Thursday, December 30, 2010

HARAPANKU TINGGAL DUA INCI.. T~T

beberapa hari sebelum balik USM, gigi geraham rasa berdenyut-denyut. sakit la pulak. tapi wat dono jr dulu. then dah start sakit gila-gila, aku pun posing la depan cermin. nak tengok pe yang sakit sgt kt gusi ujung ni.fokus punya fokus.... AHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

ADA GIGI BARU NAK KELUAR DARI GUSI LA WEH!

YES! rasa dewasa gile time tu. dulu masa sekolah rendah, ada dengar kawan-kawan cite pasal gigi bongsu. dowang cakap askit gile kalau gigi tu nak keluar. time tu aku baru darjah Dua. 8 tahun. kawan-kawan cakap umur 18 tahun dan keatas baru gigi tu tumbuh. fuhh lega, ada 10tahun lagi. aku paling benci sakit gigi tapi suka jumpak doktor gigi sebab doktor gigi yang datang sekolah aku buat annual check hensem. ok berbalik kpd sakit gigi tu, tiap-tiap tahun aku fikir camne la kan kalau gigi bongsu tu tumbuh nanti. abah aku dulu sampai MC sebab gigi tu nak tumbuh. gile la! aku da cuak gile time tu. skang aku dah 19tahun.lagi 2 bulan dah nak masuk 20tahun. tiba saatnya gigi tu nak tumbuh,dan aku dah bersedia!

ye ke?

tak.. huhu sakit weh~ seksa gila nak makan. pastu kalau dah datang sakit tu,mula la mood x tentu hala.nak marah ada,nak nangis ada. memang gangguan emosi gile la.

aku cite kt ayie. dye pun cite la pengalaman dye masa gigi tu nak tumbuh dulu.masa MUET plak tu.memang seksa. tapi lepas g klinik,sedap je dye bantai KFC. xleh nak kata pe la kan. kalau dah kaki makan, memang selamanya kaki makan. then cite plak kat sape tah lupa plak.huhu. beliau cakap, kalau gigi tu dah tumbuh, dah x leh tinggi dah.

haaaa??????? DAH TAK BOLEH TINGGI???


masa tu dunia aku dah gelap...gelap gulita tiada cahaya dah... perkataan tak boleh tinggi tu betol-betol meragut jantung aku. aku dah x boleh tinggi? mak...along dah x boleh tinggi.. sob3~~

tapi aku cuba berfikiran positif. baru 1 je nak tumbuh, ada lagi 3 tempat kosong yang belum tumbuh. 1 gigi = 1 inci. so aku ada lagi 3 inci ketinggian yang boleh ditambah. 

amaran: ni teori aku semata-mata. xde kajian saintifik yg mengatakan keterlewatan pertumbuhan sebatang gigi bongsu menandakan masih boleh tinggi. dan kadar pertumbuhan gigi bongsu tidak berkadar langsung dengan ketinggi. tapi aku tetap berpegang pada teori gila aku tu. 

xpe lin..baru 1 je tumbuh,,lg 3 kosong kan,,3 inci lagi harapan yg tinggal untuk tambah ketinggian..

aku bermonolog dalaman utk menyedapkan hati..

khamis,30 Disember 2010, 7.00pagi

aku bangun gosok gigi.then rasa sakit gile kt gusi geraham atas. check punya check.. hah???!!!!

lagi 1 gigi nak kuar!


isk3... maka angan-angan nak tambah lagi 3 inci terhapus begitu sahaja.. dengan kekosongan lagi 2 gigi blom kuar,maka....

harapanku tinggal dua inci sahaja lagi..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...