Wednesday, December 22, 2010

NOBODY IS IMMORTAL: move on,LIYANA!

 " Nanti kalau result SPM elok, tokwan hantaq p belajaq kat Mesir,buat doktor.mau?"


Arwah Tokwan cakap masa kami tengah sembang-sembang satu petang lepas aku habis SPM.I was his favourite grandchild. Manja. Selalu mengusik Tokwan. Selalu kena usik dengan Tokwan. Tiap-tiap pagi sebelum Tokwan pergi pasar, Tokwan mesti tanya,:
"Nana nak makan apa hari ni?"

Kalau aku cakap nak udang galah besar-besar sekalipun,kalau tak dapat hari ni, esok lusa mesti Tokwan cari jugak sampai dapat. Tokwan call sana-sini tanya ada tak udang? Kadang-kadang Tokwan naik bas,pergi bandar semata-mata nak beli apa kami nak.Satu petang, Tokwan tengah untangled tali yang tengah berserabut,berselirat. Aku p kacau. Tokwan marah. Aku merajuk sebab Tokwan x pernah marah aku. Tapi lepas tu Tokwan pujuk balik. Tokwan marah sebab dye nak cepat,takut nanti maghrib tak sempat. Tali tu dye nak buat tanda tapak rumah kat tanah seberang jalan tu. Tokwan nak bagi tanah tu kat abah dengan mak. Tokwan suruh mak dan abah buat rumah kat situ. Tanah Tokwan bagi,jangan risau. Tokwan suruh tinggal dekat dengan dye. Tokwan cakap,Tokwan tak sabar nak duduk rumah baru.Lepas tu Tokwan suruh buat toilet besar-besar.Tokwan cakap senang kalau ada apa-apa. Toilet tu penting,semua orang guna. Aku senyum je. Macam-macam la Tokwan ni.Hehe.

Then result SPM keluar. Alhamdulillah, aku dapat 12 A. Orang paling seronok- Tokwan la! Tokwan cakap Tokwan bangga dapat cucu macam aku. Pandai,boleh la nanti jadi doktor,rawat Tokwan. Aku jawab kat Tokwan:

" tak mau la jadi doktor,bukan boleh rawat family sendiri pun Tokwan oii..nak belah isi sikit pun terketaq-ketaq taw. Nak kawen je la Tokwan.Haha!"  Aku melawak dengan Tokwan. Tokwan cakap kalau kawen pun dye boleh tanggung. Hehe..Tokwan..Tokwan..

2 bulan lepas tu, malam, Tokwan cakap dye sakit.Tokwan suruh telefon abah, bawa dye pegi hospital.Tapi abah baru balik dari kursus. Tak sampai rumah lagi. Abah cakap tunggu kejap,nanti dye sampai rumah kami kat Kulim,dye datang kampung.Tak lama,10 minit dah sampai sebab dekat.Kulim ke Junjong.10 minit je.Then malam tu jugak kami ke hospital. Tokwan suruh aku ikut,jaga dye. Masa sampai,Tokwan cakap dye nak masuk bahagian kecemasan.Aku dengan abah try uruskan tapi sorang doktor tu marah.Dye cakap teruk la kalau sakit perut sikit pun nak masuk kecemasan.Ramai lagi yang lagi teruk.Tak pe,aku cakap slow-slow dengan Tokwan.Tokwan pun tunggu.Bila dah sampai turn,doktor datang keluar jumpa kami.Doktor cakap,Tokwan kena tahan kat wad.Sakit Tokwan teruk.Time tu jugak aku jeling doktor lagi sorang yang marah-marah kami tadi. Terdiam doktor tu.
Malam tu,aku stay kat hospital dengan abah.Sebab Tokwan duduk dalam wad lelaki,abah je boleh masuk tunggu.Aku? Aku lepak kat foyer hospital dengan sepupu.

Then sampai masa,Tokwan kena bedah. Sebelum mula operation,sorang nurse keluar.
"Sape nama Nana kat sini?" . Aku la tu.Terkejut jugak tiba-tiba nurse panggil.
"Ni, Tokwan bagi suruh simpan.." . Nurse tu bagi envelope kecil dengan satu buku nota.Aku simpan,tak bukak pun.Then the operation started.Masa tu ramai sedara mara kat luar bilik bedah.Semua tengah berdebar-debar.Beberapa jam lepas tu,doktor keluar.Arabic.He spoke English so aku nak dengar la apa jadi kat Tokwan tapi sepupu-sepupu and pakcik-pakcik aku dah keliling doktor tu.Aku plak pendek.Terlompat-lompat kat belakang dowang,nak dengar jugak. Pembedahan Tokwan berjaya. Apendix. And Tokwan dah sets record.Pembedahan pertama apendix untuk 80tahun keatas yang berjaya. Amin.. Tapi..

Doktor tu cakap,masa bedah dowang discover sakit sebenar Tokwan.HEMATOMA.Ketulan darah dalam usus.Hope?Doktor tu x berani cakap.Sebab dye cakap,nak sentuh darah tu pun x berani.Kalau pecah,akan berlaku pendarahan dalaman.So,Tokwan just stay dalam ICU. Tokwan koma. Masa aku masuk tengok Tokwan dalam ICU,darah meleleh dari telinga,hidung.mulut..Aku mampu lap je.Aku tanya nurse,camne nak hentikan darah ni? Nurse x cakap pape.Dye tengok je aku.Xpe,aku faham.

