Tuesday, March 1, 2011

TAK PAYAH MASUK DALAM KASUT ORANG LAIN OKAY!

Macam kasar dan huduh je kan tajuk entry ni. Translasi terus dari peribahasa Inggeris: Don't step into others shoe. Sebenarnya tak wujud pun peribahasa ni,aku yang memandai sendiri. Peribahasa sebenar adalah " step into someone's shoes ", bermaksud kita mengikut jejak langkah seseorang atau mengambil alih tanggungjawab seseorang.


Masuk dalam kasut orang lain ni kadang-kadang bagus. Bila kita cuba masuk dalam situasi seseorang ,kita mungkin akan lebih memahami keadaan beliau. Tetapi tak semua perkara kita perlu masuk kedalam kasut orang lain. Macam apa lagi kan ayat. Berterabur sana -sini.

Okay terus ke point utama entri kali ini. Menyibuk hal orang lain. Hey sumpah aku tak suka orang sibuk-sibuk hal aku. Aku pun tak suka sibuk hal orang sangat. Ada perkataan "sangat" kan, maknanya kadang-kadang sibuk jugak. Sibuk bertempat bak kata orang. Nak jugak back-up diri sendiri.
=,="

Kenapa aku tiba-tiba melalut tak tentu pasal tentang kasut ni?

Sebab aku geram. Aku rasa annoying gila. Aku rasa menyampah meluat me apa lagi tak taw dah nak taip. 
Aku ni jenis yang buat hal sendiri. Buat kerja sendiri. Bila buat kerja, aku selalu lupa dunia.Lupa makan, anak bini kat rumah dll. Gile kan. Tetiba ada anak bini. Dan aku jenis buat kerja tak ikut orang. Kalau aku suka, aku buat. Tak perlukan teman pun okay ja, kerja boleh jalan. Mak selalu pesan, be professional. 


Aku jugak ada hidup macam remaja lain. Kerja sibuk mana pun, kehidupan sosial perlu ada. Bukan so-sial sana sini. Bersosial pun ada kepentingan kerja. Ada relationship jugak. Ada Mr Left yang selalu teman aku sana-sini, support dalam apa-apa hal sekalipun. Bagi aku, hal peribadi dan kerja tak patut dicampur adukkan. Suami kau boss tempat kerja kau pun, di tempat kerja dia adalah bos. Kerja mesti jalan,professionalisme wajib ada.Suami kau bos tak bermakna kau boleh kerja senang. Tak boleh fokus kerja sebab kekasih hati dibawah satu bumbung adalah karut marut ja bagi aku. Hey,kena professional lah!


Lagi satu, aku pelik la dengan orang kita ni. Asal kau gf orang tu, kau WAJIB minat apa orang tu minat. kau WAJIB menceburkan diri jugak dalam minat dia tu. Kira macam you must step into your lover's shoe IF you really love him/her. Haisyhh! Aku pantang la benda-benda macam ni. Nak kena ikut, nak kena ubah cara hidup semata-mata sayang seseorang. Macam dah obses sangat. Dan kalau kau bukan macam tu pun, orang lain mesti espect kau kena buat macam tu. kau kena ikut kekasih hati kau punya minat. Perlukah?


Tak. Terus terang aku cakap, TAK. Tak perlu. Bagi aku, kau sayang macam mana pun, masing-masing punya hidup yang tersendiri. Tak perlu interfere dengan rutin hidup orang lain kalau tak diperlukan. Tak perlu la kan kalau bf kau main tenis, kau pun WAJIB dengan drastiknya kena main tenis jugak. Gf kau gimnas negara, kau pun nak terhegeh-hegeh lentikkan badan bergimnastik jugak ka tanda sayang ? Please~


To love somebody is to respect each others life. Sayangkan seseorang bermaksud kita hormati pendirian,keputusan dan cara hidup orang itu. Belajar menerima kekurangan dan tak malu untuk berkongsi kekurangan. Aku tak rasa aku perlu dengan drastiknya ubah gaya hidup, gaya kerja dan rutin aku semata-mata kerna aku ada bf. Beliau hormat dan faham minat aku, kenapa orang lain nak sibuk-sibuk pertikaikan different path yang kami pilih? Aku tetap dengan dunia pengurusan dan kononnya 'be professional' aku tu dan beliau dengan dunia beliau. We are different. Kami memang berbeza tetapi perbezaan itu yang buat kami bersama. Senang untuk bersatu kerana berkongsi minat dan haluan yang sama tetapi bukan mudah untuk bersatu dengan jalan yang berlainan. Kalau mampu menyatukan jalan yang berlainan,bukankah itu hebat?


Bagi aku, kalau kita jatuh hati dan boleh menerima seseorang kerana beliau menepati citarasa kita, sentiasa berada dilandasan yang sama dengan kita dan berkongsi semua minat yang sama, itu klise. Itu bukan apa-apa pun. Tetapi jika kita mampu menyayangi seseorang kerana perbezaan yang ada diantara kita, itu hebat. Itu kelainan yang tak semua boleh terima.


Kami berbeza haluan tetapi berjalan seiringan.
Itu yang aku mahu. 
Cukup.




Jangan harap aku akan masuk kedalam kasut orang lain hanya kerana aku sayang mereka.
Aku lebih selesa berjalan dengan kasut sendiri.










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...