Sunday, February 27, 2011

MANUSIA PATHETIC. Macam Hahahaharam!



Korang pernah kenal dengan orang yang menyakitkan hati nurani korang yang suci murni tak?  Kalau korang jawab pun macam la aku dengar kan. Aku ada kenal dengan sorang mamat ni. Kenal kat FB je la. Aku pun tak tawu abad bila aku approve beliau  dia dalam FB ni. Rasanya zaman mula-mula buka akaun FB dulu. Semua orang aku nak approve walaupun tak kenal. Akal tak berapa cerdik lagi masa tu. 


It started bila beliau dia wish birthday aku exactly SEBULAN lebih awal. Wow! Memang aku sangat-sangat terharu dan berterimakasih bila ada orang ingat birthday kita awal dari orang lain. Lagi terharu bila orang tu kita tak kenal langsung. Perfect Stranger  bak nyanyian Deep Purple.

Tetapi  cinta tak selamanya bahagia. Tetibe kan~Bila masa aku bercinta dengan beliau dia. Sehari sebelum test Statistikal Fizik , aku post satu status tentang tips arwah Tokwan aku bagi masa aku nak SPM dulu. Camni bunyi status FB yang tak berbunyi tu:


Sampai sekarang aku ingat tips tu. Then tengah seronok study sambil layan komen kawan-kawan,ada satu makhluk ni komen. Mula-mula terangkat jugak satu kening aku. Pelik dengan komen beliau dia. Takpe la, mungkin sekadar peringatan tapi dah lama-lama ,komen beliau dia memang menyakitkan hati.




See? Beliau dia macam mempertikaikan ilmu yang aku belajar. Tak taw la mungkin aku yang emo sorang-sorang sebab tension belajar tapi kawan aku pun ramai tak puas hati dengan komen beliau dia.  Sangat sinis tetapi dalam masa yang sama menunjukkan kebodohan dan kecetekan ilmu beliau dia.

Fine, mungkin beliau dia nak ingatkan aku untuk selalu baca Al-Quran tetapi bagi aku, cara beliau dia salah. Tak tepat. Beliau dia tak patut pertikaikan ilmu lain selain ilmu agama. Beliau dia patut menghormati hak orang lain. Ahh! Penat la nak strikethrough setiap perkataan BELIAU dan gantikan dengan DIA sebab bagi aku tak layak untuk panggil BELIAU sebagai BELIAU. BELIAU hanya digunakan untuk orang yang dihormai. Macam ni punya attitud, tak layak untuk aku hormati. Huh! Emo ni, emo!

Aku ingat komen-komen menyakitkan hati dia dah berakhir tetapi semalam, dia komen satu video pasal kekalutan politik kampus UPM.Macam biasa komen menyakitkan hati aku dan kawan aku lagi sorang, Mr SS. Aku IM Mr SS, agak warning la pasal mamat pathetic tu tapi Mr SS cakap relax ja.Kita tengok sapa lagi sarcastic. Panas,memang panas. Dia komen ntah apa-apa, pertikaikan kebenaran video tu dan sebagainya walhal dia sendiri tak pernah terlibat dengan politik kampus mahupun politik kampung. Komen menyindir tapi bila diri sendiri dah tersindir, dia mula merapu pasal kencing berdiri la mencuri la.. Nampak sangat IQ rendah. *Sigh~*

Seriously aku memang dah menyampah dan bengang dengan dia tapi Mr SS slamber je layan, psiko balik mamat pathetic tu. Last-last aku biarkan je. Dah menyampah nak layan. Dasar lelaki tak hormat perempuan.
Kalau dia aku dah tak suka, dengan keturunan dia sekali aku tak suka! <--- Ni ayat drama apa ntah aku dah lupa. Tehee..



Aku tak taw la nak kata pe dengan orang yang macam ni. Selalu nak sindir-sindir pendirian orang lain, nak kecilkan pandangan orang lain dan merasakan mereka cukup hebat tetapi hakikatnya, HABUK PUN TARAK!  Bila dah terkena dengan kata-kata sinis sendiri, mula la nak melalut tak tentu pasal sampai terkeluar dari topik sebenar. Tiba-tiba je masuk bab kencing berdiri la, mencuri la padahal topik asal pasal kuih bahulu. Jeng jeng jeng. Jangan carik pasal dengan seorang sarkastik bak kata Mr SS.

Dan aku cukup pantang orang yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sediri. Macam mamat hahaharam tu. Konon nasihat guna agama tapi dia sendiri ntah apa-apa.

Nasihat aku untuk orang-orang seperti ini, hentikan lah nak merendah-rendahkan orang lain. Aku dah cukup rendah dengan ketinggian kurang dari 160cm. Tak payah lah nak bertekak tentang benda-benda yang korang sendiri kurang jelas faktanya. Hentikanlah nak bertekak dengan aku sebab dalam FB memang aku gelak-gelak  walaupun emo dalam hati . Tapi kalau jumpak depan-depan,tak selamat dah kau. Aku bakor! Aku bakor! Tolong la, aku mintak sangat-sangat jangan kembalikan sikap panas baran aku ni. Penat taw kaunseling bertahun-tahun tetapi sebab kau sorang yang macam sampah, aku jugak yang rugi.

Yang aku pun galak jugak melayan kan. Hampeh.

Ahh, Mr SS pun dah blog pasal mamat hahaharam tu . Silalah baca.
:)




p/s: aku dah reti print screen. Haha!

2 comments:

selipar terbang said...

nugget nak secucuk... tempura nugget u know...

SaYaLiYaNaSaiDi said...

wow tempura nugget!
i loike taww~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...