Thursday, December 16, 2010

RELATIVITY: makes imperfect perfect

hari tu aku ada tulis pasal FIZIK: bukan sekadar teori dalam Facebook.kenapa Facebook? kenapa bukan dalam blog? diskriminasikah? haha xde2. Facebook senang sket boleh tag-tag.then kalau aku masukkan dalam blog,aku akan mengarang x ingat dunia.biasalah,Liyana.kaki mengarang.

so now aku nak fokus 1 teori ja. RELATIVITY.bila dah ada pemfokusan,boleh la expand panjang-panjang.thehehe..

Relativity ni teori Albert Einstein.i idolise him.dari kecik lagi asyik dengar nama Einstein dari abah.dari telinga turun ke hati.terus suka dengan teori-teori beliau.suka je,nak jawab dalam exam hampeh jugak.berbalik kepada relativity, relativity bermaksud keadaan yang bergantung kepada frame of reference (FOR). simple words: lain tempat,lain pandangan. ala-ala lain padang lain belalang la. ye ke? ye kot.pun boley~ how Einstein simplelises (err ntah btol ke x pkataan ni) relativity:

simple relativity.hihi~


For me,relativity works best when observing people.setiap orang mempunyai FOR yang tersendiri kerana masing-masing meletakkan diri mereka dalam keadaan yang dikawal spacetime sendiri.aku anggap spacetime manusia adalah minda mereka sendiri.punya pemikiran sendiri.punya pandangan tersendiri. kalau Einstein simplekan relativity dalam kehidupan macam tu,ni versi aku pulak:

kalau kawan suka kat pakwe orang, mesti kau support suruh dye fight for him.
kalau pompuan lain suka pakwe kawan kau,mesti kau cakap pompuan tu gedik muka x malu.

bagi aku camni la relativity.bila kita dalam keadaan pertama,kita fikir macam ni. tapi bila keadaan berubah,lain pulak kita fikir.keadaan adalah FOR kita.dua kali aku ulang pasal keadaan dan FOR.penegasan ni.hidup manusia memang bergantung kepada keadaa.seperti mana space time berubah mengikut FOR,macam tu jugak la pemikiran dan rasionalisme minda manusia berfikir.berubah mengikut keadaan.

bagi aku,hidup manusia bergerak kerana situasi.hidup manusia berwarna-warni pun sebab adanya situasi.situasi sana situasi sini.dalam konteks relativiti aku ni,situasi adalah relatif.situasi tidak mempunyai satu nilai yang absolute.berubah-rubah.contoh pertama,pergaduhan atau perselisihan pendapat.

bila dua puak dah bergaduh,pastinya berpunca dari perselisihan pendapat.kau salah,aku yang betul.kau hampeh,aku yang benar segala yang benar.persetankan pendapat si polan itu.semua mesti ikut kepala otak aku.bagi aku orang macam ni memang dah jatuh tersungkur ditelan space time dye sendiri.macam cahaya ditelan black hole.susah dah nak escape.kena ada satu anti-gravity yang sangat kuat untuk sedarkan dye balik.susah susah susah.selain terlalu taksub dengan space time sendiri,dalam pergaduhan jugak la kita boleh melihat perubahan dari satu FOR kepada FOR yang lain.xfaham? meh nak bagi contoh.

          masa baik,semua benda setuju.berada dalam FOR yang sama.tapi bila berselisih,FOR berpecah.yang dulu setuju,terus x setuju.yang dulu suka,terus benci menyampah meluap-luap.sorang bergerak melalui +ve paksi x, sorang lagi -ve paksi x.dah xnak bertemu lansung dah.

lepas tu dah nama pun dalam FOR masing-masing,mesti la nak tegakkan FOR dan space time sendiri.macam yang aku tulis tadi,bila dah rasa kepala sendiri je betul,susah la.walaupun belajar tinggi-tinggi dan sedar setiap orang punya persepsi dan pendapat masing-masing,tetapi tetap x nak mengalah.tetap xnak consider keadaan orang lain.FOR sendiri,kita je tawu.minda sendiri,kita je tawu.
so consoder la kalau orang ada buat salah dengan kita.mereka ada FOR mereka sendiri.punya pemikiran sendiri.dan semestinya tidak dapat membaca pemikiran kita.apa kita x suka,apa kita nak.tambah-tambah yang mempunyai FOR penuh misterius.cuma mengharapkan orang memahami FOR beliau tetapi tidak menghiraukan FOR pihak lain.panas.panas.

kalaulah semua orang faham.kalaulah semua orang consider setiap orang punya FOR dan space time tersendiri,dunia akan jadi lebih baik.kenapa? kerana semua orang sedar dan mengambil kira perasaan dan pemikiran pihak lain.kenapa mereka melakukan kesalahan?kenapa mereka tersakiti hati kita? kerana mereka bukan berada dalam FOR kita.simple word,kita faham situasi mereka.mereka faham situasi kita.give and take.saling memahami.saling memaafkan.then our world will be a better place.

sebab tu la aku kata,relativity makes imperfect,perfect.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...