Monday, July 25, 2011

USM: WE ARE STUDENTS , NOT RETIS~

Salam. First thing, first trial buat kari ikan masin menjadi. Hoyeah!! Seumur hidup aku masak ni first time mak request suruh masak kari ikan masin. Susah la jugak nak balance kemasinan ikan dengan kuah sebab aku tak taw ikan tu masin tahap mana tapi menjadi jugak. Alhamdulillah :D *girang gemilang rasanya*


Ok main point aku nak menaip ni sebab semalam terbaca satu blog yang suwit suwit yang makin famous sekarang, terutama dalam kalangan kami student USM. Bukan sebab blog tu bagi tips macam mana nak skor tinggi walaupun study macam nak muntah, tapi dia kutuk-mengutuk universiti tersayang ni. Eh eh, sedap mulut je ye kak mengata, cili mulut tu kang~ Haha rilek rilek jangan melenting. Ingat pesan bos, jangan ikut emosi :P


Masa aku baca macam nak menyirap la jugak tengok dia kutuk-kutuk itu ini siap letak nama si tertuduh sekali. Uih, berani gila. Aku kalau tak puas hati macam mana pun, aku tak sanggup nak letak nama. You memang Iron Lady dengan ayat-ayat yang pedas bedengung bak kata orang utara.


Aku baca-baca yang post-post kat FB memang ramai la marah dan benci gila kat minah ni sebab kutuk U kesayangan kami ni sampai guna bahasa kasar. Bagi aku tak perlu kita nak kutuk dia balik sebab kan orang selalu kata, jangan balas. Tunjukkan yang kita matang, ada class. Biasa la orang ada pengalaman~ Lalalala~


For me, si lovey lovey ni *sebab blog nama dia dgn bf* terlalu ikutkan emosi. Pompuan kan, susah nak kawal emosi sebab memang semulajadi penuh dengan emosi. Bahaya tuh sebab aku pun pernah jugak ikut emosi tapi last-last aku rasa macam bodoh je buat macam tu. Pegi lantak la apa orang nak kata pun, you still got what's yours, isn't it?


Minah lovey lovey ni punya silap adalah dia masukkan sekali nama U dia, tak pasal-pasal dah jadi duta kecil tak berbayar.  Dia kata budak USM tu teruk la apa la tapi dia pun sama post marah-marah maki hamun kutuk-kutuk, dalam masa yang sama dia jugak dah tunjukkan student U dia tu pun sama ja melongkang mulut. Jeng jeng jeng~  Know what, kadang-kadang orang cuma provok saja nak cucuk-cucuk ja dengan statement yang sangat general tapi bila kita tak dapat kawal emosi, ha ambik la kita pulak yang bertindak lagi teruk sampai keluar post macam ni kutuk terang-terang siap dengan kononnya bukti itu ini. Tak pun kau ingatkan bila post gitu ramai la benci Cik A tu tapi mesti kecewa gila kan bila ramai backup dia and end up kau pulak kena kutuk balik. Don't forget that people choose side. I experienced that miss. I thought everyone will hate me but lain pulak jadi bila orang start comfort me and bukak cerita pasal macam-macam pihak lain. Aku baca komen-komen kat blog kau tadi pun ada yang bukak cite keburukan kawan-kawan kau kan?  Tak pasal-pasal nama U kau yang buruk kan? Nasib baik cuti 4 bulan,sempat kot orang lupa :P



Dia kata tu blog dia, dia ada hak nak tulis apa pun. Ya once upon a time, I think like that too. Sebagai seorang yang tak reti cerita masalah dan sedih kat orang, everything is spilled dalam blog but blog is not private. Semua boleh baca. Dan sebab semua orang dah baca, kau dah hot macam ni kan? Suka lettew sekarang dah hot~ Apa aku merapu nih =,='


Maka dengan ini, diharapkan puak-puak USM tak start perang benci U lain sebab kita cool :P
Kan ke bila orang kata macam-macam,jangan emosi tapi kita nasihat balik~~ Kan~~
Biasa la bila ada kat atas ni orang memang aim lebih sikit. Buat apa pun orang pandang, orang nilai. Dan biasalah kalau ada kat puncak atau APEX, kena berdiri betol-betol sebab kurang kestabilan. Kalau tak jatuh sebab orang tuju batu, kita boleh jatuh sendiri sebab leka berada diatas..


Dan ini jugak sebagai peringatan kepada kita semua terutama student USM, behave walau kat mana pun berada. Dan kepada yang lain-lain jugak, please la kami student USM pun siswa-siswi biasa jugak. Kalau sakit perut kami pegi toilet jugak macam orang lain, nothing special sebagai manusia. Cuma status universiti ja. Rilek kami tak selamanya stay kat USM ni.


We are USM's students, not #retis *tetibe*


Lagi satu jangan la sebab kita punya masalah, nak heret dengan anak-anak sekali. Mana taw anak kau nanti teringin nak masuk USM, tak memasal je masa depan anak kau suram sebab dendam kau kat USM tu. Rilek Mama, saje gurau-gurau. Wah baguslah dia siap fikir masa depan anak lagi nak masuk U mana, jangan masuk U mana :P  Tapi rasanya ramai dah sama-sama turut berdoa anak cucu kau tak masuk USM jugak. OMG~~ Aku tak doa,lalalala~ Tapi kalau la rezeki anak kau masuk USM, jangan menyesal kalau anak kau kena penderaan emosi orang panggil " eh eh anak Mama~" :P


Hey masuk USM banyak dapat t-shirt free taw.


Maaf maaf. Tergedik pulak.


Sudah-sudah. Cakap la apa pun pasal USM, aku tak kesah. Kalau aku kesah pun macam la boleh keluar pegi U lain. Susah buruk busuk macam mana pun, aku nak satu semesta tawu yang aku tetap bangga jadi student USM.


Macam la satu semesta baca blog aku kan. Hahahaha! Ok bye.

9 comments:

nOer said...

Sekedar berbagi info nih..!!!
Buat yang mau menambah penghasilan, ada kerja sampingan yang menggiurkan, Cuma ngumpulin data berupa nama dan email dapat Rp. 10rb per data!, dapat bonus 2jt lagi kalo dapet 200 data.
Yuk gabung di http://penasaran.net/?ref=92vcnd

nfatin said...

tak kisah la U mana pun.. janji boleh belajar..

SaYaLiYaNaSaiDi said...

yep cik Pena, setuju. U sama pun sama ja.
tapi sekarang ni salah sikit, buruk nama U.
hadoi~~

Liyana said...

klau tak jatuh sebab orang tuju batu,kita boleh jatuh sendiri sebab leka berada diatas..i like this one..=D..

mr_right said...

haha. kan semalam mr right ade update sal ni jugak kann pastu ade seorang blogger, merangkap seUNIVERSITI die update sal mr right. tulis sal ape yang kite dapat kalo bergado.
okey... so , puakk ~~

SaYaLiYaNaSaiDi said...

@nizam: aww u mmg suka apa i cakap kn~ :P haha thanks!

@Mr right: huh! kena baca nih! nak link~~

mr_right said...

http://syazazul.blogspot.com/2011/07/kalau-gaduh-ape-dapat.html

#pengsan

SaYaLiYaNaSaiDi said...

haha jap jap nk baca..
btw pinjam ayat mr right ye~
"bila orang kata macam-macam,jangan emosi tapi kita nasihat balik"
:P

Unknown said...

Fuyoo, ade link url blog kita lah :') Thanks sebab up-kan traffic *hugs*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...