Tuesday, September 20, 2011

OF LELAKI MACHO AND HIS ASAP ROKOK~

AS-SALAM. Hari ni kita akan belajar sedikit literature versi original. Versi aku.

Kali ni sumpah takdak bab jiwang macam semalam. Betoi tak tipu.

Alkisah pada suatu hari seorang gadis bernama Liyana (menurut IC) berjalan-jalan untuk pergi makan bersama rakannya. Semasa menunggu rakan beliau, beliau terserempak dengan seorang jejaka anonymus yang sedang leka menghisap rokok. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut dan hidung jejaka itu sehingga Liyana berkira-kira untuk stanby sebaldi air kalau-kalau jejaka itu terbakar. Bak kata orang, spontaneous human combustion~


Liyana berasa sedikit terganggu dengan asap rokok jejaka tersebut kerana mengganggu beliau merasai nikmat menyedut teh tarik panas bungkus sambil berdiri. Kurang sopan sekali ya minum berdiri tetapi lelaki itu lagi tidak sopan, bisik hati Liyana untuk membela diri sendiri.


Sedang beliau menunggu rakannya, tiba-tiba jejaka itu menghembus asap rokok ke muka Liyana. Wah! Terkejut bukan kepalang heroin dalam kisah kita hari ini! Mahu sahaja beliau menghumban lelaki itu kedalam longkang dan pelbagai aksi kejam lagi  tetapi akal mengawal emosi dengan berbisik "sesungguhnya kesabaran itu hak milik setiap wanita".  Liyana tetap sabar. Sambil tersenyum beliau berkata:


" Amboi, macho sungguh sedara dengan hembusan asap sebegitu! Kalah asap ekzos Harley Davidson yang dipatenkan di Amerika sana. Teringin benar saya untuk menjadi macho seperti saudara tapi saya tidak merokok. Bolehkah saya gantikan gaya hembusan asap rokok dengan hembusan teh tarik panas ini tepat ke muka saudara?"


Terkulat-kulat wajah jejaka itu setelah mendengar kata-kata manis dari Liyana. Terus jejaka anonymus itu berlalu dari situ tanpa sempat Liyana bertanya nama Facebook beliau.


Kemudian rakan Liyana pun tiba dan bertanya siapa jejaka tersebut dan apa yang rancak sangat berbicara tadi?

Dengan senyuman manis Liyana berkata "tiada apa-apa" sambil berjalan girang ke kedai makan..


Sekian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...