Monday, February 7, 2011

BAHASA REMPIT:MODEN LA SANGAT

Aquwh wase aquwh okew jew macam niew.. korunk tak syukew korunk punye pasal la aquwh bla3....


Hakk tuih!!

Tudia, ambik hang! Menyampah kot kalau dapat SMS or komen-komen macam tu.  Macam hape lagi bahasa. Aku tak paham oii!!

butiran SMS diblurkan atas sebab copyright.haha







Aku nak tanya sikit, ni bahasa apa ni? Melayu bukan, English bukan, Mandarin lagi la jauh panggang dari api. Jauh Liyana dari study. Eh? Salah peribahasa. Kantoi sudah pemalas study~

Kalau tak silap, ni bahasa SMS zaman sekarang. Zaman aku mula-mula pegang handfon cap ayam dulu, huih tulis mesej skema! Tak reti lagi nak shortform shortform ni. Kalau nak ringkas pun setakat sukukata yang ada aksara lain boleh gantikan contohnya 'nanti = nanT' , 'nampak= 6pak' dll. Lepas tu tatabahasa still jaga . Sayang bahasa bai~ Merapu kot mana pun bahasa tetap kena jaga. Ejaan ringkaskan je, tak dak nak melebih-lebih over the rainbow gitu.  

Tu zaman aku dulu la. Awal 2000. Zaman dulu-dulu. Sekarang mana tulis dah mesej macam tu. Kalau boleh twist perkataan tu, twist gila-gila sampai aku nak muntah bila baca. Orang kata, bahasa rempit. 1 mesej dekat sejam nak interprete apa maksudnya. First ku dapat mesej macam tu dari adik aku. Hoh! Minah tu memang la rempit sejati walaupun kalah kalau race dengan aku. Tapi tolong la faham kak hang ni hidup zaman dahulu kala. Dah masuk 20-an. Tak reti dah wei nak mesej ayat-ayat macam tu. Aku rasa macam kena kejutan budaya pulak. 

Kalau tak reti mengeja, meh aku boleh ajaq mengeja. Malu bertanya sesat jalan.




Bila aku tegur apasal type mesej macam hahahaharam lagi, beliau cakap tu la trend zaman sekarang tulis mesej. Tuddiaaaa~~~ Jauhnya aku dari arus permodenan.. Terkebelakangnya aku dari zaman siber moden canggih ni. Tiba-tiba rasa tua gila. Rasa dah cukup syarat nak kawen boleh jadi mak budak dah. Hehe tetibe je kan~ Tetttttttt~!!



SMS atau Sistem Pesanan Ringkas ni, kalau dari namanya, PESANAN RINGKAS. Maknanya nak ringkas seringkas yang boleh la kan. 1 mesej dah bape sen. Mak aku cite dulu mula-mula ada SMS ni 1 mesej 5kupang oo.. Atau bahasa bakunya, 50sen. Mahal tuh!  Ok berbalik kepada format SMS ni, dah nama pun pesanan ringkas, what the hal la kan budak-budak sekarang ni nak memanjangkan perkataan yang pendek. Contohnya, 'aku' dah jadi 'aquwh'. Gila pa bagi panjang macam tu. Space management tak baguih budak-budak ni. Tak reti jimat lansong! Dari pendek-pendek 'aku' boleh jadi 'ak' , nak bagi panjang plak dah aquwh la, akuw la, aqew la. Tergeliat lidah aku nak menyebutnya taw dak?! Marah ni, marah! Sebab korang buat aku rasa tua. Huhu.


Terfikir jugak aku yang dah tak muda ni kan, tak makan masa ke dorang nak type perkataan pelik-pelik macam tu? Orang SMS type laju kemain, ringkas seringkas mungkin. Ni tidak, style la konon kan. Style la sangat.


Hey! Aquwh mhenci taw korunk type msg cam tuw ! Cucah nak bacew taw! Heww ta syukew larh! Cayunk korung syemue~~ 


Cehh~!


Ahh! Nak promote 1 grup ni~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...