Wednesday, December 22, 2010

SAYA NAK JADI PRINCESS!!

Princess boleh pakai baju cantik-cantik..

Princess pakai tiara atas kepala. Cantik, bling-bling gitu~..

Princess kaya sebab ayah dye Raja. Nak apa pun semua dapat. Senang je hidup..

Princess cantik,semua orang suka..
beliau cantik!




Princess tah payah buat kerja berat-berat. Dye ada banyak pembantu..Kadang-kadang ada Princess yang ada Fairygodmother. Hayun je tongkat sakti dye, nahhh~~ Semua jadi kenyataan~

oh ibu peri sakti! hihi~
Princess itu..Princess ini.. Senang cakap kalau jadi Princess,semua cantik dimata. Semua senang. Semua terjaga. Hidup senang-lenang, tak payah bersusah-susah nak sesuatu,kawen pun dengan Prince Charming. Wow! ( nada Dr. Chong)~

Kalau tanya budak-budak perempuan,mesti ramai berangan nak jadi Princess. Mesti punya la berangan nak jadi Princess. Lepas tu suka tengok Disney Channel sebab Disney banyak buat cerita tentang Princess. Cinderella la, Sleeping Beauty la, Snow White la, Beauty And The Beast la, etc,etc.
Semua pakai baju cantik-cantik. Semua baik-baik sopan santun,lemah gemalai. Semua kaya-kaya. Semua ada Prince Charming masing-masing. Wahhh~~ (muka gatal~).


Aku dulu kecik-kecik nak jadi Princess apa?

Tak pun. Betol,aku tak nak jadi Princess. Tapi aku nak jadi Power Rangers la,Kamen Rider la, Ultraman, Spiderman la sebab dowang ni ada superpower! Lagi hebat dari Princess. Dowang ni boleh selamatkan dunia.
see?siap bleh angkat rasaksa lagi!

Princess dalam cite Disney tu, lemah. Selalu kena tunggu Prince Charming datang selamatkan, baru boleh hidup bahagia. Kalau sampai tua tak de sape-sape datang selamatkan? Kerepot la kau sorang-sorang. Haha!

Jom merepek pasal Prince Charming plak. Kalau sebut je Prince Charming,mesti muka mau hensem tahap paling karma, anak raja yang hebat, kaya-raya, gentleman dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.Kan? Korang nak Prince Charming camne? 

Yang tampan gile babas? Sampai perasan hensem?
sori,mak i xberkenan la.
Tak nak~~ Aku tak suka lelaki perasan hensem. Nanti tengok cermin lagi lama dari aku. Cehh~!

Then,yang gagah pastu datang naik kuda ala-ala romantik gitu?
wee naik kuda! gallop! or,..galok?

atau yang penah kena sumpah dengan nenek kebayan pastu needs true love kiss utk pulih?
putera katak! prince naveen! oh oh melayu pun ada la! putera ammar!
eh,huduh plak katak ni! nak yang comey sket lah!
haa...baru la de feel sket nak kiss. gulp~!!
Kecik-kecik dulu aku suka main dengan katak. Aku tangkap,then simpan dalam periuk nasik. Makcik aku bukak,terus pengsan. Terkejut! Bukan katak biasa naa..Katak bukit bai~ Besor oo! Mungkinkah putera katak jodohku? Pfffttt~!! Xnak kiss katak. Geli makk~~

Abeh tu? Nak yang camne?

Haha! Mak aku pernah cakap dulu.Carik yang biasa-biasa je la.Anak raja nanti jenuh nak berprotokol plak.Betol jugak.Nanti nak buat blog pun kena skema-skema. Ramai plak unfollow nanti.buhsan~!
Kalau dapat yang kaya-raya pun, kaya duit sendiri ke? Pehhh~!! Pedih ayat mak den! Mak cakap,setakat berlagak tayang harta mak bapak, nak buat pe. Campak kat tempat xde pe ,tengok bleh hidup ke x. haha! Tepat sekali mummy! Then mak cakap, pastikan bleh bawak teman shopping, tak kedekut. Thihihihi~~ Kan ? Kan?

Bagi aku, tak payah anak raja la nak jadi Prince Charming untuk seseorang. Ordinary man pun bleh jadi a perfect Prince Charming.

Actually, a best man is a man who is a good LISTENER, a perfect SHOULDER-TO-CRY-ON, and a superb LAUGH-MAKER. Kan?

Berbalik kepada Princess, tak perlu nak jadi Princess la kalau nak hidup yang sempurna.Tak de mende yang sempurna pun kan? Belajar berdikari. Belajar terima hakikat hidup sendiri sebab x selamanya kita akan ada peneman kat sebelah. Belajar jadi kuat terima musibah dan dugaan dalam hidup. Dan ayat-ayat ni ditujukan khas untuk diri sendiri.Hihi~ Tapi jangan sampai melawan hakikat yang wanita memerlukan lelaki dalam hidup.Kita boleh berdikari tetapi dalam apa jua keadaan, tetap kena ingat yangg wanita tetap berada dibelakang lelaki.Tetap perlu dipimpin lelaki.



Sebab tu aku tak nak jadi Princess.Sebab tu aku lagi berangan nak jadi superhero yang ada superpower. Kalau aku jadi Princess, komform ke ada Prince Charming nak datang selamatkan aku kalau aku dalam kesusahan? Kalau ada, best la.Kalau tak de? Nak tunggu sampai mati ke baru keluar dari masalah tu? Jeng jeng jeng!

Tapi kalau ada anak raja masuk meminang?

Anggap itu rezeki.lalala~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...