Monday, January 31, 2011

KISAH CINTA SI AHLI FIZIK

***

Disini ada satu kisah. Kisah seorang ahli fizik yang mahu bercinta tetapi mempunyai beberapa keresahan dalam hati.


SI AHLI FIZIK punya angan-angan, cintanya seperti tarikan graviti. Tidak boleh dilihat tetapi nyata dan boleh dirasa. Dan tarikan itu sentiasa membuatkan dirinya berpijak diatas bumi yang nyata. Tidak terawang-awang diangkasa raya dibuai cinta.




Kalau boleh, cintanya juga seperti Hukum Kepler Kedua. Kepler berkata, jika planet berada dekat dengan Matahari, pergerakannya menjadi lebih cepat  berbanding bila berada dengan orbit yang jauh dengan Matahari. Angan SI AHLI FIZIK , molek juga seperti Hukum Kepler Kedua ini. Bila beliau dan cintanya berada berdekatan dengan situasi yang panas dan tegang, cepat-cepatlah menjauhkan diri dari situasi tersebut.


Kalau boleh SI AHLI FIZIK tidak mahu cintanya seperti perlanggaran kenyal. Selepas pertengkaran , tenaga dan momentum diabadikan  tetapi membawa haluan masing-masing.


Seorang ke paksi positif, seorang ke paksi negatif. Masing-masing masih menyimpan rasa dalam hati tetapi kerana ego, masing-masing tidak mahu mengalah.



Biarlah seperti perlanggaran tidak kenyal , masih bertengkar tetapi selepas pertembungan pendapat, masing-masing bergerak sehaluan dengan halaju dan tenaga yang sama. Masing-masing telah mencapai kata sepakat. Walaupun halaju itu akan berkurangan , tetapi mereka masih bersama, sehaluan. Bila tiba saat mereka berhenti, mereka masih bersama. Bak kata pepatah, bersama hingga ke hujung nyawa.



SI AHLI FIZIK selalu berdoa agar cintanya tidak seperti gelombang yang terpantul. Bila terkena sesuatu permukaan halangan, cintanya terpantul. Berubah arah. Tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Tidak dapat mengatasi halangan tersebut.





Beliau juga tidak mahu cintanya seperti gelombang yang terbelau. Apabila melalui satu halangan, sifat gelombang itu berubah , terbelau, membengkok setelah melalui halangan tersebut. Cinta yang bengkok mudah rapuh dan goyah.




Doanya, biar cintaku bak gelombang yang ber'interference' yang membina. Untuk menghasilkan bentuk gelombang baru yang cantik seperti efek gangguan gelombang, SI AHLI FIZIK dan pasangannya perlu datang dari sumber yang sama, yakni sefasa, dan sependapat. Doanya juga biar cintanya seperti gelombang yang terbias. Biar melalui medium yang berubah-ubah namun mereka tetap bersama tidak terpisah walaupun perjalanan cinta mereka mengalami perubahan halaju.


SI AHLI FIZIK berfikir sendirian. Jika cintaku seperti sebiji atom, mampukah aku dan cintaku bertahan dan berkeadaan stabil sepanjang masa didalam nukleus sedangkan diluar orbitku tidak putus-putus dikelilingi elektron yang negatif? 

Balas cintanya:

"Kita mampu sayang jika kita tidak sesekali mengurangkan tenaga pengikat antara proton-proton dalam nukleus ini..Jika kita sentiasa aman dan damai tanpa sebarang unsur yang membuatkan nukleus menjadi tidak stabil.Bersikap positiflah setiap masa,seperti mana proton-proton ini.."




SI AHLI FIZIK tetap merasa was-was dengan cintanya kerana prinsip Heisnberg yang mengatakan tiada benda yang pasti dalam dunia kuantum fizik. Tiada benda yang benar-benar pasti dan tepat, semuanya mempunyai ketidakpastian yang tersendiri. Punyai tambah dan tolak. Tidak rigid.



Jadi bagaimana SI AHLI FIZIK mahu memastikan bahawa cinta itu memang untuknya? 


Kata cintanya:

" Sayang, memang tiada benda yang benar-benar pasti dalam dunia ini. Benar kata Heisnberg, namun bukankah ketidakpastian itu yang membuatkan kita lebih berhati-hati? Membuatkan kita banyak mencuba untuk mendapatkan nilai yang terbaik? Tambah tolak cinta kita bermakna kita akan sentiasa memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil kira bingkai rujukan persepsi pasangan masing-masing.."


Akhirnya SI AHLI FIZIK tersenyum. Bisiknya dalam hati, mungkin cintanya menjadi gelombang. Mungkin juga cintanya menjadi seperti momentum dan juga sebiji atom. Mungkin juga prinsip Heisnberg meragui nilai cintanya tetapi bukankah hukum fizik itu sendiri tercipta dari pengalaman dan kesilapan?


 ***


0

 ***



Orang tua-tua selalu cakap


Benda yang susah kita nak dapat


Sebenarnya itu lah benda yang akan kita hargai


Yang akan kita jaga macam nyawa kita sendiri


Yang paling kita sayang


Sebab


Hukum Karma


Senang datang, senanglah ia pergi


Susah datang, susahlah ia nak pergi


Kan?


