Friday, July 22, 2011

BENDA APA TU?

As-salam. Sementara tunggu dok upload gambar dengan abang-abang askar UPNM, rasa gatal pulak nak kongsi pengalaman semalam, Tragedi Oktober Bukan di bulan Oktober.

Semalam mak and adik-adik aku pegi sekolah jenguk-jenguk budak-budak camping KRS. Adik pompuan aku pulak Ketua Puteri UMNO KRS sekolah,so dengan dia sekali hilang dari rumah ends up aku solo meow dengan kucing-kucing. Mak ajak jugak tapi apakan daya, tarikan cerita Man Laksa lagi hebat dari kanak-kanak KRS tu.

Dalam pukul 12am, tiba-tiba tekak meronta-ronta minta dicurahkan air so dengan muka takdak perasaan *macam biasa* aku pegi la dapur. Dapur rumah aku ada 2, dry kitchen and wet kitchen. Sendiri taw la kan dry and wet tu apa beza dia. Wet kitchen aku kat luar, means kawasan tambahan kat tepi rumah. Simple je and boleh nampak kawasan luar dari jaring-jaring tingkap. Peti ais aku mengadap wet kitchen, means memang aku nampak la kawasan luar rumah. Biasa la mata aku memang kuat melilau tengok merata,tengah-tengah minum aku nampak something kat wet kitchen.

Something tu berlari-lari kat wet kitchen aku.

Macam orang tapi body tak rigid, tak solid. Macam cahaya hitam berbentuk seorang lelaki.

Lepas tu dia lari tembus dinding bilik tepi wet kitchen.


Aku terkejut masa nampak tu and keluar tengok, nothing there. Not even a trace. Yela benda tu lantai pun tak jejak nak tinggal kesan apa nya =,='


Aku buat bodo jela, sambung tengok TV. Tapi still tak puas hati, aku pegi tengok buat kali kedua. Still nothing. Tengok TV balik. Kali ketiga aku nak pegi tengok, tetiba lampu dapur kelip-kelip bunyi-bunyi macam nak terbakar. Hampeh betol, potong mood berani aku!!


Tiba-tiba anjing kat rumah-rumah Chinese belakang rumah aku menyalak gile ahh. Aku keluar rumah, tengok anjing-anjing tu menyalak kat tiang kalau tak silap sambil undur belakang. Tiang tu memang sebaris dengan wet kitchen rumah aku. Lepas tu kejar sampai longkang besar tepi sekolah belakang rumah aku. Tapi aku nampak macm anjing tu kejar angin jela, tak nampak apa-apa. Sambil-sambil tengok tu aku texting dengan Mr Elyas, report kejadian tu. Terus dia suruh aku masuk rumah, duduk dalam bilik diam-diam. Yela yela~~~~~


Begitulah flashback saya.


Jeng jeng jeng~ Aku dok fikir jugak apa benda tu. Rasanya yang anjing tu kejar tu maybe benda tu kot berlari ke padang sekolah. Padang sekolah belakang rumah aku ni arwah Tok aku cite dulu kawasan askar Jepun kawat. Kadang-kadang kalau nasib baik, boleh  nampak macam ada orang kawat kat situ. Takdak kepala la, terapung la apa la, tapi pakai pakaian askar Jepun. Macam-macam lagi la cerita aku kumpul dari orang-orang kampung.


Sebelum tidur semalam aku fikir-fikir sambil main teka silangkata, teringat teori Keabadian Tenaga dalam Fizik. Conservation of Energy. Tenaga tidak boleh dihapuskan tetapi boleh berubah kepada bentuk tenaga yang lain. So bila tak boleh terhapus, maknanya tenaga tu tetap akan ada, just tunggu masa yang bertepatan, tenaga tu akan muncul kembali. To be more precise, bila keadaan sekeliling seperti suhu, kelembapan udara dll adalah sama dengan keadaan masa sesuatu kejadian berlaku, tak mustahil tenaga kejadian tu boleh berlaku lagi sekali. Maknanya dulu ada orang lari-lari kat kawasan rumah aku ni dan semalam, kedaan sekeliling menyerupai keadaan itu, maka aktiviti kejar-mengejar itu berlaku lagi sekali. Apa aku merepek ni? Huhu~


Tak sia-sia jugak aku belajar Fizik sampai level Degree ni. Walaupun terketar-ketar nak apply apa yang aku belajar dalam exam paper, tapi boleh merapu tenangkan hati konon-konon explain kejadian semalam tu, pun boleh la~~~


Aku pun tinggal kat kampung, belakang tu pulak hutan. Aku pulak selalu masuk dalam hutan tu cari macam-macam. Dia ikut aku balik ke? Huh,merapu ahh! Biasa la tu, apa ntah orang cakap tu, dia tumpang lalu~


Nasib baik la kan aku tak tertarik masuk dalam dimensi benda tu, kalau tak mesti experience relativity antara dua dimensi pulak kan. Wow!


Gile. Babai~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...