Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT: AKU KONFIUS

Bila paper killers semua dah habis membunuh aku sampai terbunuh berkali-kali, aku rajin-rajinkan diri browse sana sini pasal isu hebat dan sentap semasa. Prince William-Kate kahwin, eksiden sana-sini dan yang paling hot, pasal sumpah laknat Datuk Eskay tentang video seks DSAI.

Aku bukan nak bercakap tentang sapa betul, sapa salah. Sapa dalam video tu, kebenaran 100% bagi aku hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui kerana mulut manusia memang senang berbohong. Akal manusia memang senang mengeksploitasi. Bukan aku nak mengata mana-mana pihak, bukan aku nak menyokong mana-mana pihak sebab aku dah jelek dengan politik. Yang aku nak sentuh adalah dari segi SUKA BERSUMPAH. Sumpah sana, sumpah sini.

I am really sick of it. Sick to death. Kes itu nak bersumpah. Kes ini nak bersumpah. Bila dah nak kantoi sikit, terus berani nak bersumpah dalam masjid, depan mimbar, pegang Quran, depan imam dan sebagainya. Senang sangat nak membuktikan diri tak bersalah, nak menjatuhkan orang.

Aku personally sangat takut bila ada orang-orang yang sangat berani untuk bersumpah dengan Quran dan sebagainya bila timbul kes yang berunsur fitnah. Takut, sangat takut, takut melebihi empunya diri yang sungguh berani untuk bersumpah laknat dan sebagainya. Sumpah boleh memakan diri. Bagi aku bila kau dah bersumpah, segalanya sudah menjadi hitam putih dengan  ALLAH SWT. Manusia sudah tidak boleh menilai. Itu janji kau, pengakuan kau yang kau ikat dengan tuhanmu, agamu, dan nasibmu diakhirat. You personally have sealed your words and promise to your Lord.

Lagi satu tentang attitud orang yang nak bersumpah ni. Bila nak bersumpah, bukan main dicanang satu semesta nak bersumpah tetapi bila tiba hari kejadian, hilang. Alasan? Risaukan keselamatan diri sebab ramai datang melakukan bantahan. Dude, kalau kau yakin kau benar, kau tak perlu takut apa-apa. Kalau kau cukup berani untuk seal your words dengan Yang Maha Berkuasa, kau tak perlu takut dengan ancaman-ancaman kerdil manusia yang lahiriahnya dijadikan dengan adunan yang sama dengan kau. Pepatah kita ada mengatakan, berani kerana benar. Kau patut berani dengan segala ancaman dunia kalau kau memang benar. Kau berani mengikat satu yang janji maha besar dengan ALLAH SWT, nyawa kau dihujung tanduk pun tak perlu kau gerun kerana ALLAH SWT bersama-sama dengan orang yang membawa kebenaran. Mati kau mati membawa satu kebenaran. Tak perlu takut dengan ancaman-ancaman kerdil sebegini. Azab tuhan disana nanti lebih maha berat kepada sang pemain sumpah dan yang cuba menafikan kebenaran. Kalau kau benar-benar berani bersumpah dengan ancaman keliling pinggang, kau hebat! Kau hero bangsa! Tetapi ramai yang gah untuk bersumpah, kecundang dengan ancaman kecil begini. Aku jelek.

Aku pun pelik dengan orang-orang yang menghalang sumpah dilakukan. Berani kerana benar. Kalau kau juga yakin pihak kau tidak bersalah, jangan gentar dengan sumpah sesiapa sahaja boleh lafazkan. Kalau aku, biar. Biarkan si polan-polan itu bersumpah kerana bila dia berani untuk mengikat satu janji dan pengakuan dengan Yang Maha Besar diatas sana, kita manusia makhluk kecil sudah tidak punya kudrat atau kuasa untuk menghalang. Si bersumpah berani. Si bersumpah yakin. Si bersumpah sedang berurusan dengan Dia yang Maha Besar. Kita bantah macam mana pun, untung nasib si sumpah itu bukan dibawah kuasa kita lagi. Kebenaran bukanlah sesuatu yang akan datang bergolek selepas bersumpah atau tidak. Yang benar tetap benar, kita akan ketahui di sana nanti.


Sejujurnya, aku tak pelik bila makin ramai yang berani untuk mengangkat sumpah laknat begini. Aku tak pelik bila makin ramai berani menagih sumpah pihak lawan umpama mereka sekadar berbalas-balas pantun. Dalam Quran dah jelas ALLAH SWT memberikan amaran kepada kita semua dalam surah Al-Qalam yang bermaksud:

Maka janganlah emgkau patuhi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka menginginkan agar engkau bersikap lunak maka mereka bersikap lunak pula. Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela yang kian kemari menyebarkan fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas dan dosa besar. Yang bertabiat kasar, selain itu juga terkenal kejahatannya. kerana dia kaya dan banyak anak.

( Al-Qalam; 68 : 8-14 )



See? Dalam Quran terang-terangan ALLAH SWT dah mengingatkan kita semua akan ada orang-orang yang suka bersumpah dan suka menghina, dan senang-senang menyebarkan fitnah. Ulamak sendiri sudah berpesan supaya jangan senang-senang bersumpah kerana perkara ini bukan main-main tetapi pahlawan-pahlawan dalam gelanggang bertuhankan kuasa dan duit ini, cakap ulamak boleh cakap je la. Mereka lebih berkuasa sampai terlupa ada yang lagi berkuasa di atas sana tu.

