Thursday, June 30, 2011

NATIONAL RESEARCH AND INNOVATION COMPETITION'11: saya mallu~

 Uhuk uhuk uhuk  *bunyi batuk*

First sekali aku memang sedih + kecewa gila boleh demam masa event. Penat kerja all out tapi bila tiba hari event, aku sendiri tak boleh rasa manisnya kurma hasil kerja sekretariat-sekretariat NRIC 2011. Serius kecewa sebab tak boleh kekalkan reputasi sebagai sekretariat yang paling awal datang ke DUP masa event macam tahun lepas. Tahun lepas aku 7.15pagi dah terpacak depan DUP sembang dengan makcik cleaner sebab semangat sorang-sorang datang awal hehe :P


Pegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah 4 ( TP 4) , mula-mula aku macam kekok nak terima sebab aku target HOD Publisiti ja. Department yang paling sesuai dengan jiwa aku cewahh~. Tapi dah itu tanggungjawab yang diberi, terima je lah. Mula-mula memang ingat jadi TP ni senang, buat keputusan ja. Takdak kerja dalam department. Tapi tu semua salah. Totally salah. Jadi TP sangat membebankan :(


Bila jadi ketua, kau wajib bercakap tentang tanggungjawab. TANGGUNGJAWAB bukan benda senang, bukan satu benda yang boleh kau lambung-lambung, sepak-sepak tolak ketepi ketengah. Semua sekretariat NRIC 2011 adalah dibawah tanggungjawab kau. Salah sikit, kau terlupa tanggungjawab, kau fikir la nak jawab apa dengan Munkar dan Nankir dalam kubur nanti. Kau salah buat keputusan, hancur la organisasi. Kau nak ikut semua dengan kepala kau sorang, habis la anak-anak kat bawah tu. Baik buat event sendiri,ye dak? Hahahahaha maaf,maaf~


First time dalam hidup, aku anggap semua macam anak-anak. Isk isk isk. Sumpah tak tipu. Paling best bila dapat title Mama Marikano oleh anak-anak Teknikal dan Fizikal, Ucop, Fendy dan Al-Hafiz. Thanks anak-anakku~ Walaupun Fendy kau lagi tua dari aku! Semua benda aku nak menyibuk, bukan sebab kepochi, tapi risau~ Risau apa aku pun tak taw. Hady, aku banyak mimpi kau pasal protokol walaupun Makcik Aini dah take over protokol lepas rombakan department. Nek Yam jangan jeles! Haha~! Gedik gila kan.


NRIC 2011 jugak banyak mengajar aku macam-macam. Tanggungjawab. Walau siapa pun kita, ketua atau sekadar orang bawahan, tanggungjawab tu penting. Satu benda kita ambil remeh akan efek seluruh organisasi. Ingat sampai mati!


Kedua, komunikasi. Dalam apa jua keadaan, jaga cara percakapan kita dengan orang tak kira siapa pun dia. Hormat semua. Belajar untuk senyum bila dalam tekanan. Aku akui muka aku paling tak boleh menipu kalau marah. Selalunya aku blah keluar dari tempat yang buat aku marah tapi dari NRIC aku belajar untuk tukarkan marah kepada senyuman. Hey bukan senang taw nak kawal kemarahan tambah-tambah dengan keadaan yang panas panas panas. Mallu taw bila orang puji I masih cakap sopan,tak lekang dengan senyuman  dekat kaunter sekretariat walaupun kena marah. Professional dia kata. Hihihihi *gelak malu bersalut blushing*  Hahaha! Gedik lagi. Dan paling penting, macam mana kita tak suka orang tengking-tengking cakap kurang ajar dengan orang, macam tu jugak lah orang lain rasa bila kita buat macam tu. So, jaga bahasa, jaga percakapan. Bahasa menunjukkan  bangsa, tak gitu? :)

Roadshow SMK Paya KEladi

Roadshow team! *kuat mencapap*





Ketiga, heww~~ Tension nak meletup kepala bila apa-apa jadi, kita kena jawab. Kena buat keputusan on the spot. Tak mudah kawan-kawan, tak mudah.. Nampak macam mudah, just make your decision tapi kena fikir kepentingan pihak-pihak lain. Tak boleh ikut kepala sendiri ja.Sebab keputusan kau akan efek organisasi tu. Wuu secara skemanya saya membuat keputusan dan kena cepat switch otak untuk fikir benda lain pulak. Kiri tanya, jawab on the spot. Kanan pulak tanya, fikir cepat-cepat untuk jawab secara waras jugak. Ingat senang kepala otak gila macam aku nak jadi macam ni?

meeting yang hapi :) *tipu gila*



Sudah dengan benda serius. Hehe. Paling best bila tengah-tengah malam menginap kat DUP, uruskan opening NRIC yang sungguh berteknologi hasil budak-budak grafik dibawah Yazid dan Mr Zaki Video Mapping. Dan juga pukul 4 pagi masih di DUP melekat-lekat colour coding untuk 121 projek NRIC kali ni walaupuun aku tolong bukak cover double tape je, Hisyam yang lekat. Tapi tanpa aku,sukar untuk Hisyam melaksanakan kerja beliau :P Keh keh keh!

rehearsel pemberian mock cheque motorola-NRIC :) *gedik2 VIP atas stage ni*


apa benda nama dia tapi aku sangat suka main. sorry JINACO! measuring tape anda jadi mangsa~

pemasangan booth di DUP :)



Other things yang aku dapat dari NRIC kali ni are:

Aku berjaya beli kasut tak sampai sejam pilih (buat pertama kalinya) . Aku memang cerewet pilih kasut dan selalunya kalau pegi kedai kasut aku akan ditinggalkan sorang-sorang sebab lama gila nak tunggu aku pilih kasut. Tapi masa last minit nak pegi jemput Setiausaha Menteri kat airport dan aku hanya berselipar, cepat je aku sambar kasut :)


Belajar untuk bekerja under pressure. Bila orang suka-suka hati tukar decision last minute. Bila jadi situasi yang perlukan keputusan yang win-win situation.

Kami sekretariat NRIC membawa nama USM bila berurusan dengan wakil universiti lain. Dealing with academicians yang lagi hebat dari kau bukan senang. Tak senang untuk aku explainkan kes USIM dengan Professor mereka dan tak senang jugak untuk puaskan every single needs TNC universiti lain yang menjadi Hakim, VIP, etc.

Sekali kau silap, sampai mati belum tentu orang berhenti bercakap tentang kesilapan tu.


Last but not least,
Bukan senang kau nak senangkan hati setiap orang yang berada dibawah kau. Dan pastinya bukan semua akan setuju dengan keputusan kau. Tapi kalau kau tak buat keputusan, lagi la susah. Hahaha! Hidup hidup. Bak kata status Cik Mimi yang selalu mention dia comel ,
Bukan semua perkara akan ikut apa yang kita nak, rasanya kalau semua ikut apa yang kita nak, hidup tu x ada warna-warninya
 
Kepada semua sekretariat NRIC2011, anda terbaik! Bangga dapat anak-anak buah macam korang semua! To my beloved Pengarah Hafiz Kasim, memang kau Pengarah paling sempoi. Dan kedekut :P
Ezzah, Ammar, Akif, Eina, Aini, Auji, June, korang team MT yang aku sayang sangat-sangat . Caye tak aku sanggup buat ayat geli macam ni. T~T
 
Last, apa yang aku mallu?

Takde pape pun. Saje.

Hahaha zzzzzzzzzzz~
 
selingan. kesempitan hidup memaksa :P
 
 
Eh,eh, aku dah terer main POKER! :P
King and Queen of my HEART! :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...