Saturday, December 18, 2010

SPM: paper BM penulisan in memory

semalam otw balik Selama,Perak,acik tanya mak.
"SPM x habeh lagi ke Kak Zah?"
mak jawab 20hb paper last.
pehhh,macam biasa la otak aku yang rajin sangat teringat benda-benda lama ni,teringat pulak zaman SPM dulu.
dalam banyak-banyak paper,aku paling cuak paper BM penulisan. orang lain cuak Kimia,Add Math,Fizik,Sejarah dan paper-paper pembunuh bersiri yang lain.tapi aku cuak BM penulisan.kenapa?

sebab aku dah buat karangan cerita yang mengutuk,menyindir pemimpin.

kwang kwang kwang.. padan muka kan dah cuak sorang-sorang.
aku takut karangan aku kena banned. kena masuk mahkamah ke. kena pulak pemeriksa tu orang kuat politik kerajaan,mati gua bai~~ orang selalu pesan buat karangan elok-elok,jaga tulisan sebab takut mood pemeriksa x elok,baru lepas gaduh dgn pasangan ke,anak meragam ke,peserta AF kegemaran terkeluar ke..emosi beliau terganggu.hakikatnya masa marking paper,AF mana start lagi.ceh! menipu tak bertempat.ok fine aku yang tambah-tambah sendiri.

sepanjang nak tunggu result keluar,hatiku gelisah resah merana menangis sendirian.aku tanya seseorang.kalau karangan kita mengutuk pihak kerajaan,macam mana? pehh beliau jawab susah nak skor tu.mana boleh lawan kerajaan.ahh sudah! kalau gagal BM,gagal SPM weh walaupun subjek lain straight As!
perasaan takut aku makin meluap-luap.brrrrrrrrrrrrr~~

apa yang aku tulis sampai takut sangat?

sape-sape yang still ingat soalan SPM tahun 2007,soalan no 5.soalan cerita.orang cakap soalan tu nak tolong student lemah je.budak-budak pandai x jawab soalan cerita cereka tu.tapi aku g jawab yang tu.sebab aku ada idea.idea jahat plak tu.mengutuk mengata.soalan tu pasal seseorang yang menyesal dengan apa yang dye dah buat dulu.member aku jawab dye buat sorang pompuan yang menyesal terhanyut dalam arus keseronokan dunia.jadi pompuan simpanan la.pe la.wow! sungguh klise.
aku buat pasal pemimpin yang x amanah.x amanah dengan tugas beliau.last-last dah tua baru nak menyesal.camtu je kan.nak takut mende?
nahhhhhhhhhh~~ ni sikit-sikit karangan aku buat yang aku ingat...

               Beliau merenung ke luar tingkap.Merenung pokok beringin yang berdiri tegak merendang,seusia dengannya.Mata beliau terpaku kepada kulit pokok beringin.Bergerutu.Berkedut-kedut.Kasar kalau disentuh.Seperti kulitnya.Kasar.Kedut seribu.Selari dengan usianya.Terkenang dosa lama.Ya,dulu beliaulah pemimpin terulung negara.Suaranya gegak gempita melaungkan pembangunan.Bak guruh berdentum dilangit suaranya disambut dengan sorak-sorai rakyat jelata yang terasa mereka dilindungi dan telah memilih pemimpin yang terbaik dari calon-calon yang ada.Ini pilihan tepat! Tersenyum kroni-kroni beliau disebalik tabir.


~~~~~~~(ni mukadimah yang aku ingat sikit-sikit)~~~~~~~

                Datang si Suhaimi, pemimpin parti politik pemuda yang ingin menegakkan agama ALLAH dalam pemerintahan negara.Datangnya Suhaimi yang beliau sapa mesra dengan panggilan Mie sudah beliau ketahui.Isi perbincangan Suhaimi pun sudah beliau ketahui.Sudah beliau jelek untuk mendengar.Agama,agama,agama.Hukum itu yang benar di sisi ALLAH.Hukum itu wajib kita laksanakan.Siapa kita untuk menggubal hukum sendiri? Kemudian kertas kerja bantahan dan cadangan  menutup kilang arak,judi,kasino dan sebagainya.Rezeki haram katanya.Tidak diredhai Tuhan.
Hahaha! Gelak beliau sendirian di dalam hati.Kolotnya pemikiran pemuda ini.Tidak berjiwa besar,tidak berjiwa moden.Belajar sehingga ke London,tetapi hal ini yang beliau perjuangkan untuk negara? Namun begitu,beliau tetap mendengar luahan hati Suhaimi.Cadangan Suhaimi.Pemimpin yang baik haruslah mendengar semua masalah dan cadangan rakyat.Pemimpin berjiwa rakyat.Luaran sahaja.Dalaman,aku hanya fikir tembolok aku dan kroni-kroniku.