Tapi


Tak semua benda yang susah kita peroleh


Benda yang banyak kita berkorban


Semata-mata untuknya


Akan bagi kita kegembiraan selamanya


Memang


Lagi sayang kita kepada sesuatu


Lagi lama kita nak ianya kekal dengan kita


Lagi banyak cabaran yang terpaksa kita tempuh


Deminya


Kita sanggup terluka


Sanggup menangis


Sanggup makan hati


Sanggup pura-pura jadi buta


Pura-pura jadi bisu


Pura-pura jadi tuli


Pura-pura jadi kuat


Dan dari kepura-puraan untuk jadi kuat


Kita semakin kuat didalam hati


Memang


Benda yang kita paling sayang


Adalah benda yang paling cepat untuk kita hilang


Paling senang untuk pergi dari kita


Bila-bila masa


Tambahan pula


Bukan kita seorang sahaja


Yang mahukannya



Susah


Susah


Susah


Mengeluh


Menangis


Merintih


Merana


Dan kemudian


Menyesal?


Mungkin.


Mungkin.


Tapi


Bak kata orang tua-tua jugak


Nak senang


Kena la susah dulu


Baru rasa manisnya kesenangan itu


Kan?


Betul jugak


***


Dah bersusah


Dah berkorban


Dan akhirnya


Pengorbanan itu tidak sia-sia


Berhasil


Benih air mata


Tuaiannya kasih sayang


Namun


Tak selamanya kita akan menuai


Untuk hasil kali kedua


Kenalah menabur benih lagi


Benih kesusahan


Benih keperitan


Siramkan dengan air mata


Dan


Berusaha mengharapkan hasil tuaian


Yang semolek tuaian pertama


Kalau menjadi


Jadi lah


Kalau tidak


Tidak lah


Kalau mampu


Tanam kembali benih tersebut


Dengan baja yang lebih baik


Lakukan perubahan


Parasit tak selamanya pasif


 Kita pun


Tak selamanya bodoh


Kan?



p/s : Still, keeps playing and playing "How Can You Mend A Broken Heart" by Bee Gees.
Gosh. I'm dying inside.

Sunday, January 30, 2011

MASALAH KITA : FIZIK ATAU MATEMATIK?

 ***


Reading thru my old entries , FIZIK:Bukan Sekadar Teori , tiba-tiba teringat something yang Abah cakap. Bila? Gua dah tak ingat bai~ Haha! STML. Apekah??  Short Term Memory Lost. Huahuahua.
Hadoi la..Kalau nak taw kan, niat aku sebelum menaip ni, nak buat satu entry yang skema, berbaur serius dan tidak mempunyai unsur-unsur senget seperti kebiasaan. Namun apakan daya tak upaya. Dah aku begini.

Ok dah. Sambung balik apa Abah penah cakap dulu. Abah cakap..


Your problem is not PHYSICS but MATH.

See, besar gedegak nye tulisan, siap kaler merah lagi. Merah tanda serius. Serius. Serius.

Kenapa Abah cakap camtu?

Setelah beliau analisa segala kebolehan dan ketidakbolehan aku, Abah simpulkan disini, masalah aku adalah dengan entiti bernama MATEMATIK.


Hoh?!! OMG! OMG! OMG! I'm so surprised!


Gedik syial~ Menyampah dengan diri sendiri~ Hahihuheho! Yaa, keterujaan itu adalah lakonan semata-mata. Dah memang sejak azali lagi aku taw aku bermasalah dengan MATH.


BELIA BENCI MATH!
kesinambungan kempen Belia Benci Dadah.


Memang carik nahas dengan mak sendiri la kan aku ni. Mak aku cikgu Add Math,tetiba aku nak benci Math. Fuhh mau makan high heels 3inch mak aku pasni. Tapi kenapa Abah cakap camtu? Persoalan ini masih belum terjawab.

Sebab...

Abah cakap, teori-teori Fizik ni, aku tak dak masalah nak faham. Boleh explain dengan bagus, siap merosakkan lagi (wah sentap aku noxx~!) . Tapi bila bagi problem yang mempunyai unsur penyelesaian matematik kompleks, aku stuck. Stuck! Arghhhh!! Terus transform jadi SailorMoon. Tension punya pasal.

Apa salah aku?
isk3..

Syahdu je kan ayat ni.. Apa salah aku? Apa yang aku dah buat sampai Math buat aku camni? Aku tak pernah kacau anak bini teruna orang , tak pernah buat vandalisme. Rajin pergi sekolah rendah, ikat tali kasut, tak pernah ponteng kelas pastu gi lepak bilik wudhuk tido sana. Ok la yang last tu memang menipu. Tapi semua ni takde kena mengena pun dengan Math sampai dia nak hukum aku macam ni sekali. Syahdu la camni. T~T

Kalau tanya Mak, mesti Mak jawab : 

You are not gifted with Math. 

Bertambah syahdu dihati.

So tanya Abah je la. 

Abah cakap: 

Thats the problem with Malaysia. Kita hanya pentingkan penyelesaian masalah. Pentingkan result diatas kertas. What the hell la kan pi assigned high level Calculus masa first sem, walhal budak Math belajar masa 3rd , 4th sem benda tu. Then, soalan mostly mathematical problems. Yes, Math is the language of Physics but those problems kalau students dah hafal solving steps, it makes no sense at all.

Mostly students kita just tahu macam mana nak kira, tetapi tak reti nak explain konsep Fizik tu sendiri. Try give them  critical thinking questions, application of the Physics theory questions, or simply twist the klise question, yeah then most of our students will experience sudden death.


