Monday, May 23, 2011

EUWWW~~~

Sape-sape ada Fb ( sape-sape? memang yang takdak FB tu golongan minoriti lah) , boleh bukak link yang aku post tadi. Pasal  budak UTM mengutuk UiTM. Universiti 2nd class? Hey kejam sangat tu. Baru dok 2nd ranking dah belagak. Cuba usya sikit yang dok ranking atas U kau tu U apa? USM tempat aku menuntut ilmu sekarang  taw. Tengok tak pasal-pasal aku pun sama bongkak sekali.

Tapi publisiti murahan gila-gila la sebab dari berapa kerat ja trafik blog dia, tak sampai sejam dah nak dekat 20 000 readers.  Aku taknak paste link blog dia kat sini. Nanti tak kesucian blog aku penuh link kontroversi.

Bila dah jadi macam ni teringat mak aku pernah cakap dulu bila aku bangkitkan isu bakal menantu kaya:

" Kalau kaya, belajaq tinggi , dok kat U hebat mana pun, kalau tak reti hidup, tak payah. Kalau kaya sebab dok tayang harta mak bapak, tak payah la. Tak payah. Cuba lempaq kat kawasan serba kekurangan, tengok boleh hidup ke tak~"

Bakal menantu mak aku, sila ambik perhatian. Haha!

Sebenarnya bukan pasal ranking Universiti atau ciri-ciri menantu ideal idaman mak aku yang aku nak membebel tapi...



Tadi aku dalam toilet cuci tangan. Ye setiap sejam aku akan cuci tangan walaupun tanpa sebab. Contohilah aku. Lepas tu teringat earphone aku. Aku guna earphone yang sumbat dalam telinga tu. Pengguna Sony Ericsson mesti taw. Tapi aku sambung untuk Nokia. Sedap kalau guna earphone macam ni. Roomate aku sampai kena buzz chat la kat FB or YM sebab panggil aku tak dengar. Ehe.



earphone ni sgt sedap bila sumbat dalam telinga! sumpah kau lupa dunia.


Aku selalu basuh getah penyumbat dia tu. Kebersihan kena jaga. Yela sumbat masuk dalam telinga. tersumbat dengan bakteria, rosak telinga aku nanti. Kadang-kadang aku tukar dengan getah lain sebab dapat getah free warna pink, biru, putih dan kuning. Jangan jeles~

Apa yang Euwww nya?

Tiba-tiba aku terbayang, kalau la kan tiba-tiba earphone tu termasuk dalam mulut korang, camne?


Dari disumbat dalam telinga, termasuk pulak dalam mulut.

Kena pulak selalu kongsi-kongsi earphone dengan orang lain. Bermacam-macam lubang telinga  dia dah sumbat.


Lepas tu  termasuk dalam mulut korang.



Euwwww~!!!



Haha entri jijik pagi-pagi buta. Sori tak bole tido. Hehe.

Sunday, May 22, 2011

KENGERIAN DI MESIN ATM

Pagi-pagi pukul 6 dah terkejut bangun dari tido. Useless punya mesin apa benda ntah kat bawah blok Tekun ni. Bunyi tiap-tiap malam, kuat pulak tuh! Aku tengah mimpi ngeri taw tak?! Mimpi apa yang jadi semalam kat Bank Islam USM. Isk3~~

Semalam lepas round RST aku pergi Bank Islam kat Bakti Permai tu dengan harapan boleh withdraw duit. Asyik makan biskut ja, tak boleh tahan weh. Lapaq! Aku mengalami sindrom kad bank asyik kena reject ja walaupun try dengan bank lain. Sudahlah duit nak habis, kad pulak masalah. Tak understanding betol.

Sampai dekat ATM tu, aku sorang ja. Lega tak payah beratur. Bila turun dari motor, ada sorang lelaki dalam 30an tiba-tiba datang dengan motor, pusing-pusing kat bank tu. Aku buat bodoh je la. Bila dah masuk dalam bank tu, dia parking motor betol-betol belakang motor aku. Aku ingat dia nak ambik duit jugak tapi dia duduk ja atas moto.

Dengan lafaz Bismillah,aku masukkan kad bank. Humang aih! Reject! Aku try lagi dan lagi dan lagi, last-last tu lama gila takdak respond. Aku dah cuak takut kena telan. Lama sangat tunggu mesin tu proses kad, aku pandang-pandang luar. Lelaki tu still ada and the ngeriest (ngeri-est) part is dia tak lepas pandang aku kat dalam bank tu. At first aku fikir maybe kebetulan tapi kali kedua,ketiga pun dia dok tengok lagi. Aku pusing sebelah, mana taw ada Puteri Bunian or anything kat sebelah aku. Yela dah nak malam ,aku pulak sorang masa tu. Takdak apa pun. Lepas tu lelaki tu senyum. Pervert gila senyum! Cuak! Dah la berhelmet. Takkan terpengaruh dengan simbah asid jugak kot. Jangan la dok buat pasal~~

Masa tu aku rasa nak tendang ja mesin ATM tu. Cepat sikit boleh tak?! Aku nak blah ja dari situ. Aku tak kesah sorang-sorang macam tu dengan orang lain tapi bila aku dah kesah, it is something. Tak sempat nak tendang mesin tu, boleh withdraw. Lega baq ang! Tapi aku takot nak keluar. Mana la guard hensem yang selalu jaga ATM ni?? Time ni jugak la dia hilang!

Aku buat-buat check balance pulak. Punggak! Lagi tak senang duduk bila tengok baki akaun sendiri. Aku sangat menggelabah bila akaun aku kurang dari 4 angka. Aaarghhh! Takpa Lin takpa, nanti elaun NRIC masok topup balik money loss tu. Aku pandang luar, tak blah lagi lelaki tu. Senyum lagi. Maki hamun aku dalam hati. Lepas tu tiba-tiba ada orang call dia. Masa dia tengah ralit jawab call aku keluar cepat-cepat keluar. Start motor, dia dengar, terus dia cepat-cepat nak letak fon. Nasib baik la aku naik skuter, guna starter ja. Kalau la motor aku jenis kena guna tendangan kuda baru boleh start, memang naya~

Dan nasib baik jugak aku bukan jenis berhemah sangat bawak motor. Kalau la dah biasa nak pusing motor pun terhegeh-hegeh, memang gelap masa depan la hari tu. Tak sempat dia nak dekat aku dah rempit blah dari situ.


