Tuesday, September 20, 2011

OF LELAKI MACHO AND HIS ASAP ROKOK~

AS-SALAM. Hari ni kita akan belajar sedikit literature versi original. Versi aku.

Kali ni sumpah takdak bab jiwang macam semalam. Betoi tak tipu.

Alkisah pada suatu hari seorang gadis bernama Liyana (menurut IC) berjalan-jalan untuk pergi makan bersama rakannya. Semasa menunggu rakan beliau, beliau terserempak dengan seorang jejaka anonymus yang sedang leka menghisap rokok. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut dan hidung jejaka itu sehingga Liyana berkira-kira untuk stanby sebaldi air kalau-kalau jejaka itu terbakar. Bak kata orang, spontaneous human combustion~


Liyana berasa sedikit terganggu dengan asap rokok jejaka tersebut kerana mengganggu beliau merasai nikmat menyedut teh tarik panas bungkus sambil berdiri. Kurang sopan sekali ya minum berdiri tetapi lelaki itu lagi tidak sopan, bisik hati Liyana untuk membela diri sendiri.


Sedang beliau menunggu rakannya, tiba-tiba jejaka itu menghembus asap rokok ke muka Liyana. Wah! Terkejut bukan kepalang heroin dalam kisah kita hari ini! Mahu sahaja beliau menghumban lelaki itu kedalam longkang dan pelbagai aksi kejam lagi  tetapi akal mengawal emosi dengan berbisik "sesungguhnya kesabaran itu hak milik setiap wanita".  Liyana tetap sabar. Sambil tersenyum beliau berkata:


" Amboi, macho sungguh sedara dengan hembusan asap sebegitu! Kalah asap ekzos Harley Davidson yang dipatenkan di Amerika sana. Teringin benar saya untuk menjadi macho seperti saudara tapi saya tidak merokok. Bolehkah saya gantikan gaya hembusan asap rokok dengan hembusan teh tarik panas ini tepat ke muka saudara?"


Terkulat-kulat wajah jejaka itu setelah mendengar kata-kata manis dari Liyana. Terus jejaka anonymus itu berlalu dari situ tanpa sempat Liyana bertanya nama Facebook beliau.


Kemudian rakan Liyana pun tiba dan bertanya siapa jejaka tersebut dan apa yang rancak sangat berbicara tadi?

Dengan senyuman manis Liyana berkata "tiada apa-apa" sambil berjalan girang ke kedai makan..


Sekian..

Monday, September 19, 2011

SAYA TANPA AWAK :)

Saya tanpa awak macam Hari Raya tanpa kuih semperit dengan kuih almond london.
Lain bentuk, lain warna, lain rasa, bulat bujur cerah gelap tapi kalau Hari Raya takdak salah satu macam kurang vass kellas gitu!


Saya tanpa awak macam nota Fizik takdak highlight.
Kalau study tak highlight nota macam tak colourful gitu. Nak cari isi penting pun susah. Kadang-kadang senang lost :(


Saya tanpa awak macam main game takde mouse.
Boleh je main,boleh je menang tapi tak best sangat la sebab tak smooth je rasa.


Saya tanpa awak macam spek mata saya takdak kalis silau.
Ok je boleh nampak lagi tapi tak clear, lepas tu sakit mata. Seksa la jugak.


Saya tanpa awak macam makan kat Ivory tapi bukan kat kedai Gee Tomyam.
Boleh je kenyang tapi tak best sangat la sebab tekak dah biasa baham makanan kat kedai tu. Kureng!


Saya tanpa awak macam kes terlupa bawak kunci bilik.
Boleh je tunggu roomate balik tapi mesti bosan menggelabah kat luar pintu sorang-sorang.


Saya tanpa awak macam masuk kuliah takde nota.
Boleh je faham tapi rasa kurang sebab tak boleh menconteng menambah menyalin extra information yang lecturer cakap. Kalau tak salin nanti lupa. Bukan boleh harap sangat~


Saya tanpa awak macam selempang tudung tak guna brooch.
Ok je selamber je pegi kuliah tapi kena selalu pebetol, kadang-kadang rimas. Tak selesa lah!