Yep. True. True. Hakikatnya Abah cakap sikit ja, aku yang menambah lebih-lebih. Hehe. Over kan~

Tapi tu la hakikatnya. Soalan exam kita sendiri mostly pengiraan. Kefahaman konsep--> kureng~~

I am not saying that Math bersalah dalam hal ni, or pengiraan tu sume khurafat semata-mata. 
Tapi betol jugak, kita hanya disuap dengan soalan pengiraan. Kira itu, kira ini. Calculate this, calculate that. Tapi kita jarang diuji dengan soalan kefahaman terhadap teori itu sendiri. 

Untuk apa kita belajar Fizik? Untuk mengira semata-mata? 

Mungkin. Memang semua yang berkaitan dengan Fizik itu perlukan pengiraan, tapi kalau pemahaman terhadap konsep dan teori Fizik itu sendiri kita masih lemah, layak ke kita digelar pelajar Sains Fizik?
Fizik itu sendiri merupakan satu teori fizikal yang punya explaination tersendiri, punya penjelasan panjang lebar bermula dari hipotesis,kemudian teori dan seterusnya aplikasi. Kemudian kita calculate.
Aku tawu ramai yang boleh mengira segala masalah bernombor Fizik. Ramai yang boleh skor paper yang bertulis. Namun bila kita keluar mencari kerja yang berasaskan Fizik jugak, berapa ramai yang terkandas bila ditanya soalan semudah aplikasi Graviti contohnya?

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan dugaan. Ini betul-betul maa~ Dengarlah rintihan hati penemuduga diluar sana. Result mahasiswa cantek,baek punya tapi bila ditanya soalan yang bukan pengiraan, terkial-kial, tergagap-gagap nak menjawab. Padahal soalan mudah . Aplikasi mudah. 

Dan bila mereka menjadi seorang pendidik, contohnya cikgu Fizik, masalah timbul bila nak explain teori kat anak murid. Believe me, it happens. Real story caught on tape. Woo propa gitu~ Nak bagi anak murid faham konsep Newton's Law pun susah sebab apa? Sebab cikgu tu sendiri tak reti nak explain. Cikgu tu sendiri terhegeh-hegehkefahaman konsepnya.  Einstein penah cakap, 

"kamu betul-betul faham sesuatu konsep bila kamu boleh membuatkan seorang nenek faham akan konsep tersebut. "


Ini bukan nenek, budak-budak freshie pun susah nak faham. Sebab yang sangat mudah, pemahaman terhadap teori tak mantap. 

Bagi aku , memang sebenarnya Fizik ni bukan sekadar boleh mengira panjang-panjang 2 , 3 helai kertas then dapat jawapan, tapi kefahaman terhadap teori tu yang penting. Sebab Fizik ni sesuatu ilmu yang sangat hebat dalam konteks aplikasi. Kan?  Dalam banyak-banyak benda di dunia ni, aku berani cakap yang mostly dicipta dari aplikasi hukum Fizik itu sendiri. Senjata, komputer, even selipar jamban pun dari aplikasi Fizik. Yang mana lagi licin, yang mana sesuai nak berlari-lari dalam tandas. 
Dan kalau kita nak aplikasikan sesuatu teori tu, 


WAJIBLAH MANTAPKAN PEMAHAMAN TERHADAP TEORI KAN~~



Mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Bukan mungkin la, komform punya la ada yang tak setuju. Tak setuju yang teori yang kena mantap,bukan pengiraan. Berlainan mazhab dengan aku. Ahh, ada aku kesah?!

Ni sekadar pedapat aku. Bukan niat untuk aku rendahkan penggunaan Math dalam Fizik, apatah lagi membahagikan kasih sayang terhadap Mak dan Abah aku sendiri. Passion aku terhadap teori Fizik itu yang melebihi pengiraan tak bermakna aku melebihkan kasih sayang terhadap Abah dan mengabaikan Mak aku. Haha gedik gile.

Mungkin sebab aku tak terer Math, maka aku cuba untuk mantapkan teori aku. Mungkin. Bak kata orang dulu-dulu. kalau dah kurang yang itu, lebihkan la yang ini.. Tapi tu lah. Sedih jugak bila kita tak banyak boleh aplikasikan Fizik yang kita belajar sampai tersemat dalam darah yang mengalir satu badan ni. Kita hanya tahu untuk mengira, mengira dan mengira masalah yang diberi . Tapi kita tak mampu nak explain teori tersebut sebagaimana lancarnya kita mengira. Tapi tanpa Math, Fizik tidak boleh dibuktikan kesahihannya. Namun apalah ertinya kalau hanya sekadar pandai mengira tapi konsep tak faham kan.. Macam kau buat rumah bertingkat-tingkat, cantik design tapi base lantai kat dalam tanah tu anai-anai tengah makan.


Heww~ Nak tido lah. Dah pukul 3pagi. ZzzZZzzzZ~

IF TOMORROW NEVER COMES

Sometimes late at night
I lie awake and watch her him sleeping
She's He's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
 

If I never wake up in the morning
Would she he ever doubt the way I feel
About her him in my heart






If tomorrow never comes
Will she he know how much I loved her him
 

Did I try in every way to show her him every day
 

That she's he's my only one
And if my time on earth were through
And she he must face this world without me
 

Is the love I gave her him in the past
 

Gonna be enough to last
 

If tomorrow never comes



'Cause I've lost loved ones in my life
 

Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret That my true feelings for them never were revealed
 

So I made a promise to myself
 

To say each day how much she he means to me
 

And avoid that circumstance
 

Where there's no second chance to tell her him how I feel







So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes





IF TOMORROW NEVER COMES - RONAN KEATING

:)

Saturday, January 29, 2011

BERTUKAR !! ahh? SALAH BERTUKAR!!