Aku tak taw apa niat lelaki tu tapi memang menakutkan. Sangat-sangat menakutkan okay sampai aku mimpi lagi masa tidur tadi! Kat bank pulak tu. Bukan nak bersangka buruk tapi zaman sekarang ni, memang kena berhati-hati.

Nasib baik tak jadi apa-apa. Pengajaran jugak untuk aku. Kena marah sebab keluar sorang-sorang.Tak boleh selalu keluar sorang-sorang sangat, kena berteman tambah-tambah dekat-dekat nak malam. Aku malas nak mengajak orang sebab kalau boleh buat sendiri kenapa nak menyusahkan orang. Tapi tu lah, benda kalau nak jadi. Pengajaran untuk semua okay!

Berhati-hati di mesin ATM.

Hujan. Camna nak pegi keje ni?

ZzzzZzzzZzzz~~~

DREAM HIGH- TEBIAT

Pagi-pagi dah mesek Amir Loading mengkhabarkan berita gembira:

"Aku dah habes tengok Dream High! "

Sarcastic gila kan. Haha. Aku selalu dapat stok cite Korea tapi tengok tak pernah habis. Tak pernah taw ending cite yang aku tengok. Kali ni stokis aku Amir bagi cite Dream High, dia suruh tengok sampai habis. Siap suruh buat sinopsis. Berpegang pada janji, aku pun tengok la. First episod aku bagi la sinopsis. Lepas tu dah malas. Tak tengok dah. Tapi bosan takdak keja aku sambung tengok balik. Start dari pelakon-pelakon ni menyanyi, aku dah start suka. Jadi tebiat melekat dengan cerita Korea. Seriusly composition music merek sangat bagus !

Dream High



Tengok punya tengok, banyak benda aku belajar dari cerita ni.

First,
Jangan takut nak buru impian. Gila skema ayat kan. Tapi betol. Dari budak kampung yang orang panggil Country Bumpkin, boleh buat konsert dekat Grammy Award. Memang macam tipu kan tapi plot cite tu macam ni.


Secondly,
Pasal cinta-cintun. Kadang-kadang orang yang kita tak sangka nak jatuh cinta tu la kita boleh suka. Episod 15 minit ke 30, aku menangis tengok. Isk3.. Memang tebiat! Sebab?

Budak popuan tu sanggup kurus sebab lelaki tu suruh. Dalam 200hari dia kurus, dan last-last dowang rapat. Budak pompuan tu diinterview dalam TV then ada soalan pasal masa dia gemok dulu. Pengacara tu kenyuk-kenyuk gambar pompuan tu masa gemok.

masa dia gemok dan terabai

lepas tu kurus dan cantik!



Lepas habis rancangan dowang pegi lepak. Pompuan tu cakap, sebab dia cantik sekarang, orang tak suka gambar di gemok dulu dan dia takut nanti dia pun benci diri dia dulu. Tapi rupanya lelaki tu buat wallpaper gambar masa dia still gemok dulu. Oh my! Means he accept,loves her sejak dulu lagi tak kesah rupa dan fizikal.

I'm touch! Sebab macam kisah aku. Isk3..


Third,

A left behind can be a monster inside. Ini dari watak utama cerita ni. Dari seorang yang hanya tawu follow orang lain, lepas dia dihina oleh orang yang dia follow dan sayang sangat-sangat, dia usaha nak balas dendam dengan kejayaan dia. Walaupun bagus,persaingan yang sihat tapi sebenarnya dah mencipta seorang monster kat dalam diri dia. Dari seorang yang cumil, innocent dan lurus, she became a monster. Pendengki, pendendam dan sebagainya. Kasihan sebab dia cuba bangun tapi bangunnya dengan jalan yang salah. Dia berjaya tapi dia hilang kawan. Yang menghina pulak jatuh tapi cuba bangun balik dan berubah jadi baik. Nice moral here.

Fourth,

Kebenaran memang takkan berdiam diri. Sorang lelaki tu berkorban maruah dia untuk tolong sahabat sendiri sampai seumur hidup dihina orang tapi lama-lama kebenaran sampai jugak. Sedih sedih tapi itulah, pengajaran sungguh.


Fifth,

Cite ni buat aku rindu kat muzik. I realised i lost something in my soul- MUSIC. Dari kecik aku membesar dengan muzik, tiba-tiba hilang macam tu ja. Dah tak menyanyi, dah tak menari, dah tak main alat muzik. Menyanyi,menari memang patut aku tinggal tapi seriously bukan senang nak tinggal benda yang kita dah buat sangat lama. So dengar lagu-lagu je lah untuk isi kesunyian. Cewahh hahaha tak sangka aku buat ayat macam ni :P
Dengar lagu-lagu dalam cite ni memang best and berangan jugak teringat zaman dulu-dulu. Hehe..


Kesimpulannya, tebiat betol aku tengok sampai habis. Hehe. And, ntahlah aku sangat suka pengajaran dalam cite ni.

Senyum sorang-sorang kejap. :P


notakuliah: Lega sebab semua benda dah setel. Translated quote "Manusia akan bangun bela diri walaupun tak dinyatakan itu dia. Gunakan sifat ini untuk cari punca"  memang berkesan. Drama dan drama sampai dapat cerita betol. Tapi sayangnya ramai terkorban. Thats why aku suka novel English klasik. Terima kasih Tuhan :)

Friday, May 20, 2011

ARNAB ZOMBIE

*Tengah kutip jantung yang baru luruh tadi*

Propa sangat kan. Aku kan, sangat takut dengan patung arnab. Sangat-sangat takut. Yang kiut pun aku boleh imagine jadi benda lain.


Motif nak takot?


Sebab fobia. Dulu masa sekolah menengah, lower form, tengah tunggu bas aku suka beli buku Utopia. Masa tahun 2003, 2004, memang banyak cite hantu, cite seram dalam majalah tu. Memang feveret aku la. Dalam satu keluaran tu ada satu cite pasal sorang lelaki ni kematian anak. Sebab tak boleh terima takdir, dia kidnap sorang budak lelaki ni then jahit kepala patung arnab kat kepala budak tu. Ni pun direfresh oleh encik Suhaimi Shahrin a.k.a Non$en$e yang ada komik tu. Uhh jeles!

