Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT: AKU KONFIUS

Bila paper killers semua dah habis membunuh aku sampai terbunuh berkali-kali, aku rajin-rajinkan diri browse sana sini pasal isu hebat dan sentap semasa. Prince William-Kate kahwin, eksiden sana-sini dan yang paling hot, pasal sumpah laknat Datuk Eskay tentang video seks DSAI.

Aku bukan nak bercakap tentang sapa betul, sapa salah. Sapa dalam video tu, kebenaran 100% bagi aku hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui kerana mulut manusia memang senang berbohong. Akal manusia memang senang mengeksploitasi. Bukan aku nak mengata mana-mana pihak, bukan aku nak menyokong mana-mana pihak sebab aku dah jelek dengan politik. Yang aku nak sentuh adalah dari segi SUKA BERSUMPAH. Sumpah sana, sumpah sini.

I am really sick of it. Sick to death. Kes itu nak bersumpah. Kes ini nak bersumpah. Bila dah nak kantoi sikit, terus berani nak bersumpah dalam masjid, depan mimbar, pegang Quran, depan imam dan sebagainya. Senang sangat nak membuktikan diri tak bersalah, nak menjatuhkan orang.

Aku personally sangat takut bila ada orang-orang yang sangat berani untuk bersumpah dengan Quran dan sebagainya bila timbul kes yang berunsur fitnah. Takut, sangat takut, takut melebihi empunya diri yang sungguh berani untuk bersumpah laknat dan sebagainya. Sumpah boleh memakan diri. Bagi aku bila kau dah bersumpah, segalanya sudah menjadi hitam putih dengan  ALLAH SWT. Manusia sudah tidak boleh menilai. Itu janji kau, pengakuan kau yang kau ikat dengan tuhanmu, agamu, dan nasibmu diakhirat. You personally have sealed your words and promise to your Lord.

Lagi satu tentang attitud orang yang nak bersumpah ni. Bila nak bersumpah, bukan main dicanang satu semesta nak bersumpah tetapi bila tiba hari kejadian, hilang. Alasan? Risaukan keselamatan diri sebab ramai datang melakukan bantahan. Dude, kalau kau yakin kau benar, kau tak perlu takut apa-apa. Kalau kau cukup berani untuk seal your words dengan Yang Maha Berkuasa, kau tak perlu takut dengan ancaman-ancaman kerdil manusia yang lahiriahnya dijadikan dengan adunan yang sama dengan kau. Pepatah kita ada mengatakan, berani kerana benar. Kau patut berani dengan segala ancaman dunia kalau kau memang benar. Kau berani mengikat satu yang janji maha besar dengan ALLAH SWT, nyawa kau dihujung tanduk pun tak perlu kau gerun kerana ALLAH SWT bersama-sama dengan orang yang membawa kebenaran. Mati kau mati membawa satu kebenaran. Tak perlu takut dengan ancaman-ancaman kerdil sebegini. Azab tuhan disana nanti lebih maha berat kepada sang pemain sumpah dan yang cuba menafikan kebenaran. Kalau kau benar-benar berani bersumpah dengan ancaman keliling pinggang, kau hebat! Kau hero bangsa! Tetapi ramai yang gah untuk bersumpah, kecundang dengan ancaman kecil begini. Aku jelek.

Aku pun pelik dengan orang-orang yang menghalang sumpah dilakukan. Berani kerana benar. Kalau kau juga yakin pihak kau tidak bersalah, jangan gentar dengan sumpah sesiapa sahaja boleh lafazkan. Kalau aku, biar. Biarkan si polan-polan itu bersumpah kerana bila dia berani untuk mengikat satu janji dan pengakuan dengan Yang Maha Besar diatas sana, kita manusia makhluk kecil sudah tidak punya kudrat atau kuasa untuk menghalang. Si bersumpah berani. Si bersumpah yakin. Si bersumpah sedang berurusan dengan Dia yang Maha Besar. Kita bantah macam mana pun, untung nasib si sumpah itu bukan dibawah kuasa kita lagi. Kebenaran bukanlah sesuatu yang akan datang bergolek selepas bersumpah atau tidak. Yang benar tetap benar, kita akan ketahui di sana nanti.


Sejujurnya, aku tak pelik bila makin ramai yang berani untuk mengangkat sumpah laknat begini. Aku tak pelik bila makin ramai berani menagih sumpah pihak lawan umpama mereka sekadar berbalas-balas pantun. Dalam Quran dah jelas ALLAH SWT memberikan amaran kepada kita semua dalam surah Al-Qalam yang bermaksud:

Maka janganlah emgkau patuhi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka menginginkan agar engkau bersikap lunak maka mereka bersikap lunak pula. Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela yang kian kemari menyebarkan fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas dan dosa besar. Yang bertabiat kasar, selain itu juga terkenal kejahatannya. kerana dia kaya dan banyak anak.