Dengan kuasa bulan,aku akan menghukummu! BERTUKAR!!!


sailormoon bertukar!!
Yeah!! Sebagai seorang pelajar Astronomi, moleklah kiranya saya menjadi superhero yang bercirikan unsur-unsur Astronomi itu sendiri, seperti SAILORMOON!  Superhero wanita, menggunakan kuasa bulan dan tidak kurang perkasanya. Namun begitu, cubaan untuk bertukar ini menjadi huru-hara apabila tertukar menjadi..

.
.
.
.
.
.
.
.
TAURUS
TAURUS the BULL???!!

Apa kejadahnya tiba-tiba jadi Taurus? Taurus tu benda pe plak dah?

Taurus merupakan salah satu buruj zodiak yang ada di langit. Taurus merupakan seekor lembu jantan jelmaan Dewa Zeus. Zeus menjelmakan diri beliau menjadi seekor lembu jantan putih yang sangat cantik untuk memikat Puteri Europa. 

Tapi kenapa tiba-tiba jadi TAURUS???

Haha! Masa untuk penulisan gila-gila.(Macam sebelum ni tak gila je kan~). Kisah si Taurus ni, dikatakan mata lembu jantan putih ini berwarna merah menyala bak biji saga. Badan putih, mata merah. Wow! Kontra siot! Memang magnificient!

Then, pe kena mengena dengan aku? Cmne plak tengah bertukar jadi Sailormoon tiba-tiba bleh jadi Taurus?

Badan putih, mata merah.




Eh, ni vampire! Salah! Salah! Kalau red eye sebab jadik vampire,aku pun nak! COOL!


red eye sebab yang ni ha..


Lalalala taknak elaborate banyak-banyak. Minah dalam pic ni pun suruh diam kan.

Esok lusa jadi Hellen Keller, takpun Beethoven. Local choice, Kassim Selamat.
Buta tros. Haha!

Kenapa la tak jadi Cygnus the Swan ke, Cassiopeia the Queen of Ethiopia ke, Scorpio the Earth Scorpion ke. Boleh aku sengat sampai mati lumpuh orang yang buat aku jadi Taurus hari ni.

p/s: still, i dislike hate 29th January 2011.

CYBORG , METAL- HEARTED WANNABE,huh?

Kecik-kecik dulu, nak jadi superhero. Superman,Kamen Rider, Ultraman dsb.. Tapi tadi, cancel la semua-semua tu. Sebab?

Dorang asalnya manusia. Asal manusia means ada hati. Bila ada hati, ada perasaan.

Superhero apa yang takdak hati?

CYBORG? ye ke Cyborg takde hati?

Kalau Cyborg dalam katun Teen Titans tu, dye asalnya manusia.Tapi terkena pe benda tah,trus kena implant metals macam-macam sampai la jadi Cyborg. Cyborg yang lagi satu tu aku tak taw sangat. So aku Googled. Superman's enemy. Turns to Cyborg sebab terkena cosmic radiation. Tapi still originated from human. Still ada hati. Still punya perasaan.

Dah tu kenapa nak jadi Cyborg jugak? Jadik la kayu ke, batu ke. hati takdak,mata takdak,apa pun tarak~Puas hati kan~


Wahh sentap aku dengan statement sendiri! Sebab apa cik Liyana oii?
  sebab..
Cyborg badan beliau dari metal. Metal kalau kena air, berkarat. So kalau nak menangis,pikir 4, 5 juta kali gak la. Air bergaram mineral plak tu. Menangis sebab orang lain, then rosakkan badan sendiri? Mesti la tak nak kan. Body ku kalau metal akan membuatkan hati ku lebih gagah kuat dan berani. 




Kata tadi taknak ada hati?

Erkk! Sentap lagi dengan statement sendiri! Kalau takdak kira pakej lengkap la. Bila takdak hati, takdak feelings. Bila takdak feelings, muka pun ketat ja setiap masa. Tak fikir mende dah. Neutral, macam neutron. Kosong. Heaven. Heaven kah?

Ntah la. Tapi tu la manusia. Macam lalang. Bila tengah seronok, happy, syukur ada hati. Ada perasaan untuk dikongsi. Tapi bila frust, broken heart, maki hamun hati tu. Nak buang la, nak jadi Cyborg la senang sbb beliau takde feeling ( tepat ke batang hidung sendiri). Ntah hape-hape.

nak buang hati. masak la sedap sket bleh makan
heart for sale. gosh
 A heart is not for breaking purpose. Once broken considered sold. eh, salah peribahasa! Once broken, the scar is there, forever. Bio-oil pun tak membantu. Plastic surgery pun tak membantu jugak. How can you break a heart? 

You yourself cant do it. But others can. 





So, conclusion?

Dont ever give your heart to other people. Macam tu? Ntah lah.

And kalau dah broke? How do you mend a broken heart?

Macam lagu Bee Gees kan. Taknak cakap ape lah. Letak lirik lagu Bee Gees je lah. Dah malas.

I can think of younger days when living for my life
Was everything a man could want to do
I could never see tomorrow,
but I was never told about the sorrow

And how can you mend a broken heart?