Aku tak taw pasai pa aku obses gila dengan cerita tu sampai aku lukis besar-besar mayat budak berkepala arnab tu. Aku simpan elok-elok tapi lepas tu kena buang sebab aku takut nanti otak tak betol aku ni jadi lain sebab picture tu. Dari suka aku jadi fobia. Sat aku lukis balik sikit-sikit gambar aku pernah lukis dulu. Dah tak berapa ingat.

*

*

*

Tak jadik lukis lah. Takot. Huhu. So aku Google gambar zombie rabbit. Ni gambar-gambar yang aku edit dan compile.


yang ni paling takut!



huhu

zombie rabbit yang femes. eei !

Ada satu movie aku pernah tengok. Donnie Darko. Sangat best sampai aku pernah jatuh cinta dengan Jack Gyllenhaal tapi aku lupakan cinta aku kat dia sebab aku fail sebut nama dia. Huhu.

alolo tomei tomei.hik3 :D

Dalam movie ni, si Donnie ada imaginary friend berupa arnab. Huhu. Spoil betol la elok-elok Jack berlakon, boleh pulak letak sekor arnab psiko tu. Ganggu emosi aku.

menatang tu! huh!


Fuhh!! Berapa kali aku kutip jantung yang luruh pun tak taw la sebab tengok gambar-gambar arnab macam ni. Huhu. Siyes aku takot.

Mana roomate aku ni tak balik-balik lagi.

Huhu..

Enhanced by Zemanta

Thursday, May 19, 2011

AMMAR DAN TIZ ZAQYAH- NRIC KASIH THE MOVIE

* Entri ini ditulis dengan penuh keterpaksaan*

Ahahaha! Ammar yang suruh! < Klik nama beliau untuk tengok wajah sebenar si Ammar tu>

Aku tak taw apa nak tulis sebab dia suruh tulis pasal Tiz Zaqyah, heroin cite Nur Kasih tu.



Aku ni cite Nur Kasih pun tak tengok. Movie dia pun tak tengok. Bila aku google Tiz Zaqyah, adeh... Ini yang keluar -,-'


orang kita google benda ni ja ka? parah parah..












Damn it aku nak tulis pasal apa ni? Tiz Zaqyah pun aku tak kenal sangat. Tengok dia berlakon pun tak pernah. Yang aku taw dia sangat la cantik, putih gebu, dan diminati jejaka-jejaka bermata belalang diluar sana. Ammar, aku tak kata hang gatai na. Eh, aku pun mata belalang *Kamen Rider* !


Apa lagi nak tulis ni. Aku pernah baca satu gosip yang orang dok mengata dalam cite Nur Kasih bukan main sopan tapi kat luar sebaliknya. Maaf aku tak tawu apa-apa pasal ni. Ini yang aku dapat dari blog gosip artis yang femes-femes. See Ammar, demi hang aku buang tebiat baca blog gosip artis! Halalkan jela duit minyak motor semalam tu? Ahaha! Gurau-gurau ja..


Ammar cakap dia bukan nak isteri perangai macam Tiz tapi macam Nur yang dalam cite Nur Kasih tu. Aku tak tawu Nur tu macam mana perangai dia tapi dengar-dengar,sangat baik dan tabah walaupun suami dia buat macam-macam. Oh, serius sangat baik. Tapi kata Ammar, dapat muka macam Tiz lagi bagus. So memang gatal la. Aha!

Ermmm...


Apa lagi aku nak tulis ni? Ammar apa yang hang nak aku tulis sebenarnya???


Eh bateri nak habis. Tak caye tengok print screen google nama Tiz tu. Hujung-hujung nyawa dah bateri ni.


ZzzzZzzzZzzz~

Wednesday, May 18, 2011

PEEL PEGAWAI KERAJAAN PUKUL 3.30PTG

Salam. Simple je nak cite, pasal pengalaman aku kat Pejabat Pos tadi. Pukul 3.30 petang, ramai gilos orang yang nak pos surat. Tu je yang aku taw bila masuk pejabat pos. Aha!

Aku pegi dengan Rina, nak renew lesen yang dah sebulan lebih mati. Kalau mayat, dah busuk benor dah. Terok betol. Rina plak nak daftar pengundi. Kami citizen yang bertanggungjawab kan?

Macam biasa beratur sebab dalam banyak-banyak kaunter, 1 je yang bukak. Hampeh betol. Bila dah 1 ja bukak, muka makcik kaunter tu pun apa lagi, sememeh je la. Senyum tak apa pun tak. Nasib baik aku truly Malaysian so aku faham la peel orang kerja kerajaan ni. Yela dowang tak dibayar untuk senyum.



Makcik Kaunter berwajah ketat


Bila sampai turn kami, macam biasa kami malu-malu. Aku nak cakap nak daftar mengundi tapi Rina g cakap nak renew lesen. Bagus sangat la kembar dua org ni. Aku cakap kat hang, hang cakap kat aku. Lepas tu makcik tu dengan muka ketat,

" Lesen dulu."


Erkk! Siyes muka takdok perasaan. sekali lagi nasib baik truly Malaysian, so aku faham bila pegawai kerajaan layan customer muka takdak perasaan. Lepas makcik tu kletuk kletak renew lesen aku, sementara tunggu print, laminate, dia tanya sapa nak daftar mengundi. Rina angkat tangan. * Gila menipu.Mana ada orang angkat tangan dalam pejabat pos*

Makcik tu tengok pelik. Rupanya dia terkonfius kami dua. Yela renew lesen aku , IC tahun 91, tak layak daftar mengundi lagi. Yang nak daftar, Rina. Aha! Takpa makcik, kami dah biasa sangat dah orang tertukar macam ni. Belakang aku sorang auntie Cina. Aku bahasakan auntie tu Coco Lee. Tiba-tiba dia tanya aku,



Auntie Coco Lee: "Lu lenew (renew) lesen sini blapa (berapa) kena bayar?"

Aku: " RM32 ja auntie. Extra RM2 dari JPJ.."

Auntie Coco Lee: " Waa manyak untong woo.. Extra RM2 tak payah belatur (beratur) panjang-panjang,manyak cepat lagi.."

Aku: " Itu la auntie gojes *bodek* .. Cepat.."



