Wednesday, June 8, 2011

KERANA [VIA CELCOM SMS] , BADAN BINASA

Tadi ada satu Private Message kt FB.

"Overlah ko punya ayat promo entri blog. Macam gempak tapi cite pasal perencah segera je? Motip sangat~ Nasib baik best"

*Mallu~~*

Hahahaha! Kalau korang pernah buat keje PUBLISITI menggunakan semua medium yang ada, korang akan taw macam mana nak propa supaya orang tertarik. Ingat senang ke nak promote NRIC yang sangat akademik dan ilmiah kat orang awam? Setakat sebut advantage, orang susah nak dengar tambah-tambah saingan sengit dari awek-awek DIGI. Publisiti jalanan bukan senang ditambah terpaksa korbankan kulit cerah kau ni =,="



Tadi masa masak aku tanpa niat tertetak tangan sendiri. Baru ja mulut adik aku perli Along potong ayam macam pembunuh bersiri. Ganas! Dah tertetak tangan sendiri. Kalau aku buat kerja jangan tegur. Hilang fokus. Konon. So tadi tido ja. Bangun je tido tadi, check henfon. Remaja kan~ Bangun tido komform check henfon. Tipu la kalau korang deny. Macam biasa 100 lebih unread messages.

Macam hot je kan banyak mesej tak baca tapi sebenarnya dari Facebook ja. Sebagai pengguna Facebook Mobile, aku subscribe status ramai member. Kalau boleh subscribe semua 2000 friends Facebook tu rasanya aku dah buat. Bila dah subscribe banyak-banyak macam tu, kira sendiri la berapa banyak status yang akan masuk sehari. Dulu tak keje tak pa la boleh baca satu-satu then komen or delete. Sekarang, bila free dan bernafsu tengok mesej ja baru aku baca satu-satu. Lagipun lepas kejadian sebab aku komen guna Celcom SMS ni la ada pihak salah faham,terasa, aku dah malas nak ambik taw status orang guna SMS ni. Tengok kat FB terus, selamat. Tapi bukak FB, update page yang penuh. Itu la, like macam-macam page lagi =,="


Tadi rasa macam berminat nak bukak satu-satu. Dah banyak sangat rasanya, patut padam. Tergelak-gelak baca status kawan-kawan ada yang pasal lipas la, tak tido prepare barang aktiviti la, ada yang tension dll. Dan akhirnya sampai kepada mesej yang dihantar oleh manusia.


Ye manusia.


Mula-mula mesej Kak Tini. Then mesej dari anak buah NRIC. Then nombor tak dak dalam phonebook.


Aku menggelabah. Bukak baca, waaarghhhhhhhhhh!!!



" Salam Liyana, saya wakil MPP U** bla bla bla tolong faks surat secepat mungkin bla bla bla~~"


" Salam Liyana, saya Puan ****** dari Universiti XXX bla bla bla penyertaan jeng jeng jeng trut trut trut.."



Dan beberapa mesej lagi yang bercampur aduk dengan update FB. Dah 2,3 hari tak dibaca.


Efffff Yuuuuuu!!!!!


Mampos aku. Peace can be declared in 30 seconds and war also can happen in 30 seconds. Tiba-tiba share quote ni pulak kan.


Tapi betol la. Kelewatan membalas mesej kumpulan sasaran macam ni boleh merugikan projek aku. Huhu. Nasib baik bila reply, semua OK.



Patut la orang keje ni suka call. Sebab dah terbiasa call ja kalau nak deal apa-apa. Seriously aku dah kurang tengok phone unless ada call yang masuk.



So tadi ambik keputusan unsubscribe semua status kawan-kawan kat FB untuk keselamatan. Habis NRIC aku subscribe balik. Hehe.



Kepada USM dan Universiti lain, saya minta maaf kalau kelalaian saya merugikan pihak tuan.

Isk isk isk~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...