Friday, July 1, 2011

2nd Of July- The Tragedy

As-salam.

Sebenarnya takde mende pun nak tulis hari ni. Just bosan. Memasak tadi tapi hancus sebab lidah aku still pahit hasil ubat-ubatan yang aku ambil since last week. Sup pahit, sambal tumis pahit, air Nutrigen pun pahit. Lepas tu muntah. Malang sungguh.

Tapi best thing is balik rumah tengok adik aku dah ok. Alhamdulillah. Huhu aku cuak kalau melarat sampai SPM ja. Tak sanggop~~ Sampai rumah hari tu soalan first adik-adik tanya:

"Along balik sampai bila?"

"Sampai bulan 9~~"

" Yeay! First time Along cuti lama-lama!"


*Terasa gila dengan statement adik aku.* 


" Uhh, abeh la kita Jeneral Penyapu dah balik lama-lama kat rumah. Tak boleh semak-semak dah~"


Huh! Sedap gila title yang aku dapat.Jeneral Penyapu. Fine, fine! Memang hobi pegang penyapu,pisau kat rumah. Whatever~

Balik konon nak setel hal rumah tangga dan jaga adik memandangkan sape ntah hantar mak aku pergi kursus malam ni tapi aku pulak yang tak sihat.Emo,emo.


Pagi-pagi tadi adik-adik aku dah bising dengan Larian 1 Malaysia. Dengan mak abah aku sekali terlibat. Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah dengan kepala yang tengah weng. Lepas sarapan, makan ubat. Lepas makan ubat, masa tengah lalok tunggu nak tertido teringat pulak cite Insidious. Vavi betoi dah la sorang-sorang kat rumah. Bilik aku pulak memang mengadap ruang tamu. Terbayang-bayang part hantu puppet tu menari kat ruang tamu rumah tu T~T. Lepas tu takut-takut pandang almari, buat hal terbuka sendiri then ada benda lari-lari keluar memang aku pengsan. Oh my. Hasilnya aku tertido sampai pukul 10.30pagi. Terus bangun melompat dari katil pegi dapur,masak.


Tengah-tengah masak tadi dapat 1 call dari unknown number. Al-kisahnya aku salah transfer no fon dari handfon lama. Tertransfer dalam simkad Maxis. So banyak nombor fon aku hilang T~T


Macam pelik sape pulak call waktu-waktu macam ni. Kalau masa tengah urus NRIC boleh tahan la orang HEP call ke, universiti lain call ke. Dengan suara serak seksi *takdok suara* gua halo-halo sama dia.


Aww, Anis rupanya. Hehe sori mam, nombor hilang. Kawan-kawan, Anis merupakan orang kuat SIFE USM. Apa itu SIFE? Google la sendiri malas nak explain. She called me offer jadi presenter USM untuk pertandingan peringkat kebangsaan. GULP!


Aku tak pernah join SIFE dan tak taw apa-apa pasal ni huhu. Aku pernah contribute buku abstract NRIC tahun lepas ja untuk di'recycle'. Tapi tu la orang cakap rezeki~ Kami jumpa masa Saringan CoRIC dan aku tolong touch up idea team Anis je. She offered me and Amir untuk jadi presenter USM. InsyaALLAH, tak janji sebab aku pun tak sihat lagi. Kena balik USM 2 minggu sebelum pertandingan memandangkan kami zero gila pasal SIFE ni.


Done with SIFE. Kalau ada rezeki aku join la. Dan suruh dowang cari backup presenter. Huhu.



Apa lagi nak cerita pun tak taw dah. Seriously bosan gila post kali ni. Sebab aku pun dalam kondisi yang membosankan.


Today's tragedy is I AM BORED TO HELL. Makan, muntah. Makan ubat, tido. Bila badan tak sehat, apa pun tak boleh, apa pun tak boleh!





Enhanced by Zemanta

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...