Lepas tu Auntie Coco Lee tanya soalan killer kat makcik kaunter tu ;


Auntie Coco Lee : " Kaunter manyak, lu satu olang (orang) saja ka kilija (kerja) ? "



Hoh sudah! Auntie Coco Lee, saya baru puji you gojes, you sudah keluar soalan yang bisa membunuh semangat seorang pegawai kerajaan ! Aku tengok muka makcik kaunter tu dah semacam. Sensitif woo bila kau kena kerja sorang. Petang pulak tu. Kalau tak kerja boleh tengok drama Filipina kat TV3 tu, apa benda tah tajuk dia, Mermaid ke Mermar ntah.



Makcik Kaunter : "Mereka semua cuti. Sakit."
*Jawab acuh tak acuh*

Auntie Coco Lee: " Semua sakit ka? Ni makan dulian (durian) manyak la ni terus sakit.."

Hnnssfff!! Aku tahan kembang kempis hidung. Sudah Auntie Coco Lee, sudah! Jangan ganggu emosi Makcik Kaunter lagi! Aku pun menambah la dengan harapan nak jaga hati Makcik Kaunter.Mana taw dapat diskaun renew lesen. Huhu..

Aku: " Musim hujan lagi Auntie.. Itu orang ramai sakit.."
* Dengan harapan Makcik Kaunter rasa dia gagah dan kuat,tak jatuh sakit masa hujan. Oh makcik,diskaun..diskaun..*

Auntie Coco Lee: " Ini dulian ni,makan manyak.. Hari tu aa, wa pegi Tesco, aiyakk dulian manyak mulah (murah) oo! 1 kilo RM3.90 .. Wa beli, isi manyak halus..Manyak sedap!"



Aku mula malas nak sambung. Auntie Coco Lee ni, isk3.. Makcik tu muka tengah ketat macam terpaksa kerja tu. Huhu.. 

Tapi, ku sangka bakal dapat diskaun, tapi impian hancur ditengah jalan. Makcik Kaunter tu dengar Auntie Coco Lee cite pasal durian, terus berubah ekspresi muka beliau!


akhirnya makcik Kaunter berwajah ceria kembali. terima kasih Auntie Coco Lee!



Makcik Kaunter: " Durian RM3.90?? Uih, murah sangat tuh! Kat mana you beli tuh? "
*Bersinar-sinar mata makcik tu*

Auntie Coco Lee: " Tesco maa.. Manyak sedap woo! Wa balik celita (cerita) sama olang, habis semua pigi (pergi) beli..Hahaha!"


*Potpet-potpet-potpet.............*



Aku tengok Rina, Rina tengok aku. Akhirnya Makcik Kaunter tu insaf  kembali ceria dan bersemangat bekerja. 

Pengajaran yang aku dapat, everything happens for a reason. Mungkin Auntie Coco Lee tu seperti Fairygodmother Makcik Kaunter tu yang berjaya menaikkan semangat beliau untuk bekerja lebih gigih. Huh! Syirik! Mana ada Fairygodmother!

Tu pengajaran merapu. Pengajaran yang sebenarnya is jangan set kan minda kita, pegawai kerajaan semua ketat je muka bila bekerja. Mereka mungkin tension, bosan *yela member satu ofis MC tinggal dia sorang ja* , runsing fikir anak kat rumah dan macam-macam lagi.  

Jadilah macam Auntie Coco Lee. Beliau menceriakan Makcik Kaunter yang muka seketat-ketat alam.


Dan..

Aku taw dah kalau nak tarik perhatian pekerja kerajaan ni, cite pasal DURIAN!

ZzzzZzzzZzzz~~

Tuesday, May 17, 2011

AKU DISIMBAH ASID!

 ***

Tengah-tengah dengar lagu Iron Maiden, tanpa sebab tiba-tiba teringat scene 23 orang kena simbah asid  dengan manusia berhelmet dari lakaran polis tu. Eeii takot. Ni yang buat aku takut nak keluar merayap naik motor tanpa lesen ni.

Walaupun aku tak taw apa kena mengena lagu Iron Maiden yang sesat tu dengan kes simbah asid, tapi aku nak cerita jugak apa yang aku imaginasikan bab-bab asid yang sekarang suka-suka hati ja nak main simbah-simbah.



SITUASI: Aku kawen

aku sedang kawen. eii malu-malu~


Lepas tu..


LOKASI KEJADIAN : Atas pelamin
MASA KEJADIAN: Masa acara menepung tawar, renjis-merenjis
MANGSA: Pengantin wanita. Isk3..





 Situasinya, tengah-tengah bersanding , masa sesi menepung tawar, renjis-renjis merenjis, rupanya dia renjis dengan asid! Oh God! Kes dengki la ni!


Hahaha! Gila punya pompuan. Jangan tanya kenapa aku tiba-tiba fikir macam ni.

Tapi, dah simbah-simbah asid ni jadi trend zaman sekarang, tak mustahil la kan ada yang nak merenjis masa tengah kahwin. Kes cinta tak kesampaian ke, ex-bf / ex-gf kawen dengan orang lain ke, dengki baju kawin aku kaler pink ke.. Mana nak tawu.. Sekarang ni pun ada yang tengah mendengki~~

Lalalalala~

Erkk! Baru sedar, aku dah bagi idea untuk orang merenjis asid masa kawin. @#$%^&*(*


So untuk cover balik kesalahan aku, aku nak sebarkan gambar suspek simbah asid kat area KL tu.


Suspek simbah asid


 Fuhhh!!.. Rasa suci je bila buat khidmat masyarakat macam ni. 
:D

CIKGU KU, MAK BAPAK KU!

Fuhh! Sehari aku tak boleh type apa-apa kat Blog ni sebab loading tak sudah-sudah. Gmail bermasalah, Facebook pun lembab,komen hilang. Macam-macam. Tapi kesusahan hidup berteknologi bukan aim aku untuk menulis tapi hari yang budak-budak sekolah sangat suka sebab kelas komform cancel. Hari Guru!

16 Mei. Tiap-tiap tahun hari ni mak bapak pening kepala bila anak-anak merengek mintak beli hadiah kat cikgu feveret dowang. Aku dulu pun penah paksa mak aku beli hadiah. Hadiah kat cikgu aku tapi guna duit mak aku. Muka tak malu sungguh. Nasib baik mak aku pun cikgu so dia faham situasi terdesak aku ni.

Lain weh Hari Guru untuk seorang anak cikgu macam aku ni. Introducing my parents, my teachers!

misteri tak gambar dari belakang?




