Saturday, February 5, 2011

ALBERT EINSTEIN DISAKAT HANTU

Korang percaya pada kewujudan Hantu? Bunian? Makhlus halus? Entiti misteri? Sem ni Liyana Saidi dapat dekan? Yang last tu memang tak boleh dipercayai lansung. Merepek je!

huu takot!



Ada yang percaya sampai sanggup beli peralatan canggih manggih macam Pakcik Seekers tu. Ada jugak yang so-so la percaya atau tidak.Tunggu jumpak dulu baru tetapkan hati untuk percaya. Ada jugak yang lansung tak percaya. Karut marut merepek katanya. Aku? Aku so-so la. Sebab abah aku penah cakap hantu tu datangnya dari prinsip keabadian tenaga. Kecik-kecik dulu pernah terkena masa tengah melompat-lompat atas katil dengan adik pompuan aku. Lompat punya lompat sampai mengabaikan perihal dunia luar, bila berpusing 270' lantas memandang cermin solek mak aku yang besar tu, nampak tiga orang plak yang melompat atas katil tu. Aku, adik aku dan seorang wanita pakai jubah kelabu kepala beliau tak jelas blur-blur. Maka dengan itu aku pun melompat-lompat terus ke dapur cari mak aku. Haha penakut!


Lepas tu masa kat matrik,pun terkena lagi sekali. Study week, buat rajin la kan study sampai 3,4 pagi. Pukul 3 pagi aku keluar g tandas nak ambik wudhuk. Hampeh betol pukul 3 pagi baru nak g semayang Isyak. Masa otw g tandas rasa semacam,then tengah-tengah ambik wudhuk tiba-tiba rasa tempat wudhuk tu panjang gile-gile. Macam ruang waktu aku dah ditarik-tarik. Nak bergerak gila punya susah. Berat! Memang la dah berat tapi bertambah-tambah berat. Terkaku kat situ. Nasib baik la tak nampak apa-apa kalau tak takkan aku nak berlari balik rumah cari mak aku jugak.

lebih kurang cam ni la yang jadi kt tempat wudhuk tu.


Aku teringin jugak nak tahu kenapa jadi macam tu tapi otak tak berapa genius nak explain secara saintifik sambil pebetol spek mata macam orang-orang genius selalu buat. Then tadi pagi mak aku tegur adik bongsu aku yang darjah 4 tu semayang Subuh cepat sangat. Adik aku slamber je jawab:

"Ala mak dalam toilet, memang la mak rasa cepat padahal sama je Bibin solat tadi. Bila mak dalam toilet, masa mak berbeza dengan Bibin.."

Wah selamber badak je adik aku sorang ni konon macam berlakunya Relativity antara mak aku dan dia dan dia tidak bersalah dalam hal ni. Tapi tersenyum jugak la bila dengar. Ada harapan jadi Physicist mamat pendek ni. Alhamdulillah..Then tengah-tengah masak tadi, tiba-tiba mentol menyala atas kepala bila mengelamun fikirkan kata-kata adik pendek aku sorang ni sampai tak sedar dah terhiris jari sendiri. Yess! Teori hantu!

Apekah?

Masa tu la segala pengalaman di 'flashback' balik. Orang kita selalu bercerita, tak pun aku baca dalam buku cerita teladan kanak-kanak dulu, kalau kena sorok dengan hantu, tak pun orang bunian, orang yang disorok rasa sekejap je tapi kita kat dunia sebenar, cari sampai 2,3 hari. Kadang-kadang sampai seminggu cari tak jumpa. Baru nak buat iklan budak hilang sape jumpak dapat RM xxxxx, tiba-tiba muncul balik. Muka poyo ja tak ingat  apa-apa. Then kadang-kadang orang cerita bila jumpak hantu, rasa macam kat dunia lain. Lebih kurang macam aku kena tu la. Tiba-tiba tempat tu rasa panjang gile, macam ditarik-tarik. Kalau nak lari rasa macam melayang-layang dan pelbagai reaksi tak masuk akal lagi. Ada yang tiba-tiba masuk tempat lain. Kononnya dah masuk kawasan bunian. 


Kenapa jadi macam tu? Pendapat aku la kan, sebab kita dah masuk ke Frame of Reference yang lain. Dah masuk ke ruang masa yang lain. Orang kita cakap,kita dah masuk dunia lain la. Dunia mereka-mereka tu. Sebab tu kita rasa macam tempat tu berubah, tempat kita macam ditarik-tarik, dikecut-kecut dipenyek-penyek ruangnya. Mungkin sebab kita dah masuk ruang masa yang lain. Dan sebab tu jugak la kita cuba berlari tetapi tak boleh. Kaku. Berat nak bergerak. Dan masa pun berubah. Kita rasa lama gile tapi sebenarnya beberapa saat je dan sebaliknya. Ingat tak konsep Relativity ada 3 perkara: Time Dilation, Length Contraction dan satu lagi lupa plak. Haha! Ke memang dua tu je wujud? Hoho~  

Dan bila kita dah sedar, mesti jadi agak biol sikit. Pendapat aku mungkin sebab minda kita dah terbiasa dengan ruang masa yang ini. Bila dah tiba-tiba tanpa sebarang persediaan mental, termasuk plak ruang masa lagi satu, susah la minda kita nak adapt. Tubuh badan kita pun macam tu jugak. Kita berfikir kita masih di dunia kita padahal kita dah enter satu medium lain. So pemikiran dan persekitaran bercampur-aduk lantas menghasilkan satu kekonfiusan terlampau. Ala-ala macam kita nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua la. Huu ingat senang ke? Konflik emosi oo.. Lalala~~~


Ni sekadar pendapat aku je. Tiba-tiba dapat idea ni masa tengah memasak. Tak sia-sia la mengelamun sampai terhiris jari sendiri. Kalau salah, sorry la. Free country maa~~ Aku punya hak untuk bersuara. Konon la kan padahal merosakkan teori orang lain je. Terfikir jugak aku, macam mana la kan si Einstein tu boleh dapat teori Relativity ni? Agak-agak la kan, dia pun penah kena sakat dengan hantu macam aku kena tu la kot sampai terkeluar teori frame of reference dan relativity tu. Mungkin. Mungkin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...