Tuesday, September 13, 2011

TODAY IS A TRAGEDY.

Assalamualaikum. Kehadapan blog ku tersayang yang ditinggalkan selama berbulan-bulan. Hari ini, 13 September 2011, memang sangat tragis.

Bermula dengan nightmare yang sangat ngeri, kengerian dan ketidakberkesanan hari ini berlarutan sehingga sekarang.

Nightmare yang aku alami bukanlah mimpi dikejar atau disergah hantu mahupun pemungut cukai tapi tentang hujan yang turun sekarang ini rupa-rupanya mempunyai satu unsur baru yang menyahkan oksigen yang disedut oleh manusia dan haiwan. Berlakunya satu keadaan yang sangat chaos dan huru-hara dek manusia yang sesak nafas seperti orang tua dalam sajak The Dead Crow. Punca mimpi aku tidak berapa pasti tetapi mungkin ada benarnya kata-kata adindaku Suhaila, bantal Elyas Nazery memang lubuk nightmare.


Kemudian jam 7.30pagi aku siap berpakaian untuk ke kelas TITAS, tiba-tiba terlintas di fikiranku, DK yang digunakan sudah dirampas musuh selama seharian hari ini. Setelah dikomformkan kelas batal,aku mengadap komputer riba dan melayari

Maaf, maklumat ini terpaksa disensed kerana kecantikan adalah hak milik setiap insan. 
Eh?


Namun begitu lebih kurang jam 8.30pagi rakan aku meninggalkan pesanan ringkas kelas di tempat lain. Oh! Malangnya nasibku! Nak pergi pun dah terlambat.... Dengan rasa berat hati aku meredhakan keadaan..


Kemudian untuk kelas seterusnya, entah kenapa aku tersalah parking motor. Untuk mengcover malu, aku berpura-pura bermain SMS sebelum meneruskan perjalanan. Kemudian sekembalinya ke desasiswaku, aku hampir-hampir tersalah bilik. Taktik bermain SMS tidak berguna disini jadi aku berkonon-konon mencari bilik seseorang.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Adik-adik UPSR sila blogwalking ke blog lain kerana peribahasa yang digunakan dalam blog ini saling tidak berkait dengan situasi. Junior-junior ku sayang mengajakku makan sekali dan dengan penuh gembiranya aku bersetuju. Setelah merapu-rapuan dan berjanji untuk berenang bersama-sama ke kedai makan, baru ku sedar aku punya appoinment berbuka puasa dengan Cik Hazrina. Oh Tidak.. Terpaksa ku batalkan pertemuan kami untuk makan dan beronok-ronok bersama-sama. Terdetik dalam hatiku, adakah aku sudah nyanyuk? Tapi logik akal menidakkannya.


Usai aku, Hazrina, Fareez dan Elyas membaham rezeki di kedai makan, aku dengan girang sekali bergerak ke dewan kuliah. Dengan yakin sekali aku masuk ke Dewan Kuliah T. Selama 15minit aku disitu, itulah 15minit paling berintelek aku rasakan kerana aku dikelilingi pelajar-pelajar Master USM. Dengan wajah suci aku melangkah keluar dan meneroka semua dewan kuliah sehingga berjumpa dewan kuliah yang tepat..


Begitulah luahan hatiku untuk hari ini. Akhir sekali aku mengharapkan semester ini akan memberikan sejuta keajaiban kepada ku..



Yang ikhlas,
Saya Liyana

4 comments:

마리얌 said...

mu ni mamai ke?aduhhh

SaYaLiYaNaSaiDi said...

xtaw la.. sbb da set 100% otak utk belajar kot smp lupa kehidupan seharian #konon

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kalau aku jd ko, aku sumbat muka aku dalam laci, pastu rantai laci tu guna rantai besi.. hahaha

SaYaLiYaNaSaiDi said...

wawaaa brutal! haha! tapi hari ni aku da normal. pheww~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...