Suasana Hari Guru dah ramai yang blog . Pengalaman aku sambut Hari Guru mungkin berbeza dari orang lain. First of all, aku anak cikgu. Mak aku cikgu Add Math, Abah aku Lecturer Fizik. Orang semua cakap hebat so aku pun wajiblah jadi hebat macam Mak dan Abah aku. Susah weh. Aku tak sehebat mereka. Aku tak hebat macam Mak aku yang otak Math dan boleh coach sukan itu ini, boleh berniaga itu ini semua untung dan Mak aku sangat cantik. 

Mak dan aku yang memang pemalu~


Abah aku lecturer Fizik tapi sama jugak terer sukan itu ini terutamanya tenis, communication skill yang hebat boleh jadi MC majlis rasmi dan tak rasmi dan punya pendekatan psikologi yang bagus < lecturer Matrik aku yang cerita macam mana Abah aku boleh dekat dengan budak-budak bermasalah dan somehow 'fix' them untuk minat belajar >.


Abah pakai baju kuning. Ce usya benda pe yg tulis kat baju Abah.



Kalau nak bandingkan aku dengan Mak dan Abah, oh my. Bukan langit dengan Bumi tapi macam the other universe. Jauh sangat bezanya. I have nothing compared to them. Sedih pulak bila cermin diri sendiri macam ni.


Seriuosly aku sangat jeles bila anak-anak murid Abah aku panggil Abah aku, "Abah". Huh! Bila masa pulak aku ada kakak, abang ramai-ramai macam ni?!  Lagi jeles bila Abah panggil dowang "anak-anak" Abah. Huh! Masa Abah mengajar Matrik Penang dulu, Abah eksiden. Ambik kau 2 bas students KMPP datang rumah tak termasuk lecturers. Jenuh aku masak dengan Mak. Dari situ la students Abah aku cite kat aku, dowang sangat sayang Abah aku. Dan aku pun suka bila tiap-tiap tahun jamuan praktikum, aku dapat makan free.


Bila aku sendiri masuk KMPP, ramai la lecturer-lecturer kenal dan bercerita macam-macam pasal Abah. Seriuosly aku bangga bila Abah sendiri disayangi ramai *tetibe kan*. Lagi seronok bila selalu dapat buku rujukan free dari kawan-kawan Abah. Lalalala~

1st batch KMPP- mentee Abah


Bila kenal ramai orang, lawak pulak bila ramai kawan-kawan aku rupanya bekas anak murid Abah. Contoh, Ammar, Amalina, Ima, dan ramai lagi. Best bila kawan-kawan sendiri suka Abah sendiri *perasan*. Kalau yang perempuan, reaksi mesti

" Laa Cikgu Saidi tu memang best. Lawak, baik, memahami bla3.."


Kalau yang lelaki?

"Perghh En Saidi! Memang terbaek! Lawak, gila-gila. Aku ingat lagi dia ajar graf sine jadi benda lain.." 
Tak nak cite habis. So korang tawu la kan dari mana aku dapat perangai loqlaq, gila macam ni.

Mak aku pulak mengajar Add Math kat SMK Junjong.Masa Form 4 aku pindah sekolah tu. Kawan-kawan aku ramai cakap Mak aku garang, tapi baik. Mau taw la, aku pun panggil singa betina. Haha! Mak memang garang, kuat berleter, tapi Mak sangat baik. Masa raya memang tak menang tangan la kan anak murid datang rumah. Majoriti budak-budak lelaki kelas belakang-belakang. Budak-budak nakal yang ramai cikgu tak suka. Mak aku ni kaki rempit. Serious, pernah main-main tekan minyak dengan Mat Rempit kat trafic light. Adoii.. Nasib baik Mak menang masa race tu. Haha!

Ada someone pernah cakap kat aku,

"Kalau bukan sebab Mak hang percaya kat aku yang bodoh ni, aku takkan berubah macam sekarang.."

Sebak wey aku dengar. Macam mana orang lain sangat menghargai Mak aku sendiri.

mummy!


Dulu masa kecik-kecik aku tinggal dengan arwah Tok dan Tokwan. Sedih pulak bila teringat masa kecik-kecik dulu hari-hari bila Abang Posmen datang aku tanya,

"Abah hantaq surat tak?"

Serius bukan niat aku nak tackle Abang Posmen tu. Abah study kat USM gak dulu. Tinggal kat Taman Pekaka dengan Mak. Aku ingat lagi dari tingkap rumah boleh nampak Pesta Penang. Kira tiap-tiap tahun aku tak pernah miss Pesta Penang tu. Jeles tak?

Ok back to business.

Aku dulu takde la rapat sangat dengan Mak, Abah sebab masing-masing busy. Ketegaq, degil tahap gaban gak aku ni dulu. Melawan. Kesian Mak, Abah kena jaga anak macam ni dulu. Lepas tu masa Darjah 6, Cikgu Kaunseling aku kaunselingkan aku. Dia cakap;

" Liyana, kamu patut bersyukur dapat Mak, Abah kamu. Cikgu dulu satu batch dengan Mak kamu, ada anak kecil tapi Cikgu tak kuat nak berkorban untuk tinggalkan anak demi masa depan. Tapi lihat la sekarang, kamu hidup senang, ada parents yang hebat macam tu. Cikgu pulak masih di sekolah rendah, masih macam ni.."

It is true. Walaupun kecik-kecik dulu aku macam sedih tak macam budak-budak lain tapi aku lupa yang aku tak pernah hidup susah. Aku tak tahu Mak,  Abah berkorban tinggal anak jauh-jauh untuk masa depan  anak-anak sekarang. Sekarang ni, mintak je semua dapat. Bayangkan kalau Mak, Abah tak sanggup berkorban dulu? Sapelah aku sekarang ni..

Walau macam mana hebat pun orang cakap Mak dengan Abah aku sebagai seorang cikgu, Kalau orang mengata macam mana teruk pun Mak Abah mengajar, Mak dan Abah will always be the best teachers ever for me!

Dan orang tak tawu how a great parents they are!

Selamat Hari Guru, Cikgu Saidi Samsudin dan Cikgu Norizah Che Din.

Abah, Mak dating!