Lagi satu, apa yang aku belajar dulu, kalau kes menuduh zina begini, perlu membawa 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat seorang saksi yang benar. Tak pulak ustaz dan ustazah aku ajar tentang sumpah menuduh zina begini. Hadis Rasulullah SAW pun menuntut bukti dari pendakwa, bukan sumpah laknat bagai~

Sabda Nabi saw , hadis riwayat Ibnu Abbas r.a di dalam Sohihain, Nabi s.a.w bersabda :

"Kalaulah manusia diberi peluang mendakwa (dengan sumpah) pasti akan ada yang mendakwa pertalian darah untuk mendapat harta mereka, akan tetapi (Islam) menuntut bukti dari pendakwa"


Maaf kalau aku salah. Maaf kalau ilmu aku tidak mencukupi dalam hal ini. Aku sekadar bertanya, inginkan kepastian kerana setiap yang dilakukan perlu penjelasan dan aku nak penjelasan tu. Bukan bodoh-bodoh aku nak mempercayai sumpah seseorang kerana bagi aku sumpah bukan penyelesaian yang solid.

Kalaulah dengan bersumpah begini semua bukti tidak lagi diguna pakai, senanglah penjenayah. Bersumpahlah ,maka sucilah mereka-mereka dari kesalahan itu. Senanglah kalau nak mendajalkan orang (maaf bahasa kasar) , kemukakan tuduhan fitnah kemudian bersumpah. Selesai kerja. Bala-bala..

My questions, apa mereka rasa lepas bersumpah begitu? Rasa suci? Rasa terlepas dari kesalahan kerana telah bersumpah? And, sumpah dengan nama agama, Tuhan, anak cucu Rasulullah yang dilakukan oleh seorang yang kita memang sedia tahu tidak mengamalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan, bolehkan dipercayai? Aku sekadar bertanya. I am 20 and I need guidance sebab aku dah celaru, konfius dan separa jelek dengan mereka-mereka yang begini. Yang bagi aku menjatuhkan maruah bangsa sendiri dan mengadun hukum mengikut acuan tembolok sendiri.


Dan aku baca tadi, Datuk Eskay dan bersumpah beliau berada di tempat kejadian video itu berlaku. So, polis bolehlah tangkap dan dakwa beliau kerana beliau dah mengaku terlibat.

 Heh.

Aku sekadar menulis apa yang aku nampak. Apa yang aku perhatikan. Apa yang aku rasa. Aku dah jelek.

Thursday, April 28, 2011

HE IS ALMOST, ALMOST 20 :)

Today is the day we cry!


Haha! Pe kejadahnya? Meroyan sorang-sorang~ Sekarang jam kat laptop aku pukul 11.57pm 28 April 2011. Lagi 3 minit he turns 20. Yeahh 20! Aku tak rasa tua dah! :D


Burrpppp! Kenyang! Kami < Aku, ElyasNazery, Rina, Hamzah, Auji dan Nanad > dengan jayanya telah mensurprisekan Ayie on his 20th birthday! Haha ayat macam ElyasNazery dan Ayie tu orang yang berbeza je .

Al kisah birthday beliau esok, 29hb April (jam aku masih 11.59pm 28hb April) tapi celebrate awal sebab esok pagi-pagi Ayie dah kena pegi kem untuk SUKMA sampai Ahad. Hai, I bujang 3 hari  :D

Plan awal nak bertepung tawar telur tiruan bagai tapi dah BirthdayBoy ponat plak fitness test petang tadi, plan ditukar serta merta. Dengan bantuan pakwe NANAD  seorang pilot berjaya (maaf identiti dirahsiakan), dalam masa tak sampai 30 minit, kami selamat pergi ke German semata-mata untuk membeli kek cheese buatan Tesco German dan pulang ke tanah air tanpa apa-apa gangguan paparazzi di airport.

Sebelum tu, aku ligat berfikir dalam kepala otak, sape nak jadi HOD Makanan? HOD Participant Management? HOD Publisiti? Bendahari? HOD Hadiah? maaf, terbawa-bawa dengan pengaruh NRIC. :P

Alhamdulillah dengan kerjasama duta kerajaan Siam, abang Gee Tomyam, surprise tak seberapa kami menjadi. Dengan wajah ceria, kek diarak masuk ke set penggambaran.

caption kek (caption?) yang agak menyentuh sensitiviti umur



Dengan wajah terkejut, rasa kesyukuran jelas terpancar di wajah sang penerima.

macam biasa,aku yang over lebih. maaf,maaf.

 Kek ditiup menandakan rasminya beliau almost 20. Almost.

kah kah kah 20! tua jugak! opps sory. terbawak-bawak pulak

Para pengurus majlis. My sunshines!
my sunshines! rina,auji,nanad


hamzah,rina
muka tak sabar tunggu bila kek nak potong ni??

mereka bersuap-suapan.oh romantiknya!


reaksi bila dipaksa suap-menyuap kek. wajah aku, suci pemalu. tak sangka~sampai ayie sakit jantung terkejut~


masih malu-malu..maaf,memang semulajadi begini..

aww mallu~!!

mallu jugak~~

utk berlaku adil, i suap semua ~~ :P

pemberian ufti kpd kerajaan Siam atas kerjasama yg diberikan..

Taknak cakap banyak, cuma nak ucapkan jutaan trimas kepada sahabat-sahabat yang sudi menjayakan program hari ini. Sekalung penghargaan kepada NANAD, RINA, HAMZAH, dan AUJI ! Thanks sebab teman pegi beli kek. Thanks tolong berdrama sekali. Thanks for the CUPCAKES! I sayang u olls~!!

