Sunday, February 6, 2011

SMILES OF A BROKEN GIRL

***

Aku kenal dengan seorang Gadis. Gadis biasa, hidup bahagia bersama keluarga dan teman-teman namun Si Gadis punya satu rahsia dalam hatinya. Hanya Si Gadis, hatinya dan Tuhan Maha Agung sahaja yang tahu. Si Gadis kehilangan sesuatu sehingga meninggalkan hatinya kosong. Kosong. Seperti tidak punya apa.

Ibu si gadis itu pernah berpesan, yang lepas itu, lepaslah anakku. Lupakan masa lalumu kerana ada sesuatu yang lebih baik yang menunggumu di masa hadapan. Kalau tidak dilepaskan masa lalumu, bagaimana nanti kamu boleh menerima sesuatu yang menantimu dimasa hadapan? Jangan tamak untuk miliki semuanya.

Tapi hakikatnya si gadis cuba sedaya upaya untuk melupakan masa lalunya. Masa lalu yang penuh dengan kisah hitam dan kesedihan.

Hatinya pernah terluka. Pernah kecewa kerana cinta. Bukan cinta sang kekasih, tetapi cinta kepada mereka-mereka yang tidak sempat Si Gadis ucapkan kasih sayangnya. Tidak sempat Si Gadis tunjukkan kasih sayang terhadap mereka secara terang-terangan. Si Gadis seorang yang pemalu. Pemalu untuk menunjukkan kasih sayang walaupun kepada saudaranya sendiri. Baginya, kasih sayang itu seperti artificial,dibuat-buat jika ditunjuk-tunjukkan supaya semua orang bisa melihatnya. Hilang keikhlasan kasih sayang itu. Katanya, kasih sayang itu hanya untuk dirasai oleh hati sang pemberi dan penerima. Kasih sayang itu akan dirasai jika pemberinya benar-benar ikhlas walaupun tanpa sepatah kata.

Tetapi itu dulu. Dulu. Sebelum si gadis kehilangan mereka-mereka yang disayangi. Sebelum Si Gadis merasa apa ertinya kehilangan. Pemergian yang tidak dirancang dan tidak punya peluang untuk kembali lagi. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi entah berapa kali. Si Gadis seorang yang tidak tegar untuk kehilangan apa-apa dan siapa-siapa yang dikasihi. Hatinya terluka. Luka berdarah umpama dikelar-kelar. Pedih umpama disiat-siat. Sakit umpama ditusuk-tusuk. Hatinya terluka. Hatinya terluka.

Namun Si Gadis selalu menjadi seorang yang kuat dimata insan sekelilingnya. Si Gadis tidak menangis. Si Gadis tidak meratap. Si Gadis juga tidak mempersoalkan takdir yang menimpanya. Si Gadis tetap tersenyum.Cuba menjadi kuat dihadapan insan lain supaya mereka jugak bisa kuat sepertinya. Fikir Si Gadis, jika aku juga menangis meratap sebegini, siapa yang akan menjadi cahaya untuk mengeringkan air mata insan-insan yang ku sayangi ini? Aku mesti tunjukkan yang gadis semuda aku juga bisa cekal menghadapi dugaan sebesar ini. Bisa tersenyum walau dihadapkan musibah yang berat untuk ditanggung diri sendiri. Aku mesti kuat. Aku mesti tabah. Aku mesti cekal.


Si Gadis sangka beliau mampu kekal kuat, kekal cekal,  kekal tabah selamanya. Namun beberapa tahun kemudian, tembok yang terbina utuh dalam hati Si Gadis runtuh jua. Si Gadis kembali dibayangi insan-insan yang telah pergi meninggalkannya dahulu. Si Gadis kembali merindui insan-insan tersebut. Si Gadis cuba menahan perasaan itu tetapi hatinya sudah cukup dirobek kisah silam. Daripada seorang yang cekal, tabah, kuat dan sentiasa tersenyum, Si Gadis berubah sedikit demi sedikit. Si Gadis menjadi seorang yang sangat mudah terusik hatinya. Sensitif. Jika dahulu Si Gadis sering berseloroh dengan teman-temannya namun kini Si Gadis menjadi semakin sukar untuk menerima usikan teman-teman.