Ikhlas dari,

Nur Liyana Saidi, anak murid paling hampeh yang mungkin Mak, Abah pernah dapat

Saturday, May 14, 2011

MISTERI TERBARU! : TASIK HARAPAN DAN RAKSASA LOCH NESS

Semalam memang hujan rahmat melimpah ruah turun di bumi Penang, memang nikmat gila sampai aku terlupa dating dengan Amir Loading pasal plan tapak exhibition kat Bilik Gerakan. Sori Load, hujan la der nanti demam. Lalalala~~ Sedap membuta hujan-hujan camtu, tambah-tambah pulak diusia remaja begini.

Pukul berapa ntah aku lupa ada orang asing tiba-tiba mesej, "Tasik Harapan banjir!" *kita tengok satgi ada orang tacing bila dipanggil orang asing*

Wohoo! Aku terbayang Tasik Harapan penuh dengan air! Lepas tu rasa macam bangang pun ada, memang la Tasik Harapan penuh dengan air! Nama pun tasik. Adoi pompuan ni.. Lepas tu flash news seterusnya,"Rumah Kayak masok air!" Semangat sungguh pemberita sulit aku nih. So aku pun mintak la beberapa keping gambar bukti untuk aku kepochi dalam blog ni.


Tasik Harapan yang ada air *bongek*

Khabar seterusnya, mereka-mereka yang gagah-gagah itu memulakan misi menyelamatkan mesin-mesin dalam Rumah Kayak tersebut.



lupa nak rotate. rotate la kepala sendiri

boleh tukar sukan air la lepas ni.

water cooler yang aku pernah buat basuh pinggan.maaf maaf.

mangsa banjir


Gambar aku lupa nak rotate la weh. Maaf maaf. Imaginasi korang kan tinggi *jangan nak tipu* , rotate sendiri dalam kepala otak memasing. Masa tengah syok-syok layan game dalam fon aku masa tunggu anak ikan  bodyguard aku depan Fajar Harapan nak pegi jumpak mak kat QB, tiba-tiba dikejutkan dengan penemuan imej raksasa kat tasik Harapan seakan Raksasa Loch Ness yang femes tu. Aku dah mula cuak risaukan biawak-biawak dalam Tasik Harapan tu. Risau jugak fikirkan nasib penghuni Fajar Harapan tambah-tambah anak ikan bodyguard aku tu. Jom terjah raksasa tu!!


tu dia! tu dia! *sambil orang sebelah kepenatan rowing atas bot kat Tasik harapan. Aku penat potpet potpet ja*


Jeng jeng jeng! Berpewatakan ganas, berwajah ganas dan mempunyai lidah bercabang dipercayai ganas jugak, itulag raksasa Loch ness yang aku nampak!


Lepas tu baru sedar, oh, aku berangan sorang-sorang. Raksasa sebenar ditemui adalah seperti di bawah:

komform ni tangan Amir Loading. Eee geli mak!

Huh! Menatang tu ja rupanya. Punah harapan aku nak jadik kaya sebab berjaya spot raksasa misteri tu.


Dah lah,kecewa punya pasal, nak tidoq!

ZzzzZzzzZzzz~~

KONGSI- bila penonton macam haram

Happy Sunday! :D

Tetibe kan.

Happy terlebih sebab Blogger dah berfungsi secara normal lantas mengurangkan dosa kecil aku hasil makian tanpa filter. Banyak benda nak tulis but first thing first. Apa yang first aku pun tak taw. Tulis yang paling latest la, movie KONGSI.



KONGSI-lu langsi lu mati!


Tadi lepas penat lelah cari mak aku, aku ambik keputusan tengok cite KONGSI. Sampai GCS Queensbay, mak aih! Macam aku kawen ja ramai gila datang. Beratur toksah cakap la. So ambik keputusan jalan-jalan usya kasut sukan kat En Elyas. Tengah-tengah melilau nampak Ammar Macho (bodek). Ammar termenung sendirian lepas lena dalam wayang masa tengok KONGSI. Bosan katanya. Tapi sebagai seorang remaja yang rebellious, aku berdegil nak tengok jugak. Semua showing time tiket selling fast, kalau aku lambat 3 saat memang ucap selamat tinggal je la nak tengok cite tu hari ni. Hall 1 yang besar gedabak tu pun full baq ang.. Memang nasib baik ada 2 seats kosong, chantek punya. Yang lain, arwah dah musuh dah tawan.

Lepas 3 jam membanting tulang dalam QB nak tunggu pukul 8.10pm, masok hall, aramaitey seat sebelah satu family ni dengan anak-anak kecil. Duduk dengan muka tak bersalah ja kat sebelah dowang sambil main-main mata dengan anak lelaki pakcik tu. Comel. Hehe. Hah! Masa aku dok beratur masok cinema, tiba-tiba ada 3 budak lelaki potong line aku. Salah sorang budak tu marah lagi 2 orang, "mana boleh potong line! Tak baik taw weh!" Tapi dalam masa yang sama memang dia pun dah potong line aku. sabor jelah, budak-budak.. Hehe. Dalam hati aku, dik, kalau kau tak potong line akak pun, takde sape nak ambik seat kau la. Haha!

Movie tu, trailer memang gempak syial. Memang berkobar-kobar nak tengok. Tapi rasanya sebab ShaheizySam yang berlakon, aku dah letakkan harapan yang sangat tinggi kepada filem ni. Sebab terlalu menaruh harapan, harapan aku musnah bak Tasik Harapan melimpahi airnya dek hujan lebat.. (Esok aku up gambar Tasik Harapan USM banjir. Perghh!)

Cerita tu just okay. Jusy okay. Lawak klise. Tengah-tengah konfiden jalan tetiba jatuh, kuda ada nombor plet dll, bagi aku dah biasa. Nothing new. Yang best pun part lawan-lawan. Guna Muay Thai wa cakap ku. mantap! Ni movie Malaysia first yang aku kagum dengan babak lawan-lawan. Memang nampak real gila takdak bunyi lebih dari action. ShaheizySam lawan memang power! Mantap gila! Dah mace Siam ambo tengok. Haha!





Aku taknak review sangat pasal filem ni. Dah ramai yang buat dan aku mengesahkan segala review yang dibuat. Aku lagi berminat nak cakap pasal attitud manusia-manusia dalam pawagam tadi. Rimas.

