana-mana sahaja yang boleh dilihat manusia awam? Kalau simpan dalam hati je tak boleh ke? Tulis dalam diari ke je. Boleh letak bunga-bunga ke bintang-bintang ke. Ni kau tulis besar-besar, orang baca dah maki. Lepas tu geng-geng contengdinding lain tengok, kutuk lagi sebab huduh takde seni. Kan dah dua kali kena maki,kutuk. Selamat ke hidup kalau orang asyik kutuk kau je?

Adik aku pulak yang baca. Wey ingat senang ke aku nak goreng adik aku sorang tu? Orang lain ada yang cakap FUCK tu makan la,minum la hape la tapi adik aku punya English lagi bagus dari kau yang menulis tu taw! Mampus terkial-kial nak explain time tu. Masa tu dah la adik aku tu baru 7 tahun. Darjah 1 baru. Buat hal aku menipu FUCK tu makan, ditulisnya dalam karangan BI "I fuck chicken everyday" tak ke naya family aku kena siasat.


Ni la mak aku cakap, buat benda tak fikir orang lain. Tawu la kau excited dapat belajar perkataan English yang dewasa bunyinya sampai nak tulis besar-besar kat dinding tapi fikir la budak-budak baca,kesian mak bapak dowang nak explain bai~  Lu ada otak tapi letak kat lutut bai. Konon merempit pakai helmet kat kepala. Safety. Dah otak kat lutut, pakai helmet kat kepala lutut je la. Kan aku dah merapu lagi.


Adik aku tu sekarang dah tawu maksud perkataan tu. Aku malas nak tulis lagi perkataan FUCK tu. Ish, malas tulis tapi tulis jugak. Hampeh~ Perkataan tu just verb / kata kerja / perbuatan tetapi sesuai dan lebih afdhal digunakan dalam konteks mencarut. Aku pun guna jugak kalau api dah naik kepala tapi tak de pulak nak conteng besar-besar kat dinding.


Bangga sangat la boleh mencarut-marut dalam English?

Rasa educated sangat la ? Rasa hi-class sangat la tu mencarut bahasa lain?

Aku pun kadang-kadang sama je shit sana sini tapi
 
TAK YAH LA KAN NAK TULIS BESAR-BESAR KAT DINDING!





I can curse better then YOU!

Monday, March 7, 2011

-COUPLES IN PHYSICS-

This is a very short entry. Reading an article entitled The Top Down Universe in NewScientist magazine, there's a paraghraph about Superpartners. Mainly the article is about quantum world and astronomy. Very interesting although it is quite difficult to understand (ye la sangat Fizik untuk budak ngek macam aku ni).

The writer write:

Superpartners

In string theory,there are a lot of extra particles. Indeed, every kind of elementary particle could have a long-lost twin, called a superpartner. For every kind of matter particle there'd be a matter twin; for every force particles,there'd be a matter twin. Many of these particles, dubbed sparticles, have entertaining names-

Selectron partners Electron.
Squark partners Quark.
Wino partners W-particles ( particle carries weak force).

If the masses of the superpartners were the same as their siblings, though, the vacuum energies of the bosons and fermions would cancel out each other exactly. There would be zero vacuum energy, and zero acceleration. But we already knew that the masses are not equal: their superpartner must be much heavier than their ordinary kin, or else we'd have found them in particle accelerator experiments.


Selalu dengar orang cakap, semua benda diciptakan secara berpasangan. Adam pasangannya Hawa, Langit pasangannya Bumi  dan sebagainya. Bukan dalam dunia makroskopik sahaja malahan dalam dunia mikroskopik berdimensi atom juga punya pasangan tersendiri.

Indahkan dunia Fizik? Even atomic-size particle has it owns partners. Tba-tiba rasa macam sweet je. Haha!
:)

Tuesday, March 1, 2011

TAK PAYAH MASUK DALAM KASUT ORANG LAIN OKAY!

Macam kasar dan huduh je kan tajuk entry ni. Translasi terus dari peribahasa Inggeris: Don't step into others shoe. Sebenarnya tak wujud pun peribahasa ni,aku yang memandai sendiri. Peribahasa sebenar adalah " step into someone's shoes ", bermaksud kita mengikut jejak langkah seseorang atau mengambil alih tanggungjawab seseorang.


Masuk dalam kasut orang lain ni kadang-kadang bagus. Bila kita cuba masuk dalam situasi seseorang ,kita mungkin akan lebih memahami keadaan beliau. Tetapi tak semua perkara kita perlu masuk kedalam kasut orang lain. Macam apa lagi kan ayat. Berterabur sana -sini.