Semakin hari, hati Si Gadis semakin memberontak. Si gadis semakin lemah . Si Gadis jatuh sakit. Si Gadis menjadi cengeng. Mudah menitiskan air mata walaupun perkara kecil. Mudah tersinggung. Mudah kalah dengan perasaan sendiri. Si Gadis tidak lagi sekuat dahulu. Hatinya tidak lagi mampu untuk menanggung kepura-puraan perasaan yang dahulunya dipaksa Si Gadis. Jika dahulu, Si Gadis diusik. beliau tersenyum. Si Gadis dihina, pun beliau tersenyum dan berkata tiada apa-apa lah. Si Gadis diperli, pun beliau tersenyum. Si Gadis terasa hati dengan kutukan teman-teman, pun beliau masih tersenyum dan berjenaka pula dengan kutukan tersebut dengan harapan hatinya boleh menerima usikan,kutukan dan perlian tersebut. Hatinya menangis. Hatinya merayu menangis. Hatinya terluka. Tetapi Si Gadis memujuk hati kecilnya, jika kamu menangis dan minta dipujuk , bagaimana pula jika hati mereka menangis dan terluka? Kamu mahu hati lain merasa sakit seperti yang kamu rasa?

Lalu hatinya akur. Hatinya tersenyum paksa, seperti bibirnya. Senyuma Si Gadis, senyuman seorang yang terluka. Bibir Si Gadis tersenyum, tetapi matanya tidak bisa tersenyum ceria seperti bibirnya. Namun tak siapa yang sedar. Tak siapa kisahkan senyuma yang tidak wujud di matanya. Tak siapa sedar.


Namun itu dulu. Si Gadis sudah tidak mampu pura-pura tersenyum dan ketawa semata-mata untuk menutup luka hatinya. Si Gadis sudah tidak mampu untuk menongkah blok-blok bata yang tinggal untuk melindungi perasaan sebenarnya di dalam hati. Sang hati juga telah mengalah. Katanya, sudahlah Si Gadis, kamu bukan malaikat untuk menyenangkan hati semua pihak. Tidakkah kamu kasihan kepadaku? Kamu cuba menjaga hati-hati lain tetapi bagaimana dengan aku? Aku banyak berkorban untukmu wahai Si Gadis..

Si Gadis terdiam. Benar kata hatinya. Si Gadis sendiri sudah tidak mampu untuk menjadi seorang yang kononnya disenangi semua. Si Gadis sudah tidak mampu untuk berpura-pura tabah dalam semuanya. Mereka-mereka yang telah meninggalkannya kini kembali. Walau bukan jasad hakiki namun mereka datang dalam hatinya. Kata mereka, jadi diri yang dahulu wahai Si Gadis. Lepaskan kami, relakan pemergian kami jika kamu benar-benar menyayangi kami. Adat manusia tiada yang abadi. Gadisku, relakan pemergian kami.. Walau jasad kami tiada namun kami tetap bersama kamu di dalam hati..

Si Gadis menangis. Menangiskan tangisan yang beliau simpan bertahun-tahun. Tangisan yang beliau sendiri nafikan dahulu. Kini Si Gadis telah tewas. Fikirnya, beliau sudah tewas namun sebenarnya Si Gadis telah menang. Si Gadis bukan lagi seorang yang berpura-pura. Teman-temannya berkata, Si Gadis semakin mudah terluka. Si Gadis akui tetapi katanya di dalam hati, lukaku tak siapa yang tahu, tak siapa yang mengerti. Berikan aku masa. Berikan masa untuk luka ini pulih. Berikan aku masa untuk hidup seperti dahulu. Kesedihan yang aku nafikan,yang aku pendam bertahun lamanya telah memakan diriku sendiri. Kamu hanya mengadu, kamu hanya mampu mengeluh jika aku terluka sendirian tetapi tahukah kamu emosi dalam hatiku ini?  Seringkali aku bertanya, bagaimana untuk aku bentuk kembali hati yang terluka ini?

Sabarlah. Sehingga aku jumpa caranya untuk bentuk kembali hati yang terluka ini. Sehingga aku jumpa kembali titis hujan yang membuatkna aku gembira pabila ia membasahkan aku. Sehingga aku jumpa sinar mentari yang ku syukuri walaupun panasnya membakar. Sehingga aku mampu untuk berkata esok adalah untukku..


Bukan senang untuk pulihkan kembali luka seorang Gadis.

2 comments:

noor said...

best sgt bc u pny artikel ni..hakmilik terpelihara diri sendiri ek?

nice!!

SaYaLiYaNaSaiDi said...

thanks.. ermm xlah sangat..
just suka-suka.
somewhere somewhow, someone mesti experience benda cmni kan?
i just love to write.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...