And..

HAPY 20th BIRTHDAY ELYAS NAZERY!

Smile while you still have teeth!

:)

Wednesday, April 27, 2011

WHEN HE SAID~

As-salam. First of all, aku sendiri tak caya aku akan tulis entry macam ni. Melangkaui normal kejadian Liyana Saidi.
***


Minggu ni memang minggu paling harsh, teruk, gila semua ada dalam hidup. Sebelum menjelmanya paper killer hari ni ( Khamis) , aku dah terbunuh. Terbunuh oleh kata-kata dan cakap-cakap orang.Paling sedih bila aku sampai cakap kat Ayie, we need to stop here to make other people happy. To make them satisfied so they can keep their penisses and balls to themselves. *Mampos aku kena marah sebab keluar ayat macam ni. Pardon my words, aku kalau English, memang pasar,kasar punya. Maaf, maaf.*


Memang aku jenis tembok tak kuat. Senang terpengaruh dengan cakap orang. Better aku susah dari orang lain susah. When I said its over, apa yang aku fikir was aku taknak Ayie kena kata dengan kawan-kawan sendiri lagi. Kena kritik apa-apa sebab aku. Maybe lepas takda apa-apa, mereka diam. Mereka gembira. Mereka bahagia.

Tapi aku tak sedar decision aku tu dah buat orang yang lagi penting kecewa. I broke his heart. Wah jiwang! Aku tak rela nak baca balik entri ni! I tak rela U ~~!!! Aww aww aww!! Ok gedik. I am back.

Bila Si Tempang mintak maaf ( aku yang cut the string,dia yang mintak maaf. Gosh Liyana, teruk la kau), tadi  kami tawaf RST dua kali bincang pasal ni. Dan he makes me realise that tak perlu nak ikut dan dengar sangat cakap-cakap orang ni. And whats more, dia buat aku semput! Tawaf naik turun bukit, fuhh!! Ponat den! Tanda perlu segera kurus. Haha.

He said:

"Awak, manusia dijadikan sebagai khalifah diatas  muka Bumi ini. Apa tugas khalifah? Untuk saling nasihat-menasihati antara satu sama lain kan? Maknanya semua tak sempurna. Semua ada kekurangan masing-masing, sebab tu saling tegur-menegur, saling elok-memperelokkan. Dan mestilah kita akan nampak kekurangan orang lain ja. Takdak sape nak ambik kesah sangat dengan kelebihan orang lain. Kekurangan lagi jelas mereka nampak berbanding kekurangan. Kita anggap itu sebagai teguran,pedoman. Ambil yang jernih, buang yang keruh. "



Readers, what do you think? What I think is, TERIMA KASIH TUHAN sebab bagi aku seorang lelaki yang berfikiran sangat matang begini, yang aku yakin boleh membimbing. Dan boleh buat aku yang mulut bertih jagung potpet-potpet ni terdiam melopong tak tawu nak balas apa dah.

Dia tak berdendam dengan kawan-kawan sendiri yang tak berapa nak hormat keputusan dia.

Dia tak simpan dalam hati kata-kata buruk orang terhadap diri dia dan orang yang dia sayang, tetapi dia buat itu sebagai pedoman.

Dia tak senang-senang dedahkan aib orang. Aku ada jugak tanya sape yang cakap macma tu, dia taknak gitaw. Man, you should thanks him so damn much. Dia hormat kau, kau patut hormat dia jugak.

Dan, dia tak mudah luntur pendirian walaupun environment sekeliling mempertikaikan keputusannya. Lelaki yang tetap pendirian adalah lelaki yang buat aku cayaq. Haha!

It is a bless God gave him to me. Walaupun aku selalu kena sindir,perli, tak kesah. Walaupun aku ni kategori singa betina nak menopous, dia tak kesah. Walaupun badan taff tu selalu jadi mangsa belasahan bila aku geram, marah, dia tak kesah.

Kalau la aku betol-betol terpengaruh dengan cakap-cakap orang tu, takdak lagi la orang yang nak gelakkan aku kaw-kaw punya bila kena jengket kalau nak ambik barang atas rak kat kedai. Takdak lagi la orang yang nak kata "orang tua!" kat aku. Takdak lagi la tempat aku nak belasah-belasah bila geram walaupun muka tak rela, muka tahan sakit cakap "saya tak cukup absorber macam awak.sakit la", and takdak la orang yang nak dengar aku potpet potpet berleter tak puas hati ke marah kat orang lain ke. Kalau tension-tension,terpaksa la aku round USM jalan kaki sorang-sorang. And, takdak lagi la orang yang takdak pasai tiba-tiba  wink kat kau Lin *mallu~*

Listening to Bruno Mars-Just The Way You Are, this song betol-betol macam dia selalu cakap kat aku.
There's not a thing that I would change 
Cause you're amazing just the way you are.
I'd never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same


And another Bruno Mars'-Nothing On You.
Beautiful girls all over the world
I could be chasing but my time would be wasted
They got nothing on you baby
Nothing on you baby
They might say hi and I might say hey
But you shouldn't worry about what they say
Cos they got nothing on you baby
Nothing on you baby

So Liyana, apa lagi yang kau nak? Pedulikan apa orang nak kata. Kerana yang berkata tu pun tak sempurna dimata aku. Relativity man. I have my own frame of reference, you got yours. But thanks to you, everything is becoming more perfect in our point of view. We don't need your opinion. Keep that in your own balls please. :)

Tuesday, April 26, 2011

AKU EMO.