Tak boleh lama dalam ICU,ada timing.So dah cukup 10minit,aku keluar. Tinggal mak dalam tu. Mak baru sampai dari KL.Meeting.Betol-betol aku keluar,baru nak duduk,mak keluar panggil abah and adik beradik mak yang lain.Lepas tu,semua keluar.Mak nangis.Pakcik dah geleng kepala.Kami semua dah faham.Tokwan dah xdak.Time tu aku rasa dunia aku dah runtuh.Semua gelap.Dah xde pape yang tinggal untuk aku.Tok dah rebah..Tapi aku x menangis.Sebab aku susah menangis depan orang ramai kalau aku sedih.Tapi,Tuhan je tawu dalam hati aku.macam kena hiris dengan razor blade..


its worse than this..

Dah beberapa hari Tokwan meninggal, baru mak cerita apa yang ada dalam envelope and buku nota yang Tokwan bagi kat aku tu.Dalam envelope tu,ada cash RM5k. Buku nota tu pulak,senarai harta Tokwan- tanah,hutang orang kat Tokwan dll. Semua terkejut Tokwan bagi aku yang pegang.Tokwan memang percaya kat aku sangat-sangat.Tokwan memang sayang kat aku sangat-sangat.Hilang Tokwan,setahun untuk aku recover balik.
Been thru depression.

menangis? tiap-tiap malam sebelum tidur.and setiap kali i'm alone.macam sekarang.
 

rasa nak mati pun ada.

 Dan aku tak buat Medic eventho aku dapat buat medic kat Mesir. Aku x fly.Aku pilih matrik.Dari Hayat,aku tukar Fizik. Aku tak nak jadi doktor sebab aku dah tak sempat nak rawat Tokwan.Aku give up.Ntahlah.

Setahun lepas tu aku berjaya recovered.Then Acik plak sakit.Breast cancer and bone cancer. Acik kakak mak aku. Makcik yang paling rapat dengan aku.Macam Tokwan,aku selalu mengusik Acik.Macam-macam aku buat dengan Acik.macam kawan instead of my aunt.Acik spoting.Tiap kali Acik kena pegi hospital,Acik mesti ajak aku teman.Acik xde anak.So aku ni Acik treats macam anak Acik sendiri. Banyak tahun jugak Acik sakit.Hakikatnya,Acik x gitaw kat orang lain sakit sebenar Acik.Acik just gitaw dye ada breast cancer.Balik dari hospital,Acik cerita kat aku dari A sampai Z sakit sebenar Acik.Hanya Acik,hubby dye,aku,doktor dan Tuhan je tawu.Dan aku simpan sakit sebenar Acik sampai sekarang.Sebab tu je kenangan yang tinggal antara aku dengan Acik.

Masa Acik tengah sakit teruk,Acik bisik kat aku:
" Along jadi la doktor, boleh rawat Acik nanti..Doktor kat hospital ni kasar-kasar..Sakit.."

Tuhan je tawu apa aku rasa time tu.I cant be a doctor.I'm not even a health bussiness student. Aku cakap kat Acik,aku x belajar medik.

"Xpa,Along jadi la apa pun. Buat jasa dengan orang.Tu je.."

Thats it.Shes gone.Malam jumaat jugak Acik meninggal.Macam arwah Tokwan dulu.Orang cakap meninggal malam jumaat @ hari jumaat ni bagus.Alhamdulillah.Semalaman aku teman jenazah Acik sebab kebumi esok pagi.Sorang-sorang aku teman jenazah Acik.Makcik-makcik tanya,tak takut ka? Hurmm..Masa tu aku ak teman Acik ja walaupun dye dah x nampak aku tengah teman dye.Still,it took me almost a year to recover.

My lost doesnt stop there.Masa minggu test 1 sem lepas,beberapa minit sebelum ambik test Vektor,mak call. They were on their way to Selama.Nenek dah meninggal. Time tu jugak aku rasa nak collapse. Aku nak balik Selama tapi abah x bagi sebab abah tawu aku tengah minggu test.So i just stay.Energy? Dah xde.Tapi hidup kena terus.Hurmm..

Jumaat pagi,hari terakhir kelas dalam sem 3 ni.Pukul 8.40am abah call.Tok meninggal.

Again.
I lost the one that i love so fucking DAMN much.10minit aku tergamam.Then baru aku boleh text Ayie and told him bout my lost.Then,call Fareez.Please,hantar aku balik rumah.

Emma,Naim,Ayie,Fareez: Thanks sebab teman aku kat rumah,masa kebumi etc.


Thats it.Until now,i still sit in my own pool of tears.





 Another year to recover perhaps?
I'm so tired of being here, suppressed by all my childish fears
saya terlalu penat berada disini, dengan rasa takut seperti kanak-kanak.

 And if you have to leave, I wish that you would just leave
dan jika kamu perlu pergi, saya harap kamu akan terus pergi.

Your presence still lingers here and it won't leave me alone
saya masih dapat merasakan kehadiran kamu,dan ia tidak mahu meninggalkan saya.

These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
luka ini seperti tidak mahu sembuh,pedih ini terlalu nyata.

There's just too much that time cannot erase
terlalu banyak sehingga masa tidak dapat memadamnya.

When you cried, I'd wipe away all of your tears
 bila kamu menangis,saya menyeka semua air mata tangismu.

When you'd scream, I'd fight away all of your fears

bila kamu menjerit,saya melawan semua ketakutanmu.




I'm bound by the life you left behind
saya terikat dengan hidup yang kamu tinggalkan.



I've tried so hard to tell myself that you're gone
saya telah mencuba terlalu kuat,meyakinkan diri sendiri yang kamu telah tiada.

But though you're still with me, I've been alone all along
tapi fikiran tentangmu masih bersama saya,dan saya sebenarnya keseorangan selama ini..

But you still have all of me...

damn.
love,
Liyana.

1 comment:

Anonymous said...

sedhnya tapi bersabar la..yg pegi tetap pegi..anda mmg sorg yg kuat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...