Saturday, July 2, 2011

SOME SAYINGS

Buwekk!!

Sungguh tidak senonoh sekali mukadimah entri kali ni.

Tu bunyi muntah. Walaupun aku memang selalu muntah tapi muntah masa kurang sihat ni lain macam je. Tak best :(

Macam la muntah masa sihat tu best sangat kan.

Dah,dah nanti ada pulak yang termuntah baca pasal muntah-muntah ni. Hehe saje tulis muntah banyak-banyak kali :P


Dikala ini aku masih kebosanan. Hujan mencurah-curah ke ladang gandum membuatkan aku memilih untuk berkurung sahaja dalam rumahku syurgaku ini. Hakikat sebenarnya aku ditinggalkan oleh famili dek kerana muntah-muntah dalam tandas terlalu lama dan wajah terlalu pucat untuk keluar dari rumah. Beginilah nasib orang kurang upaya dan pemalas mekap untuk tutup kepucatan wajah sendiri. Demn demn. Dok la sorang-sorang layan Angry Bird dan Poker :(

*Hey tanpa 2 Spade pun boleh menang taw*


Apa benda nak mengarut pun tak taw. Terlalu penat untuk memikirkan sebarang benda karut untuk dimengarut. Satu benda ja terfikir, kata-kata beberapa cerdik pandai tempatan dari universiti tersayang USM yang aku dapat hasil berbakti kepada universiti a.k.a uruskan NRIC 2011.


"Idea doesn't come with age. Older doesn't you wiser"
Prof Asma Binti Ismail , Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM

Prof cakap ni masa aku dan Deepa, Mantan HOD Kehakiman NRIC 2011 jumpa beliau for the first time dalam bilik beliau di Canselori. Ayat ni buat aku admire Prof sangat-sangat. Dan Prof jugak la yang bagi kepercayaan kat aku dan team NRIC yang lain untuk organisekan CoRIC, satu pertandingan baru yang diadaptasi dari universiti terkemuka luar negara. A very tough job untuk kami tapi Alhamdulillah,jadi jugak :)





"Nurturing young mind is not by forcing them to follow your ways, but to let them do it their ways"
        Prof Dato' Omar Bin Osman, Timbalan Naib Canselor BHEPP USM 


Aku dapat ayat ni masa private meeting dengan Dato' Omar together with Rina and Elyas Nazery. Mula-mula macam meeting firmal tapi tak sampai 10 minit, dah jadi sesi motivasi Dato' kepada kami. Last minute kami dapat task mengejut untuk uruskan satu event yang agak susah. Sebelum apa-apa,kami kena brief kat Dato' dulu untuk kelulusan dan hasilnya Dato' agak kurang setuju bila kami agak disekat oleh pihak lain. Terus Dato' keluarkan kata-kata kat atas ni and it makes me think , or re-think about what we are doing. Thanks Dato' !




" Jangan disekat idea generasi muda. Biarkan mereka melakukan sesuatu dengan cara mereka. Biarlah mereka lakukan kesalahan pun, itu biasalah dalam kehidupan."
          Encik Mohamad, Pegawai Perhubungan Awam USM


Yang ni lagi satu favourite aku. Yup, sangat setuju! Jangan disekat idea orang muda. Apalah maknanya inovasi kalau idea dan pemikiran generasi muda seperti kami disekat-sekat dan diperkecilkan.. Biar kami lakukan kesilapan kerana kami tidak bodoh untuk mengulangi kesilapan yang sama buat kali kedua. Ajar kami untuk belajar dari kesilapan. Jika kami tidak dibenarkan untuk membuat kesilapan, apa yang kami pelajari dari hidup ini?

Jangan layan kami seperti kanak-kanak jika mahu kami berfikir seperti orang dewasa :)



Last but not least,


" I'll give you another dinner maybe in the beginning of next semester to congratulate all your good job for this year's NRIC "

Prof Dato' Omar Osman during NRIC Grand Lunch 26th June 2011.


Hahahaha! Yang ni kami memang takkan lupa Dato' ! Terima kasih untuk double appreciation ini!

Weeeee~~~


OK babai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...