Seriously aku rimas kalau tengok wayang yang majoriti penghuni dalam panggung tu adalah remaja khususnya Melayu. Bangsa aku sendiri. Malu weh bila movie belom start dok terjerit-jerit, gelak kuat-kuat macam monyet. Kesian aku tengok mak ayah budak-budak tepi aku terkial-kial bila anak-anak dara and anak-anak teruna dok buat perangai macam haram tu depan anak-anak dowang.Kalau anak aku pun aku malu.


dah macam gini rupa yang terpekik terjerit dlm cinema tadi


Aku yang tak bawak anak ni pun tumpang malu jugak. Bukan pe, manusia-manusia yang dok terjerit-jerit macam monyet tu kalau nak tunjuk hebat dalam pawagam macam tu memang terer. Memang langsi. Tapi kalau suruh kedepan untuk bercakap pasal pendapat or benda yang agak akademik, mula la nak aku tolak kau, kau tolak aku. Dari hebat gila menjerit ketawa gegak gempita dalam pagawam, terus jadi darai, bacul pengecut.


Tagline filem KONGSI is:


Lu Langsi, Lu Mati!



Nasib baik yang dok berlangsi terpekik terjerit dalam cinema tadi tak mati . Kalau tak, jenuh nak jadi saksi kejadian.


warghh geram!!


ZzzzZzzzZzzz~~

Thursday, May 12, 2011

AKU RASA DIKHIANATI

First of all, aku tengah bengang account FB aku tak boleh bukak tak taw pasal apa. Aku bukak orang lain punya FB, I mean, terbukak, tak sengaja, boleh pulak. Tadi siang Blogger yang tak boleh bukak, bila malam menjelma, FB pulak. Cuba buat macam ni masa aku tengah final hari tu, berbaloi la jugak.


So bila dah hack pinjam FB orang lain untuk tengok apa dah jadi kat FB aku sampai tak boleh bukak, damn! Friends aku semua hilang, wall aku suci, sangat unsangkarable! Suci sesuci alam bila orang lain view profile aku.



apakah ini semua? dari awal hingga akhirnya?




Yang ni bila orang lain view aku. Bila aku sendiri nak bukak home, jadi macam ni.


site problem. huh!

Apakah? Mark Zuc****** < aku lupa nama penuh dia> kenapa ni? Aku tak buat vandalisme. Aku tak keluar pegi clubbing. Aku tak membantah Gagasan 1 Malaysia. Tak patut taw U buat macam ni kat I. Kalau macam ni la perangai U,



Kita PUTUS!!


I carik lain! Baek punye~


Oh dRbook~~

dRbook ! Baik punye~~





NotaKuliah: Macam biasa tajuk entri aku ja propa lebih. Sekian.

ZzzzZzzzZzzz~~

Enhanced by Zemanta

Tuesday, May 10, 2011

THOR- AKU YANG KETINGGALAN

Baru lepas tengok cite THOR 3D kat Queensbay. Walaupun dari awal kurang nafsu nak tengok movie ni, tapi tadi tiba-tiba bernafsu nak tengok wayang, aku gagahkan jua kudrat yang ada untuk tengok cite Thor sebab ni je cite yang orang cakap berbaloi tengok dan aku belom tengok.

3D, terbang RM17 aku. Biasa punya takde. Sampai kat Queensbay, wallawey ramai gila beratur nak beli tiket wayang. Agak terkejut weekday lagi ramai dari weekend. Walaupun nak terkencing,aku line up jugak takut tiket habis. Bila tengok seat, hek elleh tak sampai separuh hall pun tengok Thor. Yela cite dah agak lama keluar kan. Ceh. Kalau tahu pegi toilet dulu pun takpe.

Bila cite dah start, wow! Benda pertama yang capture pandangan aku was, langit dalam cerita tu. OMG! Subhanallah! Memang sangat cantik visual space yang dibuat. Galaksi-galaksi, bintang-bintang, interstellar region, semua sangat cantik dan sangat real. Aku, pelajar Astronomi USM, sangat terpegun.

Sistem Suria kita berada kat ceruk Bima Sakti ja, so kepadatan bintang tak sebanyak yang digambarkan dalam cite Thor tu. Tengah-tengah tengok mula la berangan kalau la aku kat Asgard tu, heaven gila!

Benda kedua yang capture pandangan aku was, THOR. Hehe. * Muka angau*

oh my..


Aku tak suka orang badan terlebih-lebih ketul ni (read: terlebih-lebih ketul.yang selalu dilihat berjalan sebelah aku tu adalah badan berketul yang mencapai standard terbaik), geli tapi sebab dia tinggi, tiba-tiba suka pulak. Nampak sangat sesuai,sangat perfect. Terus orang sebelah nak tingkatkan angkat besi dalam bilik. Then, mata dia. Oh my, cayaq~~ Biru, seksi dan biru lagi.

oh abang Thor


Then, tertarik dengan kuasa yang ada kat Loki, adik lain mak lain ayah kepada si Thor. Dia boleh berada di banyak-banyak tempat dalam satu masa. Mantap! Kalau la aku ada, boleh la orang nampak pegi dating,pegi keje tapi jasad sebenar dalam bilik tengah main game. Terbaik!

Part Destroyer datang Bumi tu pun menarik tetapi aku cukup tak berkenan bila dia musnahkan stesen minyak tu. Minyak naik harga taw tak?! Suka hati ja nak letup-letupkan.


Tapi part ni yang paling best. Masa jambatan tu pecah, Thor dan Loki terpelanting, sebab tengok in 3D, Thor jatuh kat aku. Oh.... Kalau la real...

ZzzzZzzzZzzz~~

Nota Kuliah: Agak spoil bila row depan ada satu grup ni bersembang  macam dia beli tiket 1 hall, ada sorang ni sikit-sikit jam bunyi konon ada superpower la aku rasa dan amoi-amoi yang over excited dok buat ulasan movie kat belakang. Sabor jelah.. Tapi movie ni memang terbaik!

Monday, May 9, 2011

IKUT AKAL BUKAN EMOSI

Hari ni memang paling-paling mencabar gila dalam hidup. Stress sangat-sangat.

rasa nak buat macam ni ja


Pagi sampai tengahari mengangkut barang dari atas bukit ke kaki bukit atau simple word, dari desasiswa Saujana ke Tekun. Dengan panas terik, kalau hari-hari macam ni boleh kurus aku tanpa disengajakan. Lepas tu nak pergi makan, dah cafe tutup. Lara hatiku. Terpaksa korbankan minyak motor pergi makan kat Cafe Harapan.