How can you stop the rain from falling down?
How can you stop the sun from shining?
What makes the world go round?
How can you mend this broken man girl?
How can a loser ever win?
Please help me mend my broken heart and let me live again

I can still feel the breeze that rustles through the trees

And misty memories of days gone by
We could never see tomorrow,
No one said a word about the sorrow




note: i hate 29th January 2011.

Thursday, January 27, 2011

BALIK ?

Tajuk simple je.

BALIK.

Balik mende? Rumah? Sebab cuti Chinese New Year? Gitu? Itu je balik yang korang taw?

Memang la~ Balik mende lagi~~ Lalalala~~


Nak balik pun nak post? Hek elleh~ macam orang lain tak balik~

Biar arr! This is my space, my canvas to write on.Pening-pening pikir nama blog masa nak sign-up, tak kan malu nak menulis plak.Pe kes?
Macam gile je kan bermonolog dengan diri sendiri. Terpengaruh dengan cerita Boltzman yang bipolar sampai bunuh diri. Huh mintak simpang la dari bipolar, dan segala bi yang ada dalam dunia. Haa tadi belajar dalam kelas mandarin, Bi = Pen. Saje nak kongsi ilmu~

Isnin lepas mak call. Ke aku yang call mak? Lupa dah selalu sangat calling-calling, gossip-gossip dengan mak. Mak tanya, nak balik hari apa? 

"Sabtu la mak. Tak taw lagi stargazing Jumaat malam ni ada ke tak.."

Owh~~ Nada mak macam kecewa. Rindu sangat ke mak kat orang ni?

"Takde la, balik cepat-cepat sket lagi best. Takyah aku nak masuk dapur,kemas rumah cuti-cuti ni. Rilek saja~"

Oh mak ku~ Ye orang pun rindu nak memasak,kemas rumah,tengok mak goyang kaki dan sebagainya.. T~T

Then aku mintak nak balik dengan motor. Sepantas kilat mak bangkang. Sayang jugak mak kat aku rupanya! Nak datang ambik jugak kat USM ni..

"Toksah dok gatai! Bawak motor macam hantu, satgi atas highway tu tak ingat dunia!"

Owh mak~~


Orang pemandu penunggang berhemah la!




Takpe lah~~~~~~~~~~ Melawan nanti, eksiden plak.




SAYA SAYANG MAK SAYA!  
MAK KU,TEMAN SHOPPING TERBAIKKU!


Wednesday, January 26, 2011

MATAHARI : SOLAR INTERIOR [ bahagian dalaman Matahari]

Tinggi-tinggi Sang Matahari,
Anak rusa mati tertambat,
Ada test esok hari,
Kalau nak study masih belum terlambat.
Wah,pantun gitu. Ok kali ni entry yang berilmu. Sekadar untuk test kefahaman aku terhadap Matahari. Betul ke aku dah betul-betul faham beliau? Atau aku sekadar bertepuk sebelah tangan? Ahh! Persetankan fikiran negatif itu semua! Ini semua bisikan-bisikan jahat untuk menguji kesetiaan kami! Hoi! Merapu ahh! Lets talk bout THE SUN!

Apa itu Matahari? Haji Ahmad Matahari? Arghh sesat! Sesat! Next~~ OK, Matahari merupakan sebuah bintang (erk,betol ke penjodoh bilangan yg aku guna ni?) yang membekalkan cahaya kepada seluruh Sistem Suria kita. Struktur Matahari terbahagi kepada dua bahagian:

1. Solar Interior (Bahagian Dalaman)

2. Solar Atmosphere ( Atmosfera Matahari )

Entri kali ini saya (wah skema gitu), ermm.. Tak best la skema! Post kali ni aku fokuskan pada bahagian pertama yakni bahagian dalaman Matahari.

Bahagian dalaman Matahari

Bahagian dalaman ini terbahagi pula kepada 3 bahagian.

1. Teras Matahari [ Core of The Sun]

Seperti kebiasaan,semua benda mempunyai teras atau in English , core, yang tersendiri. Matahari juga tidak mahu ketinggalan dengan arus permodenan ini maka beliau juga mempunyai teras. Teras Matahari mempunyai suhu yang paling panas diantara semua bahagian yang lain. Teras la yang paling hot. Yang paling hot adalah teras. Pengulangan fakta. Sape2 ambik LKM400 jangan contohi perkara ini. 

Dalam bahagian core jugak la, berlaku HYDROGEN FUSSION : satu tindakan nuklear yang hanya berlaku di dalam teras bintang kerana... Jeng jeng jeng,  misteri lah! Pi Google sendiri. Haha!  Hydrogen Fussion bermaksud atom hydrogen bercantum  lantas membentuk Helium. Teras juga mempunyai photons ( tenaga cahaya)  yang lebih bertenaga dan tumpat berbanding photons dibahagian lain yang lebih sejuk bernama RADIATIVE ZONE.  Maka dengan itu, photons ini akan bergerak dari teras ke radiative zone kerana mengikut hukum fizik, benda akan bergerak dari keadaan yg lebih panas kpd yg lebih sejuk. Dalam dunia nyata, seperti orang yg x hot susah nak hot kan diri beliau. Maka orang hot la kena down to Earth pegi cari org x hot untuk menghotkan beliau.. Gitew~


2. RADIATIVE ZONE [ZON RADIASI]

Zon merbahaya ni merupakan lapisan kedua bahagian dalaman Matahari. Terletak diantara teras dan convection zone,  radiative zone melakukan tugas delivery tenaga kepada permukaan Matahari. Suhu Matahari makin berkurangan bila kita melangkah lebih jauh dari teras beliau, maka atom dibahagian permukaan radiative zone tidak lagi ter'ionised' dengan sempurna. Hasilnya, pemindahan tenaga melalui kaedah radiasi tidak lagi efektif, seperti mana abang Pizza Delivery yang tersangkut di palang RST sebab xde kad matrik dan beliau tidak terbiasa dengan bukit yang tinggi itu. So,beliau perlukan pertolongan Pak Gad dan juga gear motor yang lebih rendah,dan slow..