Lately ramai yang cakap,
aku emo. Emo gila-gila.

Benda kecik pun nak besar-besarkan. Pantang orang tegur, terus bertukar jadi singa betina menopaus. Kalau ada depan mata memang dah aku cekik-cekik, siat-siat, cincang-cincang.

Tengah-tengah hepi, tiba-tiba darah mendidih. Terasa gila panas mendidih darah naik kepala. Melenting lah jadinya. Tak fikir apa dah. Wa terbakar der!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pasai pa ntah!

Ok sebenarnya emosi aku terganggu. Terganggu gila-gila. Makan takdak selera. Cepat terasa. Cepat marah. Cepat nangis.

Sebab?













































Asyraff Muslim dah nak kawen. T~T   ..

Aku tak minat dia sangat pun tapi aku yang terjejas teruk. Pasai pa ntah!

Aarghhh!!!!!!!

Monday, April 25, 2011

KAMI YANG HOT~

Today, I learnt my lessons.



1. Jangan terlalu dengar cakap-cakap orang. 

I knew it but memang aku jenis terlalu fikirkan apa orang cakap, apa orang kata walaupun orang-orang itu mungkin cuma pandai berkata-kata mengenai sampah. Diakui dan disahkan oleh kilang bakal bapak mertua aku, SIRIM, yang aku memang cepat terpengaruh dengan cakap-cakap orang. Kalau ada orang cakap Johnny Depp  nak kawen lagi pun aku akan menangis sebelum sempat Google berita sebenar. Innocent weh.
Sebab dengar dan percaya dan sangat memikirkan cakap-cakap orang ni la aku almost hilang the most precious person in my life. Almost baby, almost.

 

2. Nobody is put on this Earth to please others all the time.

Perasaan untuk menjadi seorang yang disenangi semua, pleased others sangat membunuh. People said we can't pleased everyone but I just can't. Wah speaking tapi merepek. Memang kita tak boleh nak senangkan hati semua pihak. Dan memang akan ada pihak yang akan tak puas hati dengan apa yang kita buat. People observed and memang sifat semulajadi manusia nak orang ikut cara dia je. Hek eh~ Banyak chantek??! Sebab konon nak senangkan hati semua orang la jugak aku almost baby,almost hilang orang penting dalam hidup. Sebab? Ada la 2,3 kerat yang agak tak berpuas hati dengan cara aku. Sebab nak senangkan hati mereka-mereka tu, walaupun separa, bukan, memang tak rela, nak je aku lepaskan what is half-officially mine.Rugi kan? Takyah nak jadi adorable sangat Liyana. You are not put on this Earth to please them. Tak gitu?




3. Tanya semua pihak dulu sebelum melenting dan buat keputusan.

Aku memang panas baran. Gile baran tapi sweet la. Biar la nak puji diri sendiri pun. Blog aku. Orang cepat baran ni aku kategorikan sebagai orang yang mulut dia lagi cepat bertindak dari otak. So bila ada mulut-mulut longkang yang keluarkan statement ikut pendapat masing-masing, aku dah melenting. Kalau betol, takpe gak. Ini benda yang tuan punya badan pun tak kata apa, orang lain yang lebih-lebih. Yang ni aku baran,lagi-lagi tiba-tiba nama aku naik. Paling best, statement tu konon tuan punya badan yang mengeluh mengadu merintih sayu, walhal itu pandangan sendiri ja. Sebagai contoh, ada khabar angin tersebar Mr A dikongkong, dikontrol teman wanita sendiri. Bila ditanya tuan punya badan a.k.a Mr A, takde pun beliau rasa dikongkong ke, dikontrol ke, malahan beliau lagi suka diambil berat sedemikian rupa . Tu la kn, macam yang aku type atas-atas tu, semua orang rasa pandangan dia betol~~




4. Jangan ikut sangat cakap-cakap orang yang tak sepatutnya.

Semua orang boleh bagi pendapat. Free country kan. Tapi kita yang nak mendengar ni kena la bijak memilih saluran yang betul. Takkan la kita nak percaya seorang artis aliran sastera bagi pandangan pasal efek sodium dimasukkan dalam air,kan? Takkan la nak buat pedoman nasihat seorang lelaki yang berapa nak bertanggungjawab dengan wanitanya sendiri tentang relationship yang ideal. Takkan la nak dengar pandangan tentang perempuan dari seorang lelaki yang pernah terluka teruk sebab komform la pandangan berat sebelah. Dan takkan la jugak kan nak ambil pot kata-kata seseorang yang mungkin tak pernah mengalami bonding antara lelaki dan wanita tentang cara-cara menjaga pasangan anda? Dengarlah dari yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Ingat tu Liyana.



5. Be yourself,live your life!

Yep, be yourself.  Live your life. Orang boleh menilai anda, orang boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, tetapi hidup anda, terpulang kepada anda untuk menjalaninya. Kalau hidup bertuhankan apa orang nak, itu bukan kehidupan. Semua orang ada hak untuk menjalani hidup masing-masing.. Aku rasa macam pakar motivasi plak ayat skema macam ni. Biarlah apa orang nak kata, kadang-kadang perlu untuk kita persetankan mereka. Kerana mereka hanya pandai bercakap, mengkritik tetapi hasilnya,kosong. Mereka juga sama.


Ni la antara benda-benda yang aku belajar hari ni. Orang boleh bercakap,orang boleh mengata, tetapi hanya kita tahu siapa kita.


