Wednesday, January 26, 2011

MATAHARI : SOLAR INTERIOR [ bahagian dalaman Matahari]

Tinggi-tinggi Sang Matahari,
Anak rusa mati tertambat,
Ada test esok hari,
Kalau nak study masih belum terlambat.
Wah,pantun gitu. Ok kali ni entry yang berilmu. Sekadar untuk test kefahaman aku terhadap Matahari. Betul ke aku dah betul-betul faham beliau? Atau aku sekadar bertepuk sebelah tangan? Ahh! Persetankan fikiran negatif itu semua! Ini semua bisikan-bisikan jahat untuk menguji kesetiaan kami! Hoi! Merapu ahh! Lets talk bout THE SUN!

Apa itu Matahari? Haji Ahmad Matahari? Arghh sesat! Sesat! Next~~ OK, Matahari merupakan sebuah bintang (erk,betol ke penjodoh bilangan yg aku guna ni?) yang membekalkan cahaya kepada seluruh Sistem Suria kita. Struktur Matahari terbahagi kepada dua bahagian:

1. Solar Interior (Bahagian Dalaman)

2. Solar Atmosphere ( Atmosfera Matahari )

Entri kali ini saya (wah skema gitu), ermm.. Tak best la skema! Post kali ni aku fokuskan pada bahagian pertama yakni bahagian dalaman Matahari.

Bahagian dalaman Matahari

Bahagian dalaman ini terbahagi pula kepada 3 bahagian.

1. Teras Matahari [ Core of The Sun]

Seperti kebiasaan,semua benda mempunyai teras atau in English , core, yang tersendiri. Matahari juga tidak mahu ketinggalan dengan arus permodenan ini maka beliau juga mempunyai teras. Teras Matahari mempunyai suhu yang paling panas diantara semua bahagian yang lain. Teras la yang paling hot. Yang paling hot adalah teras. Pengulangan fakta. Sape2 ambik LKM400 jangan contohi perkara ini. 

Dalam bahagian core jugak la, berlaku HYDROGEN FUSSION : satu tindakan nuklear yang hanya berlaku di dalam teras bintang kerana... Jeng jeng jeng,  misteri lah! Pi Google sendiri. Haha!  Hydrogen Fussion bermaksud atom hydrogen bercantum  lantas membentuk Helium. Teras juga mempunyai photons ( tenaga cahaya)  yang lebih bertenaga dan tumpat berbanding photons dibahagian lain yang lebih sejuk bernama RADIATIVE ZONE.  Maka dengan itu, photons ini akan bergerak dari teras ke radiative zone kerana mengikut hukum fizik, benda akan bergerak dari keadaan yg lebih panas kpd yg lebih sejuk. Dalam dunia nyata, seperti orang yg x hot susah nak hot kan diri beliau. Maka orang hot la kena down to Earth pegi cari org x hot untuk menghotkan beliau.. Gitew~


2. RADIATIVE ZONE [ZON RADIASI]

Zon merbahaya ni merupakan lapisan kedua bahagian dalaman Matahari. Terletak diantara teras dan convection zone,  radiative zone melakukan tugas delivery tenaga kepada permukaan Matahari. Suhu Matahari makin berkurangan bila kita melangkah lebih jauh dari teras beliau, maka atom dibahagian permukaan radiative zone tidak lagi ter'ionised' dengan sempurna. Hasilnya, pemindahan tenaga melalui kaedah radiasi tidak lagi efektif, seperti mana abang Pizza Delivery yang tersangkut di palang RST sebab xde kad matrik dan beliau tidak terbiasa dengan bukit yang tinggi itu. So,beliau perlukan pertolongan Pak Gad dan juga gear motor yang lebih rendah,dan slow..

Begitu jugalah dengan energy dari radiative zone, tersangkut dipermukaan zon radiative, maka Pak Gad dan gear motor yang kita maksudkan disini ialah THERMAL CONVECTION. Kita diskusikan perihal ini di episod bawah.

3. CONVECTION ZONE

Convection zone adalah lapisan selepas radiative zone,lapisan bermula dimana abang Pizza kita(energy) tersangkut di palang gate RST (upper layer of radiative zone). Zon ini bermula dari palang RST sehingga ke palang keluar dari RST, atau untuk Matahari,  zon ini dari layer atas radiative zone sehingga dibawah permukaan Matahari yang kita boleh nampak dari Bumi . Zon ini memindahkan tenaga dari teras ke bahagian permukaan Matahari. Macam kat palang nak keluar RST tu, sikit lagi je nak bebas ke dunia luar. Tunggu trafik light warna hijau je..Ahh lupa nak gitaw, kat sini energy (abang Pizza) bergerak melalui kaedah CONVECTION,iaitu pemindahan tenaga untuk cecair selalunya. Signifikasi dengan abang Pizza?


Photon di bahagian atas radiative zone kurang bertenaga dan tidak boleh bergerak melalui kaedah radiasi yang cepat dan takde halangan. Macam kat palang RST, dah nak naik bukit. Ala-ala halangan untuk kaedah radiasi la. Nak lepas palang tu,Pak Gad kena tolong angkat palang tu. So Pak Gad a.k.a Hero Malaya kita ni bertindak sebagai booster untuk abang pizza masuk RST. Nak naik bukit tu, kena la tukar gear yg lebih rendah sebab energy tak cukop. Dan hasilnya,pergerakan lebih lambat. Macam tu la CONVECTION. Lambat dari radiation, energy pun kurang. Semput~

Then bila beliau dan hantar pizza, dan nak keluar dari RST ( end of convection zone dan bakal pegi ke jalan raya) , kaedah convection yang slow mellow tu tak lagi diperlukan. Beliau bakal kembali merempit seperti biasa diluar RST, seperti mana lajunya kaedah radiation.

Maka dengan ini, dapat saya konklusikan, pemindahan tenaga di dalam Matahari adalah seperti berikut:

CORE                 ----> RADIATIVE ZONE      ----> CONVECTION ZONE
       



Sekian sahaja cubaan menulis entry tanpa merosakkan teori fizik. Tak rosak ke? Lu pikir la sendiri!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...