Monday, June 6, 2011

RESULT: MELOMPAT LEBIH TINGGI

Melompat lebih tinggi!!!

3 kali tanda seru bermakna aku sangat excited dan seronok dan excited lagi.

First sebab hari ni 6 Jun 2011. Tarikh keramat buat budak-budak USM. Result keluar~

Masa result provisional keluar aku dah jerit-jerit happy sebab agak kelam tanpa cahaya bintang. Ingat lagi masa first year first sem, dapat 1 bintang ingatkan lulus dengan cemerlang dan terpuji. Padahal lulus bersyarat =,='
Tapi walaupun ada bintang almost 3 pointer jugak. Sipi-sipi lagi ja. Rugi betol. Then jatuh jatuh jatuh. Demn. Banyak main.


Sem lepas dapat hidayah untuk bangun balik. Tapi kejap je. Main jugak. Hampeh betol. Nak hujung-hujung sem start study balik. Walaupun sem sebelum ni memang jatuh mendadak, tapi berpegang kepada kata-kata


" Kalau nak lompat lebih jauh, kena la undur ke belakang sikit.."




Yeahh! Aku undur jauh jugak tapi resultnya, lompat pun jauh sangat sampai tersasar dari target. Aku target dalam 2.5 ja tapi dapat lebih, rezeki la tu. Syukur Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat.


Masa result provisional, first aku call was my Sifu in Physics, Encik Saidi. Tengah keje? Ahh aku tak kesah. Hahaha! Then Daddy C my Dr Chong :)
Then orang ketiga. Hehe.


Then gosip-gosip dengan roomate Cik Ezzah yang result turut sama kelam tanpa bintang :P




Tak taw nak tulis apa dah. Cuma nak pesan kepada kawan-kawan yang call, mesej mengadu result jatuh, fail bagai, this is not the end of your world. Aku pernah rasa macam mana rasanya bila langit ni macam runtuh hempap diri sendiri, tapi ingat, kita manusia made of solid and rigid matter. Langit mostly made of gas, wap air. Kita boleh tembus langit tu bila-bila ja, kan?

And we can reach for the star!



Tapi aku taknak, bintang panas der~ :P

Dan terima kasih jugak kepada insan yang pernah sindir aku, you made me today.


Ingat lagi tak macam mana kau pandang sindir result aku,kau kata macam-macam? Kalau tak ingat aku malas nak ingatkan. Aku ni jenis tak pandang belakang Cik Kak. Apa dah jadi, jadi la. Kalau asyik pandang belakang nak ingat-ingat itu ini, nak touching itu ini sampai mati, tak maju la aku.



Past is past. Aku tak pandang belakang. Bukan takut ada hantu tapi memang hantu pun yang aku tinggal kat belakang tu.





Last but not least,

Kongsikan kegembiraan kerana ia akan berganda, kongsikan juga kesedihan kerana ia akan berkurangan :)


Tak kesah macam mana nak share, ada yang lebih suka bercerita, or ada jugak yang suka menulis, macam aku.


Give me a paper and I can write a world on it. Ok melalut.

Oyeah!



Night folks! Yang kelmarin jadikan teladan, yang esok pasang sempadan banyak-banyak :P




p/s: Thanks Abah for the new phone! Tak mintak. Rezeki~
Kalau la 3pointer,mesti iphone kan. Haisyhhh!
eh, syukur,syukur. :P

4 comments:

paRi2 hiTAM said...

nak tanya boleh? klo bintang tu kena ulang ke?tolong la bg tawuuu..dah kena hampa,itu pasalll~ (T_T)

SaYaLiYaNaSaiDi said...

xlah..kalau fail je kena repeat :)

MarAsh said...

aku nye result...uwaaa!! trharu naik! x dsgka2....

SaYaLiYaNaSaiDi said...

hehe sbb kita hdup dilimpahi kasih sayang cik yam.. tetiba kan :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...