Begitu jugalah dengan energy dari radiative zone, tersangkut dipermukaan zon radiative, maka Pak Gad dan gear motor yang kita maksudkan disini ialah THERMAL CONVECTION. Kita diskusikan perihal ini di episod bawah.

3. CONVECTION ZONE

Convection zone adalah lapisan selepas radiative zone,lapisan bermula dimana abang Pizza kita(energy) tersangkut di palang gate RST (upper layer of radiative zone). Zon ini bermula dari palang RST sehingga ke palang keluar dari RST, atau untuk Matahari,  zon ini dari layer atas radiative zone sehingga dibawah permukaan Matahari yang kita boleh nampak dari Bumi . Zon ini memindahkan tenaga dari teras ke bahagian permukaan Matahari. Macam kat palang nak keluar RST tu, sikit lagi je nak bebas ke dunia luar. Tunggu trafik light warna hijau je..Ahh lupa nak gitaw, kat sini energy (abang Pizza) bergerak melalui kaedah CONVECTION,iaitu pemindahan tenaga untuk cecair selalunya. Signifikasi dengan abang Pizza?


Photon di bahagian atas radiative zone kurang bertenaga dan tidak boleh bergerak melalui kaedah radiasi yang cepat dan takde halangan. Macam kat palang RST, dah nak naik bukit. Ala-ala halangan untuk kaedah radiasi la. Nak lepas palang tu,Pak Gad kena tolong angkat palang tu. So Pak Gad a.k.a Hero Malaya kita ni bertindak sebagai booster untuk abang pizza masuk RST. Nak naik bukit tu, kena la tukar gear yg lebih rendah sebab energy tak cukop. Dan hasilnya,pergerakan lebih lambat. Macam tu la CONVECTION. Lambat dari radiation, energy pun kurang. Semput~

Then bila beliau dan hantar pizza, dan nak keluar dari RST ( end of convection zone dan bakal pegi ke jalan raya) , kaedah convection yang slow mellow tu tak lagi diperlukan. Beliau bakal kembali merempit seperti biasa diluar RST, seperti mana lajunya kaedah radiation.

Maka dengan ini, dapat saya konklusikan, pemindahan tenaga di dalam Matahari adalah seperti berikut:

CORE                 ----> RADIATIVE ZONE      ----> CONVECTION ZONE
       



Sekian sahaja cubaan menulis entry tanpa merosakkan teori fizik. Tak rosak ke? Lu pikir la sendiri!

Tuesday, January 25, 2011

KISAH SENTAP DI MUZIUM USM: 25/1/2011

 8.30 malam:

Meeting mingguan NRIC'11 macam biasa. Then Amir Loading tanya,

"Lin, ko gi Muzium tak?"

Aww,apekah? Muzium? Ada apa?

"Orang Petrosains datang la..Dr Chong baru call tadi..Jom! "

Ahh! Mantap lah! Aku pun memang tengah tak taw nak watpe. Skodeng nebula pun baek~ Habis je meeting, pandang langit. LAWA! Chantek dah lepak muzium yang gelap tu. Komform nampak banyak benda!

Sampai muzium, dengan muatan terlebih ( aku + Loading) , wow ramai! Wow ramai lelaki untuk lebih spesifik. Haha! Just Kidding~~

Masa kitorang sampai,program dah nak habeh. Orang-orang Petrosains tu dijadualkan sampai 10.30 je kat Muzium. Elleh~~ Kita tengok la sampai pukul berapa~~ See~~ Almost pukul 12 baru nak balik kot.. With us,time seems to move so fast~ You just cant feel its moving. konon la kan~Ala-ala relativity gitu~

Langit kat muzium memang cantik walaupun sebijik lampu jalan agak mengacau. We astronomers dont like light, tambah-tambah lampu jalan. Anti taw, anti! Huh! Sori ter-emo plak~

Then tengok junior-junior ak main-main dengan teleskop . Carik nebula la, Aldebaran la,Pleadease la ,macam-macam la objek langit yang ada.. Tapi aku memang kesoq hati bak kata Hamzah, atau lebih baku disebut kecik hati, terasa, sentap hati mak nakk~ Motif?

"Kurang stabil la aku nak tengok kat teleskop ni.." 
Luahan hati aku.

"Ye la kan, nak jengket-jengket lagi kan.."
Kata Daim.

Sentap hati mak noxx~Aku tak sampai kot nak tengok kat eye-piece teleskop tu! Terjengket-jengket.Tinggi kot! Memang diskriminasi terhadap orang comel macam gua.. Oh rasa sungguh innocent~ Nasib baik ada AMIR tolong rendahkan teleskop tu.huhuhu.. AMIR jadi hero malam tu.huh!

Dah tu, nampak plak ada video camera terletak baek punya kat tepi aku. Hah! Peluang mencapapkan diri nih! Mana taw tiba-tiba masuk video korporat USM ka. Haha heaven! Tapi..

