Tuesday, April 5, 2011

ASTRONITE: setelah berkurun lamanya baru nk cite

1 April 2011, ada Astronite. Dinner Kelab Astronomi USM, bertempat di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung. Bertemakan Star Wars, bayaran cuma RM30 sahaja. Sangat berbaloi dengan restoran yang mewah dan esklusif.


Bosan dengan mukadimah ni. Sumpah bosan. Tolong jangan unfollow aku. Keadaan memaksa.



Lupakan episod kebosanan dalam hidup. Bak kata Pengarah Projek NRIC aku, Hafiz, ini semua proses pembelajaran dalam kehidupan. Oh,rasa bermotivasi semula.

Berbalik kepada cerita asal, Astronite adalah satu malam yang sangat best. Sebab,aku pegi dengan perut yang sangat lapar-. Sampai je, disajikan dengan makanan yang memang


*Speechless. Tiada kata dapat ku gambarkan kesedapannya.* Lagi satu sebab masa makan tu, free. Aku tak bayar lagi. Haha!

Episod bermula dengan proses mengandam Mr Elyas Nazery tu. Aku tak setuju sungguh beliau nak pakai kemeja putih + cardigan kelabu. Tak tawu la mana silapnya cardigan dan kemeja tu, tapi aku tak suka. Salah ibu mengandung? Mungkin.

Pukul 6.00pm, berkejaran la ke QueensBay Mall. Dari Brand Outlet pergi ke FOS. Tak puas hati, pegi SUB. Then lastly, Jefferson. Ada 1 baju gay tu, rasa nak bg beliau pakai tapi nanti kalau orang tanya, "Mana ko beli baju gay ni Ayie?" , beliau jawab  "Lin yang pilihkan  kt Jefferson.." , tak ke dipandang serong aku nanti. Cukup la dipandang rendah oleh orang-orang tinggi.  u_u

Tawaf kedai tu, jumpak la 1 baju yang aku pun tak tawu camne nak cite. Cantik la jugak. Setelah dipaksa test baju tu, maka proses pembelian pun bermula. Terbang la bape ratus, aku pun tak tawu sebab masa bayar tu aku lari keluar kedai. Hehe.

Maka bermula lah episod pulang ke USM. Sampai tepat jam 7.20ptg. Dengan kuasa superpower yang ada, pukul 8 tepat aku siap! Rasa hebat, jadi hebat, memang hebat!

Ting tong ting tong, sampai la Pen Mutiara tu. Nasib baik pernah datang, kalau tak mesti jakun gila. Haha. Malam tu aku rasa aku paling selekeh. Dengan kemeja hitam, slack hitam, shawl merah, cukop. Tak nak cite la kasut putus tengah-tengah majlis tu. T~T. Kepit je jalan konon ayu padahal~~ Taknak cite.

Part paling best was bila drama pantomin buruj Orion tu. Siyes Orion nampak macam Hang Tuah. Ala-ala local kan budaya luar. Eh? Lantak~
Dan Tyco Brahe , astronomer terkenal yang dulu masa kecik aku ingat nama samseng terkenal (ampun~) telah menlayakkan aku menerima box comel yang ada kunci rahsia~ Sebab apa dapat box tu? Taknak cite gak.

*Entri kali ni penuh Misteri~~*


Lepas tu apa jadi?

*Misteri jugak*


Baik takyah tulis blog kalau semua benda nak misteri. =,="

Ok then, Emma dengan Aman jadi Queen and King. Taraaa~~~ Happy ending. The End!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...