Dan, mereka yang mencari kesempurnaan kita dan memandang rendah kekurangan kita bukanlah teman yang baik.

Hargai mereka yang menyayangi anda kerana ketidaksempurnaan anda.


" Saya sayang awak dengan awak yang sekarang, yang kata mereka banyak kekurangan. Jadi, apa pun jadi, saya akan tetap sayang awak."



Ramai yang sukakan sesuatu kerna paras rupa yang cantik dipandang mereka. Jika kecantikan itu hilang, maka hilanglah jua rasa sayang itu. Ikhlas itu tiada. 

"Tiada manusia yang sempurna.. Tetapi masih ada yang memandang rendah manusia lain kerana mereka lupa mereka juga tidak sempurna.."

 

 

Kepada mereka-mereka yang mengharapkan kesempurnaan sepanjang masa, anda sempurna kah? Tidakkah anda sedar, dimata seseorang,anda juga tidak sempurna? Sedarkah anda, anda sedang syok sendiri apabila anda menilai kelemahan seseorang ?

 

If you can't Accept me at my Worst, you don't Deserve me at my Best!


Saya tak suka dijudge begitu, tambah-tambah oleh orang-orang yang saya pandang  biasa-biasa sahaja. Tolong la faham,pandangan anda tidak mengubah apa-apa pun. Saya tahu saya hot. Semua kisah peribadi saya perlu diketahui. Tetapi fahamilah, saya tak perlukan pandangan awak. Saya tak tahu dimana relevennya. Maaf. And please, take care of your own penis and balls.


Apa-apa pun, peristiwa hari ini,or semalam telah membuatkan aku jatuh cinta kembali! 
Oh gedik~

ZzzzZzzzZzzz~

Sunday, April 24, 2011

KALAU AKU TAK MASUK USM..

Kalau la kan aku tak masuk USM..

Belajar setakat SPM ja. Takpun PMR, UPSR ka..

Nak keje gomen, tak lepas. Nak meniaga, Abah cakap meniaga ni susah kalau tak jiwa kental. Ada masa-masa kena lupa sapa sedara, sapa kroni, sapa skandal lama. Kalau tak, lingkup.

Kawen? Tak kot. Kawen awal ni komform punya la laki tua. Kalau tahap Datuk K takpa gak. Ni kalau... Taknak ahh sambung statement. Nanti hilang ilmu Boson, Fermion dalam otak ni.

Dah tu jadi apa?

*Drumrolls*


*
*
*
*
*
*
*
*

Tarrraaaaaaa!!!!


KOMEN RIDER W !


Aku bukan Kamen Rider versi maknyah. Harap maklum.


Original.

Nak mintak tolong?
Roger je aku. Nanti aku forwardkan kat Kamen Rider yang berdekatan.
Aku PA dowang je.
Mekap lawa-lawa bulu mata macam awning, mulut merah menyala Lipstick MaybeLynn,nak suruh lawan-lawan plak. Patah kuku I taw~
Lalalala~ ZzzzZzzzZzzz~

Tuesday, April 19, 2011

VIDEO TEBARU GADIS BUNUH DIRI!


Lately asal aku online chat Facebook ja, tiba-tiba naik chat yang macam-macam benda tak masuk akal siap dengan link nak suruh kita klik kalau nak tengok atau ayat pendeknya, SPAM.

Tengah-tengah sedap chat dengan secret admire aku, BOOM!! ( bunyi pop-up chat aku. Dasyat tak?)

“OMG this girl killed herself after her dad watched her webcam video! www.liyanacomel.com
 

“OMG i tak boleh pecaya la minah ni bunuh diri lepas salah antar text kat ayah dia pasal dia punya first time! Klik www.liyanabijak.com untuk lihat.”


“This guy commited suicide! Watch his suicide video now www.liyanahebat.com !”


“Tolong top up kan RM50 kat no baru ayah 012-3456789. Ini no baru ayah,ayah lagi di balai polis ada masalah.Jgn call,nnt ayah call balik. Ayah guna no polis ni..”

Eh, yang last tu bukan. Yang tu pun lagi satu haprak macam cerdik sangat pekena orang macam tu. Wey aku panggil ayah aku ABAH la. And abah aku tak guna Maxis. Hek eh~!

Ok sudahlah marahkan orang yang tak malu mintak top-up free tu. Dah la tak hensem, nak mengaku abah aku pulak. Ntah apa-apa ja.

Berbalik kepada chat spam tu, aku pelik gak macam mana la kan ada orang boleh klik jugak link tu.Sekali baca pun dah tawu it is spam. Merapu. Dan akan menyusahkan hidup orang lain yang nak chatting dengan aman. Hey aku guna chat Facebook je taw untuk stay connected. Laki aku tak suka mesej.  Tolong la respek sikit. Huhu.  Tetibe kan~

Tengah-tengah makan nasik tadi, teringat satu movie yang aku penah tengok. Apa benda tah tajuk dia. Untraceable kot. Yep, Untraceable. Movie ni tentang pembunuhan online. Psiko ni dia kidnap someone,then torture mangsa tu online. Dipancarkan khas untuk anda. Lagi ramai view, lagi cepat mangsa tu mati. 3 orang kot mati sebab these real,3D,moving breathing eathing laughing mating objects called PEOPLE  keep on viewing although has been warned yang lagi ramai view,lagi cepat mangsa tu mati. Rupanya yang bunuh online tu anak sorang lelaki yang bunuh diri sebab tekanan hidup dan video ayah dia bunuh diri tu tersebar merata-rata,siap free view oleh TV tempatan lagi. Anak lelaki tu kena tekanan emosi sebab video ayah dia bunuh diri tersebar. Tadi aku tengok balik movie tu. Isk isk isk nak nangis. Sedih~

Sedih kenapa? Part mati sebab terbakar la, kena rendam dalam sulphuric acid la memang menyayat hati. Tapi lagi sedih bila lagi diwarning yang every views will speed up the death process, lagi ramai nak view. Tak kesah pun mangsa tu mati ke tak,asalkan nak tengok. Lepas mangsa mati, ramai-ramai send takziah la hape la. Tak sedar diri yang mereka sendiri are the killing machines. Lagi sedih bila download and sebarkan videos dah jadi benda yang biasa walaupun video tu tentang aib seseorang.