"Awak ,kamera tu tak nampak awak pun kalau awak gi berdiri,lalu lalang depan dye.. "
 Kata Elyas Nazery sambil gelak sindir.

Sekali lagi, sentap hati mak nak....~~~!!!!  Ye kamera tu memang agak tinggi position beliau. Dan memang aku xkan sampai pun kat lens beliau. Takpe lah, takpe.. Aku redha..  Tuhan kuatkan semangat aku. Dugaan jadi orang comel begini.  T~T

Takpe lah, takpe.. Sesungguhnya thing happens for a reason~ Tetiba je kan~~

Biar pendek asal bergaya.

Aku selekeh? Ok tukar perumpamaan lain.

Biar pendek asal pendek.

Aku punya suka la~

Monday, January 24, 2011

PHYSICS : Liyana's Freestyle-lah! XD

1.
ALBERT EINSTEIN said:
E = mc^2 \,\!

Every mass,moving with the speed of light , can be converted into an equivalent amount of energy
Energy equation, 1905


LIYANA said:

Dude, convert your mass into some kind of energy and wake up! Pemalas!
sekadar gambar hiasan


2.

SIR ISAAC NEWTON said:

Gravitational force is proportional to the mass of the object. The greater the mass, the stronger the gravitational force.

Law of Gravitational Force,1687



LIYANA said:

True. So true.  The heavier you get, the lazier you become because gravity pulls you stronger than the other! oh terasa~!




3.

ISAAC NEWTON said :

Every body remains in a state of rest or uniform motion (constant velocity) unless it is acted upon by an external unbalanced force

Newton's First law of Motion, 1687


LIYANA said:

I will remain at rest and do nothing if the external unbalanced force, i repeat, external UNBALANCED force a.k.a TEST ,EXAM and their relatives DO NOT act upon me.
=,="



p/s: kalau la abah baca anak dye rosakkan teori-teori fizik ni.. T~T

Sunday, January 23, 2011

IZINKAN GUNUNG BERAPI DAN TSUNAMI BERSATU

Izinkan
Gunung Berapi dan Tsunami bersatu?

Keduanya kuasa alam
Keduanya kuasa memusnah
Keduanya hasilkan kerosakan
Satukan?
Moga kerosakan itu berganda?
Begitu?

Tidak..

Gunung Berapi 
Tsunami
Berbeza entiti
Satu di bumi
Satu membina lautan
Berbeza letaknya
Berbeza isinya
Api dan air
Batu dan ombak
Statik dan mengalir
Panas dan sejuk




Sang Tsunami
Letaknya tidak tetap
Mengalir
Walau kemusnahan yang  dibawa
Maha hebat
Namun alirnya diam
Senyap
Tenang diluaran
Bila disentuh
Sejuk airnya
Namun tak siapa tahu
Sesejuk airnya
Mampu memendam haba yang tak terkira

Si Gunung Berapi
Tampak megah
Tampak hebat
Namun dalaman bergolak
Menahan lava
Yang membakar dirinya dari dalam
Sekali terusik
Lava mengalir
Musnah sekeliling

Namun
Datangnya Tsunami
Alirkan air
Sejukkan kembali 
Panas letusan si Gunung Berapi
Haba
Mengalir jauh dipendam sang Tsunami

Katanya
Biar aku panas mendidih
Biar aku sakit sendiri
Biar aku korbankan diri
Asalkan
Si Gunung Berapi ku tidak musnah
Dek panas lava sendiri
Asalkan si Gunung Berapi ku 
Kembali tenang
Pasif tanpa muntahan lava
Yang membinasakan
Sudah tugasku
Menjaga Gunung Berapi ku
Jauh di perut bumi
Tapak si Gunung Berapi
Berada di dalam jagaanku
Terjaga rapi
Agar 
Kata sang Tsunami
Gunung Berapi ku
Tetap teguh berdiri
Walau dalamnya panas membakar
Aku tetap berada dibawahnya
Tenangkan
Sejukkan
Walaupun tak siapa tahu


Kami berbeza
Kami tak serupa 
Namun
Si Gunung Berapi
Perlukan Sang Tsunami
Supaya
Panas Si Gunung Berapi
Ada yang sejukkan
Supaya
Bumi ini aman
 Bumi ini tenang
Kerna itu

Izinkan Gunung Berapi dan Tsunami bersatu..


Ilham:
IMRAN ADLI
GEOFIZIK, TAHUN SATU
PUSAT PENGAJIAN SAINS FIZIK
USM

Saturday, January 22, 2011

PENYAKIT ORANG KITA: stand up, head high my dear Syaz!

Dulu aku penah blog pasal penyakit orang kita : Ek?? (mata jeling-jeling, kening terangkat).
Kalau nak baca carik la kat archieve dahulu kala.  Aku terkena so aku meluahkan perasaan tidak puas hati dalam blog ni. Blog aku, aku punya suka la. Ok dah,merepek je lebih. Sebenarnya dah malas nak tulis pasal penyakit orang kita yang kalau sumbat ubat berkilo-kilo dalam segala rongga yang ada kat badan pun memang harapan nak sembuh tu tipis , tapi tadi komen-komen dengan adik fasi kat matrik dulu, geram pulak. Geram dengan perangai orang kita yang serba pelik dan tidak dapat diterima akal ku yang tak berapa panjang, tak berapa cetek ni. Apekah?

