Monday, July 11, 2011

SUDAH ZALIMI SAL

Tajuk macam filem terbaru kat pawagam ja namun begitu post ini bukanlah sambungan filem Aduh Saleha! yang tak keluar-keluar sampai sekarang ni. Post ini juga bukan punca utama kenapa Saleha dizalimi sehingga berkata "Aduh!" seperti filemnya itu.

Apakah sebenarnya Sudah Zalimi Saleha ini?

SUDAH ZALIMI SALEHA merupakan kombinasi nama beberapa gadis yang saya kenali semasa terlibat dengan NRIC2011 iaitu:


Su+Odah  Zali+Mimi  Salamiah+ Fareha ataupun nama sebenar mereka:


Suhaila Salleh, Raudzah Shahruddin, Zalikha Hajar, Syamimi Rusman, Salamiah Sabri, dan Fareha Razali.


Hahahaha! Tiba-tiba nak tergelak besar baca tajuk entri aku ni hasil gabungan nama-nama pompuan-pompuan ni. Minumlah Horlicks selalu,komform kepala otak genius macam ni! :P


Taknak cite panjang, aku kenal mereka-mereka ni dalam NRIC2011. Mula-mula dulu macam jarang nampak muka masa meeting (atau aku yang rabun jarang pakai spek pegi meeting). Tapi bila fasa 2 NRIC2011 bermula, aku mula rapat dengan mereka-mereka ni tanpa disedari.

Start dengan Suhaila a.k.a Su a.k.a Popia Basah weewee (Odah yang ajar)

Aku start rapat masa pergi Putrajaya sekali untuk promote USM dan NRIC2011 kat Himpunan Sejuta Belia tu. Sebilik kat asrama USIM, seat sebelah dalam bas, dan macam-macam lagi buat kami makin rapat. Oh indahnya~ Err, apa aku tulis ni? @~@
Si Suhaila bagi aku sorang gadis yang lemah lembut (tangan di bahu, lidak jelir sambil buat mata juling), suka senyum dan bermata besar haha :P  Dulu sebelum kenal rapat aku selalu tengok mata dia. Besar gila anak mata,rupanya contact lens Korea (sori terbocor rahsia). Selalu nampak dia baca novel. Mulut? Boleh tahan longkang dan merupakan Gadis Kasino terhebat yang aku pernah jumpa. Dan lagi tak boleh blah, dia lagi tua dari aku. Aarghhh AKAK SU rupanya! Mallu ADIK LIN taw  #_#


 Raudzah Shahrudin a.k.a Odah a.k.a Pau Daging

Apa nak tulis tak taw. Teman seperlongkangan aku yang paling longkang. Malas ahh nak cakap banyak. Memang longkang. Haha longkang :P

Ok ok serius. Odah aku kenal masa NRIC2011. Yela berapa kali nak cakap kan =,='
Aku suka cara dia cakap sebab sangat longkang. Longkang lagi haha! Gila-gila, jenis tak kesah apa-apa dan bekas suami TP3 NRIC 2012. Eh lupa, Odah jugak Bendahari NRIC 2012 so sapa-sapayang faham maksud aku,boleh la berbaik-baik dengan Odah ni ya.
Bergaul dengan Odah ni senang. Jujur ja. Apa dia nak cakap,dia cakap. Takdak nak simpan-simpan so senang, aku pun takdak nak hard feeling apa-apa.Tapi kalau jenis hati lembut nak orang cakap baik-baik ja, kirim salam jela.Haha. Walaupun Odah gila begini,kerja tetap bagus masa NRIC hari tu. Kenangan termanis: sama-sama mengadap Papa Nazru kat HEP dan print abstracts tanpa sebab =,='


Zalikha Hajar a.k.a Zali

Zali~~ Aku suka panggil dia tanpa sebab, sebab dia ni Bidadari. Mana taw dapat aura bidadari dia sama kalau selalu pandang muka haha!
Seorang yang sangat sweet. Serius tak tipu. Sweet sangat and cute gila perwatakan dia walaupun perasan bidadari dari syurga :P
Start kenal masa lepak-lepak bilik Su dan Odah malam sebelum dowang pegi Pimpin Siswa Lanjutan fasa 1, aku suka tengok si Zali ni senyum. Err,lagi sekali apa aku tulis ni @~@
Cara dia cakap sangat sweet (sweet lagi) dan penuh dengan aura keperasanan melampau tetapi masih boleh diterima masayarakat sebagai gurauan. Su cakap Zali ni sensitip. Waa tak sangka haha! Kecik molek dan penuh dengan idea untuk mengorat Ucop. Oppss! Tersasul~