Kat Malaysia ni sebagai contoh, suka sangat download those cheap self-making 3gp videos. Buat koleksi la apa la. Lagi satu video macam ni cepat sangat tersebar. Suka sangat share video-video yang memalukan mana-mana pihak. Memang kita yang menonton kadang-kadang tak rasa apa-apa, just nak isi leisure time tetapi tak ke kita fikir apa yang si mangsa rasa? Malu yang dowang terpaksa tanggung? Tak pun keluarga mereka? Memang itu salah dowang buat video-video macam tu tapi kalau dowang dah insaf ,tapi bila kita dengan bangganya share sana sini video tu, dowang tertekan,malu,dan lastly hilang pertimbangan sampai bunuh diri, how? Kita nak take responsibility ke atas kematian tu?

One more, video macam jatuh bangunan ke, bunuh diri ke, kena bunuh ke, suka sangat nak share. Permintaan nak download gila tinggi. Seronok sangat tengok ramai-ramai lepas tu sebut “ Whoaaaa!!! Bapak ah gile terjun ! Gile ahh bunuh diri!”
Memang la mangsa dalam video tu dah mati tapi tak fikir ke ahli keluarga dowang tersiksa bila video tersebar? Apa perasaan seorang anak bila video ayah dia kena bunuh tersebar contohnya? Korang suka ke famous sebab video family sendiri dibunuh,bunuh diri? Tak rasa ke how does it feels to be hurt emotionally?

Aku pernah dapat video Saddam Hussien dihukum gantung. Terus delete lepas tengok sekali. Aku pun pernah dapat satu video kena bunuh. Semua dari emel. Dapat link ja, klik terus keluar. Delete jugak. Untuk apa aku nak sebarkan video macam tu? Nampak sangat tak hormat maruah orang lain. Korang suka ka orang lain tengok video korang sendiri kena bunuh,seksa?

Kenapa tiba-tiba aku nak hangin walhal Quantum Physics tak habis study lagi?

Sebab melihatkan spam chat still ada lagi, maknanya orang kita still klik link yang konon video orang bunuh diri la, kena bunuh la. Isn’t it pathetic?  I don’t know. This is just my opinion. What I feel.
Apalah salahnya view je video klip Rebecca Black , tak pun Justin Bieber. Walaupun bakal digelar looser tapi looser lagi orang yang sebar,download video yang aku hangin kat atas tu. Aku taw manusia ni memang sifat semulajadi sangat curious. But sometimes curiosity kills. Kan?

Ntahlah. Pendapat aku je. Takyah nak buat fanpage benci aku pulak. Aku dah cukup famous.

ZzzzZzzz~



Sunday, April 17, 2011

MOTOR AKAK START GUNA CAP JARI TAW!

Masa ni aku tengah layan movie Charlie And The Chocolate Factory. Kalau la kan Willy Wonka bagi kilang coklat dia kat aku,takyah dah aku study sekarang ni. Sedap ja suruh Oompa Loompa buat kerja. Bagi dowang makan coklat ja. Huh! Kalau la wujud kan kilang coklat tu, asal bosan je pegi lepak sana naik bot, cruise kat sungai coklat tu. Lagi best Johny Depp tolong rowingkan. Oh, derhaka sungguh statement.Sorry I dah ada rower peribadi. Tapi aku benci Charlie Bucket sebab dia dapat kilang coklat tu! Kenapa bukan aku???!! Saya ada SPM taw!

Ok dah.Berbalik kepada tajuk entri yang gempak semacam tu, tadi lepas cuci luka eksiden hari tu, Abah panggil dinner family-family bak kata sepupu kecik aku si Mamat. Dengan bau minyak gamat menusuk hidung, makan la dengan adik-adik aku. Tengah kusyuk proses ikan goreng, Cik Angah cite pasal moto dia, Mr Nouvo yang merah menyala tu.


"Hari tu ada budak-budak datang lepak kat rumah, kawan-kawan Mubin. Depa nak try start Nouvo, aku pun bagi la. Tapi depa start tak boleh. Aku pun apa lagi, kencing baek punya budak-budak tu..Aku cakap la motor aku tu start guna cap jari. Berteknologi la katakan.." 

Untuk pengetahuan korang yang suci minda, maksud kencing disini adalah tipu ye. Bukan proses sebelum nyahtinja.


" Dah depa start tak boleh, aku pun pegi la start. Tapi skuter kita kan kena angkat tongkat dulu baru boleh start. Aku angkat tongkat slow-slow,pastu start. Haha terpegun budak-budak tu tengok kuasa cap jari motor aku tu. Kah3!! Depa siap cakap ,motor bapak depa takdak macam ni. Start ja mesti boleh. Tak payah guna cap jari pun.Keh3~~"


Hampeh punya adik. Mati-mati budak-budak tu kena kencheng hidup-hidup. Sori la makcik-makcik pakcik-pakcik, adik-adik saya ni memang senget sikit. Bak kata orang, nama pun adik Liyana.. Erkk! Aku pulak kena?



