Thursday, January 20, 2011

FIZIK: bukan sekadar teori [III] < FB's note re-post>

1.Newton Third Law

masa kecik-kecik dulu, lepas sembahyang abah ajar mengaji Quran.then ada 1 ayat tu,abah translatekan maknanya:


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَ : Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ : Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.  surah Al-Zalzalah ayat 7-8.

abah cakap,ayat ni menceritakan tentang Hukum Newton ke-3. every action causes a reaction.benda baik dibalas baik,benda jahat wallahualam dibalas jahat jugak. apa yang kita buat,antara sedar atau tidak,mesti ada reaction yang bakal
berlaku. so kalau ada orang berlaku jahat pada kita,jangan cepat melatah.ingat balik mungkin kita jugak pernah menganiaya orang lain tanpa kita sedar.kalau orang berlaku baik dengan kita,jangan cepat lupa.orang lain jugak mungkin akan melupakan kebaikan yang kita buat.
newton's 3rd law! :)



2. Albert Einstein, Theory of Relativity

yang ni aku belajar dalam Modern Physics sem II.subjek plg favourite sbb dicabar abah sendiri utk beat result dye.tp x kesampaian.A solid,nak beat mcm mana lg.huhu. Einstein is my favourite physicist sebab teori beliau banyak dikaitkan dengan kehidupan.masa belajar relativity dulu,siyesly xtawu nak apply cmne dalam hidup.then bila 1 masalah menimpa dan masing-masing xnak mengaku salah,aku teringat teori Relativity Einstein.ok aku simplekan teori tu:

"setiap kejadian yg berlaku tidak akan sama jika dilihat dari dua pandangan yang berlainan bingkai rujukan"

student fizik mesti faham statement diatas.bagi yang bukan student fizik,contohnya time dilation, jam yang bergerak akan kelihatan berdetik lebih lambat dari jam yang statik.jadi bingkai rujukan yang berbeza adalah bingkai yg bergerak  dan bingkai yang statik. begitu juga dengan kehidupan, setiap orang ada pandangan mereka yang tersendiri.bagi aku,setiap orang mempunyai bingkai rujukan mereka tersendiri. contohnya masalah yang berlaku,melihat dari sudut pandangan si A,mungkin si B yang terlalu sensitif. tapi dari bingkai rujukan si B pula, si A menganiayainya.

kita marah bila orang mengutuk kita berkelakuan tidak sopan di tempat mereka.tapi bayangkan kita di tempat mereka.percayalah kita juga akan melakukan benda yang sama.

sebab itulah wujudnya term 'give and take'. bertolak-ansur.terima keburukan orang kerana kita sendiri pasti akan ada keburukan sendiri.

3. RCL Circuit

RCL circuir terdiri daripada 3 komponen elektrik- resistor , capacitor  dan inductor . aku belajar masa sem II kat matrik dulu.mula-mula memang susah nak ingat effect RCL kepada arus (I) dan voltan (V) so aku tanya abah aku cmne nak bagi senang ingat.abah cakap RCL circuit ni macam orang bercinta.

RCL circuit

anggap I adalah makwe, V adalah pakwe.
 keluar dari bateri,mereka sefasa.berjalan seiringan.

bila berjumpa dengan inductor, V akan mendahului kerana V seorang lelaki.bayangkan inductor mcm gua yang berliku-liku (macam simbol dlm litar),perlukan seorang lelaki untuk memimpin wanita melauinya.sebab tu V leads I with 90' phase difference.

bila melalui capacitor, I akan pergi dulu .ruang antara capacitor adalah vakum.kosong.xde pape halangan.so V haruslah menjadi seorang gentleman.ala-ala lady first la.so I leads V with 90' p.d.

then aku tanya abah.kalau resistor?

abah cakap, resistor kan rintangan.kalau dah sayang,rintangan kena la dilalui bersama.sebab tu V dan I sefasa dlm resistor.

make sense,kan? sampai skrg aku ingat RCL circuit.hehe. sape cakap litar sekadar untuk alirkan elektrik? litar jugak boleh jadi panduan dalam relationship!

4. Daya (Force)

ni abah cite masa tuition Fizik sebelum SPM dulu. mengikut teori, Force (F) tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh dipindahkan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.physicists praktikkan teori ni kepada kejadian hantu.untuk pengetahuan, ramai physicists tidak percaya dengan kewujudan hantu kerana mereka menganggap setiap kejadian yang berlaku disebabkan oleh daya yang tidak boleh dimusnahkan. contohnya kalau kita melihat buku yang tiba-tiba terapung.kalau aku,komform dah jerit hantu! haha. tapi bagi physicist, buku tersebut terapung kerana ada force yang mengangkatnya.mungkin buku tersebut pernah diangkat seseorang sebelum itu dan daya angkat tersebut 'kembali' bila keadaan persekitaran betul-betul menepati keadaan semasa buku tersebut diangkat (air humidity,air pressure,etc).


aku nak kongsi 1 cerita tentang pertembungan teori Force dan hantu.

satu terowong di Amerika.setiap tahun pada tarikh yang sama,jam yang sama, di dinding terowong tersebut akan berlaku 1 visual peperangan zaman dahulu.penduduk setempat menganggap ia kejadian paranormal atau hantu.tetapi bagi physicists,ianya adalah kesan Force yang tidak boleh dimusnahkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...