Tuesday, June 7, 2011

PEREMPUAN HARIMAU BETINA

Semalam (ke kemarin?) bawak adik-adik jalan-jalan mall. Kesian dowang cuti dok rumah, pergi kenduri ja coz Angah sakit kena ulang-alik hospital, mak aku pulak ada hal kat MSN Pahang. My oh my~ Pity my Dad too.


Kami tengok movie Kungfu Panda. Sebab Abah yang bayar, kami tengok 3D. Kalau aku, biasa ja~ Gaji tak masuk lagi ok. Dapat free spek 3D + notebook 3D woo~~ Benda tu biasa ja tapi sebab abang kat kaunter tu sangat polite dan pandai bercakap, terus aku suka benda free tu. Abang nak join team Publisiti NRIC tak? :P


Masuk dalam cinema, budak-budak ja ramai. Yela cite katun kan.Mau taw la macam-macam bunyi ada. Tapi yang gelak sakan bukan budak-budak pun tapi jejaka-jejaka yang layak jadi bapak budak kat row tengah tu. Cite ni memang best. 4.8 bintang saya bagi!


Macam biasa aku kalau tengok movie bukan fokus sangat. Berangan Berfikir ja lebih. Ramai suka watak Po si Panda tapi aku suka Si Harimau Betina tu. Apa ntah nama dia. Lupa pulak hehe. Kenapa aku suka?


First sebab adik aku cakap,

" Harimau betina tu macam Along la. Garang!"

Fine.


Orang biasa panggil aku singa betina ja. Ni first time dapat title harimau betina.

Tapi betol jugak, memang macam aku pun *perasan*


First is dia garang dan pemarah. Aku garang? Mungkin. Bila baik, baik la. Bila melenting, memang meleting. Kawan baik aku Cik Rina pernah cakap, I can't hide my anger. Satu-satunya perasaan yang aku tak boleh control is marah. Walaupun aku diam ja tapi air muka memang tak boleh tipu. Selalu kalau darah tiba-tiba mendidih, memang aku diam ketap gigi sorang-sorang. Muka konon cool tapi air muka memang tak boleh menipu. Tak reti. Kalau gelak aku boleh pretend tahan macam hensem tapi kalau marah, sorry. Selalu Cik Rina cakap,


"Yunk, nampak sangat muka tu.."


Isk isk isk. Nampak ke? Sowie~~ Tapi advantage jugak rasanya. At least orang taw aku marah. Sebab tu kalau aku tak marah ,orang tiba-tiba tuduh aku marah, benci, aku tak suka. I don't hide my anger. Kalau aku tak marah, aku gelak, maknanya memang aku tak marah. Kalau aku marah, baru aku betol-betol marah.  Jangan paranoid.
 


Second is dia sangat keen for truth. Seriously aku yang syok sorang-sorang bila dia fight dengan Po just to know WHY. Owsem! Terasa pulak sebab aku pun kalau nak tahu benda betol, sampai lubang cacing aku korek. She fights with her best friend for truth. Me too. I'll fight with everything for truth. Kalau aku nak tawu, maknanya aku nak tawu. Kalau aku diam, maknanya aku malas nak ambik tawu. I don't care a shit bout anything else asalkan aku dapat tawu apa aku nak tawu. Bila dah tawu, lega la. Macam dia buat bila Po cakap WHY he acts numb in front of Shen the Peacock. She hugs him. And everything is settled! Dah tawu benda betol, buat apa nak marah-marah lagi, kan? She was mad because he doesn't want to tell the truth.


Know what, part peluk Po tu makes me smile. Itulah perempuan. Hey, kasar mana pun, batu mana pun perempuan tu, dia masih perempuan taw. Ada kelembutan dalaman. :P


Woman's love is hard to fade no matter what happen. 

Kan?


Third, muka dia muka batu. Susah nak teka apa dia rasa, except for anger. Adik aku jeling aku, cakap macam Along la tu. Muka takdak perasaan. Hampeh punya adik. Korang boleh buat lawak, buat sedih depan aku and aku boleh buat muka bodoh ja takdak perasaan. Someone pernah cakap aku pompuan muka takdak perasaan. Haha cool. Tapi kalau buat aku marah memang fail la. On the spot air muka berubah. Oh my, what a weakness~ Ni kalau masuk pertandingan Muka Batu, part marah mesti awal-awal dah kalah.

Aku tengok susah untuk dia tunjukkan rasa sayang. Yela muka batu kan. Tak reti memujuk pun ada. Fuhh, terasa. Kalau suruh aku pujuk, memang fail! Apa aku reti is aku bagi apa-apa classic English quote yang aku suka hafal, then senyum. Tu ja aku reti. Nak belai-belai, pujuk dengan kata-kata manis, oh my itu aku fail. Tak reti. Aku lagi suka bagi satu ayat dan kau fikir sendiri. Find your own inner peace sebab pujukan orang ni tak semuanya ikhlas. Dah banyak pujukan yang fake aku tengok and it hurts a lot.

Susah jugak untuk aku tunjukkan rasa sayang. Setakat main-main cakap tu boleh la tapi kalau suruh aku serius cakap aku sayang, tunggu another light year pun belum tentu boleh dengar. Seriously aku tak pernah cakap I Love You with meaning face to face dengan siapa-siapa. Macam ada emas dalam mulut. Dan lagi susah untuk tunjukkan rasa appreciation. Tak reti la nak peluk-peluk depan-depan cakap sayang awak~Dan sangat susah untuk aku  beli hadiah. Kalau aku bagi memang it comes from heart. Dan aku akan bagi sorok-sorok. Malu. Nak malu apa pun tak taw la. Ntah. Demn.



Dear Harimau Betina a.k.a Tigress,

Bagi aku, kau is just too strong. Heart, body and soul. Too damn f*cking strong. That is the kind of woman I want to be. Iron Lady. Nothing can stop me.


Tapi wanita tetap wanita. Tak kesahlah sekuat mana pun wanita tu berdiri, dalaman dia hanya dia dan Tuhan ja yang tawu. Segagah mana pun wanita itu dihadapan orang, air mata dia tetap akan menitis dibelakang mereka.



Ayie sendiri pernah cakap depan-depan orang yang aku macam jantan. Tapi because he knows me, luaran bukanlah satu isu. Sebagai perempuan yang biasa bergaul dengan lelaki sejak kecil, bukan senang untuk aku anggap mana-mana lelaki sebagai special.

Kasar mana pun wanita itu, discover her inner beauty. Every woman has it. Tengok je la harimau betina dan singa betina, segarang mana pun mereka, still sayang famili, kan?


Cuba tanya wanita, mereka kasar kerana mereka kasar dan kurang ajar atau kerana mereka protective?


Orang cakap lelaki itu satu misteri, tapi bagi aku perempuan lagi misteri.




Teringat ayat yang aku baca kat blog anak buah tersayang Cik Masya,


"Aku wanita hodoh, kasar, jahat dan gila. Pergi kalau kau harap aku cantik, sopan, waras dan baik."

I bukan pejuang hak wanita atau menentang apa-apa. Aku tawu sifat wanita azalinya lembut tapi kadang-kadang yang dalaman itu tak datang bergolek, tak ditayang untuk umum.

And know what, sekasar mana pun wanita itu, when the right man comes, she herself yang akan berubah menjadi lembut dan feminin. 


Dan menulis entri ini buat aku rasa sangat wanita.
Happy Wednesday!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...