Monday, May 9, 2011

IKUT AKAL BUKAN EMOSI

Hari ni memang paling-paling mencabar gila dalam hidup. Stress sangat-sangat.

rasa nak buat macam ni ja


Pagi sampai tengahari mengangkut barang dari atas bukit ke kaki bukit atau simple word, dari desasiswa Saujana ke Tekun. Dengan panas terik, kalau hari-hari macam ni boleh kurus aku tanpa disengajakan. Lepas tu nak pergi makan, dah cafe tutup. Lara hatiku. Terpaksa korbankan minyak motor pergi makan kat Cafe Harapan.

Tengah-tengah makan, kena pulak pergi bilik gerakan escort anak buah aku settle application form NRIC. Bese la keje TP ni macam jaga anak emas. Kena tahu semua benda ank-anak buat sebab nanti muka ni yang nak menjawab dengan orang atasan. Dah setel, dapat pulak emel mengejut dari Brunei, nak application form NRIC hari ni jugak via faks. Terhegeh-hegeh la pulak faks beribu kali tak boleh. Rupa-rupanya memang faks bilik gerakan untuk local saja. Terpaksa la menapak ke HEP jumpak Kak Win mintak tolong, sampai la kena mintak tolong pejabat TNC. Setelah agak beribu kali jugak faks asyik fail dan redial, S/U TNC suruh call Brunei tanya dah terima ke belom faks. Nak call tu pun sipi-sipi mencapai kali keseribu baru boleh tembus line sana. Last-last pihak Brunei cakap, dah terima 10minit tadi. -,-"


Penat je gelisah,menonong depan mesik faks. Penipu punya mesin! Cakap fail! Huh!

lakaran penulis wajah suspek penipu tu. ko penipu!!



Sebelum pegi HEP, dapat call pukul 5 urgent meeting kat Canselori. Wah terbaek. Memang terkejar sana sini la hari ni. Tersampai pulak lambat kat sana sebab pukul 5 faham-faham jela, orang balik kerja, jalan jem tak hengat. Dengar sindiran sikit-sikit, terus proceed meeting. Lagi best baru dapat tahu esok ada presentation dengan segala TNC yang ada kat USM ni. Wah.. Mampos aku!





Tak cukup dengan tu, ada pulak masalah menimpa diriku yang malang ini. Isk3.. Ada pulak pihak yang terlepas informasi penting. Ahh sudah. Aku mati hidup balik berkali-kali hari ni. Esok pagi-pagi jenuh nak menjawab. Lepas tu dengan penuh kelaparan nak makan, sejam lebih tunggu kat kedai then selamber je waiter tu datang tanya, "order ape eh tadi?" Rasa nak jerit Fuuuuuuuuuuuu ja kuat-kuat.

frust gila



Tapi tadi bila tengah gelabah, stress dan pening kepala ada orang nasihat aku. Ayat paling berharga aku dengar is:



" Kita dah 20 tahun, dah kena matang dalam hidup. Ikut akal bukan emosi.."



Wow! Ayat ni betol-betol grab jiwa aku. Cewahh. Memang sentap tetapi sangat mengubah perspektif aku terhadap masalah.

True, it is true. Dah 20 tahun hidup, we should know how to deal with problems. Mungkin angka 20 tu masih kecil bagi sesetengah orang tapi untuk aku yang banyak deal dengan pelbagai jenis orang ni, patut dah matang. Patut dah tak main dengan emosi lagi dah bila buat terima masalah, buat keputusan.

don't mess with 20! tetiba kan~

His words make me think very merry deep. Ikut akal bukan emosi. Katanya, my girl must be rational and mactured dalam buat keputusan. My girl must be strong and bukan hamba emosi. Yes I have to. Kita semua tahu emosi boleh jatuhkan kita, tenggelamkan kita tetapi masih ramai yang nak ikut emosi. Macam dah tahu taik tu busuk tapi nak jugak jilat. Gila jijik perumpamaan aku.

Semua tahu ikut hati (emosi) boleh mati tapi still tak boleh nak jadi lagi kuat dari emosi sendiri.  Aku pernah dengar ada orang cakap jangan jadi hamba emosi sendiri. Makan dalam sungguh ayat ni.

Ikut akal bukan emosi. Aku suka ayat ni so nak ulang banyak banyak kali. Kita sangat istimewa sebab diberi akal jadi kenapa tak guna akal yang kita selalu kutuk-kutuk lembu takde akal ? Akal ada tapi tak nak guna. Kufur nikmat tu. Rasanya la.

Dan bila ada masalah, semua lagi suka nak buang masa tunding jari salahkan sana-sini dari berusaha carik jalan penyelesaian. Buang masa ja.

So, taknak merepek banyak, cuma seriously aku belajar benda yang sangat valuable malam ni,


"ikut akal bukan emosi! "


Lagi sekali aku ulang. Biar la, dah aku suka ayat ni.
:P

So start dari hari ni, aku kena :
- Cool dalam menghadapi apa-apa masalah pun.  
- Berhenti beremosi.
- Berhenti dari nak menunding jari sana-sini. 
- Terus cari penyelesaian.


Bukan aku sorang je, korang pun kena jugak!

Renung-renungkan dan selamat beramal~~
ZzzzZzzzZzzz~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...