~~~~~~(trrrr..over x?huhu.mana la den x cuak!)~~~~~~

               30 minit menaiki helikopter,sampailah beliau ke perkampungan Melayu yang terletak agak jauh di pedalaman.Kurang pembangunan.Masih benar-benar kampung.Ketibaan helikopter beliau disambut meriah dengan ketibaan ramai penduduk kampung tidak kira tua atau muda.Kanak-kanak tersenyum melihat beliau.Al-maklumlah,pemimpin nombor satu negara sanggup datang ke tempat mereka yang serba kekurangan ini.Ya,inilah pemimpin yang benar-benar pemimpin.Pemimpin yang bakal mengubah masa depan mereka.Pasti.
               Beliau bersalaman dengan semua penduduk kampung.Disambut tangan kotor mereka,disapa mesra.Senyuman tidak lekang dari mulut beliau.Namun di dalam hati,sumpah seranah tidak sudah-sudah.Kotor!Jelek!

~~~~~~( bhahahahaha~~mengutuk~!)~~~~~~

               Sedar dari pengsan di kampung tempoh hari,beliau sudah terbaring di atas katil hospital.Ditemani deruman penghawa dingin,beliau terkebil-kebil keseorangan.Teringat mimpi selama tidur tiga hari dikatil hospital.Hidupnya umpama diputar semula dalam mimpi itu.Mimpi ngeri.Setiap kejahatan yang beliau lakukan,namanya pasti diseru oleh seseorang.Tidak pasti siapa.Biarpun beliau mencari di setiap sudut,setiap inci yang ada namun si pemanggil namanya tetap tidak kelihatan.Akhirnya beliau bermimpi akan kematiannya.Setiap pelusuk negara menangisi pemergian beliau yang tidak akan kembali lagi.Negara telah kehilangan seorang pemimpin yang terbaik.Isteri beliau Datin N menangis bengkak matanya.Tersedu-sedan diwawancara pemberita.Namun begitu dalam kesedihan,beliau terdengar gelak tawa sekumpulan manusia.Oh,kroni-kroni aku dulu! tidakkah mereka bersedih dengan kehilangan aku? Mengapa mereka tertawa?
               "Orang tua keparat itu sudah tiada.Tua tidak sedarkan diri.Sekarang kita berkuasa!"

               Hakikat dunia politik,bisik hatinya.Dipergunakan dan mempergunakan.Kemudian dalam kesedihan dan kebingungan beliau diheret ke satu tempat dipenuhi jutaan umat manusia.Semuanya berbogel tanpa seurat benang membaluti tubuh.Beliau kebingungan melihat mereka berjalan dengan pelbagai gaya.Ada yang melompat,ada yang bergolek.Ada juga yang kaki keatas,berjalan menggunakan tangan.Pelik.Kemudian beliau membelek tubuhnya sendiri.MasyaALLAH! Sama seperti manusia-manusia yang lain.Berbogel tanpa sehelai pakaian dibatang tubuh beliau.Beliau mencari-cari sut pakaian jenama luar negara yang sering beliau pakai namun hampa.Malu bukan kepalang,seorang pemimpin disegani ramai tidak berpakaian ditengah-tengah lautan manusia!


~~~~~( thehehe..time ni n dah klise..~)~~~~~~

               Masih merenung pokok beringin tua dihalaman rumahnya, beliau menangis sendirian.Tiada lagi kroni-kroni politik yang selama ini menyanjung dan mengangkat dirinya tinggi sehingga lupa bumi dipijak.Tinggallah beliau seorang diti dalam percaturan politik hidupnya sendiri.Rasa kesal dan insaf sahaja yang menemani,selain isterinya yang juga telah berkedut,kerepot sama sepertinya.Percaturan politiknya silap.Politik kotornya silap.Sangkanya politik tidak mungkin berjaya jikalau bersih.Politik dan agama tidak mungkin sehaluan.Selari,tidak akan bertemu seperti garisan berserenjang.Politik Pak Hussin Onn yang sempat tungging terbalik diatas tikar sejadah walaupun politik zamannya penuh bergolak dengan penjajah dipandang rendah.Politik Suhaimi yang ingin berlandaskan agama juga ditertawakan.

~~~~~~~~~~dah la kot sikit-sikit.haha.aku pun dah lupa banyak point dalam esei SPM aku dulu.tapi Alhamdulillah, gundah gulana aku terjawab dengan keputusan A1.perghhh wa lega gile bai!! 

wondering..sape la pemeriksa ketas aku kan.

1 comment:

Anonymous said...

best r lynn...betul ker setiap ayt msa jwb SPM tu lynn boleh igt blk semula...kak jau suka r karangan ni.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...