Willy Wonka, Willy Wonka, The amazing chocolatier~~ Willy Wonka, Willy Wonka, Everybody gives a cheer~~
*Sekadar muzik latar*


Ok sambung balik study sambil tengok cite Charlie And The Chocolate Factory. Takdak sapa nak ajak aku berCadbury ke malam ni?

Sunyi lah.

ZzzzzZzzzz~~

Saturday, April 16, 2011

NAK SUAMI @ ISTERI FOREIGNER???

Hai korang! Aku kat rumah! (Saje bagi jeles).. Paper aku start Jumaat depan and disebabkan semalam aku dan incek Elyas Nazery buat stunt kat tengah-tengah jalan, dapat la MC dan trip percuma dari peminat setia pulang ke rumah masing-masing. Ni tengah baring-baring lepak depan laptop mengadap YouTube tengok benda tak senonoh la ni. Wuuuu tidak~~ Macam biasa aku mengadap 2 YouTubers tegar (kalau wujud la word YouTubers ni) - CommunityChannel dan LunchtimeWithSmosh.

Sebelum pape nak cite dulu pasal CommunityChannel dan LunchtimeWithSmosh.

CommunityChannel

CommunityChannel merupakan salah satu video kegemaran saya didalam laman sosial berasaskan video, You Tube. Bosan kan bila buat ayat skema? Aku suka sebab Natalie, owner CommunityChannel ni sangatlah comel dan pandai bercakap (yela beliau host Lonely Planet).. Dan lawak tahap gaban! Mainly her videos talk about real life,places and people's attitudes. And of course I love her Australia accent! Check out Natalie's  You Tube channel and her Facebook's page.



LunchtimeWithSmosh. 

Yang ni memang lawak gila tahap gaban! Ian dan Anthony, dua jejaka gila yang buat video tentang tempat makan especially lunch ( see the tajuk la~) yang best kat Amerika. Bukan makanan yang aku dambakan tetapi lawak dowang dalam video tu. Memang gile ah wa cakap lu! So this is SMOSH! Facebook page and this is their  You Tube channel~ Best part? FOODGARSASM!!! Haha lucah~


But yang bestnya tengah-tengah lepak kat channel dowang, aku tertarik dengan Google Ads kat video dowang.

Ads 1 : 

Tajuk bukti : LUNCHTIME WITH SMOSH : Ian Has A Brother?!

Bukti bergambar:











 Ads 2:

Tajuk Bukti: CommunityChannel: Getting In Shape

Bukti Bergambar:




haha!





See? Iklan bakal suami dan isteri foreigner. Imagine kalau aku sape-sape klik kan, sebab sangap sangat nak berlakikan atau beristerikan mat saleh or minah saleh (erk?!) . Yela orang kita kan bangga kembang semangkuk gila bila dapat suami/isteri/menantu dari negara luar tambah-tambah orang putih~~

Yang bestnya, bila video Ian, kuar iklan foreign hubby. Natalie? Foreign wife.
Bala~ bala~

Haha!


OK fine.Memang entry aku merapu pun kali ni. Bosan! Aarghhhhh!!!

Thursday, April 14, 2011

TULIPS! - MY FLOWER

Dulu kecik-kecik, budak pompuan mesti suka bunga ros @ bunga mawar. Tapi aku ni jenis tak suka minat benda yang dah ramai minat kecuali Spiderman, so aku pulun la cari satu bunga yang tak ramai budak pompuan sebaya dengan aku masa tu kenal. Sekolah rendah lagi rasanya. Selak sana selak sini (bukan kain), terjumpak satu bunga yang vavavoom! Sekali pandang dah jatuh hati. Oh~~

Bentuk macam mawar sikit-sikit tapi bukan mawar. I just love its colour. Sangat cantik dan terang dan mengancam dan meletop dan menyerlah. Namanya TULIP.

Tulip adalah sejenis bunga dalam genus Tulipa, mempunyai 109 spesis, dan tergolong dalam familia Liliaceae. Bunga cantik ini banyak terdapat di Eropah Selatan, Afrika Utara, Anatolia, Iran dan juga Barat Laut China.
Negara yang paling famous dengan bunga Tulip ni mestilah Netherland! Yeehaaa ! Aku seronok tanpa sebab.



Bunga Tulip merupakan antara bunga yang mempunyai pelbagai warna. Sebut je warna pe nak, semua ada.

Merah?

see? lawa weh!

Kuning?

aarghh lawa!

Pink?



Biru? Ada ke?

wohoo!

Woo! Hah! Hijau? Ada ke~~

Hahaha gua dah cakap ada~~

Perghhh!! Hitam? Ada berani?

Lalalaala~ I told you~

Erhhhh!! Ok surrender..Putih?

Wee~ putih suci~

Dah surrender pun banyak tanya lagi! Hey, RAINBOW pun ada taw!



Haha! See? Betol kan macam-macam warna ada? Sebagai seorang yang sangat sukakan warna-warna striking, bunga Tulip la yang paling sepadan dengan jiwa aku nih. Eceh! Tambahan plak bunga Tulip ni orang kata melambangkan elegan dan selalu dikaitkan dengan PERFECT LOVE. Adakah aku ni seorang yang mencari cinta sempurna? Aww malu I taw~!





