Monday, January 31, 2011

KISAH CINTA SI AHLI FIZIK

***

Disini ada satu kisah. Kisah seorang ahli fizik yang mahu bercinta tetapi mempunyai beberapa keresahan dalam hati.


SI AHLI FIZIK punya angan-angan, cintanya seperti tarikan graviti. Tidak boleh dilihat tetapi nyata dan boleh dirasa. Dan tarikan itu sentiasa membuatkan dirinya berpijak diatas bumi yang nyata. Tidak terawang-awang diangkasa raya dibuai cinta.




Kalau boleh, cintanya juga seperti Hukum Kepler Kedua. Kepler berkata, jika planet berada dekat dengan Matahari, pergerakannya menjadi lebih cepat  berbanding bila berada dengan orbit yang jauh dengan Matahari. Angan SI AHLI FIZIK , molek juga seperti Hukum Kepler Kedua ini. Bila beliau dan cintanya berada berdekatan dengan situasi yang panas dan tegang, cepat-cepatlah menjauhkan diri dari situasi tersebut.


Kalau boleh SI AHLI FIZIK tidak mahu cintanya seperti perlanggaran kenyal. Selepas pertengkaran , tenaga dan momentum diabadikan  tetapi membawa haluan masing-masing.


Seorang ke paksi positif, seorang ke paksi negatif. Masing-masing masih menyimpan rasa dalam hati tetapi kerana ego, masing-masing tidak mahu mengalah.



Biarlah seperti perlanggaran tidak kenyal , masih bertengkar tetapi selepas pertembungan pendapat, masing-masing bergerak sehaluan dengan halaju dan tenaga yang sama. Masing-masing telah mencapai kata sepakat. Walaupun halaju itu akan berkurangan , tetapi mereka masih bersama, sehaluan. Bila tiba saat mereka berhenti, mereka masih bersama. Bak kata pepatah, bersama hingga ke hujung nyawa.



SI AHLI FIZIK selalu berdoa agar cintanya tidak seperti gelombang yang terpantul. Bila terkena sesuatu permukaan halangan, cintanya terpantul. Berubah arah. Tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Tidak dapat mengatasi halangan tersebut.





Beliau juga tidak mahu cintanya seperti gelombang yang terbelau. Apabila melalui satu halangan, sifat gelombang itu berubah , terbelau, membengkok setelah melalui halangan tersebut. Cinta yang bengkok mudah rapuh dan goyah.




Doanya, biar cintaku bak gelombang yang ber'interference' yang membina. Untuk menghasilkan bentuk gelombang baru yang cantik seperti efek gangguan gelombang, SI AHLI FIZIK dan pasangannya perlu datang dari sumber yang sama, yakni sefasa, dan sependapat. Doanya juga biar cintanya seperti gelombang yang terbias. Biar melalui medium yang berubah-ubah namun mereka tetap bersama tidak terpisah walaupun perjalanan cinta mereka mengalami perubahan halaju.


SI AHLI FIZIK berfikir sendirian. Jika cintaku seperti sebiji atom, mampukah aku dan cintaku bertahan dan berkeadaan stabil sepanjang masa didalam nukleus sedangkan diluar orbitku tidak putus-putus dikelilingi elektron yang negatif? 

Balas cintanya:

"Kita mampu sayang jika kita tidak sesekali mengurangkan tenaga pengikat antara proton-proton dalam nukleus ini..Jika kita sentiasa aman dan damai tanpa sebarang unsur yang membuatkan nukleus menjadi tidak stabil.Bersikap positiflah setiap masa,seperti mana proton-proton ini.."




SI AHLI FIZIK tetap merasa was-was dengan cintanya kerana prinsip Heisnberg yang mengatakan tiada benda yang pasti dalam dunia kuantum fizik. Tiada benda yang benar-benar pasti dan tepat, semuanya mempunyai ketidakpastian yang tersendiri. Punyai tambah dan tolak. Tidak rigid.



Jadi bagaimana SI AHLI FIZIK mahu memastikan bahawa cinta itu memang untuknya? 


Kata cintanya:

" Sayang, memang tiada benda yang benar-benar pasti dalam dunia ini. Benar kata Heisnberg, namun bukankah ketidakpastian itu yang membuatkan kita lebih berhati-hati? Membuatkan kita banyak mencuba untuk mendapatkan nilai yang terbaik? Tambah tolak cinta kita bermakna kita akan sentiasa memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil kira bingkai rujukan persepsi pasangan masing-masing.."


Akhirnya SI AHLI FIZIK tersenyum. Bisiknya dalam hati, mungkin cintanya menjadi gelombang. Mungkin juga cintanya menjadi seperti momentum dan juga sebiji atom. Mungkin juga prinsip Heisnberg meragui nilai cintanya tetapi bukankah hukum fizik itu sendiri tercipta dari pengalaman dan kesilapan?


 ***


5 comments:

sapix hanan khan said...

wow.....nak jygak la cinta si ahli geografi and fizik..geofizik gtew

SaYaLiYaNaSaiDi said...

hahaha! buat la wey..
xpun t de idea ak wt kan.
=P

daim said...

wow!! bile terbelau tros x straight>?!!!

SaYaLiYaNaSaiDi said...

oyeah~!!
saje je masokkan unsur2 tu~~

nama saya nadia said...

wao.. wao.. hebat3.. cinta si fizik.. hahahakahahajh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...