Tuesday, February 8, 2011

ARTIS PROGRAM REALITI DITANGKAP BASAH!

Kelmarin , lepas kelas aku datang Bilik Gerakan NRIC kat Dewan Budaya. Memang dah jadi bilik kedua aku selepas library USM.

Hurmm, pagi-pagi pun nak menipu ke Liyana oii??!!!

Ok la, aku berlaku jujur disini. Aku mana penah masuk library USM lansung. Huhu.



Kelas habis pukul 5.00petang. Dari kelas kat DK V, terus jalan pergi DK SK ambil moto. Kenapakah? Nanti aku cerita kenapa moto aku jauh sangat parkingnya~

Dah ambil moto, teruslah aku memecut datang bilik gerakan. Ada Rina, Ikmal, Safwan Affelay. Saje letak nama FB Safwan. Haha! Ikmal tengah membuta. Sedap jek tido huhu. Then Rina and Safwan pegi kelas bahasa, tinggallah aku dengan Ikmal. Tak lama kemudian Ikmal pun berlalu pergi meninggalkan aku sendirian dalam bilik tu.


Padahal aku yang suruh dia balik dulu. Theheehe~


Apa aku buat?

Study la.

Menipu lagi!

Ok la, aku layan blogwalking and Facebooking guna komputer bilik gerakan. Yelah orang guna netbook ja, kecik sangat skrinnya. Sekali dapat PC flatscreen plasma besar gedabak macam ni, puas la !


Tenung punya tenung, renung punya renung skrin monitor PC ni, tiba-tiba rasa bosan. Mengantuk pun ada so aku ambil keputusan penting untuk balik bilik. Masa tu dah pukul 6.30pm. Log out Fb, sign out Blogspot, dan tutup segala tabs yang terbuka kat Google Chrome ni, dengan selambernya aku nak telangkupkan monitor ni.

Huhu~~

Nak tutup laptop camni la aku nak buat kt PC tu. Huhu


Ala-ala macam kita dah tutup laptop, mesti nak tutupkan monitor beliau sekali kan.Camtu lah aku hampir-hampir buat kat PC bilik gerakan ni. Kalau la betol-betol tak sedar itu PC bukan laptop, dah lingkup la gamaknya PC ni pecah berderai sujud kebumi. Huhu~

AMPUN~~~









And, tajuk tu saje je buat gempak. Thehehehe ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...