Friday, April 8, 2011

SAYA BUDAK USM!

Hai. Assalamualaikum. Nama saya Liyana. Saya 20 tahun.

Nak tawu tak, dulu masa kecik-kecik, universiti yang paling saya taknak masuk adalah Universiti Sains Malaysia a.k.a USM. Motif?

Abah saya pun study kt USM. School of Physics jugak. Dari kecik selalu datang USM. Kadang-kadang lepak Taman Pekaka, umah mak abah kat Penang Island ni. School of Physics paling tak suka sebab bangunan lama. Takot.

Lepas tu masa kecik-kecik dulu, takot dengan pokok besar tepi masjid tu. Biasa la budak-budak, cepat terpengaruh. Masa abah buat Master kat USM gak, abah cite pasal RST. Pun takut. Taknak la cite. Sebab takut. Eee takut.

Masa lepas SPM pergi Komtar dengan family. Lalu depan gate Sg Dua USM, mak cakap:

" Nanti Along masuk USM la.. Senang sikit. Dekat pun dekat."

Huh! Tak mau ah! Sikit-sikit USM. Huh!

Tu dulu la. Last-last sekarang, hambik kau. Kat USM jugak aku. Tu la orang tua-tua cakap, jangan benci, nanti jatuh cinta.


Sumpah dah jatuh cinta dengan USM. Tak taw la nak cakap macam mana lagi. Tahap kena calit minyak dagu dah ni. Mak, nak menantu banyak dewan kuliah dak? Dekat dengan Tesco. Mesti mak suka. Kan?

Masuk USM memang best. Banyak aktiviti. Banyak projek yang pelajar diberi kepercayaan untuk menguruskannya. Disini, di menara ilmu ini, kami diajar soft skill. Walaupun orang cakap USM ni susah, aku tak kesah. Kalau orang tak cakap pun,memang susah. Huhu.

Paling best kat USM ni? Dekat dengan Queensbay? Bukan~~



Tapi sebab banyak dapat T-shirt free!


Sampaikan kalau dalam almari ada T-shirt USM bagi sahaja pun, boleh survive 1 sem. 

Isnin pakai baju Pimpin Siswa lengan pendek.
Selasa pakai baju Pimpin Siswa lengan panjang.
Rabu pakai baju NRIC.
Khamis pakai baju Convex.
Jumaat pakai baju Milo Pesta Hoki.


Sampai mak pun pernah tegur, takdak baju lain ka? Semua cop USM ja.
Sori la mak, 
USM dihatiku!
Haha!

Mungkinkah bertemu jodoh di USM juga? Hoho lalalalalala~

Akulah gadis bermata biru. Hoho!

2 comments:

Faizal n Fashitah said...

Like father like daughter la ni ek ehek XD

SaYaLiYaNaSaiDi said...

haha lebih kurangla..
Universiti anak beranak.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...