Thursday, January 20, 2011

FIZIK: bukan sekadar teori [ I ]

1. PRESSURE [ TEKANAN ]

Pressure is defined as Force per unit Area ( F/A). Unit: N/m @ Pascal. In Malay, pressure is TEKANAN. Atmospheric pressure is 1 atm and pressure increases with depth (kedalaman). Maknanya lagi dalam posisi sesuatu jasad dari atmosfera, lagi tinggi tekanan yang akan dikenakan keatas jasad tersebut. Begitu juga dengan kehidupan kita. Paling kurang sekali seumur hidup, kita akan rasa tertekan. Pressure. Tertekan dengan daya-daya yang datang dari pelbagai arah dan sudut yang tak sudah-sudah menekan kita. Dan seperti mana Pressure yang bertambah dengan pertambahan kedalaman, tekanan hidup kita memang bertambah mengikut kelas hidup kita. Pressure di atas bukit lebih rendah dari pressure jasad di dalam laut. Aku kaitkan dengan kehidupan manusia, bukit seperti seorang manusia kelas atasan manakala jasad didalam laut  itu seperti seorang manusia kelas bawahan. Tekanan hidup adalah lebih tinggi dirasakan oleh rakyat kelas bawahan , tidak seperti kelas atasan.



Selain itu Pressure juga didefinisikan sebagai tenaga keupayaan yang tersimpan per unit isipadu (measure of potential energy stored per unit volume).  Sesuatu sistem dibawah tekanan mempunyai potensi untuk bekerja mengikut suasana sekeliling. Aku tafsirkan disini, tekanan dalam hidup sebenarnya menguji keupayaan kita untuk terus hidup. Tekanan menjadi satu batu ukur untuk kita mengetahui dimana keupayaan kita. Dan tekanan juga menjadi satu pemangkin kepada kita untuk berusaha lebih dari kebiasaan, mencari jalan penyelesaian. Untuk kita lebih bergerak kehadapan.



2. ATTRACTION FORCE BETWEEN ELECTRONS AND NUCLEUS IN ATOMS [SHIELDING EFFECT @ SCREENING EFFECT] - credit to Ammar Md Sidik the Chemist!

Sebagai pengenalan, umum diketahui atom terdiri daripada nukleus yang bercas positif dan dikelilingi elektron yang bercas negatif. Elektron secara semulajadinya akan tertarik dengan nukleus yang bercas positif. Namun begitu bagi atom yang mempunyai elektron lebih dari satu, tarikan elektron-nukleus menjadi semakin lemah kerana tarikan antara nukleus dan elektron dikurangkan dengan tolakan antara elektron-elektron. Akhirnya elektron di outermost shell akan senang terputus ikatan dan akan menjadi free elektron.

Aplikasikan dalam kehidupan seharian kita, elektron yang berada di outermost shell adalah seperti manusia dan nukleus adalah tempat kita bergantung.Tempat kita perlu taat. Kepada Tuhan contohnya. Semakin jauh kita dengan origin, makin lemah ikatan kita denganNya. Ditambah pula dengan kehadiran nilai-nilai negatif diantara kita denganNya, amat mudah untuk kita tercampak keluar dari landasan yang sepatutnya. Seperti mana valence elektron yang sangat mudah untuk terkeluar dari orbit shell sesuatu atom,terlepas ikatan dengan nukleus.

Lagi jauh kita dengan Dia,



mudah untuk kita sesat dan tertinggal


dan bila sesat, ketinggalan..
kita akn rasa jauh. sunyi. tak tenteram jiwa. sedih. kosong.


oleh itu, sama-samalah berdoa dan berusaha semoga kita tidak menjadi seperti valence elektron. Dan jika merasa sudah hampir terkeluar dari orbit, kumpulkan tenaga (ilmu) yang secukupnya untuk mengisi vacancy shell yang lebih dekat dengan nukleus dan bisa menghasilkan tenaga yang hebat iaitu X-ray ( tenaga yang mampu menembusi badan manusia,seperti ketenangan yang boleh menusuk sehingga ke dalan jiwa manusia).


FIZIK ITU INDAH!

^^,

3 comments:

mr_right said...

awesome!
:)

SaYaLiYaNaSaiDi said...

thanks!
kalau de idea psl mcm ni,
bleh bg kt ak.
i will do research and write bout it.

mr_right said...

hee..
insyaAllah.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...