Saturday, April 9, 2011

KISAH TAYAR YANG TRAGIK.

Jumaat lepas, pagi-pagi bangun dengan niat nak pergi kelas ZCT207. Tapi mandinya lambat jugak. Maka 10.55 pagi, start la nak memecut pegi kelas yang berjadual 11.00 pagi. Naik jejantas, masa nak turun ke jalan biasa, al-kisah lupa nak brek sebab ralit tengok sana-sini.


lalala menikmati keindahan alam..


Pandang sana sini sorang-sorang, tiba-tiba       GEDEBUK!!

Tayar moto dengan ganasnya terlanggar bahagian 'sedikit tinggi disitu' (rujuk gambarajah diatas). Lepas tu melelong-lelong pemanduan aku. Hilang gaya. Huh!

Mula-mula tak syak apa lagi tapi bila nak belok baring kat simpang, hampir-hampir hilang kawalan. Huh! Terus kena slow je sampai Dewan Kuliah. Tak senang duduk dalam DK H tu memikior kan tayar moto awok tu. Habis lecture, cek tayar depan, beliau agak lembik. Maka orang pertama aku mesej adalah.....

Rina le sapa lagi.


Dengan slownya, moto aku a.k.a Mr Yieyie kupandu perlahan ke bilik gerakan memandangkan Rina disitu. Sampai ke destinasi..

Dr Rina dok check tayar motor. Bertepatan dengan farmasi dibelakang.


Kedai Uncle. Sape Uncle?  Uncle adalah Higlytown hero. Pakar dalam membaiki kenderaan yang memerlukan bantuan. Specialist in Motorcycle. Tempat: Taman Pekaka. Sape-sape motor rosak pegi la kat Uncle. Beliau sedia membantu, asalkan anda menyediakan wang yang secukupnya.

Disebabkan tayar depan yang kekurangan angin melampau, bila drive atas jalan yang ada line kuning tu, terasa gila line tu. Macam tengah naik kuda. Sumpah best sampai buat bunyi  " Aaaaaaaa" . Terhentak-hentak dengan line tu. Gelak sorang-sorang sampai guard pandang serong. Lepas tu dah tayar berat,komform bawak slow. Yang tukang escort kat belakang tu kaki rempit. Haha!

Wee!

Lepas tu, sampai la kat kedai Uncle.
Uncle check punya check, sekali beliau tunjuk tayar moto aku yang memang dah nazak. Masalahnya bukan tiub yang bocor, tapi tayar terus yang berlubang! Oh no~~ Tukar tayar. Mahal oii! Berkira-kira sendirian dalam hati. 

Uncle punya la lecture promote macam-macam tayar yang aku satu pun tak taw. Aku taw patut tukar tiubless ja. Uncle iklan tayar itu-ini sampai aku pening dah. Beza tayar-tayar tu satu ja: Mahal atau Murah. Ku pandang Norhazrina Izwani disebelah.

Masing-masing hampeh tak reti. =,="


Last-last, tukar jugak tayar. Ambik yang mahal. Huk3. Lantak la. Dekat RM100 gak terbang. Da la tengah pokai. Baru niat jahat nak tukar kat rumah, so guna duit Abah. Tapi Tuhan Maha Adil. T~T

So sekarang motor aku guna tayar depan yang baru. Best gak. Ok sebenarnya dah tak taw nak tulis apa. Huhu.

Bab kat jejantas tu, kalau hari-hari aku langgar tebing tu, nazak jugak tayar. Cara nak avoid? Camni ke?


Nantilah cuti 4 bulan aku prektis camni kat rumah.

Takpun,

kita bakor je! Muahahaha!

Ok stop.

Zzzzzzzzzzzz~

5 comments:

cik.saffa.here.with.love. said...

sejak bila ang pndai melukis nih..
aku malas nak baca, tgk ang punya drawing pun dah phm....huuuuu~~
tahniah..

chubby baby said...

hahahahah.....saya nak gak lukis3...ekekeke.....sengal punya org...kutuk cutie aku..hahahahahaha.....=P

SaYaLiYaNaSaiDi said...

apple: haha! tension stdy~~

yunk: haha bukan kutuk la~ yg slow tu hg yg ckp kt aku tp dialog tu terkebawah sgt plk..hihi..

Jabatan Seni Visual dan Teknologi, FSGK, UNIMAS said...

alamak..dramatik....hahaha...leh wat filem antu kak liyana tyar pecah

SaYaLiYaNaSaiDi said...

boleh3.. nk usop wilcha jd hero~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...