Saturday, January 22, 2011

PENYAKIT ORANG KITA: stand up, head high my dear Syaz!

Dulu aku penah blog pasal penyakit orang kita : Ek?? (mata jeling-jeling, kening terangkat).
Kalau nak baca carik la kat archieve dahulu kala.  Aku terkena so aku meluahkan perasaan tidak puas hati dalam blog ni. Blog aku, aku punya suka la. Ok dah,merepek je lebih. Sebenarnya dah malas nak tulis pasal penyakit orang kita yang kalau sumbat ubat berkilo-kilo dalam segala rongga yang ada kat badan pun memang harapan nak sembuh tu tipis , tapi tadi komen-komen dengan adik fasi kat matrik dulu, geram pulak. Geram dengan perangai orang kita yang serba pelik dan tidak dapat diterima akal ku yang tak berapa panjang, tak berapa cetek ni. Apekah?

My adik faci, Syaz namanya. Comey,murah dengan senyuman (promote.hehe). Dalam praktikum dulu dye rajin sembang-sembang dengan aku. And rapat sampai sekarang. Thats why aku sangat panas hati bila ada manusia-manusia yang sakitkan hati beliau.  The story starts like this:

She is a TESLian. TESL= Teaching English as a Second Language. Kos yang dulu aku nak ambik jugak masa isi UPU tapi bila fikir balik kemampuan berbahasa Inggeris yang nyawa-nyawa ikan je, ku padamkan api keinginan itu. Tak layak la kata orang. Then bila dapat tawu adik fasi aku sorang ni buat TESL di salah satu IPG, wow! Bangga! For me English is not an easy course. Teaching English is even harder. Bukan semua orang boleh terima English ni. I mean, bukan semua boleh master segala grammar etc etc. Lagilah susah nak bagi orang faham segala rules yang ada dalam English tu. Past tense, present tense, modals etc etc. Me myself masa Form 4 baru berani nak speak English in public. Itu pun berterabur nyah~~ Haha!

Personally,aku memang pandang tinggi orang yang study English ni. It is not easy dude! Aku yang belajar sampai LHP402 ni pun dah mengalami brain muscle cramp nak buat ayat bombastik meletup kebabom untuk skor A. Paling tinggi penah achieve pun teacher fotokopi essay bagi classmate buat reference. Tak layak masuk buku kulit ungu tu pun. Huhu. Tak semua orang berani bercakap dalam bahasa Inggeris kat public. Out loud. Tambah-tambah orang kita. Cuba suruh bagi pendapat dalam English. Kau tolak aku,aku tolak kau. Dalam Malay pun terkekok-kekok, tambah la dalam English. You really need GUTS untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. And TESLians di USM ni memang berada dalam kelas yang tersendiri.

Namun begitu, di IPG seluruh Malaysia, Syaz told me the situation is in the other way round. Memang surprised gile bila Syaz cerita. In IPGs, TESLians selalu kena kutuk. Kena sindir-sindir even dengan lecturer sekalipun. Dalam hati aku, "What da??"  I asked why?

Simply sebab mereka-mereka rasa these fellow TESLians  ni tak layak dipanggil TESLians. TESL hanya untuk yang twin programme oversea dan UIA. Heww~~ Itu pun jadi isu kah? For me as long as dowang belajar English untuk mengajar English in future, it is TESL. Ni la orang kita, title pun jadi isu. Macam la title tu boleh cepatkan jodoh (tiba-tiba je kan.haha) .

Tersangatlah pelik bila masyarakat kita rasa grand nak mati bila boleh speaking depan orang ramai, tapi memperlekehkan mereka-mereka yang bakal mengajar bahasa yang dibangga-banggakan kalau boleh fluent bercakap. Kan? Pelik. Sangat pelik. Pelik sangat sampai senget-senget kepala aku fikir apa nak jadi dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau boleh speaking sepatah kerat dengan slangue yang berbelit-belit lidah dan orang pandang, wah bukan main bangga rasa. Kembang hidung sampai macam tunnel subway kat Amerika nuh. Kalau boleh nak canang satu negara, anak I boleh cakap bahasa Inggeris. Anak I sound stupid bila cakap bahasa Melayu ( lalala~tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati) . Bangga ya'mat la kalau boleh speaking tapi memperlekehkan mereka-mereka yang bakal mengajar bahasa Inggeris. Memang pelik penyakit masyarakat kita ni. Dah kronik tahap koma dalam ICU berpuluh-puluh tahun.

Teacher LSP300 aku pernah cerita dulu, ada sorang makcik ni tanya belajar kos apa? Beliau jawab la English. Sedap je makcik tu jawab,

Oh English..Subjek senang je la belajar..

Ouch! Its hurt. Senang? Padahal masyarakat kita sendiri tak ramai yang master bahasa Inggeris ni. Orang pandang rendah bila belajar bahasa Inggeris, tapi rasa bangga tahap paling karma bila boleh speaking macam air mengalir. Pelik. Rasa nak pengsan dengan kepelikan bangsa sendiri.
Agak-agak kenapa jadi macam tu?
Ntahlah. Aku sendiri tak punya jawapan. Tapi pendapat personal aku, cemburu mungkin. Yep,cemburu. Mereka-mereka mengutuk,menyindir TESLians kerana mereka tidak berpeluang menjadi seperti TESLians. Sikap manusia, kalau tak dapat, kita jatuhkan. Kalau tak berpeluang,kita rosakkan minda mereka yang berpeluang. Hati dah memberontak tak dapat, tak punya  kelayakan ,maka ketidakpuasan hati dilemparkan melalui mulut. Menyindir ,mengata. Manusia,macam tu lah. Kan?

So, adik fasi ku Syaz, be strong.Stronger. Pekakkan telinga, butakan mata bila mereka-mereka yang busuk hati ni ada dihadapan, menghalang jalan kearah kejayaan kalian. Kalau pun mereka ini hebat bereksperimen, hebat menyelesaikan masalah figura matematik, hebat mencipta itu ini tapi tanpa cikgu-cikgu Bahasa Inggeris seperti kalian, mereka bisu. Mereka lumpuh. Sehebat mana idea mereka pun, tidak akan kemana jika medium komunikasi terbantut tanpa kemahiran berbahasa global.

Dan kalau mereka-mereka itu masih berfikiran sempit, say this out loud:

HEY, IT IS YOUR CHILD WE GONNA EDUCATE!
I am not a TESLian. I am a Physic student. But i will stand for my fellow TESLians.

=)
                                                                                                  

2 comments:

schueism said...

belajar English lebih susah dari medic, physics dsgnya. X mcm sci or maths yg pakai formula. n mmg x patut taw kecam budak tesl. i sendiri terasa kat sini. sedih2.

SaYaLiYaNaSaiDi said...

yep..memang.. bljr english sbenrnya kena tawu semua.
yela nak wt esei,kena la tawu isi nya..
isnt it?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...