Tuesday, February 8, 2011

IDEA DOESN'T COME WITH AGE: TUA TAK SEMESTINYA BIJAK!

 ***

Semalam , pukul 2.30pm aku ada meeting dengan Prof Asma, TNC R&I USM untuk hal-hal penghakiman NRIC 2011. Walaupun tahun lepas aku dah join NRIC tapi aku tak pernah berurusan dengan Prof Asma. Sekadar dengar cerita dari kawan-kawan, Prof Asma sangat best. Jadi semalam aku ikut Deepa, HOD Hakim meeting dengan Prof Asma, teringin nak jumpa beliau in person. Padahal kalau aku tak berkeinginan nak jumpa Prof pun, memang kena ikut sebab department Hakim under surveillance aku. Hampeh je.


Walaupun buat semangat sampai Canselori pukul 2.15pm, tapi last-last boleh jumpa Prof dalam 2.45pm macam tu. Biasa la orang busy, kena la faham. Bila dah jumpa Prof, penantian di kaunter wing R&I USM selama 30minit lebih sangatlah berbaloi. Mula-mula aku malu gila nak bercakap sebab memang fitrah aku pemalu bersuara. Betol. Tolong la percaya. Tapi lepas Prof pot-pet macam-macam, mulut aku pun sama naik ja dengan Prof. Haha! Malu aku selalunya tak lama. Dah ada peluang bercakap,tunggu apa lagi. Bincang macam-macam dengan Prof. Then baru aku sedar aku lagi banyak diskus dengan Prof dari Deepa sendiri walaupun tengah bincang pasal department Deepa. hehe sorry Deepa. Thing just happened. Lalalalaa~


Kata-kata Prof yang paling aku ingat was :

"Idea doesn't come with age"

I'm impressed! Prof cakap,

Marc Zuckerberg-sekali-lagi-aku-tak-ingat-nama-dia  yang buat Facebook tu, dia tak dapat ijazah lagi pun, dah jadi millionaire.

Mark yang hepi. Orang kaya kan. Mak nak buat menantu x?

Bill Gates, jutawan nombor satu dunia, takde la pandai mana pun. 

Abe Bill Gates
Signature Bill Gates. Ni klu jual kaya aku nih!


Liyana Saidi, jutawan muda Malaysia, pun takde ijazah lagi, pegi kelas pun malas. 

Terpaksa censored. Bahaya jika identiti orang kaya camni didedahkan

Macam biasa statement last tu penipu besar termasauk malas pegi kelas. Khabarnya beliau dah insaf. Dah rajin pegi kuliah. Alhamdulillah..


Berbalik kepada kata-kata Prof Asma tadi, it makes me think. Betol jugak cakap Prof tu. Kau lagi tua dari aku, belum tentu idea kau lagi bernas. Belum tentu kau ada idea. Aku muda setahun jagung belum tentu aku tak cukup matang untuk berfikir. Aku tak faham SMS bahasa rempit, belum tentu aku tua. Huh geram post semalam terbawa-bawa plak.Maaf.


Although ada  saying yang berbunyi lebih kurang "Old man thinks wiser" tetapi bagi aku, sekarang ni dah tak boleh pakai sangat dah ayat tu. Tua belum tentu berfikiran bagus. Memang orang tua banyak pengalaman tetapi tak semua belajar dari pengalaman kan. Orang muda pun kalau pengalaman takat buku lali je tetapi kalau beliau belajar dari pengalaman pahit dan manis, boleh jadi wise man jugak. So betul dan tepat sekali lah kata-kata Prof Asma tu.


Sebelum tidur semalam, terfikir plak pasal diri sendiri. Since sekolah rendah dulu lagi, aku suka berfikir, bagi pendapat tetapi setakat fikir sorang-sorang je la. Nak publish, kecik lagi kot. Nak berblogging pun tak reti. Sekarang agak regret dah masuk 20tahun baru berani nak luahkan pendapat, pemikiran sendiri. Hey Warren Buffet (alamak lupa nama jugak! Pernah jadi orang ketiga terkaya di dunia)  regrets dia mulakan pelaburan masa umur 11 tahun taw. Katanya kalau beliau start dari awal mesti lagi kaya sekarang. Heww~~
Aku pun regret jugak. Agak-agak boleh kaya macam Warren tak?

Hehe~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...