Sunday, February 5, 2012

DENGKI

BERDENGKI.

Selalu dengar kan orang cakap pasal dengki-mendengki ni kan. Tambah-tambah bila bab kejayaan, harta dan meniaga. Macam dengki ni satu elemen penting bila kita melalui fasa-fasa hidup nih.

Dengki ni secara simple nya- tak puas hati dengan orang lain. Dengki ni bagus sebenarnya kalau sifat dengki ni kita jadikan sebagai batu loncatan untuk lebih berusaha mencapai kejayaan tapi ramai yang lebih memilih untuk pupuk belai dan cintakan sifat dengki ni sampai berakar umbi dalam hati.

Dengki ni sifat yang sangat bahaya sebab boleh membawa kepada fitnah. Nauzubillah. Pelik kan ada orang yang sanggup butakan mata, pekakkan telinga menabur fitnah semata-mata dengkikan seseorang? Sanggup perjudikan nasib diri di alam barzakh nanti semata-mata kerana dengki. Ni la sebenarnya contoh orang pendek akal. Tak fikir panjang.

Kenapa dengki boleh terjadi? Bagi aku, dengki tu tak salah. Lumrah la bila manusia dengkikan kejayaan seseorang contohnya. Tapi yang salah bila dengki tu tidak ditangani dengan betul. Tak salah kalau sifat dengki tu membuatkan kita berusaha lebih lagi. Yang salah bila dengki itu menjerumuskan kita kepada benda-benda yang tak betul. Santau, menjatuhkan orang, fitnah dan macam-macam lagi boleh terjadi bila dengki tu terlalu  menebal dalam diri.


Bagi aku yang selalu sangat dengar kisah orang didengki ni, pandangan aku simple ja. Orang yang sanggup berusaha lebih sebab dengki, memang aku sangat respek. Biarlah dia ada perasaan dengki pun tapi tak kacau orang lain. Positifkan benda yang mulanya negatif. Tapi untuk orang-orang yang sanggup menyantau, berbomoh-bomoh sebab dengki, one word bebeh- LOSER. Kau tak mampu guna kudrat sangat ke nak berjaya dalam hidup sampai terpaksa guna makhluk-makhluk halus dan benda-benda dilaknat? Kau rasa sangat berkuasa bila musuh kau jatuh sakit merana tapi bagi aku, memang aku gelak kaw-kaw punya sebab bila musuh dah sakit tak berdaya, baru kau rasa hebat dan kuat. Alorhh kesiannya hidup.


Lagi satu kaki fitnah bila dengki. Buat cerita itu ini sebab dengki. Bagi aku kaki fitnah ni jiwanya kacau. Hidupnya sangat menyedihkan sebab tak mampu nak capai kejayaan seperti orang lain. Fitnah yang disebarkan hanyalah untuk memujuk hati sendiri yang sedih dan merana sebab tak mampu hidup bahagia seperti orang lain. Sangat pathetic kan orang-orang macam ni? Hidup sedih, hati tak tenang, resah jiwa tak sudah..


Mereka perlukan pertolongan kita kah? Mereka sangat tersisih dari masyarakat kah?
Marilah sama-sama kasihani mereka kerana selagi mereka tidak bertaubat dan meminta maaf, tiada lagi yang dapat dikasihani di sana nanti.



P/S: Biar ternak lemak, jangan ternak dengki.Lalalala~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...