Okay terus ke point utama entri kali ini. Menyibuk hal orang lain. Hey sumpah aku tak suka orang sibuk-sibuk hal aku. Aku pun tak suka sibuk hal orang sangat. Ada perkataan "sangat" kan, maknanya kadang-kadang sibuk jugak. Sibuk bertempat bak kata orang. Nak jugak back-up diri sendiri.
=,="

Kenapa aku tiba-tiba melalut tak tentu pasal tentang kasut ni?

Sebab aku geram. Aku rasa annoying gila. Aku rasa menyampah meluat me apa lagi tak taw dah nak taip. 
Aku ni jenis yang buat hal sendiri. Buat kerja sendiri. Bila buat kerja, aku selalu lupa dunia.Lupa makan, anak bini kat rumah dll. Gile kan. Tetiba ada anak bini. Dan aku jenis buat kerja tak ikut orang. Kalau aku suka, aku buat. Tak perlukan teman pun okay ja, kerja boleh jalan. Mak selalu pesan, be professional. 


Aku jugak ada hidup macam remaja lain. Kerja sibuk mana pun, kehidupan sosial perlu ada. Bukan so-sial sana sini. Bersosial pun ada kepentingan kerja. Ada relationship jugak. Ada Mr Left yang selalu teman aku sana-sini, support dalam apa-apa hal sekalipun. Bagi aku, hal peribadi dan kerja tak patut dicampur adukkan. Suami kau boss tempat kerja kau pun, di tempat kerja dia adalah bos. Kerja mesti jalan,professionalisme wajib ada.Suami kau bos tak bermakna kau boleh kerja senang. Tak boleh fokus kerja sebab kekasih hati dibawah satu bumbung adalah karut marut ja bagi aku. Hey,kena professional lah!


Lagi satu, aku pelik la dengan orang kita ni. Asal kau gf orang tu, kau WAJIB minat apa orang tu minat. kau WAJIB menceburkan diri jugak dalam minat dia tu. Kira macam you must step into your lover's shoe IF you really love him/her. Haisyhh! Aku pantang la benda-benda macam ni. Nak kena ikut, nak kena ubah cara hidup semata-mata sayang seseorang. Macam dah obses sangat. Dan kalau kau bukan macam tu pun, orang lain mesti espect kau kena buat macam tu. kau kena ikut kekasih hati kau punya minat. Perlukah?


Tak. Terus terang aku cakap, TAK. Tak perlu. Bagi aku, kau sayang macam mana pun, masing-masing punya hidup yang tersendiri. Tak perlu interfere dengan rutin hidup orang lain kalau tak diperlukan. Tak perlu la kan kalau bf kau main tenis, kau pun WAJIB dengan drastiknya kena main tenis jugak. Gf kau gimnas negara, kau pun nak terhegeh-hegeh lentikkan badan bergimnastik jugak ka tanda sayang ? Please~


To love somebody is to respect each others life. Sayangkan seseorang bermaksud kita hormati pendirian,keputusan dan cara hidup orang itu. Belajar menerima kekurangan dan tak malu untuk berkongsi kekurangan. Aku tak rasa aku perlu dengan drastiknya ubah gaya hidup, gaya kerja dan rutin aku semata-mata kerna aku ada bf. Beliau hormat dan faham minat aku, kenapa orang lain nak sibuk-sibuk pertikaikan different path yang kami pilih? Aku tetap dengan dunia pengurusan dan kononnya 'be professional' aku tu dan beliau dengan dunia beliau. We are different. Kami memang berbeza tetapi perbezaan itu yang buat kami bersama. Senang untuk bersatu kerana berkongsi minat dan haluan yang sama tetapi bukan mudah untuk bersatu dengan jalan yang berlainan. Kalau mampu menyatukan jalan yang berlainan,bukankah itu hebat?


Bagi aku, kalau kita jatuh hati dan boleh menerima seseorang kerana beliau menepati citarasa kita, sentiasa berada dilandasan yang sama dengan kita dan berkongsi semua minat yang sama, itu klise. Itu bukan apa-apa pun. Tetapi jika kita mampu menyayangi seseorang kerana perbezaan yang ada diantara kita, itu hebat. Itu kelainan yang tak semua boleh terima.


Kami berbeza haluan tetapi berjalan seiringan.
Itu yang aku mahu. 
Cukup.




Jangan harap aku akan masuk kedalam kasut orang lain hanya kerana aku sayang mereka.
Aku lebih selesa berjalan dengan kasut sendiri.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...