Monday, February 7, 2011

KENAPA TAK GENIUS?

 ***

Lepak-lepak lepas kelas, landing-landing atas katil, tiba-tiba terfikir. Macam mana la kan saintis-saintis zaman dahulu boleh dapat formula, teori , prinsip yang gila-gila macam aku belajar sekarang ni. Zaman dahulu, teknologi pun kurang. Komputer pun takdak. Mungkin sebab dorang takde Facebook so lebih banyak masa diperuntukkan untuk berfikir dari berchatting. Haha! Kenapa la kan Mark Zukerberg-ntah pe-nama-dia-aku-lupa tak hidup zaman dulu. Kalau tak mesti aku dah genius sekarang, asyik study ja. Konon la kan. Haha!

Seronok bila bosan-bosan, baca sejarah saintis-saintis Fizik ni. Sir Isaac Newton contohnya, menemui Hukum Graviti apabila sebiji epal terjatuh klekuk! atas kepala beliau. Siapa sangka kan, sebiji epal yang terjatuh diatas kepala seseorang yang sedang berehat dibawah pohon epal boleh membuahkan satu hukum Fizik yang sangat hebat. Wah gitu~ Skema ayat aku. Haha!

Lepas tu aku terfikir , kalau la aku yang berehat-rehat dibawah pohon asmara tu, dan sebiji epal ditakdirkan jatuh atas kepala aku, agak-agak dapat ke Hukum Graviti tu? Rasanya, TAK. Aku tak segenius itu untuk tiba-tiba fikir pasal tarikan graviti semata-mata kerana sebiji epal jtuh klekuk! atas kepala aku. Kalau buah kelapa yang jatuh sekalipun, aku tak yakin boleh discover graviti bagai macam Newton ni. Silap-silap aku maki hamun lalala ja buah epal tu, pastu buat sedap makan macam tu ja.





Heww~~ Sedih pulak bila mengenangkan nasib badan tak genius. Dah la belajaq pun malas. Dari tadika sampai la sekarang, cukup liat nak pegi kelas. Huahuahua.. Dari tadika ok aku memang pemalas baloq liat bak kata orang utara kalau nak pegi kelas,nak pegi sekolah. Pegi sekolah, kalau boleh duduk kat belakang, paling belakang la aku duduk. Senang nak tidoq. Hoho~~ Sendiri yang pemalas, dok mengeluh tak genius genius sampai sekarang. Hampeh.


Tak pe la, bak kata mamat yang pernah bergaduh kat padang belakang rumah aku,

Biaq tak pandai, asalkan aku tak bodoh!


Huuu~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...