( Al-Qalam; 68 : 8-14 )



See? Dalam Quran terang-terangan ALLAH SWT dah mengingatkan kita semua akan ada orang-orang yang suka bersumpah dan suka menghina, dan senang-senang menyebarkan fitnah. Ulamak sendiri sudah berpesan supaya jangan senang-senang bersumpah kerana perkara ini bukan main-main tetapi pahlawan-pahlawan dalam gelanggang bertuhankan kuasa dan duit ini, cakap ulamak boleh cakap je la. Mereka lebih berkuasa sampai terlupa ada yang lagi berkuasa di atas sana tu.

Lagi satu, apa yang aku belajar dulu, kalau kes menuduh zina begini, perlu membawa 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat seorang saksi yang benar. Tak pulak ustaz dan ustazah aku ajar tentang sumpah menuduh zina begini. Hadis Rasulullah SAW pun menuntut bukti dari pendakwa, bukan sumpah laknat bagai~

Sabda Nabi saw , hadis riwayat Ibnu Abbas r.a di dalam Sohihain, Nabi s.a.w bersabda :

"Kalaulah manusia diberi peluang mendakwa (dengan sumpah) pasti akan ada yang mendakwa pertalian darah untuk mendapat harta mereka, akan tetapi (Islam) menuntut bukti dari pendakwa"


Maaf kalau aku salah. Maaf kalau ilmu aku tidak mencukupi dalam hal ini. Aku sekadar bertanya, inginkan kepastian kerana setiap yang dilakukan perlu penjelasan dan aku nak penjelasan tu. Bukan bodoh-bodoh aku nak mempercayai sumpah seseorang kerana bagi aku sumpah bukan penyelesaian yang solid.

Kalaulah dengan bersumpah begini semua bukti tidak lagi diguna pakai, senanglah penjenayah. Bersumpahlah ,maka sucilah mereka-mereka dari kesalahan itu. Senanglah kalau nak mendajalkan orang (maaf bahasa kasar) , kemukakan tuduhan fitnah kemudian bersumpah. Selesai kerja. Bala-bala..

My questions, apa mereka rasa lepas bersumpah begitu? Rasa suci? Rasa terlepas dari kesalahan kerana telah bersumpah? And, sumpah dengan nama agama, Tuhan, anak cucu Rasulullah yang dilakukan oleh seorang yang kita memang sedia tahu tidak mengamalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan, bolehkan dipercayai? Aku sekadar bertanya. I am 20 and I need guidance sebab aku dah celaru, konfius dan separa jelek dengan mereka-mereka yang begini. Yang bagi aku menjatuhkan maruah bangsa sendiri dan mengadun hukum mengikut acuan tembolok sendiri.


Dan aku baca tadi, Datuk Eskay dan bersumpah beliau berada di tempat kejadian video itu berlaku. So, polis bolehlah tangkap dan dakwa beliau kerana beliau dah mengaku terlibat.

 Heh.

Aku sekadar menulis apa yang aku nampak. Apa yang aku perhatikan. Apa yang aku rasa. Aku dah jelek.

4 comments:

kutu jalanan said...

Try bace blog ni..http://zul4kulim.blogspot.com/
dan ini...http://drmaza.blogspot.com/
nnt ade lg ak bg k..bebaskan minda anda..sesungguhnya cara Islam membawa kebenaran..walaupun dgn bersumpah..siapa berani dia benar..siapa takot dia salah...bukan begitu?

SaYaLiYaNaSaiDi said...

takut dowh bila sume nk sumpah2 cmni. ak xtaw r ak yg penakut ke apa tp sume dh senang2 nk bersumpah mcm ni. ak yg takot mcm ak yg wat sumpah tu. ak xde sebelah mane2 pihak, bg aku dua2 xbleh pakai. malu dowh bila ada non-muslim tnya,
memang islam senang2 men sumpah mcm ni ke? pdhl yg bsumpah tu pun x ikut ajaran islam. he asked that question. tlopong ak.
tapi tu r, dye da bsumpah, tggu tgk pe tindakan yg akn dye kena jela.. dye dh bsumpah mngaku dye bsalah..

SaYaLiYaNaSaiDi said...

eh, la abg man ke kutu jalanan ni. haha! xtaw.. br bka profile :P

ampun senior. hihi

kutu jalanan said...

haha..xp..semua orang ada pendapat..tp ap pon..kalau mereka tipu..mereka yg tanggung akibatnya...lihat dari segi positif..baca blog zulkifli nordin tu..itu bagus..dan eskay buat begitu semata2 ntok menyatakan dia bercakap benar..sebab semua orang cakap die tipu..dalam perundangan negara (mahkamah) pon bersumpah hampir sama mcm ni..kalo orang bkan islam tanya...jgn fikir negatif..diorang just nak tau..betapa mulianya sumpah ni dan betapa besar azabnya kalau menipu...sebab mereka benar...maka mereka berani bersumpah..(kalo mereka x benar..itu hubungan mereka dengan Allah)...kan? hhehe~ Positif~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...