Tengah-tengah makan, kena pulak pergi bilik gerakan escort anak buah aku settle application form NRIC. Bese la keje TP ni macam jaga anak emas. Kena tahu semua benda ank-anak buat sebab nanti muka ni yang nak menjawab dengan orang atasan. Dah setel, dapat pulak emel mengejut dari Brunei, nak application form NRIC hari ni jugak via faks. Terhegeh-hegeh la pulak faks beribu kali tak boleh. Rupa-rupanya memang faks bilik gerakan untuk local saja. Terpaksa la menapak ke HEP jumpak Kak Win mintak tolong, sampai la kena mintak tolong pejabat TNC. Setelah agak beribu kali jugak faks asyik fail dan redial, S/U TNC suruh call Brunei tanya dah terima ke belom faks. Nak call tu pun sipi-sipi mencapai kali keseribu baru boleh tembus line sana. Last-last pihak Brunei cakap, dah terima 10minit tadi. -,-"


Penat je gelisah,menonong depan mesik faks. Penipu punya mesin! Cakap fail! Huh!

lakaran penulis wajah suspek penipu tu. ko penipu!!



Sebelum pegi HEP, dapat call pukul 5 urgent meeting kat Canselori. Wah terbaek. Memang terkejar sana sini la hari ni. Tersampai pulak lambat kat sana sebab pukul 5 faham-faham jela, orang balik kerja, jalan jem tak hengat. Dengar sindiran sikit-sikit, terus proceed meeting. Lagi best baru dapat tahu esok ada presentation dengan segala TNC yang ada kat USM ni. Wah.. Mampos aku!





Tak cukup dengan tu, ada pulak masalah menimpa diriku yang malang ini. Isk3.. Ada pulak pihak yang terlepas informasi penting. Ahh sudah. Aku mati hidup balik berkali-kali hari ni. Esok pagi-pagi jenuh nak menjawab. Lepas tu dengan penuh kelaparan nak makan, sejam lebih tunggu kat kedai then selamber je waiter tu datang tanya, "order ape eh tadi?" Rasa nak jerit Fuuuuuuuuuuuu ja kuat-kuat.

frust gila



Tapi tadi bila tengah gelabah, stress dan pening kepala ada orang nasihat aku. Ayat paling berharga aku dengar is:



" Kita dah 20 tahun, dah kena matang dalam hidup. Ikut akal bukan emosi.."



Wow! Ayat ni betol-betol grab jiwa aku. Cewahh. Memang sentap tetapi sangat mengubah perspektif aku terhadap masalah.

True, it is true. Dah 20 tahun hidup, we should know how to deal with problems. Mungkin angka 20 tu masih kecil bagi sesetengah orang tapi untuk aku yang banyak deal dengan pelbagai jenis orang ni, patut dah matang. Patut dah tak main dengan emosi lagi dah bila buat terima masalah, buat keputusan.

don't mess with 20! tetiba kan~

His words make me think very merry deep. Ikut akal bukan emosi. Katanya, my girl must be rational and mactured dalam buat keputusan. My girl must be strong and bukan hamba emosi. Yes I have to. Kita semua tahu emosi boleh jatuhkan kita, tenggelamkan kita tetapi masih ramai yang nak ikut emosi. Macam dah tahu taik tu busuk tapi nak jugak jilat. Gila jijik perumpamaan aku.

Semua tahu ikut hati (emosi) boleh mati tapi still tak boleh nak jadi lagi kuat dari emosi sendiri.  Aku pernah dengar ada orang cakap jangan jadi hamba emosi sendiri. Makan dalam sungguh ayat ni.

Ikut akal bukan emosi. Aku suka ayat ni so nak ulang banyak banyak kali. Kita sangat istimewa sebab diberi akal jadi kenapa tak guna akal yang kita selalu kutuk-kutuk lembu takde akal ? Akal ada tapi tak nak guna. Kufur nikmat tu. Rasanya la.

Dan bila ada masalah, semua lagi suka nak buang masa tunding jari salahkan sana-sini dari berusaha carik jalan penyelesaian. Buang masa ja.

So, taknak merepek banyak, cuma seriously aku belajar benda yang sangat valuable malam ni,


"ikut akal bukan emosi! "


Lagi sekali aku ulang. Biar la, dah aku suka ayat ni.
:P

So start dari hari ni, aku kena :
- Cool dalam menghadapi apa-apa masalah pun.  
- Berhenti beremosi.
- Berhenti dari nak menunding jari sana-sini. 
- Terus cari penyelesaian.


Bukan aku sorang je, korang pun kena jugak!

Renung-renungkan dan selamat beramal~~
ZzzzZzzzZzzz~~

Sunday, May 8, 2011

WORDGAME PALING SEMPOI AKU PERNAH MAIN

Bila dah habeh paper, aku pun bosan. Bila bosan separuh hidup aku pertaruhkan dengan main game online yang USM Secure terlepas pandang nak block. Harap takdak abang-abang PPKT baca blog aku.

Macam yang aku confess dalam post sebelum ni, aku nerd tak reti main DOTA, reti main WORDgames ja. So aku ada jumpa satu game ni. WORDJACK nama dia. Nak main klik je la kat situ.

game yang sedang bertakhta dihati


Apa yang sempoi sangat game ni? Sebab...


Ni game bina perkataan  yang korang boleh tengok apa maksud perkataan yang korang bina tu. Klik je, then akan di link kan dengan kamus online. Mantap! Sambil main sambil belajar. Sangat sesuai dengan orang macam aku yang suka buat perkataan sendiri kemudian tak sangka perkataan tu wujud.



aku bina perkataan PHONE. sucinya..



then aku bina perkataan INFLUENCE. rasa bijak ja.

Then game ni jugak la yang ajar aku, perkataan NOOB dan ZIONIS tak wujud. =,="


zionis: no such word!


Bila kantung vocab aku dah kering, mula la nak keluar perkataan-perkataan kotor yang aku belajar dari novel. Aku pun test la kan. My GOD,ni game first aku main yang terima dirty words. Serius best! . Teheee.


bad word tahap I




bad word tahap II


Dan perkataan-perkataan seterusnya aku taknak masukkan sebab taknak bagi bad influence kat budak-budak. Dan takut bakal mak mertua aku layan blogwalking, mati aku.
T~T

Maka dengan ini, marilah sama-sama main game ni. Bukan sekadar bermain tetapi tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris kalian!

:D

ZzzzzZzzzZzzz~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...