My adik faci, Syaz namanya. Comey,murah dengan senyuman (promote.hehe). Dalam praktikum dulu dye rajin sembang-sembang dengan aku. And rapat sampai sekarang. Thats why aku sangat panas hati bila ada manusia-manusia yang sakitkan hati beliau.  The story starts like this:

She is a TESLian. TESL= Teaching English as a Second Language. Kos yang dulu aku nak ambik jugak masa isi UPU tapi bila fikir balik kemampuan berbahasa Inggeris yang nyawa-nyawa ikan je, ku padamkan api keinginan itu. Tak layak la kata orang. Then bila dapat tawu adik fasi aku sorang ni buat TESL di salah satu IPG, wow! Bangga! For me English is not an easy course. Teaching English is even harder. Bukan semua orang boleh terima English ni. I mean, bukan semua boleh master segala grammar etc etc. Lagilah susah nak bagi orang faham segala rules yang ada dalam English tu. Past tense, present tense, modals etc etc. Me myself masa Form 4 baru berani nak speak English in public. Itu pun berterabur nyah~~ Haha!

Personally,aku memang pandang tinggi orang yang study English ni. It is not easy dude! Aku yang belajar sampai LHP402 ni pun dah mengalami brain muscle cramp nak buat ayat bombastik meletup kebabom untuk skor A. Paling tinggi penah achieve pun teacher fotokopi essay bagi classmate buat reference. Tak layak masuk buku kulit ungu tu pun. Huhu. Tak semua orang berani bercakap dalam bahasa Inggeris kat public. Out loud. Tambah-tambah orang kita. Cuba suruh bagi pendapat dalam English. Kau tolak aku,aku tolak kau. Dalam Malay pun terkekok-kekok, tambah la dalam English. You really need GUTS untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. And TESLians di USM ni memang berada dalam kelas yang tersendiri.

Namun begitu, di IPG seluruh Malaysia, Syaz told me the situation is in the other way round. Memang surprised gile bila Syaz cerita. In IPGs, TESLians selalu kena kutuk. Kena sindir-sindir even dengan lecturer sekalipun. Dalam hati aku, "What da??"  I asked why?

Simply sebab mereka-mereka rasa these fellow TESLians  ni tak layak dipanggil TESLians. TESL hanya untuk yang twin programme oversea dan UIA. Heww~~ Itu pun jadi isu kah? For me as long as dowang belajar English untuk mengajar English in future, it is TESL. Ni la orang kita, title pun jadi isu. Macam la title tu boleh cepatkan jodoh (tiba-tiba je kan.haha) .

Tersangatlah pelik bila masyarakat kita rasa grand nak mati bila boleh speaking depan orang ramai, tapi memperlekehkan mereka-mereka yang bakal mengajar bahasa yang dibangga-banggakan kalau boleh fluent bercakap. Kan? Pelik. Sangat pelik. Pelik sangat sampai senget-senget kepala aku fikir apa nak jadi dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau boleh speaking sepatah kerat dengan slangue yang berbelit-belit lidah dan orang pandang, wah bukan main bangga rasa. Kembang hidung sampai macam tunnel subway kat Amerika nuh. Kalau boleh nak canang satu negara, anak I boleh cakap bahasa Inggeris. Anak I sound stupid bila cakap bahasa Melayu ( lalala~tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati) . Bangga ya'mat la kalau boleh speaking tapi memperlekehkan mereka-mereka yang bakal mengajar bahasa Inggeris. Memang pelik penyakit masyarakat kita ni. Dah kronik tahap koma dalam ICU berpuluh-puluh tahun.

Teacher LSP300 aku pernah cerita dulu, ada sorang makcik ni tanya belajar kos apa? Beliau jawab la English. Sedap je makcik tu jawab,

Oh English..Subjek senang je la belajar..

Ouch! Its hurt. Senang? Padahal masyarakat kita sendiri tak ramai yang master bahasa Inggeris ni. Orang pandang rendah bila belajar bahasa Inggeris, tapi rasa bangga tahap paling karma bila boleh speaking macam air mengalir. Pelik. Rasa nak pengsan dengan kepelikan bangsa sendiri.
Agak-agak kenapa jadi macam tu?
Ntahlah. Aku sendiri tak punya jawapan. Tapi pendapat personal aku, cemburu mungkin. Yep,cemburu. Mereka-mereka mengutuk,menyindir TESLians kerana mereka tidak berpeluang menjadi seperti TESLians. Sikap manusia, kalau tak dapat, kita jatuhkan. Kalau tak berpeluang,kita rosakkan minda mereka yang berpeluang. Hati dah memberontak tak dapat, tak punya  kelayakan ,maka ketidakpuasan hati dilemparkan melalui mulut. Menyindir ,mengata. Manusia,macam tu lah. Kan?

So, adik fasi ku Syaz, be strong.Stronger. Pekakkan telinga, butakan mata bila mereka-mereka yang busuk hati ni ada dihadapan, menghalang jalan kearah kejayaan kalian. Kalau pun mereka ini hebat bereksperimen, hebat menyelesaikan masalah figura matematik, hebat mencipta itu ini tapi tanpa cikgu-cikgu Bahasa Inggeris seperti kalian, mereka bisu. Mereka lumpuh. Sehebat mana idea mereka pun, tidak akan kemana jika medium komunikasi terbantut tanpa kemahiran berbahasa global.

Dan kalau mereka-mereka itu masih berfikiran sempit, say this out loud:

HEY, IT IS YOUR CHILD WE GONNA EDUCATE!
I am not a TESLian. I am a Physic student. But i will stand for my fellow TESLians.

=)
                                                                                                  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...