Monday, October 1, 2012

My October Wish

Salam Isnin. Jangan nak Monday-Monday Blues sangat, Isnin ni hari mulia. Nabi kita Muhammad lahir hari Isnin kan? Haaa~~  Kan dah kena ceramah.


Hari ni masuk bulan Oktober,bulan kesepuluh dalam kalender Masihi. Wow. Terer jugak aku ni. Dan bila aku buka Twitter tadi, nampak hashtag #MyOctoberWish. Lalu,aku pun terfikir beberapa wishes yang aku harap boleh jadi kenyataan di bulan Oktober ini.

1. Hujan duit. Biasalah, JPA lanjutan tak masuk lagi.

2. Nak kurus sebab ramai tegur makin gemok. Well,makin bahagia. Hahaha. Tapi tak nak diet. Nak makan banyak-banyak tapi badan tak naik. InsyaAllah,keajaiban itu ada.

3. Login Facebook dan jana pendapatan setiap hari! Lepas tu boleh la aku tangkap gambar pegang duit buat bentuk kipas ke, susun-susun duit atas meja ke.

4. Klik link dan menang iPhone 5/ iPad 3/ Samsung S3/ Galaxy Tab 10xx. Bila nak menang tak tau.

5. Study ala kadar tapi result final nanti gempak 4flat.

6. Aku reti guna chopstick.

7. Ada orang gerakkan aku pagi tadi. Sudahnya,aku bangun sendiri ja pagi tadi. Wake me up when September ends la sangat.

8. Boleh download makanan. Malas nak bergerak bila lapar.

Aaaaa.. takat ni ja la kot. Wish banyak-banyak pun tak guna. Semua wish dasar pemalas. Aku bosan sebenarnya.

Babai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...