Saturday, February 26, 2011

20 IS TWO ZERO

Aku dah 20 tahun.


Aku dah 20 tahun.

Aku dah 20 tahun.


Ntah hape-hape je kan. Macam orang lain tak pernah masuk 20 tahun. Hampeh. Hey mak aku dah 20 tahun dua kali tau! ( 20 x 2 = 40 tahun. Hehe)

19 Februari 1991, 12.03 tengahari, Hospital Daerah Selama, Perak, mak aku dengan susah payahnya mengeluarkan aku dari rahim beliau. Orang tua-tua cakap kalau lahir tengahari rembang macam ni, sah-sah ketegaq a.k.a degil suka buat kepala sendiri. Ya ka?  Haisyhh mana ada.. Aku budak sopan daa. Pandai-pandai ja buat cerita. Hisyhh, kecik hati i taw~~


Aku rasa aku budak baik tapi hasil penceritaan Opah dan arwah nenek aku termasuk makcik-makcik sedara mara lain mengatakan sebaliknya. Opah cerita, kecik-kecik dulu aku buas gila. Haisyhh! Mana ada.. Aku rasa aku sopan, adorable, kissable, huggable dan segala able yang ada. Setakat suka tangkap katak letak dalam periuk nasi, terjun longkang, sembur baju jiran kat ampaian dengan air longkang air mawar , keluar merayap pekan Grik sorang-sorang malam hari, baling benda apa ntah aku pun dah lupa kat sorang makcik sampai menangis kegelian makcik tu, dll. Alah, apa lah sangat~ Budak-budak kan..

Makcik cite, aku selalu hilang dari pandangan. Sebab masa besdey aku ke 4tahun, mak aku beli Cloak of Invisibility macam dalam cite Harry Potter tu so bila pakai jubah tu, aku pun hilang jadi invisible. Nampak sangat menipu kan? Padahal kaki merayap tak sudah. Satu blok polis tu aku pegi ziarah, balik ja penuh coklat dalam poket. Taktik tu, taktik. Hehe. Berbekalkan wajah comel , apa pun dapat. Haha.

Makan tidur belajar main gelak menguap garu kepala marah nangis senyum kutuk orang mengumpat tiru lab report senior ponteng kelas bla3..

Dah 20 tahun hidup.
Dah 20 tahun jadi anak mak dan abah.
Dah 20 tahun merasa nikmat hidup atas Bumi Tuhan ni.
Dah 20 tahun hidup dalam kecomelan.
Tetibe kan~ Hehe..


I celebrated my 20th birthday di Langkawi. Langkawi yaww! It starts with stargazing 18hb Februari. Pukul 12am, someone whispers dengan penuh secretnya di telinga beta.

"Happy Birthday !@#$say*ng%^& "

Wee~~ Tersengih sorang-sorang kat situ. Hehe. Then dapat nyanyian lagu klise Happy Birthday dibawah bintang oleh team Astronomi terchenta! Thanks gays!  Eh, guys!!

Bangun pagi tengok Sunrise, then island hopping naik bot laju , tengok helang, pulau itu pulau ini, sambung merempit dengan bot laju, jalan-jalan tepi pantai dgn Mr Left, kuku tangan abeh cedera parah sebab galok main air laut ( kulit sensitif tak leh kena air yang tercemar, air garam, sabun dll). Susah taw nak jaga I ni. Maintainance tinggi. Hebat oo mak abah boleh bela sampai 20 tahun. Hehe.

Petang buat roket dengan adik-adik Pulau Tuba. Ahh,lupa nak gitaw, aku pergi Langkawi dengan KAKUSMA. Ada program baktisiswa kat sana dan Kelab Astronomi USM dijemput sama. Lepas buat roket, malam lepak baring-baring tepi pantai depan chalet. Lupa jugak nak cakap, chalet aku betul-betul mengadap pantai. Hehe best oo. Sekali air pasang,sampai depan pintu airnya. Huhu. Watching high tide  under the full moonlight, feeling the breeze of the wind and all the nyamuks with Mr Left, it is 20 man. Really 20.

Hadiah terbaik yang aku dapat for my 20th birthday is a FAILURE. Yep. Kegagalan pertama dalam hidup. First time menangis bagai nak rak sebab gagal. First time rasa apa itu kegagalan lepas bersusah payah berusaha. I told my dad and he was very grateful i failed. Abah cakap,

" Welcome to REAL LIFE, where you have to face success and failure and all.."

Terkejut aku. Other parents rasanya memang melenting habis dah kalau anak mereka gagal. Tapi abah aku tak. He smiled. Beliau bersyukur.  Abah bersyukur aku gagal sebab abah cakap, gagal itu hidup. Abah cakap kalau aku tak pernah gagal, sampai bila-bila pun aku takkan rasa nikmat berjaya.

Betul cakap abah. 20 tahun hidup, aku dapat apa aku nak dengan usaha yang tidak seberapa. Dari kecil memang orang selalu puji otak aku bagus, senang faham apa-apa pun. Pergi tadika, cikgu mengajar ABC, aku baca surat khabar kat pintu. Darjah 3, aku lompat kelas sebab tak suka pakai uniform sekolah. UPSR,PMR straight As. SPM, berbelas-belas A. Seriously,with less study. Aku memang pemalas study. Pemalas masuk kelas. Pemalas pergi sekolah. Pemalas buat kerja sekolah. Selalu ponteng kelas. Tapi selalu dapat apa yang orang lain usahakan bersusah payah dengan mudah.

SPM contohnya. Aku sangat malas baca buku. Ask my parents, pernah mereka nampak aku study? Komform gelak kaw kaw punya. I just said and think what i want, then i'll get it. Beberapa hari sebelum SPM , aku rasa nak dapat more then 10 As. Saja nak pecahkan rekod sekolah sendiri that was 9As. So I did it. 12As in a row.  Yep, bunyi macam hebat je kan tapi aku tak pernah rasa seronok sangat sangat sangat dengan any kejayaan yang aku dapat. It was just like "Owh,ok. xx As. Ok."

Tak pernah rasa seronok yang sangat sangat sangat macam orang lain. Honestly, aku tak pernah kisah apa aku dapat. Tak pernah rasa nak peluk-peluk result apa-apa public exam yang aku dapat. It was just like I did it and thats it. Seronok dengan kejayaan tu tak pernah ada.

Kenapa?

Sebab yang macam abah cakap, aku tak pernah gagal. Aku tak pernah berusaha untuk achieve something. And now, i faced my first failure in life. Dan aku berusaha. Pertama kali aku berusaha dan aku gagal dengan usaha itu. Rasa macam dunia dah berakhir. Rasa macam hidup aku dah gelap. Tetapi tidak bagi abah. Abah bersyukur for the first time, anak beliau gagal. Abah cakap, dare to fail. Life isnt a fairytale. Physicists zaman dulu-dulu pun ramai yang berjaya hasil dari kegagalan mereka. Start living as a real human he said. Dare to fail!


Yep. Bila aku dah gagal dan aku berusaha untuk bangun kembali, dan aku berjaya, fir the first time jugak aku rasa seronok gile gile gile dengan kejayaan itu. Baru terasa nikmat satu kejayaan bila kita pernah gagal. Itulah hadiah hari jadi ke 20 yang paling bermakna dalam hidup.


Aku sudah merasa apa itu kegagalan dan kegagalan itu membuatkan abah aku bangga. It makes me a REAL HUMAN .


Apa yang aku gagal? Biarlah rahsia.

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...