Syamimi Rusman a.k.a Mimi

Ni minah perasan. First dia mesej aku tanya pasal publication,kemudian bila aku tanya sapa, dia balas "Mimi comel" =,='
Muka memang muka baik gila macam gadis ayu. Serius tak tipu kalau aku tak taw perangai sebenar dia, aku memang ingat dia jenis sopan santun, cakap lembut-lembut baik-baik. Bila dah kenal, aarghhh aku tertipu!
Si Mimi ni jenis blur. Aku ingat lagi masa jalan-jalan nak pegi bus stop nak tengok wayang dengan dowang-dowang ni, Mimi la yang paling blur dan selalu terkena dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun begitu dia tetap sabar dan tabah sebab dia tawu dia memang blur. Haha! :P
Ada skandal tapi sampai sekarang aku tak tawu dan tak dapat lagi cerita full cover yang sebenar. Geram geram geram!
Eh lupa lagi satu, sangat tak bernasib baik dalam permainan UNO. Lalalalala~


Salamiah Sabri a.k.a Sal

Ni yang paling kecik. Hehe. Tapi yang ni la yang paling garang antara semua-semua ni. Nampak ja kecik tapi garang mak oii! Akak Logistik jaga bilik dan pengangkutan NRIC, senyap ja buat kerja. Muka memang tak reti nak tipu. Kalau tension, memang nampak sangat muka dia tension hehe. Kalau marah, lagi la nampak dia marah dengan gaya dia sekali :P
Sekretariat NRIC yang ppertama sekali jadi mangsa aku hack Facebook. Hehe. Tu la sapa suruh tak logout dari laptop Su,kan dah jadi mangsa. Jenuh aku tahan gelak masa dia cari kat setiap laptop dalam bilik gerakan sapa hack FB dia. Nasib la Sal oii,haha!
Aku memang paling suka cara budak ni buat kerja. Dia buat kerja banyak tapi senyap ja. Kerja pun cepat tapi tak banyak merungut. Nice~
Dan selalu kena tackle dengan Ammar yang galok tu =,='


Fareha Razali a.k.a Effa

Effa ni aku kenal masa CONVEX tahun lepas tapi tak rapat sangat. Masa dia join NRIC, aku ingat Effa ni jenis pendiam, garang dan belagak sebab kalau aku lepak-lepak dalam bilik gerakan, jarang la nak tegur-menegur. Tapi dah kenal, menggelabah rupanya dia ni hehe.
Budak publisiti, dia jenis buat kerja senyap-senyap jugak. Selalu aku nampak dia dalam bilik gerakan ambik surat la buat kerja la. Dna selalu jadi posmen NRIC sebab selalu tolong ambik surat dari PUMA.
Cantik molek, kawan rapat member aku Megat Azlan. Kalau main UNO, memang terserlah la ke'menggelabahan' dia ni haha!
Lagi satu aku suka dengar dia cakap. Perghh cepat,kalut gila sampai jenuh aku nak kejar nak bagi paham.


Taraa~~!! Abeh sudah semua watak-watak dalam filem Sudah Zalimi Saleha ini. Lagipun Su dok suruh tulis entri pasal  dia, ni ha dah buat. Ikhlas ni,ikhlas.

Apa-apa pun, serius syukur sebab kenal dengan budak-budak ni (sila jangan perasan). Aku dulu dah serik nak baik, rapat sangat dengan orang dan dah tak berapa nak percaya dengan orang-orang yang terlalu baik depan aku sebab terkena dengan sangat teruk :(

Tapi dowang-dowang ni jenis tak bermuka-muka, tak cakap-cakap belakang (aku harap betol la tanggapan aku ni). Semua cakap lepas ja. Walaupun kadang-kadang terasa tapi lega sebab they tell me the truth. No hard feeling, dan saling longkang-melongkangi.

Muah muah muah! Salam 1Malaysia, Salam Aidilfitri!

babai~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...