Ada satu saying pasal tulip ni:

If you're looking to leave butterflies in their tummies, choose tulips and watch them blush.






For me, tulip is not too elegant, too romantic, too big, too small, or too bright; the tulip is always just right.

It is like a favorite pair of jeans or my mom's fresh-baked cookies. Tulips express genuine coziness and comfort in all of the right ways..





Tengah-tengah tepu otak study macam-macam ni, kalau ada tulip depan mata mesti fresh gila rasa.
Kalau tak dapat yang real dan fresh , 


 
 
yang ni pun jadi lah!
hahaha!

Wednesday, April 13, 2011

KUTUK


Semalam dan selalunya, ada orang kata kat aku:


1. Dia tough

menyampah~~



2. Aku tua~~


nenek~~



3. Ketinggian sama paras perut pemain basketball ja~


ni sama paras bontot ja ni.huhu
  


See? Kejam kan?

Oh~
T~T

Monday, April 11, 2011

BODOH LA KAU

Okay, straight to the point.

Dengan orang kau buat hebat. Konon perasaan dan emosi bukan mainan kau. Kau TAK KALAH DENGAN EMOSI.

Bila ada orang sedih sikit, kau kutuk kau kondem. Kau lagak gagah. Kau lagak hebat.

Tapi bila tiba-tiba kau kalah dengan emosi sendiri,
dan ada orang tegur beri nasihat,
Kau melenting! Kau cakap jangan sibuk hal kau.

Ahh! Ape hal? Dulu bukan main kau sound itu ini sampai orang tu baca kecik hati, sakit hati, ada kau fikir kau tu penyibuk hal orang?


Tu la,cakap biadap sangat. Konon bagus sangat. Sekali dah terkena batang hidung, hahhaha! Aku tengok kau dah macam taik.

Bodoh la kau.


From Liyana with love. Lots of love.

Saturday, April 9, 2011

KISAH TAYAR YANG TRAGIK.

Jumaat lepas, pagi-pagi bangun dengan niat nak pergi kelas ZCT207. Tapi mandinya lambat jugak. Maka 10.55 pagi, start la nak memecut pegi kelas yang berjadual 11.00 pagi. Naik jejantas, masa nak turun ke jalan biasa, al-kisah lupa nak brek sebab ralit tengok sana-sini.


lalala menikmati keindahan alam..


Pandang sana sini sorang-sorang, tiba-tiba       GEDEBUK!!

Tayar moto dengan ganasnya terlanggar bahagian 'sedikit tinggi disitu' (rujuk gambarajah diatas). Lepas tu melelong-lelong pemanduan aku. Hilang gaya. Huh!

Mula-mula tak syak apa lagi tapi bila nak belok baring kat simpang, hampir-hampir hilang kawalan. Huh! Terus kena slow je sampai Dewan Kuliah. Tak senang duduk dalam DK H tu memikior kan tayar moto awok tu. Habis lecture, cek tayar depan, beliau agak lembik. Maka orang pertama aku mesej adalah.....

Rina le sapa lagi.


Dengan slownya, moto aku a.k.a Mr Yieyie kupandu perlahan ke bilik gerakan memandangkan Rina disitu. Sampai ke destinasi..

Dr Rina dok check tayar motor. Bertepatan dengan farmasi dibelakang.


Kedai Uncle. Sape Uncle?  Uncle adalah Higlytown hero. Pakar dalam membaiki kenderaan yang memerlukan bantuan. Specialist in Motorcycle. Tempat: Taman Pekaka. Sape-sape motor rosak pegi la kat Uncle. Beliau sedia membantu, asalkan anda menyediakan wang yang secukupnya.

Disebabkan tayar depan yang kekurangan angin melampau, bila drive atas jalan yang ada line kuning tu, terasa gila line tu. Macam tengah naik kuda. Sumpah best sampai buat bunyi  " Aaaaaaaa" . Terhentak-hentak dengan line tu. Gelak sorang-sorang sampai guard pandang serong. Lepas tu dah tayar berat,komform bawak slow. Yang tukang escort kat belakang tu kaki rempit. Haha!

Wee!

Lepas tu, sampai la kat kedai Uncle.
Uncle check punya check, sekali beliau tunjuk tayar moto aku yang memang dah nazak. Masalahnya bukan tiub yang bocor, tapi tayar terus yang berlubang! Oh no~~ Tukar tayar. Mahal oii! Berkira-kira sendirian dalam hati. 

Uncle punya la lecture promote macam-macam tayar yang aku satu pun tak taw. Aku taw patut tukar tiubless ja. Uncle iklan tayar itu-ini sampai aku pening dah. Beza tayar-tayar tu satu ja: Mahal atau Murah. Ku pandang Norhazrina Izwani disebelah.

Masing-masing hampeh tak reti. =,="


Last-last, tukar jugak tayar. Ambik yang mahal. Huk3. Lantak la. Dekat RM100 gak terbang. Da la tengah pokai. Baru niat jahat nak tukar kat rumah, so guna duit Abah. Tapi Tuhan Maha Adil. T~T

So sekarang motor aku guna tayar depan yang baru. Best gak. Ok sebenarnya dah tak taw nak tulis apa. Huhu.

Bab kat jejantas tu, kalau hari-hari aku langgar tebing tu, nazak jugak tayar. Cara nak avoid? Camni ke?


Nantilah cuti 4 bulan aku prektis camni kat rumah.

Takpun,

kita bakor je! Muahahaha!

Ok stop.

Zzzzzzzzzzzz~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...