Saya tanpa awak macam naik motor tak pakai helmet.
Boleh je sampai destinasi tapi tak berapa nak selamat la kalau selisih dengan pak guard atau polis. Lagi nahas, eksiden. Wuu naya~


Saya tanpa awak macam wireless slow.
Boleh je bukak page tu walaupun lambat tapi dalam hati gelisah la. Belom masuk part sumpah seranah wifi tu lagi~



Saya tanpa awak macam.. Emm.. Macam..


Dah takdak idea. Nak muntah. Geli. Bye!
ZzzzZzzzZzzz~

Tuesday, September 13, 2011

TODAY IS A TRAGEDY.

Assalamualaikum. Kehadapan blog ku tersayang yang ditinggalkan selama berbulan-bulan. Hari ini, 13 September 2011, memang sangat tragis.

Bermula dengan nightmare yang sangat ngeri, kengerian dan ketidakberkesanan hari ini berlarutan sehingga sekarang.

Nightmare yang aku alami bukanlah mimpi dikejar atau disergah hantu mahupun pemungut cukai tapi tentang hujan yang turun sekarang ini rupa-rupanya mempunyai satu unsur baru yang menyahkan oksigen yang disedut oleh manusia dan haiwan. Berlakunya satu keadaan yang sangat chaos dan huru-hara dek manusia yang sesak nafas seperti orang tua dalam sajak The Dead Crow. Punca mimpi aku tidak berapa pasti tetapi mungkin ada benarnya kata-kata adindaku Suhaila, bantal Elyas Nazery memang lubuk nightmare.


Kemudian jam 7.30pagi aku siap berpakaian untuk ke kelas TITAS, tiba-tiba terlintas di fikiranku, DK yang digunakan sudah dirampas musuh selama seharian hari ini. Setelah dikomformkan kelas batal,aku mengadap komputer riba dan melayari

Maaf, maklumat ini terpaksa disensed kerana kecantikan adalah hak milik setiap insan. 
Eh?


Namun begitu lebih kurang jam 8.30pagi rakan aku meninggalkan pesanan ringkas kelas di tempat lain. Oh! Malangnya nasibku! Nak pergi pun dah terlambat.... Dengan rasa berat hati aku meredhakan keadaan..


Kemudian untuk kelas seterusnya, entah kenapa aku tersalah parking motor. Untuk mengcover malu, aku berpura-pura bermain SMS sebelum meneruskan perjalanan. Kemudian sekembalinya ke desasiswaku, aku hampir-hampir tersalah bilik. Taktik bermain SMS tidak berguna disini jadi aku berkonon-konon mencari bilik seseorang.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Adik-adik UPSR sila blogwalking ke blog lain kerana peribahasa yang digunakan dalam blog ini saling tidak berkait dengan situasi. Junior-junior ku sayang mengajakku makan sekali dan dengan penuh gembiranya aku bersetuju. Setelah merapu-rapuan dan berjanji untuk berenang bersama-sama ke kedai makan, baru ku sedar aku punya appoinment berbuka puasa dengan Cik Hazrina. Oh Tidak.. Terpaksa ku batalkan pertemuan kami untuk makan dan beronok-ronok bersama-sama. Terdetik dalam hatiku, adakah aku sudah nyanyuk? Tapi logik akal menidakkannya.


Usai aku, Hazrina, Fareez dan Elyas membaham rezeki di kedai makan, aku dengan girang sekali bergerak ke dewan kuliah. Dengan yakin sekali aku masuk ke Dewan Kuliah T. Selama 15minit aku disitu, itulah 15minit paling berintelek aku rasakan kerana aku dikelilingi pelajar-pelajar Master USM. Dengan wajah suci aku melangkah keluar dan meneroka semua dewan kuliah sehingga berjumpa dewan kuliah yang tepat..


Begitulah luahan hatiku untuk hari ini. Akhir sekali aku mengharapkan semester ini akan memberikan sejuta keajaiban kepada ku..



Yang ikhlas,
Saya Liyana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...