Sunday, May 22, 2011

DREAM HIGH- TEBIAT

Pagi-pagi dah mesek Amir Loading mengkhabarkan berita gembira:

"Aku dah habes tengok Dream High! "

Sarcastic gila kan. Haha. Aku selalu dapat stok cite Korea tapi tengok tak pernah habis. Tak pernah taw ending cite yang aku tengok. Kali ni stokis aku Amir bagi cite Dream High, dia suruh tengok sampai habis. Siap suruh buat sinopsis. Berpegang pada janji, aku pun tengok la. First episod aku bagi la sinopsis. Lepas tu dah malas. Tak tengok dah. Tapi bosan takdak keja aku sambung tengok balik. Start dari pelakon-pelakon ni menyanyi, aku dah start suka. Jadi tebiat melekat dengan cerita Korea. Seriusly composition music merek sangat bagus !

Dream High



Tengok punya tengok, banyak benda aku belajar dari cerita ni.

First,
Jangan takut nak buru impian. Gila skema ayat kan. Tapi betol. Dari budak kampung yang orang panggil Country Bumpkin, boleh buat konsert dekat Grammy Award. Memang macam tipu kan tapi plot cite tu macam ni.


Secondly,
Pasal cinta-cintun. Kadang-kadang orang yang kita tak sangka nak jatuh cinta tu la kita boleh suka. Episod 15 minit ke 30, aku menangis tengok. Isk3.. Memang tebiat! Sebab?

Budak popuan tu sanggup kurus sebab lelaki tu suruh. Dalam 200hari dia kurus, dan last-last dowang rapat. Budak pompuan tu diinterview dalam TV then ada soalan pasal masa dia gemok dulu. Pengacara tu kenyuk-kenyuk gambar pompuan tu masa gemok.

masa dia gemok dan terabai

lepas tu kurus dan cantik!



Lepas habis rancangan dowang pegi lepak. Pompuan tu cakap, sebab dia cantik sekarang, orang tak suka gambar di gemok dulu dan dia takut nanti dia pun benci diri dia dulu. Tapi rupanya lelaki tu buat wallpaper gambar masa dia still gemok dulu. Oh my! Means he accept,loves her sejak dulu lagi tak kesah rupa dan fizikal.

I'm touch! Sebab macam kisah aku. Isk3..


Third,

A left behind can be a monster inside. Ini dari watak utama cerita ni. Dari seorang yang hanya tawu follow orang lain, lepas dia dihina oleh orang yang dia follow dan sayang sangat-sangat, dia usaha nak balas dendam dengan kejayaan dia. Walaupun bagus,persaingan yang sihat tapi sebenarnya dah mencipta seorang monster kat dalam diri dia. Dari seorang yang cumil, innocent dan lurus, she became a monster. Pendengki, pendendam dan sebagainya. Kasihan sebab dia cuba bangun tapi bangunnya dengan jalan yang salah. Dia berjaya tapi dia hilang kawan. Yang menghina pulak jatuh tapi cuba bangun balik dan berubah jadi baik. Nice moral here.

Fourth,

Kebenaran memang takkan berdiam diri. Sorang lelaki tu berkorban maruah dia untuk tolong sahabat sendiri sampai seumur hidup dihina orang tapi lama-lama kebenaran sampai jugak. Sedih sedih tapi itulah, pengajaran sungguh.


Fifth,

Cite ni buat aku rindu kat muzik. I realised i lost something in my soul- MUSIC. Dari kecik aku membesar dengan muzik, tiba-tiba hilang macam tu ja. Dah tak menyanyi, dah tak menari, dah tak main alat muzik. Menyanyi,menari memang patut aku tinggal tapi seriously bukan senang nak tinggal benda yang kita dah buat sangat lama. So dengar lagu-lagu je lah untuk isi kesunyian. Cewahh hahaha tak sangka aku buat ayat macam ni :P
Dengar lagu-lagu dalam cite ni memang best and berangan jugak teringat zaman dulu-dulu. Hehe..


Kesimpulannya, tebiat betol aku tengok sampai habis. Hehe. And, ntahlah aku sangat suka pengajaran dalam cite ni.

Senyum sorang-sorang kejap. :P


notakuliah: Lega sebab semua benda dah setel. Translated quote "Manusia akan bangun bela diri walaupun tak dinyatakan itu dia. Gunakan sifat ini untuk cari punca"  memang berkesan. Drama dan drama sampai dapat cerita betol. Tapi sayangnya ramai terkorban. Thats why aku suka novel English klasik. Terima kasih Tuhan :)

2 comments:

pena said...

dah berapa kali adik pena syorkan tengok cerita ni..

tapi tak pernah tengok jugak..

hehe..

SaYaLiYaNaSaiDi said...

hihi..kena tgk! lin x minat pun korea, tp ni cite first lin tgk smp abeh!
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...