Wednesday, February 9, 2011

GASTRIK : KISAH MISTIK

Korang ada GASTRIK?


Korang ada sedara yang ada GASTRIK?


Korang ada kawan-kawan yang ada GASTRIK?



Korang ada jiran yang ada GASTRIK?


Korang ada..


Dah la tu, melampau la kan nak tanya banyak-banyak pasal sape lagi yag ada GASTRIK. Dan kenapa nak capslock setiap kali perkataan GASTRIK menjelma? Haru sungguh minah Liyana ni.



Korang ada gastrik? 



Hehe saja tanya lagi sekali. Aku ada. Sedih woo. Form 1 dah ada gastrik. Sebab aku malas makan. Badan je berisi tapi aku tak suka sangat makan. Masa Form 1 sampai Form 3, kadang-kadang malam baru aku makan. Rehat kat sekolah aku isi dengan kegiatan vandalisme berfaedah seperti


*Tak dapat habiskan ayat sebab takde point*


Form 4, mak abah aku pindahkan aku ke sekolah mak aku mengajar sebab sakit makin teruk. Pasrah je la sendiri yang cari pasal. Tapi macam tak de kesan je. Dua bulan sebelum SPM aku sakit lagi teruk. Makan tetap makan ,siap mak abah pantau lagi waktu makan tapi ntah lah. Berminggu-minggu jugak tak pergi sekolah, nak bangun pun tak boleh. Sampai aku dah give up nak hidup. Sakit gila tapi syukur umur masih panjang. Sempat ambil SPM. Aku fikir dah kena give up SPM tahun tu. Huhu. Doktor cakap kalau aku tak jaga makan, perut aku boleh rosak. Dinding perut dah nipis sebab asid gastrik digest bila takde makanan dalam perut.  Kalau dah rosak, bye-bye je lah. Sentap kat situ.

Gastrik tu apa?

Gastrik tu sakit perut sebab tak makan.

Aduh,sakit perutku!



Aku selalu dengar, kalau gastrik orang mesti suruh makan roti dulu kan? Mak aku pun dulu mesti sumbat roti dalam mulut aku kalau muka dah lain macam. Hehe. Siap pesan lagi spare la roti dalam bilik, jangan biar perut kosong. Tetapi masa aku tahun satu di USM ni, kalau tak silap sem 1, gastrik teruk . Doktor tu berleter panjang kat aku. She said, jangan makan roti kalau gastrik. Hoh?! Kenapa pulak?


Inilah persepsi yang salah dalam masyarakat kita. Anak di rumah ditinggalkan, kera dihutan disusukan. Tetiba je kan peribahasa ni keluar. Ntah hape-hape je.

Sebenarnya bila gastrik, kita kena elakkan dari mengambil roti kerana roti mengandungi YEAST. Yeast atau yis (sama je sebutan) menghasilkan karbon dioksida yang tidak baik untuk perut. Jadi kalau dah gastrik, lepas tu makan pulak roti, gastrik anda akan menjadi gastrik-gastrik.
Haha! Bila bukan seorang pengamal perubatan berbicara tentang hal-hal perubatan, rosak segalanya~

Satu lagi, susu. Kalau gastrik pun orang suruh minum susu. Nak keluarkan angin dari dalam perut katanya. Selalu akan minum susu HL atau low-fat. Diet mungkin. Tetapi hakikatnya susu low-fat dah hilang khasiatnya sebagai komuniti susu. Erhh, boleh pakai la jugak ayat aku ni. Tak pun, minum susu segar atau susu kambing. Lagi bagus.


Lagi bagus, makan kurma sebab kurma terus jadi glukosa bila makan. Kalau tak silap aku la.


Gastrik ni kalau dah melarat, boleh jadi ulser perut dan kemuncaknya, kanser perut. Woo~ Kanser oo.. Jadi kepada sesiapa yang ada gastrik, jangan ambil mudah sangat. Jangan ingat gastrik tu perkara biasa. Bukan semua sakit perut itu gastrik. Jangan selalu bagi alasan tak boeh puasa sebab gastrik. Cakap la banyak-banyak kali gastrik, jadi doa, sakit teruk padan muka. Jiran aku dulu gastrik sampai perut beliau dah merah-merah terhakis dengan asid gastrik. Jangan buat main~~

Huu ngeri kalau perut jadi macam ni

Jadi, jaga la makan tu. Jangan pemalas sangat nak makan, kata aku kepada diri sendiri. Ni pun baru baik dari gastrik. Lalalalala~

4 comments:

마리얌 said...

aku ader!! 'seronok' gila ade pnyakit ni~~

SaYaLiYaNaSaiDi said...

aku pon ada! terbaekk punya penyakit!
yezza!

Halle Calypso said...

takut la pulak. saya pun gastrik..huuhuhuuu

sufi said...

memang kene jaga pemakanan dan elakkan perut kosong..mcm roti tu elakkan roti putih dn boleh gnti roti wholemeal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...