Friday, July 15, 2011

YUCKS! MEMANG MENGGELIKAN~

Yucks! Euww!

Antara perkataan-perkataan yang menggambarkan kegelian melampau. Sebelum ni tak sangat pun, aku suka saja-saja sebut tapi memandangkan efeknya melampau dan memberikan kesan kepada masyarakat, kita praktikkan kepada kegelian. 

Tadi semangat membara nak tengok Alien Vs Predator lepas habeh layan Gremlins I dan Gremlins II sampai aku terlupa ada konsert band SMK Sultan Badlishah. Rasa terkilan jugak tak dapat pegi sebab cikgu aku yang jemput. Batch aku first batch pancaragam sekolah tu, kita otai la ni haha!



Aku tak taw kenapa AVP tiba-tiba jadi bosan ya'amat tadi. Tak cukup thrill walaupun adik aku tutup-tutup mata jugak.  Tak taw apa yang kurang. Last-last aku ambik movie lama-lama yang beli masa matrik dulu. Introducing, BORDERLAND~


BORDERLAND everyone!



First of all, aku nak nasihatkan korang-korang yang lemah semangat, tak suka keganasan,ibu-ibu mengandung, dan yang tak berapa jiwa jantan dan cintakan cerita bunga-bungaan, jangan tengok. Movie ni release masa Horrorfest 2007, tempat-tempat cite seram segala berkumpul. Aku beli CD ni masa masuk 1 kedai jual CD yang agak epik dari pandangan mata aku.Memang macam memanggil-manggil aku ja kedai tu.Movie-movie yang dijual memang semua tak pernah masuk wayang, termasuk Borderland. Siap ada label memang takkan tayang kat pawagam. Tertarik dengan cover dia,aku pun beli dengan lagi 3 movies yang sama horror jugak. Balik tengok dengan roomie,perghh memang class! Tutup mata, ada yang muntah dan tak sanggup tengok sampai habis. At the end, aku sorang ja survive~~



Taknak cite pasal plot, pegi tengok sendiri tapi ada part-part yang best. Ni cite betol woo,memang jadi kat sempadan Mexico-Amerika. Satu group yang puja makhluk nama Nganga, dowang sacrifice human untuk mintak tolong seludup dadah masok Amerika. Sangat klasik,kan?Demi dadah~ Satu group kanak-kanak universiti yang tengah cuti, plan nak cross border pegi Mexico untuk ber-enjoy tapi lain pulak jadinya bila termasuk perangkap pemuja-pemuja setan ni. Antara scene-scene yang memang aku pun ada sikit-sikit nak tutup mata are gigit lidah dari mulut ke mulut untuk serahkan lidah tu kat Nganga *yucks!* , potong kepala gadis tu then ganti dengan kepala kambing, dan dan dan.. Eeerhhhh.. Panas berderau darah aku kalau teringat. Setiap ritual memang boleh pecah kepala kalau iman tak kuat. Aku beli yang uncut version, memang kaw-kaw la. Potong kepala real, sula, potong anggota badan lain, bakar, korek keluar bijik mata, urat perut semua ada. Cerita ni jugak buat aku fikir banyak-banyak kali kalau nak honeymoon kat Amerika Latin T~T



Dari apa yang aku search, ni based on cerita betol. Oh my, memang tak pegi Mexico dah! Mangsa yang terselamat yang cerita balik. Sangat lah kejam sebab pemuja-pemuja setan tu tembak kaki dan buka mata saksi tu supaya tak terlepas lansung dari tengok kawan sendiri kena seksa . Fuhhh.. Dan ending dia cerita la fakta-fakta kejadian ni. Memang kat satu kawasan tu polis jumpa gruesome remnants of human remains, mostly takdak tulang belakang dan spinal cord kalau tak silap. Dah kena sedut. Ntah, spinal cord la kot, aku pun lupa.


Labelled as 8 Films To Die For, filem ni memang layak dilabel macam tu. Aku memang dari kecik suka tengok benda-benda violence macam ni tapi yang ni memang berjaya bangkitkan rasa geli aku . Zev Berman, kau memang berjaya menggelikan aku. Lagi satu movie is Mother of Tears- The Third Mother. Sama level ja dengan movie ni.



Walaupun aku minat cerita ritual-ritual macam ni, jiwa aku jiwa wanita lagi. Bak kata mak, belajar macam mana nak jadi isteri orang walau peel macam jantan . Eh mak, lain macam ja bunyi? :P


Papepun, try la tengok movie ni  :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...